Thursday, January 14, 2010

Looking For Fresh Air

Entry-entry yang tersiar adalah cerita tahun lepas. HAHA macam lama sangat je tahun lepas tu. Baru 2 minggu. Lepas berjalan sakan Bukit Merah-Penang-JB-Kuantan-Batu Pahat. Akhirnya saya tumpas. Memang bercuti betul ni. Kalah anak murid yang cuma pergi Zoo Negara, yang mereka kata "tak tahu" kat mana letaknya T___T.

Balik dari JB demam terus. Eceh, nak keluarkan statement Gedik la ni. Tak, tak. Saya takda niat nak cakap pun yang saya demam sebab rindu Dak Yang. Sumpah, takda niat nak cakap. Ha, kan. Saya tak cakap pun. Anda je yang pandai-pandai teka. Lepastu betul pulak tu. Memang betul lah tekaan anda yang mengatakan saya rindu Dak Yang tu. Ok, sengaja nak ulang 2, 3 kali sebab tak berniat tadi. HAHAHA

Balik je dari Kuantan (Selasa-Sabtu di JB, Ahad terus pergi Kuantan) Sis Ezy ajak keluar. Oh, memang ditunggu-tunggu sebab dah berapa kali postpone movie day together. Tapi, wanita yang demam itu memang tumpas betul serta semangat yang hilang, kita cari pulang. XPDC tumpang lalu.

Tapi tapi tapi, semangat takkan luntur macam peluntur Clorox.

Esoknya buat plan baru dengan alasan macam ni. Orang demam kan tak boleh duduk rumah. Kena hirup udara segar Sunway Pyramid, baru cepat sihat. Err, kenapa mesti Sunway Pyramid. Sebab K. Ezy dah setahun tak pergi sana. Since sebelum pregnant sampai Aqil dah nak masuk setahun.

Sampai entrance muka excited macam kera dapat bunga ke apa tah. Siap kibas-kibas angin bagi masuk udara mall yang segar tu cepat-cepat. HAHAHAHA. Inhale dalam-dalam. Oh, memang kembali ke habitat asal lah ni.

K. Ezy dapat kasut, I usha-usha je dari jauh. Bajet untuk shopping I akan turun pada Bulan Januari atau mungkin lagi 6 minggu dari 2 minggu lepas. Sumber dipetik dari mulut Menteri Kewangan saya, Datuk Dak Yang bersama rakan sekerjanya (who's dying want BMW 3 series)

Kami mempilih makan di Fish Manhattan Market, ke terbalik tah. Tapi, who cares kan? Masa birthday hari tu mintak makan sini, Dak Yang usha dari luar je. Bila nampak pelik sikit, dia pun heret I pergi Tony Romas. Eh, eh yang tu cerita kemudian hari. Banyak sangat cerita lapuk yang nak dipublish.

Pilihan kami berdua yang jakun tak pernah makan sini ialah:



 

 
Tiramisu terbaik se-Manhattan


Sis Izyani
Teman se-makan, se-shopping, se-aerobic
Hot Mama
:)

Tiramisu memang terbaik, dan ikan apa tah nama dia memang out. Rasa nak bawak balik rumah, goreng cicah air asam. KAHKAH. Dah listkan mana tempat yang we should grab a bite lepas ni tapi tangguh dulu sebab kami sedang dalam proses diet. TSK TSK. Orang gemuk tak boleh sedih tengok makanan sedap.

2 feedback:

suezensuzanna said...

argh.....teringin plak nk mkn ... dh lame x mkn....n minum pina khilada..ehh..ke tuh kat chilis?..erm

Poyaty said...

hehe, dah terbalik2 dah sue. lps ni nak try chilis plak.