Sunday, February 7, 2010

Adik; Zero.To.Hero

Saya ada seorang adik (seperti gambarajah di bawah)
 

Atau dalam bahasa lainnya "Tu adik aku yang kurus macam pokok kelapa yang tinggi melebihi kakak-kakak dan abang. Sungguh tak menghormati orang tua dia neh. Hep, biasa tu!!" Kami semua panggil dia Adik, walaupun rupa paras dia dah tak menggambarkan adik atau adik-adik (auwww!). Nama sebenar dia err, eh kami memang panggil dia Adik lah sejak dia lahir lagi. Sebab kami semua tahu dia Adik kami. Lepas Adik yakin dah takda Adik lain. (Gila lupa nama Adik sendiri)

  
Nama : Zuhri
Nama Panggilan : Adik Uyi
Nama YM : Hamba Allah
Nama Super Hero : Zero To Hero
Costume : Bath Robe

Untuk pengetahuan tambahan, salin cepat salin muka Adik sama dengan muka kakak atau CTRL C + CTRL V. Adik punya tahi lalat semua memang sama. Cuma Adik lelaki kurus, Kakak wanita gemuk sikit TSKTSK. Kalau Adik pakai tudung, muka dia tak ubah macam Kakak. Cantik dan menawan. (kakak baju pink boleh keluar sekarang!)

Adik kan dia sangat lambat matang. Maksud matang kat sini, dia tak tak pandai bersosial, dia lambat keluar dari kepompong. Saya bagi beberapa contoh:

  1. Sewaktu di High School, bila dia angkat telefon, orang ingat dia Husna (Kakak baju pink) suara dia macam perempuan
  2. Sewaktu kawan-kawan dia buli-buli budak sekolah, dia hanya mampu buli Bidi (adik saudara yang emak jaga. Tumbesaran dia terbantut sebab selalu kena buli dengan Adik)
  3. Sewaktu masuk SMKA dia telefon menangis pagi-pagi sebab kepala tali pinggang dia terbalik, lepastu sabun mandi masuk lubang jamban "nak buka sabun baru ke mak?" (2 bulan je kat situ, mak suruh balik)
  4. Sewaktu rakan sebaya pandai bawa kereta sendiri pergi Planet Hollywood, dia masih main kereta mainan yang tolak-tolak pakai tangan tu. Disertakan dengan sound effect tak boleh blah.
  5. Kalau dia main PS 2 dengan Abang memang kalah kanak-kanak 5 tahun. Siap gaduh betul-betul.
  6. Kalau dia jumpa kawan-kawan, dia pasti akan melarikan diri. "aku tak tahu nak cakap apa" Tu alasan dia. Dia tak bagi kawan dia raya kat rumah. Kelaka tak?
  7. Semua kawan-kawan dah tumbuh misai dan janggut, muka dia babyface lagi. Innocent gila.
Err, banyak lagi kalau nak disenaraikan ketidakmatangan dia yang boleh buat anda guling-guling atas lantai basah (?)
Tapi, sedangkan pantai pun berubah. Inikan Adik yang sutun. HAHA

Sekarang, Adik dekat UMP, Gambang. Lecturer dia bapa kepada Faizal Tahir iaitu Dr. Tahir. Ok, apsal kakak pulak nak excited lebih-lebih nak explain?Faizal Tahir, I ngefans banget ama loe!!

Cerita Adik bertukar jadi Hero macam ni

Masa Jumaat lepas, dia balik kelas dan terus makan biskut. Biskut Tiger ke, biskut jagung ke, biskut anggur Sutan ke (biskut ni popular untuk budak hostel, sapa ada biskut ni kira dia berada la) tah ye. Tak kisah lah biskut mayat sekali pun. Lepastu dia pun kelam kabut nak Solat Jumaat (Adik sangat Islamic, dia pernah pesan dekat emak suruh tegur kakak dia yang pakai baju singkat. Ok, kakak tolong malu dengan adik sekarang)

Biskut dia yang berjenis-jenis sebanyak satu tin tu dia tinggal sambil dilitupi selimut bersama sekotak susu baru buka. Kalau anda tak tahu, hostel UMP ni rumah sewa sebiji-sebiji. So, yang hanya boleh dikunci adalah bilik dan bukannya rumah. Jadi, biskut tadi, dia tinggalkan di ruang tamu.

Balik masjid, tin dia kosong. Aik? Apalagi, dia angin sebadan. Kebetulan ada saksi kejadian. Dia dengan berani kumpulkan kuncu-kuncu yang kehilangan barang tadi pergi rumah sewa si pencuri. Dia dah nak jatuhkan hukum potong tangan dah. Oh Adik, you are my hero!

Bila dia soal siasat guna cara good cops bad cops tak berhasil, dia pun guna cara Russian Roullet, Rihanna. Ok, malas layan. HAHA. Adik mula hentak-hentak dan sepak-sepak pintu almari yang tak bersalah tu. Kesian sungguh almari. Berdentum-dentum sampai jiran Si Pencuri datang. Mereka takut Adik belasah Si Pencuri. OMG, kalau anda kenal Adik saya, anda pasti gelak guling-guling lah bukan. Adik nak belasah orang sangat tak make sense.

Si Pencuri itu bukan orang miskin. Dia adalah orang yang berduit. Tapi, dia ada habit suka ambil barang orang. Bila Adik tonggengkan backpack dia, keluar semua biskut Sutan, biskut Marie bersama sekotak susu. Banyak gila makanan Si Pencuri dah rembat. hukumannya, Adik denda dia dengan cara suruh dia pulang balik mana dia ambik tadi. HAHA. Syabas Inspektor Shahab.

Bila saya dengar cerita dari Emak, saya terus TSKTSK T______T terharu. Adik dah tak sutun lagi. HAHA. Dia sangat gagah dan perkasa. Tapi, dia memang gagah pun sebab selalu anggap tangan kakak macam kain di buat perah-perah sampai merah-merah tangan kakak. Tak cukup tu, lengan kakak di cubit besar-besar. Dia memang suka dera kakak dia yang lemah ni.

CLAP CLAP Adik gagah

8 feedback:

psychopath said...

terharu saye dga... T__T

KaorU IchibaNa said...

bgus!!!stand for himself !!

wunny said...

hahahahha! adoiii..gelak mmbaca entri ni..

Poyaty said...

psycopath = terharukah? sob sob

Kaoru Ichibana = yup2, dia berani

wunny = hehe, klaka ke? eheh

asna cute said...

asna xde adik~

cud the ★ said...

ehem2
adk yaty umo bp ey??<---gatei~

cud the ★ said...
This comment has been removed by the author.
Poyaty said...

asna - nk kate anak manja la tu. i miss u taw.

cud - adik kita umo 20 baru. haha