Thursday, December 31, 2009

Back To School

Start meeting 8.00
.
.
.
Habis meeting 1.00


Bayangkan-bayangkan. Betapa lumpuhnya kena duduk selama berjam-jam (pergi toilet sengaja-sengaja 2 kali, sekali cuak sebab takda tempat duduk, sekali lagi sebab tudung dah bersepai. Punya tak boleh duduk diam sampai kakak belakang jerit, "Yaty, tudung dah jatuh!!!". Macam mana aku pakai tudung sampai boleh jatuh?)


Bila dah sebulan lebih tak jumpa, habis lah semua cerita yang dah dijilidkan dalam beberapa jilid nak di muntahkan semua. Ambik kau, sampai cramp-cramp mulut cerita. Bila dah penat, berenti jap, fikir bab seterusnya. HAHA. Yang dengar pun naik muntah sama. End up tak tau siapa nak dengar siapa cerita. Ah, bosanlah cerita meeting bosan.


Tahun depan dapat ajar kelas hujung. gembira tak terkata T___T TSK TSK speechless!!. Semua perasaan bergabung, MELETUP!! Kelas ke 11 out of 14. Nak kena siapkan, rotan, pembaris, pisau, tukul, apit G semua. HAHA. Ni Mafia ke Cikgu tah ni. Salah, salah. Nak kena siapkan banyak BBM (bahan bantu mengajar) biar senang faham apa yang cikgu merepek ni. haha


Yang buat tak best sebab kena mengajar SENI. Owhhh, Subjek yang paling di benci lah ni. Dulu masa sekolah, bila seni je, siap lukis mesti konyok dan simpan bawah meja. SAYA TAK TAHU MELUKIS. SAYA TAK SUKA SENI.( nasib tak dapat muzik, kalau tak ajar budak nyanyi lagu Lady Gaga) Sanggup lagi berpanas dan berhujan (lagi suka) untuk ajar Jasmani. Cikgu kena siapkan contoh, senang budak nak tiru. Masalah yang timbul bilamana lukisan budak lagi cantik dari cikgu punya. Cikgu akan tambah malu bila, budak tak faham apa cikgu lukis. Eh, barulah seni nama dia. Lepastu boleh jual dekat Balai Seni Lukis. UGhhh, Tertekan.


Cikgu rasa nak pencen awal. T____T (gediklah cikgu neh)


Esok ada gotong-royong. Jadi, ambil keputusan nak decorate kelas dengan Tema "PINK IS SWEET" lagi gedik macam ni. Kitorang nak ubah kelas "OVEN" (panas sebab ada kipas 2 je) jadi macam rumah dalam 'Laman Seri". Biar murid ada semangat nak belajar ditambah dengan cikgu yang "sweet" jugak. Hmmpss


Esok dah masuk tahun 2010, Ok semua pun tahu. Azam simpan dalam hati, kumpul dalam diari. Azam yang sama jugaklah. Cerita azam esok-esok.


Letih otak, nak tidur zzzZZZzzz


Selamat Tahun baru
2010



Tuesday, December 29, 2009

Bridesmaid's Diary

Sebelum Majlis


Bayangkan bayangkan, anak dara manis pujaan gadis-gadis. Ewah. Kenapa anak gadis pulak yang gilakan kau? Sebab takda anak teruna yang nak gilakan dia ni. Blerghh. Ok ok. I yang takda experience langsung dalam hal kahwin mahwin boleh pergi bagi pertolongan dekat seorang kawan yang nak berkahwin. Very bad idea. Tapi, I bukanlah tolong dia set up berapa ramai yang datang, katering, khemah semua. Bukan bukan. Gila apa, nanti I order makan untuk 2 orang je sebab bukan I tau sangat berapa ramai tetamu yang datang. Lagipun, I bukan wedding planner. Pertolongan yang dimaksudkan dekat sini ialah dari segi benda yang I suka buat dan tengok bila datang kenduri kahwin. Apa gedik ber I-I sekarang. Ni nama dia entry nak cepat. Sebelum tu tatap dulu wajah bridesmaid bawah ni. Benciii, jeritan hati anda. HAHAHA



Ok, dah? Sambung balik cerita. Sebelum tu nak cerita pasal baju yang dipakai tu. Saya sengaja tumpang gantung baju dalam almari pengantin. Well, orang-orang kan suka jengah dalam almari nak tengok baju pengantin kan. Semua bajet baju saya tu pengantin punya untuk malam berinai. haha. Esok hari, masa saya bersiap dekat bilik sebelah, ramai makcik-makcik selak langsir pastu cakap, "nak tengok pengantin, nak tengok pengantin". Ok makcik, takkan pengantin yang bersiap sendiri, mekap sendiri, pakai tudung benget-benget sendiri. Bukan saya makcik pengantin itu. Sengaja buat selingan.




Benda-benda yang saya lakukan untuk pengantin sebelum majlis

1- Booked kan juru mekap
2- Tempahkan Muffin untuk door gift
3- Tempahkan kek Foundan double storey. kehkeh
4- Bawa pengantin cari baju batik, cari kedai emas untuk hantaran yang end up dia dapat set make up Estee Lauder untuk diri sendiri. %^##$!$%&
5- Bagi idea sikit-sikit untuk baju bersanding. Oh, now am a fashion designer too.
6-Carikan anak tudung Ariani untuk majlis nikah & sanding. That was my idea too.

MAJLIS AKAD NIKAH



Terhegeh-hegeh dari Klang bawa kek besar gila bersama lebihan muffin yang tak muat kereta semalamnya. Pengantin pesan suruh carikan inai sekali. Pheww. Berpeluh jantan betina semua keluar sebab nak tolong pengantin punya pasal. Nampak tak, bukan I datang terhegeh-hegeh bawa muka manis nak sidai tepi pengantin. No no. Banyak kerja pengapit ni sebenarnya, tapi takda lah sampai kalahkan kerja mak pengantin. Kalau macamtu baik I je yang bersalam kaut dengan tetamu semua. Ok, memang tak kelakar.

Majlis akad nikah saya dah cerita dekat entry yang ini


Lepas majlis akad nikah, sesi outdoor Photoshoot. Lokasi dekat, eh, dekat mana heh? Dah lupa. Al-maklumlah majlis dah lama. I simpan konon-konon cerita ni boleh jual 4 juta dollar ke apa tah. HAHA. Sepanjang sesi-sesi bergambar, banyak kali lah I kena pindah tempat sebab tempat yang pilih nak landing punggung mesti tempat terbaik untuk bergambar. Pheew, leceh jadi pengantin neh. Macam tak sanggup nak lalui je. Poyo tak? Padahal dalam hati, bila la aku dapat kahwin neh. HAHAHA



Malam Berinai


Kerja bridesmaid ialah gosokkan baju pengantin. Kesian pengantin tak dapat rehat langsung. Mekap pun secara tidur dah. Kesian sangat I tengok. Memang tak dapat rehat. Untuk malam berinai, I tak ambil job jadi pengapit. I duduk tepi sebagai penonton. Memang mata dah kuyu je. Ngantuk seh. Tapi, takkan lah I nak pergi tidur dulu. Tak manis bukan pergi rasmikan katil pengantin. But, I did it. HAHA.

Masa Makcik tu panggil siapa lagi nak tepung tawar, I was like excited habis dengan Sara nak pergi tepung tawar neh. Tapi rupanya ada sesi interview pulak dengan soalan lazim "Dah kahwin ke belum?" Of course la belum makcik. And makcik tu pun cakap anda gagal, sila cuba lain kali. HAHA. Mana boleh anak dara pergi tepung tawar. Beliau kata tak manis. Ok, lepastu kitorang give up dan pergi tengok Anugerah Skrin. HAHA. kempunan betul.



Me, Kema & Sara (pengapit malam berinai)


MAJLIS PERSANDINGAN

Me, bangun pagi (sebab malu kat rumah orang nak bangun lewat. Pengantin takpa, ni rumah dia. Suka hati dia kalau dia taknak bangun sekalipun) Keluar rumah,

1)Buat bunga manggar, cucuk-cucuk dekat span. Suka hati aku je nak design macam mana. Bajet yang tu paling cantiklah. Bukan mereka kisah pun. Mereka nak tengok pengantin.

2) Tolong angkat Arch dan letak di depan pagar rumah. Dengan gagahnya saya angkat bersama kakak ipar pengantin siap nak tumbang-tumbang, lepastu apa lagi jerit gedik-gedik lah. HAHA

3)Tolong urut-urut kan kepala pengantin (beliau makan lambat, lepastu angin dah naik satu badan. Pening dan muntah pun menyusul lah) Kesian sangat dengan beliau, jadi saya picit-picit kan la kepala, badan dia semua. (Kemudian saya dapat mesej terharu dari pengantin sebab urutkan beliau) HAHA aku kan kawan terbaik.

4) Tolong pakai kan baju. Sebab nak jaga sanggul rambut. Ughh seksa betul.

5) Sendukkan nasi pengantin, lauk semua sampai I makan pun tak kenyang (sebab lauk jauh) Tapi, ada la orang tu kata I makan penuh bersemangat. Tension gila. Padahal ada lagi orang lain yang makan sepeha ayam tau. (masih tak puas hati) haha

6) Layankan rakan-rakan pengantin sebab pengantin tak sempat nak layan semua tetamu. Jadi, nampak jugalah I sibuk kehulur kehilir bersenang-senang kemudian, Ok tak kait pun. Bagi door gift semua.

Jadi, boleh jadi tips untuk mereka-mereka yang nak jadi bridesmaid. Bukan datang cantik-cantik tayang muka atas pelamin. Cannot. Kita kena bantu penganti yang alam kesusahan. Macam Wonderpets. I reach my limit (kot, sebab my beloved kezen kata, boleh jadi pengapit 3 kali je) Oh, I still wanna be your bridesmaid Kez!!. U promise. AHAHAHA.

Tamat dah. sebab dah laparrrr!!!

Tuesday, December 22, 2009

They don't know how i feel

Cerita secara random saja. But, I really can't stand it anymore. Macam semua yang I wanna do, semua say NO. Semua tak boleh. Semua nak buat I rasa disappointed. Semua semualah. Dan everybody juga. Takda lah satu benda tu yang I suka gila babi nak buat lepastu I gembira dapat buat. Takda orang-orang yang nak buat I rasa down.

I just don't know why. Am i too bad sampai orang takda trust on me. Am I too budak-budak sampai susah sangat nak lepaskan diri. I tak kata umur 25 (next year) itu terlalu dewasa. But, I just feel 25 itu dah boleh jaga sebuah keluarga. Tapi, saya nak lepaskan diri sendiri pun susah. I depressed juga kadang-kadang.

Nak keluar dengan kawan-kawan, big NO, nak keluar dengan BF, buat muka juga kadang-kadang. Nak pergi jauh sikit dari rumah, absolutely NO. HOW??? WHY???

When am on my best behavior, tak boleh nak terima. I woke up early, I masak, I basuh, I sidai kain. Still nak rasa tak puas hati. If I bangun lambat, I malas lagi la kena marah. I just dunno what to do. Just Don't

People who dunno what I feel, what i've been through just simply said Kau yang degil, kau yang keras kepala, kau yang itu kau yang ini. Kau tahu apa yang jadi, kau tahu apa yang aku rasa? Jangan nak tuduh melulu. Tak semestinya orang dewasa itu selalu betul.

I just wanna cry for the rest of the day. I just wanna get away from all of this. As long as I stay away from any of the trouble, am fine right. Let me do something that i wanna do.

Nampak cam tak bagus lah marah-marah macam ni.

Istighfar banyak-banyak.

T____________________T

Monday, December 21, 2009

UNDER CONSTRUCTION

Maaf, blog sedang up side down sekarang. saya tengah renovate dia sempena wajah tahun baru. habis semua link anda, anda dan anda hilang. tapi, no worries, saya akan cuba sebaik mungkin. eh, apa merepek tah ni. takpa tunggu lah kehadiran wajah baru blog sempena thn 2010. taknak tinggu pun takpa. anda tetap dapat meneruskan hidup anda seperti biasa. tak luak pun. Ok, kau cakap apa ni. sebenarnya nak tulis one word jah.


UNDER CONSTRUCTION

Jumpa di tahun baru.
kalau sempat siap.
haha
gonna miss u guys

Monday, December 14, 2009

Yang Tertangguh

Esok sudah mahu berangkat ke Bukit Merah & Penang. Sengaja buat entry terakhir sebelum pergi cuti. Walaupun malam dah makin larut pekat likat macam kopi O. sedapnya dapat minum kopi panas. Tapi aku bukan minum kopi pun. memang sengaja tulis perkataan tak bermakna supaya entry jadi lebih panjang. Ok stop it. Sepatutnya melakukan aktiviti packing tapi I lazy. Suruh berkemas memang lah malas. Bila sekali dah berkemas, macam tak cukup 1 beg nak bawa. Saya dinasihatkan Pack Light. kalau tak junjung beg dalam kereta. hahaha.

Hari ini azam sangat kuat suruh saya memasak. Dengan dorongan En. Azam tersebut (bukan BF saya) saya gagahkan diri cuba resepi baru. Bukanlah baru sangat dan bukan baru dapat. Cuma baru terlintas nak cuba je. Mempersembahkan "Rona Roni Makaroni Bakar Barcelona". Nama tak kalah. Rasanya? Entah sebab pukul 12 malam baru siap bake. Yang menunggu dengan kelaparan semua dah bergelimpangan tidur bersama saliva meleleh-leleh. Semua macam tak sabar tunggu makaroni siap. Aku je yang malas nak tunggu sebab dah ngantuk. Tapi, sebab air tangan sendiri, kena la tunggu sampai siap. Bila dah siap, aku je yang excited sorang-sorang rasa. Yang lain dah rasa dalam mimpi.

Dengan penuh semangat nak upload gambar Rona Roni Makaroni Bakar Barcelona sulung saya, lepastu ada masalah dengan lappy. Dia tak dapat detect apa tah. Malas nak tanya dia. haha. Akhirnya, saya give up selepas beberapa kali percubaan (cuma sekali je, pastu I malas layan) Tunggu lah bila En. Sibuk (yang ni BF saya tapi bukan nama sebenar) tak sibuk lagi, saya mintak dia tolong lakukan sesuatu ke atas Lappy ni. Beliau tak bagi sebarang orang pegang lappy neh atas sebab-sebab kurang diketahui. Sekali kena marah dulu, cukuplah. Kalau ikut hati ni dah lama nak hantar lappy pergi laundry sebab dah comot sangat. Euuwwww.

Malam ni Dak Yang sibuk pindah rumah sewa. Eh, ada sesi luahan perasaan pulak. takpa, taknak baca pangkah saja. Tak mengapa. Rasa macam sedih sangat for the past few months ni rasa terabai sikit. Kadang-kadang keluar mentol malap fikir if Dak Yang bekerja sebagai apa-apa aje selain dari yang beliau buat sekarang mesti beliau banyak masa untuk diriku kerana diriku begitu berharga. *^^%#@. Lepastu cepat-cepat cerahkan mentol malap dan sedapkan hati sendiri. Untuk masa depan juga Insyaallah. Harap sangat takda Bulan Januari. nak terus bulan Februari boleh ka?

Friday, December 11, 2009

Ucapan Hari Lahir

Hari ini saya berusia 24 tahun 1 hari.

Hehehe

Semalam (10 Disember 2009) cuti sempena Hari Lahir sendiri. Takda buat apa yang menseronokkan pun. Hadiah dah dapat, family dah celebrate dengan mengadakan parti BBQ pada hari sebelumnya. Jadi, tinggal sambutan bersama kekasih hati. Eceh. Yang tu cerita kemudian.

Hari Sabtu ni ada wedding yang harus di attend. Yang ni pun cerita kemudian, atau takyah cerita langsung. Kemudian, akan mula bercuti selama 3 hari 2 malam di Bukit Merah Laketown Resort & Penang. Yiiihaaaaa. Tahun ni takda percutian yang melibatkan kapal terbang. Macam apa je sebut kapal terbang. Sebab nak cuba menggunakan brand new car. Not mine. T___T

Tahun depan baru lah banyak perjalanan menggunakan kapal terbang, kapal laut, kapal selam, roket semua. Yang tu akan cerita tahun depan. HAHA. Bosan baca blog kau. Jangan bosan lah. Cerita saya bukan hebat sangat pun. Kalau tak tahu pun tak rugi lah bukan? Hari ni belum tahu lagi nak buat apa. Takda perancangan lagi. Macam bosan baca blog ni. Aku pun bosan tulis macam ni.

**UCAPAN HARI LAHIR**

  • Hari ini saya rasa bersyukur sebab masih bernafas di bumi Tuhan selepas 24 tahun 1 hari.
  • Masih bersama keluarga yang sangat-sangat di sayangi. Belum berkurang dan belum juga bertambah.
  • Masih bersama rakan-rakan yang selalu ada waktu senang dan susah.
  • Paling penting masih lagi Dak Yang yang wish birthday untuk kali ke 8 dalam masa 8 tahun. I love You.

Wednesday, December 9, 2009

Bakal 24 Tahun

Masih lagi sendiri di usia bakal 24 tahun ini.
Masih lagi menangis di usia bakal 24 tahun ini.
Masih lagi malas di usia bakal 24 tahun ini.

*SIGH*

Apa yang kau ingat aku harapkan pada usia bakal 24 tahun ini?

Harapan saya dewasa ini ialah:

1- Mempunyai sebuah Kereta Suzuki Swift Serene Silver. Perghh, Swift idaman hati. Takpalah Vios TRD Sportivo pun cantik juga (sedapkan hati)

2- Mempunyai sebuah Blackberry idaman kalbu. Eh, Nokia 2650 pun sayang juga (hadiah birthday yang ke-22) tapi kalau boleh nak yang canggih sikit. Sikit je.

3- Mempunyai sebuah rumah yang besar terletak di atas bukit di tepi tasik. Lokasi err tak pasti la lagi sebab tak tahu bakal suami akan menetap di mana. Amboi dia ni. Main bakal suami aje. Maksud saya disini, saya pun belum tahu siapa jejaka itu, jadi, sesiapa pun dia dan kemana pun dia menetap, saya tetap lah di situ. haha.

4- Mempunyai sebuah beg tangan Louis Vuitton. Ambik kau. Tak agak-agak nak mintak pun. Point ni takyah panjang-panjang. Ehem, harap anda faham. Yes, you yang bermata kuyu.

5- Mempunyai sebuah SUAMI. haha. Tipikal wanita bakal berusia 24 tahun mestilah nak suami. Habis apa lagi yang boleh diharapkan dewasa ini? Seorang suami yang penyayang, memahami, bertanggungjawab, beriman dan berduit. HEHEHEHE.

Ok, cukup lima dulu. Nanti dah berusia 24 tahun betul baru bagi point lebih sikit. Bilakah anda akan genap usia 24 tahun. Saya ESOK!! HAHAHAHAHA.

Sekarang mahu bersedia pergi dinner bersama Dak Yang. Hadiah? dekat sini

Sunday, December 6, 2009

How I Spend My Friday

Macam anda nak tahu sangat how i spend my Friday. Tapi, takpa demi blog yang rongak-rongak tak ber-update bersawang, berhabuk aaacchumm bagi lah update sikit. Banyak kalau rajin lebih.

Jumaat (4 Dis 2009)

Bergerak gerak gerak gerak khas bagi sound efek sikit. ok bergerak menuju ke Sungai Besar, Selangor. Bukanlah berseorang diri (macam lepas sangat bawak diri sendiri pergi jauh sikit dari rumah) tapi bertiga yang terdiri dari Kak Adah yang comel dan Abang Wahid yang montel. Dengan seluar tidur yang pendek saya pergi ambil kek dari Kedai Kek. haha. Kek dah lah berat, 2 tingkat lagi. Eh, eh kek apa yang bertingkat-tingkat neh Yaty? bacalah semua episod blog bersiri ni kalau nak tahu. Kalau taknak tahu pun pasti anda akan terbaca jua lambat laun. Mesti ke ada ayat membazir wujud bila kata nak update sikit? *@$%#&

Lepas ambil kek, terus pergi sarapan. Apalagi kelam kabut lah sarung seluar panjang dekat luar tu? Takkan sanggup pakai seluar pendek tidur tersebut di khalayak ramai. Macam tak manis sangat. Lepastu jalan macam robot sebab seluar double. Gemuk! takyah cakap pun dah tahu.

Kami pun menuju ke destinasi yeah yeah.. tetiba sangat!! Sampai sana terus hantar kek ke rumah tuan dia dan terus menuju ke rumah mertua abang montel atau dalam erti kata lain rumah ibubapa kepada kakak comel. mesti ke Yaty, mesti ke nak explain macam ni? haha. Duduk di sawah padi yang tengah menghijau. Perggh, heaven. Too bad tak sempat nak capture apa-apa.

Pukul 3.++ menuju ke masjid pula untuk solat Jumaat (?)

Sebenarnya adalah hari Pernikahan Kawan Baik Saya. (Tajuk karangan hari ni)

Sebenarnya itulah dia. Kawan baik dah kahwin. Hep, jangan tanya, Yaty bila lagi? Jangan. Sebab dalam hati dah tak tahu nak jawab macam mana. Ok Ok. Ni bukan cerita pasal kau lah.

Kawan baik atau nama dalam IC dia Nurul Akmar dah nikah dah dengan pilihan hati dia, bukan hati saya yang bernama Mohd Azmir. Muka mereka sangat seiras, saling tak tumpah. Kahkah. Dan saya lagi sekali tak malu rasa nak semua attention yang ada pakai nak sedondon dengan pengantin. Mengada si Yaty, jangan jemput dia kalau kau kahwin. Nanti dia pakai songket sama. haha. Shut up.

Pak Imam macam benci gila bila tanya "mana satu pengantin dia?" Aik, takkan la pengantin yang bawak muka tak siap, tak pakai cincin, takda bunga tangan (nak jugak?) ni. Mesti lah yang ada bulu mata palsu tu. hahaha.

Perasaan masa tu, eh eh ada orang tanya kah perasaan anda? haha Saja gedik nak cerita perasaan sendiri yang sangat tersentuh bila dengar khutbah nikah semua. Kemudian, bila dengar akad dilafazkan syahdu sangat. Lepastu macam biasa pengantin perempuan akan rasa terlalu gembira sampai menangis. Aneh bukan? Tapi, belum cuba belum tahu. Nak cubakah apa perasaan sewaktu bernikah? Nanti je. Hampir gugur juga air mata tapi tahan dalam hati nanti Pak Imam musykil lagi, siapa pengantin? yang dia nangis lebih-lebih kenapa? hahaha. Tapi, hati sebak sangat. Betul lah orang kata dalam majlis perkahwinan yang patut di hadiri ialah acara pernikahan. Touching habis.

Lepas selamat nikah terus pergi outdoor photo shoot. Nama pun foto. Tengok saja tayangan gambar di bawah. Lately sangat generous nak bagi entry beserta gambar. Esok-esok malas, satu titik pun tak nampak dah. ok Yaty ok.

Ok, Saya bukan .....
HAHAHA






Waktu yang penuh dengan debaran
jeng je jeng
Sekali lafaz je. Tahniah!

Am so proud of u Darling
Finally, u've become a wife to your husband
be a good wife

Pengapit & Pengantin
Lovely
HAHA

Nurul Akmar Sang Pengantin
Beliau sangat wow!!


TAHNIAH AKMAR & AZMIR
SEMOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA

Tuesday, December 1, 2009

Dinner Time

Venue: Hotel Carlton, Shah Alam
Date: 7 November 2009
Theme: Blue (I wore Grey instead of Blue) sukakan kelainan (or more attention?)

Tanpa mengenal segan dan silu

Tak sangka boleh pose depan GPK HEM

HAHAHA



Hebat tak, hebat tak??
Tunggu la Anugerah Skrin nanti kalau nak tahu =)

Pose dulu sebelum buat Show
Like Clown only


Me, K. Nairul (Queen Of The Night) & K. Irma
Saja duduk dekat-dekat ambik aura

Dengan harapan tahun depan menang

HAHAHA

(Macam boleh menang kalau pakaian dah lari tema)

Hot Mama Sis Ezy



Am the lucky one
Ececeh, dapat iron jah

Ahli-ahli majlis
Gonna miss u K. Ainis
kan dah cakap tema Biru
Kadang-kadang cikgu more worst dalam konsep mempatuhi arahan


Gasp! baju ini....SHHHH!!!
Sila simpan dalam hati
HAHAHA