Sunday, January 24, 2010

Contest Cinta Sang Ratu - A Bouquet of Ferrero Roche

Bismillahhirrahmanirrahim (harap-harap menang, amin)

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes




 


Maaf, tak tahu berapa keping gambar diperlukan dalam pertandingan ini. Saya dengan gembira hati sertakan 4 keping gambar berukuran 4R kalau di print (dengan harapan, banyak gambar, peluang untuk menang lebih cerah, secerah mentari) Tapi, kalau nak satu je, jangan kick saya dulu, jangan. Sebab gambar yang saya kepilkan adalah gambar yang sama, cuma dari angel yang berbeza. Kira satu je lah ye Cik Hakim, yang arif lagi bijaksana (Norman Hakim apa khabar?Kirim salam pada muscle dia ya HAHAHA)

Cerita di sebalik gambar (Jeng je jeng)

Ok, cerita dia macam ni. Pada 19 Oktober 2009, My Beloved Dak Yang masuk wad di Selangor Medical Center (sekarang dah tukar nama, jangan cari SMC, lagi 40 tahun pusing belum tentu jumpa). Beliau demam yang tak baik-baik. Bila tanya "rindukan saya kah?""taklah, tak!" Tanpa rasa bersalah, beliau jawab Fine baby fine T____T.

Mode sedih, sebab beliau jarang sakit teruk-teruk. Yang buat I tambah sedih, pagi tu tengah sedap-sedap tidur Dak Yang call dengan suara sedih mintak belikan breakfast. Ughh, macam sedihnya, sebab mahu tidur lagi tapi di suruh cari sarapan. Tapi, takpa ku pergi jua bawak muka separuh siap beli Lontong Klang, Seksyen 7 untuk orang sakit tu.


Err, apa kaitan dengan gambar? kejaplah, kejap


Bila beliau dah admit wad takkanlah aku nak buat muka stone tak bersalah tidur dekat rumah, makan  Lontong Klang dan lain-lain makanan. Tak manislah bukan perbuatan tersebut. Nanti ada pulak statement dekat paper "Kekasih Lelaki Sakit, Kekasih Perempuan Buat Muka Stone". I malas nak jawab bila reporter cari, serbu-serbu rumah. HAHAHA


Ok, Serius sikit. Tak fun lah baca cerita lurus je.


I berniat dalam hati nak buat lawatan sambil belajar, tapi, malu lah nak berjumpa dengan parents beliau. (Saya belum berjumpa secara official, jumpa 5 minit say Hi & Bye boleh di kira sebelah tangan mangsa main mercun) Jadi, saya kuatkan azam & iltizam untuk mencapai misi & visi.


Ughhh, lambat gila cerita ni nak habis. Fuh Fuh


Masa dibilang nak datang, beliau kata Mama & Abah takda dibilik. So, I cam bergegas dengan harapan I dapatlah skip Ujian getir iaitu "Meet The Parents" sebab belum sedia secara total (Belum sempat hafal tonggak 12, rukun negara, tatarakyat semua) Dengan muka girang I pun bagi salam tapi Abah dah tunggu dekat dalam OMG. Berdebaran sebab pertama kali ni jumpa Abah face-to-face. Tak lama Mama pun masuk. Owh, Mama sangat happening dan baik hati sebab sudi bagi makan Muffin Blueberry. I pun start la buat muka tembok. At first ingat Abah macam tak suka I, tapi rupanya muka Abah memang serius. Serius gerun. Jadi, semuanya berjalan smooth & silky.

Jadi, bila saya dapat berjumpa the whole family dan rasa senang sangat sebab diterima baik, saya rasa itulah kenangan yang paling, paling, paling indah. Moment yang ditunggu-tunggu selama 8 tahun.



A Bouquet of Ferrero Roche (gambar 4 keping di atas) buah tangan saya bawak untuk beliau yang mana saya beli dekat Pesta Konvokesyen UiTM. (Masa tu dah terlajak, lepastu buat U Turn balik sebab nak beli jugak, lepastu tipu Abang penjual tu sebab sibuk-sibuk je nak tahu siapa yang konvo).

 A Bouquet of Ferrero Roche tu jugaklah yang buat Nurse-nurse muda dekat nurse station tu bisik-bisik sambil bagi pandangan annoying sungguh.

 A Bouquet of Ferrero Roche yang membuatkan saya gembira sebab di terima dengan baik oleh seluruh keluarga (jauh dari apa yang dibayangkan sebelum ni).

 A Bouquet of Ferrero Roche menandakan saya dah "Meet the Parents".

 A Bouquet of Ferrero Roche melambangkan perasaan yang bercampur macam rojak pasar malam. Fuhh, sedapnya rojak.


Sekian (harap juri faham cerita yang di sampaikan, kalau menang jangan segan nak bagitau. Kalau tak menang, saya anggap juri lupa nak hubungi saya tentang hadiah misteri tu. HAHAHAHA)

10 feedback:

Miss Nurhayat said...

salam ziarah (;

http://mysweetchocolate83.blogspot.com
tQ

Poyaty said...

thanx :)

MisZ DeAnNa said...

uiks..

contest ape ni ek..

hihi nk kepoh2..

Poyaty said...

contest cerita di sebalik gambar. hehehe. masuk je la. x tau menang x ni. harap2. haha

MisZ DeAnNa said...

oooo..

hehe..

gudlak2..

chaiyok2!

;p

cinta sang ratu... said...

wawawa...
best2 cite cik yaty ni..hehe
sweet la..daya penulisan kretif,mantap dan cara penceritaan anda, sy faham situasi tu..hehe..ade mcm pengkritik x??
ok,nantikan k sape pemenangnye..
thanks sbb join this contest.
i love ur story!!

Izzati Ghafur said...

wah. serious x tau bout this contest anyway chocolate itu sangat sedap! haha.. nice pictures ^__^

http://berkatalahdia.blogspot.com/

psychopath said...

bole menang ni,..

iedadadida's said...

salam...
hehehhe masuk contest yerk..
kiter pung nak masuk tapi lom ader idea ag..huhuhu..
jengok2 ler blog kiter..
http://kayieda.blogspot.com

nickzdagreat said...

lalu.. singgah2..