Thursday, February 25, 2010

Hey Ladies!!!

Ini pandangan peribadi

Hey ladies
kita jangan mahu di bilang lemah dong. Jangan. Gak mau ahh. Apsal gedik sangat neh. Apsal? Siap nak nyanyi Hey Ladies, Hey Ladies segala.

Ok, saya pun bukan sempurna. Eh eh (Belum apa-apa dah buat confession). Supaya mudah anda membuat penilaian kelak. Saya pun pernah buat salah. Kita manusia biasalah bukan? Saya bukanlah half human half vampire a.k.a The Cullens Family walaupun pernah terdetik di sudut sanubari. Supaya senang kelak bila ada yang sakitkan hati, aku hisap darah dia sampai kering. Keep on dreaming!!.

Saya cuma rasa KENAPAKAH PEREMPUAN MAHU SAKITKAN HATI PEREMPUAN JUGA?

Sebagai contoh, macam kita tahu lelaki itu ialah Kekasih seseorang, ataupun Tunang seseorang atau juga Suami seseorang (err, telan ayat kau sekarang!!). Kenapa kita mesti nak juga kacau yang hak orang. Kenapa? Seronok kah kerana ada adventure di situ. Kalau suka adventure pergilah buat sky diving ke, buat bungee jumping ke apa. Baru manis kalau di buat hobi. Tapi, kalau hobi kau suka menj****g, tak bermaruah sungguh.
.
Seronok ke kita tengok orang lain sakit hati?, patah hati, frust gila-gila. Crying 24/7. Eh, itu aku T___T Jangan dikenang barang yang lepas. Ok ok. Sukakah? Hiburankah bagi kau suka melihat wanita menangis? Baik kau tengok Macam-Macam Aznil, kan ada segmen menangis di situ. Tengoklah berapa banyak pompuan menangis yang kau suka. Lelaki pun ada.

Kalau kita pernah rasa, kenapa mesti nak orang lain yang innocent pun rasa. Kejam sangat perbuatan tu. Siyesly, I said. Jangan!!! Kalau yang dah kahwin lagilah. Kesian dengan anak dan wife dia lah bukan.

Kita semua pun tahu sekeping ayat yang sangat bagus. Contohnya cikgu bagi  ya murid-murid. Salin-salin sekarang. "Perbuatan jahat, di balas Jahat" or Hukum Karma. What u give, u get back (aku pernah guna ayat ni, ternyata berkesan) iklan FAB :)

Tahukah juga anda bahawasanya "Doa orang yang teraniaya itu makbul?" Renung-renungkan dan selamat beramal. Eceh

Apsal ayat-ayat tersebut macam  dalam tape kuliah Subuh pagi tadi?

Kalau ketentuan-Nya dapat jodoh dengan cara itu. Redha lah. Tapi, takyah lah cuba-cuba. Is not good.
Pesan seorang kakak; Jangan percaya kalau suami orang tu kata nak ceraikan isteri dia. Sebab dia takkan ceraikan punya. Sebab lagi, dia malas nak naik turun mahkamah, leceh. Kena bayar nafkah bulan-bulan lagi. Do not trust them!!

8 feedback:

Markjue said...

I definitely agree with u although I'm a man hehehe. anyway dont forget to checkout my blog at http://markjue92.blogspot.com I'm following u

Poyaty said...

oho TQ :)

Jard The Great said...

it takes two hands to clap.. huhu.. dua2 pihak bersalah kalo hati berpaling tadah...

takleh salahkan satu pihak gak

asna cute said...

hmmm.. mcm terselit suatu misteri dlm penulisan akak kali nie.

shakirah samsudin said...

setuju2.fikir la jugak kalau ape yg kite wat tu kene kat diri kite, cmne kite rase kan..hmm. :)

shameel Iskandar said...

Tuhan Maha Adil. Buat jahat pasti di balas jahat. Cuma masa dan ketika saje yg belum pasti

~ ReD ~ said...

suka dengar lagu Hey Ladies by Rossa tu..:D

Poyaty said...

k.jard = betul juga tu. x salahkan sesapa. cuma rasa perempuan kna jg perasaan perempuan juga. lelaki ssh :)

asna = xde yg misteri lah. hehe :p

shak = sbb tu la. letak situasi tu pd diri kite. pedih rasanya :(

shameel = sangat betul!!

red = kite pon :)