Tuesday, February 23, 2010

Terlebih Sudah

Adam
Stacy
Bergabung
Meletup

Booom

Sumpah jangan baca blog Yaty lagi. Jangan!!

HAHAHAHA
Hari ini saya sangat over sensitif. Sangat tahu. Saya pun tak tahu mengapa dengan tidak semena-mena air mata mengalir. Blerghh. Ayat apa neh, ayat apa neh? Tak lah, tak. Bukan tak semena-mena pun. Memang ada sebablah tu nak menangis TSKTSK

Macam banyak sangat yang ku pendam dalam hati neh. Anda tahukah yang hati saya sensitif dan suka sentap? Ok, sekarang dah tahu kan. Memang pantang, orang cakap sikit mula lah nak sentap bertahun-tahun. Sumpah annoying bukan ada perangai tersebut. Tapi, tapi tapi, kelebihannya (eceh, nak juga) saya takkan tunjuk yang saya sedang sentap. Gila cool. Muka rileks jah. Rilex habis macam redha. Bila sendiri, mula la makan hati. Lama-lama makan hati, sedap juga. Ok, shut up. Lama-lama, meletup jugalah perasaan tu. Dalam taknak tunjuk taknak tunjuk tu, akan ada insan yang baik hati lagi penyayang yang perasan perubahan I. Dia akan tahu yang saya sentap.

Jadi, kau kenapakah sebenarnya?

Entah lah. Sooner or later saya tahu, mereka-mereka akan ada kehidupan sendiri. Mereka-mereka takkan ada masa yang banyak untuk saya lagi. Mereka-mereka ada hati yang perlu dijaga lebih dari hati saya. Tapi, macam tak sangka, mereka-mereka akan secepat ini meninggalkan saya sendiri. Ni bukan ayat jeles, mereka dah kahwin, aku tak kahwin. Bukan. Cuma, mereka selalu ada untuk saya tak kira masa dan waktu. So, bila mereka-mereka ada komitmen yang lebih penting dari saya. Saya rasa terasing. Kembara di tanah gersang. Eh eh

 
Mereka-mereka

Saya sangat rindukan mereka-mereka. Saya bukan menjauhkan diri, cuma saya lebih gembira jadi pemerhati. Mungkin belum tiba masanya untuk saya berada dalam kelompok gembira itu. 

Macam penat guna ayat sastera-sastro. Straight to the point

1. Dak Yang selalu sibuk. Eh semalam baru cakap faham. HAHA. Pernah kah saya warning, don't trust me. Hari ni understanding, angelic tahap dewi-dewi. Esoknya aku dah jadi GF yang macam nak makan pelempang. Ye, saya boleh faham sibuk itu. Tapi, bila I need someone to talk to, he's not there. Terus sentap!!
 
suka rambut ni.
Silky & shiny
 Harap anak-anak kita dapat rambut ini nanti, tapi blonde (?)

2. Saya dan Butet dah macam jauh sangat. (Butet ialah kawan terbaik) Dah lama rasa, tapi, tak tahu nak buat apa. Bila malam tadi, beliau mesej menyatakan perkara itu, Aku terus touching. Oh My.. I buat my fren upset? Tapi, saya upset juga.

 
 Butet nak kahwin dah


3. Kema pun sama. Hari tu, kami macam excited gila dalam telefon sebab kami saling merindu. I teringat dia, at the same time dia teringat I. Dia call,I mandi, I call balik dia tak mandi. Ok tak kelakar. Kalau I sedih, mesti nak cari Kema. Tapi, I call dari pagi tadi, beliau tak angkat. Selalu akan call semula. Tapi, mana tah. Sampai sekarang belum call-call

 Kema dah kahwin dah

 3 sebab-sebab di atas lah yang buat aku sedeh hiba tak terkira. Entah kenapa macam sensitif sangat sekarang. why oh why?


11 feedback:

yoy said...

panjangnye....penin mate birukuu..hu~

Poyaty said...

sambung esok pun bole :)

cud the ★ said...

takmo sedih2
kwn even xdpt salu ng kita tp dowg salu ade.
mcm bintang2.
kn??

asna cute said...

jgn la sedih2.. asna kn ado.. ;)

LyNn HaMzAh said...

huhuhu...sometimes kak lynn pun rasa sama seperti yaty rasakan...lebih2 lagi kak lynn ngan family jer yg kat jb nie...kawan2 rapat semuanya kat kl & n9...x der peluang nak berchit chat mcm zaman2 belajar dulu...huhuhu...

Poyaty said...

cud = ye, betul tu. tp kdg2 hati tersentuh

asna = bg angpaw sis x sedeh lg. haha~~

k.lynn = hurmm, sedeh kan k.lynn. tp sedeh2 pun life must go on :)thanx k.lynn

fiD said...

xpew...
\ape kate kamu buat reunion???

zaradgreat said...

xpe yaty
kadang2 kita rasa kita alone
tapi tak
still ada Dia

mereka sibuk
mereka ada hal tanggungjwb lain

sama lah situasi yaty ngan kte...
sedihnye kawan2 sume bz!!!
T_T

Poyaty said...

fid = reunion tu susah. semua ada komitmen dah hehe. thanx tho

zara = sedeh kan zara? sroot sroot

bulan darling said...

ty sory...
aku pun rindu ko..hmm aku try buat semua org puas hati kadang2 aku terlupe tentang penting nye sesuatu perkare...sory cuz ko terase ngan aku..aku syg ko ty sumpah aku syg sgt kat ko =(...

Poyaty said...

butet darling = maybe aku yg overreact kot. tah la. aku ni x matang sungguh. mmg budak2 lagi kot aku ni :p aku pon syg kau :(