Monday, November 30, 2009

Khatam Sudah


Cerita pasal konvo sambung kemudian hari sebab Lappy ni dah nak kena campak dalam longkang. Ughh!! Tension sungguh bila kita ngamuk-ngamuk, dia buat muka stone je. tak bersalah. Lembab gila. Teruskanlah, teruskanlah... tiba-tiba jadi Agnes Monica. Dia tak tahu tuan dia dah keluar taring semua. Eceh, sejak-sejak duduk dalam dunia Vampire ni semua nak main taring je.

Of course lah saya sayangkan Lappy neh. Pemberian babah yang akan dihargai terus. Tapi, kalau lawan lumba lari dengan kura-kura pun dah tentu kura-kura menang, hati mana yang boleh cool saja dengan keadaan itu?!! Bosan lah cerita kura-kura.



Macam biasa, bila saya menghilang tanpa khabar. Macam ada yang tanya khabar je. Saya pasti tengah dalam zon yang tak mahu gangguan. Zon bebas cukai kah? kahkahkah. Bukanlah. Sedang dalam episod terakhir dunia Vampire. Sedang struggle menghabiskan 754 muka surat Breaking Dawn.

Masa tengok New Moon hari tu, for the 1st time in my life lah tengok movie sorang diri. ALONE. Loser gila heh. Tapi, what to do, sangat desperate nak tengok juga-juga. Tak boleh dah nak tunggu kawan-kawan free. Nasib baik orang sebelah I pun sorang diri juga. Jadi, taklah rasa teruk sangat. Actually, pergi dengan my siblings, tapi sebab manusia punya selera yang berbea-beza. I sanggup duduk sorang diri. Yang lain pergi tengok Senario The movie. WTH?!

Semua like haaaa?!! or alaaa?! bila ending dia macam tu. hahaha. Nak berlagak sombonglah ni konon dah tahu what happen next. hahaha walaupun kadang-kadang macam tak sabar juga nak habiskan bacaan, terus je flip the last page pastu batalkan niat sebab nanti tak suspen lah. Elemen suspen tu kan penting. Ceh, ceh. Kami dah lama tahu apa ending dia Yaty. Ok, dah tahu duduk diam-diam. Orang yang lambat macam siput kan selalu tertinggal cerita best dan hero hendsome.

**Love story**

Kena la selit sikit-sikit.

Semalam pergi cari hadiah kahwin untuk one of my best friend. Sebab sayang nak spend duit sendiri, kena la ajak orang yang banyak duit. haha. So, kami membawa diri ke kedai elektrik di Klang Parade. Tengah pilih-pilih tu, promoter tu suggestkan lah a few things yang baik untuk kehidupan bersama. Ceh ceh, nak kena dia tu. Ingat kami dah kahwin ke apa. Cepat-cepat bagitau dia, nak hadiah dekat orang. hahaha.

Acara makan-makan berlangsung dekat Secret Recipe. Malas nak amik gamba sebab tahu dah menu apa yang kami makan. Sama je sampai bila-bila. Dak Yang tak makan Rona Roni Makaroni atau yang ber cheese-cheese ni. Dia kata dia orang kampung. Fine, baby fine.

Ok, siap dah entry ni tanpa muka yang tak siap.
Khatam sudah.

Tuesday, November 24, 2009

Pra Konvokesyen

Sari berita penting *clear throats*

Hari ni ada raptai konvokesyen plus mini gathering after ermm 1, 2, 5 bulan tak bersua muka. eceh. Rindu heh melihat kawan-kawan yang dulu hingus-hingus je 3 tahun lalu dah menjadi ibu, ayah, suami or tunangan orang. I je yang masih mengekalkan status sejak 3 tahun lalu. Dulu, kini dan selamanya. Eh, ni bukan majalah Ujang ke?

Sebelum saya lebih melarat sebab dah mengantuk tahap dewa-dewa sampai saya boleh nampak Edward menari-nari atas kepala * mungkin sudah berada di alam mimpi*

Tengok lah galeri foto tentang 'mereka' yang akan melengkapkan diri saya esok hari. jeng je jeng *annoying*

Baju kebaya pendek + kurung moden
From: Gulatis
Tailor: Auntie Sidek (kahkah nak gak letak konon dari Salikin)
Rate: *** (hate the colour)

Tudung
From: Ariani + Kiosk SACC
Rate: ***** (like Puteri Bunian)
Jubah Konvo
From: IPGM KTHO
Rate:1/2* sebab macam saiz giant. benci!!!
Kasut + Beg
From: Vincci + Guess
Rate: *****+*****=*******
hahahaha
Source: Yahoo Images
My beloved Darling
From: Heaven
Rate:**************************** (overrated)

Orang yang mengantuk bukankah suka melakukan perkara-perkara yang kurang bermanafaat sangat di mana waktu itu dia di tengah antara realiti & fantasi.

Ok, angkat punggung, blah ramai-ramai jom. hahaha

Monday, November 23, 2009

Rasa Teruk

Sebab perasaan rasa teruk, jadi mungkin isi entry ada teruk juga. Teruk bukan terung. Okeh, tak kelakar pun. Sebenarnya tak pernah rasa teruk seteruk hari ini.

Kenapa rasa teruk?

Rasa teruk berpunca daripada perasaan yang teruk. Ok, kau nak bagi Lecture free ke tentang definisi rasa teruk? Sekarang kitorang dah rasa teruk sebab terbaca blog kau sama. haha

Sebenarnya, sudah banyak perancangan yang dirancang macam perancang bandar dan wilayah. ok ok, my bad.

Since saya tamat pengajian bulan 6 hari tu (dan esok ada rehersal konvo. yeehaaa!!) macam-macam dah saya plan about my future. The thing is, my future and planning ini semua involve someone who really near and dear to my heart. Perancangan paling hampir menjadi nyata dalam masa terdekat ini ialah jeng je jeng. malas layan. haha

Further Study. ouwch, i feel bad!!!

Since saya belum ada komitmen terhadap apa-apa dan siapa-siapa, kalau boleh saya nak further study. So, on Saturday, saya dah dapat surat tawaran untuk further study. Even masa baru nak apply memang macam-macam dugaan lah. But, I did it finally.

Bila dah dapat pun, masih lagi ada dugaan, like tarikh pendaftaran sama dengan tarikh my best friend's wedding and (sayalah pengapitnya). Lepastu, dengan status saya sekarang dalam perjawatan awam. I supposed to be happy, but am not.

I try my best to make this happen, pagi-pagi saya heret babah pergi JPS untuk tanya sama ada saya layak atau tak pergi sambung belajar. Nak belajar pun susah. And the answer is big NO. I really feel disappointed. I thought that's gonna be a slightest chance for me. Yang buat saya lagi rasa teruk is saya dah kecewakan My Beloved Shyang. He's the one yang push me to go to the next level and give his fully support even masa mula-mula i feel down sangat. Now, am the one who let him down.

I just dunno what to do. Saya rasa teruk sangat. Like Uncle and Aunty seems happy when they know saya nak further study. My family and few friends of course. He's got me a 'big' present and now I know I dapat tengok je la dulu. But, am not upset because of that really.

Yang, am sorry. I feel sangat teruk right now.

Sunday, November 22, 2009

New Moon Fever

Betul-betul hari pertama cuti sekolah, saya terus collapse with running nose, cough and fever.

Mungkin terlalu kuat bekerja for the past few weeks. Mungkinlah. Mungkin juga sebab hari-hari kena hujan. Dari bilik guru nak ke kelas memang jauh i tell you. Kalau nak main teduh-teduh bawah bumbung akan jalan lagi jauh. Anda mungkin tahu I lazy. Mungkinlah. haha. Jadi, jalan malas yang tak selamat sangat ialah redah hujan. Ingatkan saya punya pasukan antibodi yang kuat yang boleh lawan hujan. Mungkin tidak. Saya kena tajamkan skill pasukan antibodi saya biar dia boleh lawan ribut taufan sekalipun lepas ni. OK. Orang demam memang suka fikir sejauh mungkin. Mungkinlah.

Owh, tahukah anda apa yang saya lakukan for the past few days sampai blog terbiar macam rumah kosong? haha

Saya sedang berada di dunia VAMPIRE oh, not again Yaty. Yes again. Saya berada di fasa kedua sekarang. Menghayati dunia vampire sebenar. Malas baca blog dia neh. haha. Habis je baca Twilight, saya terus berlari ke MPH berdekatan untuk dapatkan New Moon. I lari betul tahu. Bukan takat lari-lari anak lagi dah. Bayangkan, bayangkan.

I bagi semua bintang yang ada dekat langit
(Sengaja fokus muka kesayangan saya)
Tertunduk malu
Dia ni asik-asik main bintang
Pffrtt

Saya juga rupanya sedang dilanda The Twilight Saga: New Moon Fever

Can't wait!!!!

Tahun ni boleh di bilang dengan jari sebelah tangan berapa kali saya pergi menonton wayang. Yang paling nak tengok sangat kalau tak akan menyesal sepanjang musim sebab tak pergi tengok pun cuma Confession of a Shopaholic & Harry Potter. And now saya sampai demam-demam nak tunggu sequel Twilight. Oh, tahukah anda, celik mata saja saya terus Play Twilight di Real Player. Dalam sehari tengok Twilight berapa kali pun tak ingat dah. hahahaakumabuk.

Hopefully sangat dapat sihat sebelum konvokesyen. Yay, saya sudah mahu konvo. Sangat excited. Sesiapa yang dekat dengan Putrajaya, do come. Jangan lupa sejambak mawar merah. HAHAHA.

Monday, November 16, 2009

Vampire Sweetheart

I spend two days in a row reading Twilight. new addiction. Sambil-sambil menghayati cerita ni sambil tu juga dreaming mahu ada Vampire Sweetheart. (nak bagi efek seram. konon-konon wording pakai blood meleleh-leleh kat dinding. seram tak?seram tak?) Even a bit scary, tapi kalau dah macam gula asyik nak cairkan hati wanitaku, siapa taknak?!! I nak I nak? any vampire yang still available and beutiful-hendsome-delicate-features-carved-by-angel-looking. Please contact my number. hahahahahaha

Mungkinlah saya sudah ketinggalan zaman. Zaman Twilight dah lama berlalu. Tapi, like I care. Biar lambat asalkan tak ketinggalan menikmati keindahan Vampire. HAHA. I baru beli (bukan saya yang belilah actually. Ini adalah hasil rompakan tanpa senjata terhadap mangsa: Dak Yang) buku no 1 lepastu movie dah keluar iklan The Twilight Saga: New Moon yang no 2. Sungguh can't wait.

Ok back to human reality.

Jumaat malam itu hari, saya dan Dak Yang menuju ke destinasi yeh yeh. Ok. Abaikan saja. We all pergi Jusco Bukit Raja. Well, tak dapat pun menayangkan jubah putih yang macam pengantin tu sebab beliau lambat. Nak marah, tapi cancel je lah. Mode sangat baik sebab dapat pujian melambung-lambung dekat sekolah. Malas lah cerita that part, nanti riak. Tak baik riak. haha. Sedangkan dalam hati dah berbunga setaman. I siap hantar text to My Beloved "Yang, satu sekolah dah puji I kata I macam Puteri Bunian. Rugi kalau you tak dapat tengok I". Memang dia rugi sebab bell sudah ringing tapi dia masih di Damansara. Ouuchh.

Pulang je, mandi-mandi tukar baju and dress-up macam Nurse pencen. Yang ni lagi malas nak explain. Malu nak tengok rupa sendiri dekat cermin. Memang lah manusia 2 alam, kejap cantik macam Puteri Bunian, next jadi huduh macam Nenek Kebaya (Pengaruh tv memang kuat kan these days) haha.

Masa di MPH (cut the story short, takkan masuk kaki dalam kereta nak cerita) saya confius nak pilih Twilight or new Sophie Kinsella's book Twenties Girl something like that. Lepas struggle berfikir (supaya tak salah pilih, lepastu nak menyesal seminggu tak lalu makan, minum semua) saya nekad dengan Twilight. It's time to change (DiGi). Ceh. Dan pilihan itu sangat wise. Dah penat ah nak bagi credit banyak-banyak dekat Twilight. Bukan I dapat jadi heroin pun nanti.haha.

On Sunday, kami menonton takkan menonton Twilight yang dah season tersebut. Kami yang terdiri dari Nurul, Izzah, Enen (His cousins) My Beloved and Yostruli (ehem) menonton Pisau Cukur. Oh My Gucci. Memang kelakar sungguh. Saya bagi bintang-bintang berkelipan untuk Fazura yang memang gojes. I Love Fazura. (aku memang pencinta wanita lalalala). Kemudian proceed ke agenda makan-makan di Pizza Hut dan pulang ke rumah dengan selamat.

Sampai rumah, panjat katil terus masuk dunia Vampire. (it's still bloody remember)

See you next time. Dada

Ceh, macam seram.

Friday, November 13, 2009

Angin Bayu Membawa Diriku

sepintas lalu ku terkenangkan mu
-yours truly-

Hari ini hari Jumaat. ok we all know Yaty. What are you trying to say? haha. Saya sukakan Jumaat for the past few months. Selalunya saya suka Jumaat sebab:

1. Hari ni kelas 2 jam saja. I repeat 2 jam. Tapi tak boleh lawan hari Khamis sebab 1 jam setengah je mengajar. Lepastu free sampai balik. Heaven.

2. Selalu Jumaat mesti ada makan-makan. I mean jamuan. Ada macam-macam majlis yang akan di buat pada hari Jumaat. Kalau takda pun, saya akan adakan jugak. Haha.

3. Masa akan berlalu dengan pantas sekali. Maksud dia, masuk sekolah 2.10 kau jalan sana sini tau-tau je dah 6.30. See, masa itu emas. Jadi, kalau hari Jumaat kumpul emas kau tak kaya sangat.

4. Tak payah gosok baju. Hari Jumaat masa untuk tayang jubah-jubah cantik atau tayang diri yang selekeh bawak muka tak siap dan baju kurung remuk redam. Makan hati betul murid-murid tengok Cikgu dia busuk dan tak terurus macam emak beranak 8.

Tapi, tapi, tapi kini tidak lagi.

*Ting* mood glowing

Jumaat adalah hari yang dinanti-nanti. Macam baru hari Isnin tapi dah kecoh tanya bila nak Jumaat nih? haha. Semua dah annoying gila dengan soalan ni. Lepastu sekarang akan bawak muka busuk tak siap tu pada 4 hari sebelum Jumaat. Tapi bila Jumaat je terus berubah jadi muka bidadari (yang ni tipu). haha.

Beberapa bulan yang lepas Dak Yang dah mula ulang-alik JB-Shah Alam every week. Jadi, perkara ini sungguh menggembirakan si Dara yang memang menunggu Udanya balik kalau boleh tiap-tiap hari. Amboi, over nih dia. Dah bagi betis nak drumstick KFC. haha tak kelakar. Jadi, bila Jumaat kena cantik extra sikit sebab mana tau dapat bertemu barang seminit dua.

Tapi, last week we all meet on Sunday sebab banyak hal. Jalan pusing-pusing SACC. Buat drama air mata sebabak, dua depan ATM lepastu makan dekat Secret Recipe pastu balik. jeng jeng. Tu je. Kalau dulu heran-heran jugak dating kejap-kejap. Now, malas nak main heran-heran dah sebab minggu depan boleh jumpa lagi.

Sekian. (pegi pilih baju cantik mana nak pakai petang hari ni)

Cheese Cake ni dapat 5*****

Yang ni dapat berjuta bintang berkelipan
*twinkle twinkle little star*

His fav : Hot Choc

Yang ni tak dapat bintang.
sebab bintang dah habis I kaut semua

Muka tak siap mengahkhiri entry.
tapi, entry ni dah siap.
HAHAHA

Thursday, November 12, 2009

Medik TV siri 2

Tiba-tiba wujudnya siri 2 sebab siaran semalam tergendala. Ada tuntutan kecemasan yang membawa saya ke Jabatan Imigresen. Ok takyah cerita yang tu sebab belum tiba masa.

Hari ni ialah sambungan kursus CPR semalam. Yang bila sekali tengok perbuatan tu macam kurang mulia tapi bila berkali-kali tengok sebenarnya perbuatan tu terlalu mulia. Ok apa yang aku merepek sekarang?

Tengoklah aksi saya yang nak selamatkan baby pun tak lepas. Udara dia masuk dalam saluran yang salah. Jadi, saya nekad saya takkan selamatkan sesiapa pun sebab once you dah start buat CPR you tak boleh stop. Kena complete 1 set. Gila kau. Nak bagi udara masuk pun tak boleh, silap-silap yang bajet berhati mulia nak tolong orang yang pengsan dulu.

Memang susah lah CPR neh.

*Kalau udara masuk lampu akan menyala. Kata En. CPR

Cubaan PertamaCubaan kedua *sambil jeling lampu yang tak nyala

Cubaan ketiga *dah mula panas hati

*Cari jantung dia, nak tikam.
HAHAHA

Memang ah, malas nak cuba selamatkan orang kalau susah macam ni. Baru cuba dekat patung baby gagal terus. Kalau cuba dekat patung dewasa. I give up terus bunuh dia with my bare hands. HAHAHA.

Kesimpulan dia: Takyah berlagak hero sebab nak dapat pingat All super hero ke apa. takyah. call je 911 secepat mungkin. Mungkin dengan panggilan anda lebih dapat menyelamatkan nyawa mereka. Pandu cermat Jiwa selamat. Tak memasal keluar iklan JKJR.

Wednesday, November 11, 2009

NENO..NENO..CPR CPR

Oh, cepat-cepat klik bila baca title macam ni. Memang biasa dia ni nak tengok I buat CPR dekat siapa la tu. Fine baby fine. Untuk tak let everybody down ingat saya buat tajuk saja gempak ke, saja nak perhatian ke apa tah. No no.

You are now watching MedicTV. Ceh ceh bajet doktor.

Pada 15/8/09 yang dah lepas beberapa bulan lalu. HAHA Sekolah buat Kursus CPR. Tujuan dia supaya cikgu-cikgu boleh selalu bajet doktor dan berhati mulia pergi buat Rescue 911 sana sini. Kalau anggota paramedik atau paradoktor kurang staff, boleh contact cikgu-cikgu yang ada di nombor 01AKUTAKPASBUATCPR.

Masa Encik 2 orang tu buat demo, nampak senang sangat I tell you. Kalau macam ni dah lama dah apply jadi beach guard dekat Sunway Lagoon lepastu nak rescue mat-mat Kool yang hendsome saja. Kalau Mamat, I taknak tolong. HAHA. Encik-encik tu kata, kalau kita berada dekat Crime Scene, dah bajet Horatio pulak. No no. Kalau kita ada di tempat kejadian, jangan tolong tengok je, sekurang-kuangnya do something untuk menyelamatkan nyawa seseorang.

Jadi, sebab dah bajet Doktor Horatio dan bajet senang tadi, saya di antara yang meluru-luru ke depan nak tengok demo secara up close and personal (poyonya dia). Dia sediakan maniquein@manikuin@moneyqueen (sila gariskan jawapan sebenar, sambil baca sambil uji minda) dewasa dan bayi. Para ibu sangat excited mahu belajar sebab mana tahu anak tercekik bola tenis ke apa boleh lah dia CPR sendiri di rumah.

Maafkan je model baby yang ni kurang sopan sikit.
Berat model sama dengan berat baby sebenar
Lepastu memang banyak wayar berselirat
bersama lampu-lampu neon dekat badan dia
Poor Baby.

Model wanita dewasa yang berlakon macam mak-mak tu pula nama dia Pn. Intan Shafinas. One of my best freind yang ter-best dan mempunyai Baby Iman yang dah bujang walaupun baru je umur 11 bulan. Muka asik nak bajet macho and kasanova je Iman ni lepastu dia dah pandai mengorat awek-awek. Yang ni abah Iman yang ajar. *Credit to YB Yazid.

Kasanova Iman Eusuff
=B

Ok. tamat dah Iklan


ADA HAL KECEMASAN SEBENAR. KENA HABISKAN SEKARANG
SEKIAN
NENONENO
OK BYE

Tuesday, November 10, 2009

Semua Cikgu Jadi Monster

Waktu kejadian : semalam.

Setengah hari suntuk (sebab tak boleh cakap satu hari suntuk) ok ok we get it, kau kerja setengah hari. Hmpp. Kami Guru Malaysia, berikrar dan berjanji. *Nyanyian sebagai iklan. Saya dan rakan-rakan guru lain duduk dalam kelas men-settle-kan hal-hal Skim Pinjaman buku Teks (SPBT). Ni bukan skim cepat kaya ke skim gores dan menang WTH

Kami pun. Ok mungkin tak sesuai kami kot. Mungkin saya seorang je yang melalak macam tarzan tak cukup makan. Saya pun dah macam Ah Long. Kami bukan Along, kami cuma nak tolong. Sebab bagi pinjam buku dekat budak-budak. Tapi bila pulangkan buku tak cukup memang siap ah dia. Siapa duduk tingkat atas tu yang tak dengar suara nan gemersik ni menjerit mendayu-dayu. oooOOO000OOO

"DAH PESAN DARI MINGGU LEPAS KAN. MACAM MANA BOLEH LUPA!?"
"APSAL BUKU HILANG? TAK BERTANGGUNGJAWAB YE!?"
"SIAPA BISING CIKGU TAK BAGI BUKU TAHUN DEPAN!!"
* semua dalam nada High Pitch Ziana Zain berserta ugutan

Semalam memang sangat lelah. Panjat tangga untuk ke kelas yang berada di puncak dunia. Ceh, yang berada di puncak kejayaan. Kemudian turun bawa budak sekali dan panjat tangga lagi untuk ambil buku di Tahun 3 yang berada di puncak kejayaan yang lain. Kemudian turun dan naik kembali ke kelas. Kemudian turun balik untuk makan~solat~rehat. Panjat balik tangga untuk kira buku baru. Perghh, naik semua otot kaki. Kalau betis I tak langsing, tak tahu la.

Pukul 5.30 semua urusan selesai dan tak sabar-sabar nak angkat kaki *lagu dangdut Shida. Masa ni hujan Masya Allah. Lebat sangat. Sebelum angkat betis langsing, pekik-pekik bagi pesan siap-siap, lawan bunyi hujan. nak tercabut anak tekak. "Jangan sesiapa keluar, main-main kat luar. Nanti kalau kena kilat petir, sakit wooo. Nak kencing pun tahan." Hebat tak, hebat tak. Cikgu memang kena pandai Psikologi budak. Kalau tak pesan, baru selangkah kita keluar, ada dah yang basah lencun main hujan.

Semalam, bump je dengan semua guru kelas, muka memang tempe basi ah. Semua stok bercakap dalam nada High Pitch Ziana Zain. Pastu semua nak jadi monster dan makan budak. Tangan memang ringan je, seringan kekabu. Siap bagi perbandingan. HAHA. Buat perangai annoying je, memang kena la dengan tamparan wanita. Memang sangat melembikkan hari semalam. Muka ketat dan hilang senyuman kemesraan, keibuan, kewanitaan. Semua takda. Yang tinggal muka kau~nak~kena~telan~dengan~aku~hidup~hidup~kalau~kau~cari~pasal. HAHAHA. Eh, saya memang serius.

Sambung semula kerjaan di Bilik Guru dengan mengisi report card. Siapa kata jadi cikgu senang? Meh sini meh nak piat telinga dia sambil cakap, takda kerja yang senang I tell You. Semuanya perlu komitmen yang tinggi. Bukan boleh duduk goyang-goyang kaki sambil gossip sana sini. Saya pun tak sempat nak angkat muka nak saksikan panorama alam dekat sekolah ke apa. HAHA memang tak punya masa.

Ok galeri foto sebagai penutup.

Ni Work station ke Workshop?
Siap dengan coklat zaman bila tah

Nak cakap dengan orang seberang kena jerit sikit
Sebab I bina Tembok Cina kat tengah-tengah.
HAHA
Jangan simpan muka Gemuk ni dalam hati
nanti ada yang jatuh hati
*pantun 2 kerat
Kalau dia bagi I space Guru Besar tu,
lagi panjang signature artis neh.

Sekian.
Tiba masa anda pula bekerja
Saya nak tidur.

Monday, November 9, 2009

Wajah Baru

ughhh. masa mula-mula buka blog memang ah tak bernafsu. bosan gila tengok blog nih. rasa macam nak angkat campak masuk tong sampah. nyah kau blog bosan. dah lah tak update berhari-hari. lepastu benci tengok ada lips tebal shining-shing dekat tepi dengan pernyataan aku pun dah penat duduk kat blog kau!. jadi, saya dengan senang hati nyahkan saja lips tebal shining-shining tu. motif wujudnya dulu masih samar-samar. ingat cantik sangat kot dulu dan akan jadi ikutan ke apa tah.

lepastu. TING TING TING. macam menang duit Roda Impian ke apa neh?

Saya rasa bertenaga nak halau semua annoying stuff yang terwujud dalam blog neh. bukan tak menghargai semua award-award anda yang budiman. tapi, saya rasa blog saya perlu di dekor ulang neh. nak panggil Eric Leong macam too much lah kan. cuma mahu blog yang simple, terang dan bernyala seperti brain yang terkandung idea mencurah-curah. orang tak lah serabut, tak tau nak tengok yang mana satu. ceh, macam lah ada orang yang tengok.

bila dah berwajah baru, rasa header dah tak seiring dah pulak. rasa macam nak kick header cepat-cepat. tapi saya belum punya design untuk header baru. jadi maafkan ajelah header yang lama dan buruk tersebut. kalau dah click cepat-cepat scroll down supaya header tersebut tak men-spoilkan mood anda.

Nak buat banyak-banyak pembaharuan. supaya seiring (tak habis-habis seiring) seiring dan sejalan, lalalalala. dengan usia penulis. err, penulis berusia berapa tahun heh? 60 kah sebab layout dulu sangat serabut. sekarang rasa lebih remaja. Whoaat??! remaja?! ok. redhakan saja.

harap, memberi kepuasan kepada diriku kerana diriku begitu berharga. ok tetiba sangat. dan diri anda pengunjung semua. akan saya freshkan dengan wangian glade supaya blog neh tak busuk dan bersawang lagi. akan janjikan entry banyak-banyak setiap hari.

who cares??!!

me..

Tuesday, November 3, 2009

Malas Benar

Kenapa dah lama tak memblog?
Kenapa dah lama tak buka blog?
Kenapa dah lama tak berkunjung ke blog kawan-kawan?

Jawapan: Saya bukan lah malas sangat. Tapi lazy sedikit.

Saya sangat malas nak membuka lappy dan melayari internet. jadi, blog sedikit terbengkalai. HAHA. dah lama tak pergi baca blog kawan-kawan. kawan-kawan pun macam benci sebab kejap ada, kejap hilang. well, sangat magiclah bukan? bila malas datang bertandang, sumpah semua mood pun melayang tah pergi mana. bayangkan eh, bayangkan dah pegang losyen dengan niat nak melosyenkan kaki dan tangan macam rutin harian, tapi sebab malas punya hal, aku letak balik dan pergi tidur. HAHAHAKUMALAS

saya malas pun ber-reason:

1- Kerja terlalu banyak. bila dah nak akhir tahun, tu kan perkara biasa. budak nak pindah kelas tahun depan. fail semua nak kena asingkan. almost 5 years dah bergelumang dengan kerja-kerja neh. bila akhir tahun je semua cikgu jadi curser sejati. budak terlanggar lopak air terpercik dekat cikgu dia, memang kena lah dia. well, jangan main-main dengan golongan cikgu bila tahun nak berakhir. HAHA

2- Bila kerja dah banyak, saya pun mulalah dah tak ingat dunia. khusyuk pandang bawah je. tak toleh dah kiri kanan. memang tertinggal dengan gosip-gosip hangat (Hal dinner memang tengah hangat sekarang) itu pun saya tak tahu. kalau orang tak kecoh-kecoh. memang sumpah ah katak bawah meja. satu benda pun tak ambik tau. semua sibuk cari baju dinner, tudung, kasut. saya relax jah. siap pakai baju recycle je nanti. tunggu 7 November 09

3- Bila khusyuk kerja di siang hari akan jadi penat di malam hari. malam pulak saya dah susun jadual rancangan TV. jadi mula dari 8.35 sampai pukul 11.00 nanti dah spend masa depan TiVo. dah nak dekat pukul 11, mata pun dah nyawa-nyawa ikan, badan dah letih beneran. naik atas je, KABoooM atas katil. tak peduli dah hal-hal lain. Hp pun kadang-kadang saya switch off sebab taknak gangguan. saya sangat perlukan rehat itu. eceh, mengalahkan pekerja ladang je. teruk betul. kau pergi jadi cikgu ke cabut rumput kat padang neh? HAHA

4- esok pagi akan ulang rutin yang sama. dari 1 - 3. sebab tu tak sabar nak habiskan 15 hari je lagi sesi bersekolah. lepastu sesi bercuti sakan. YAHOOOO!!! dah lama tak main yahoo yahoo dalam blog. kalau dah stress kerja takkan kau nak beryahoo, yahoo pulak kan. cepat lah cuti. cepat.

kalau kerjaan saya tak selesai pada targetnya, saya dah takda masa lain lagi. tinggal 15 hari saja. sabar deh. blog pun sabar. nanti sepanjang 2 bulan cuti, hari-hari akan tercongok depan blog tunggu anda-anda semua update pulak. HAHAHA. pastu akan tinggalkan komen panjang-panjang sampai anda semua tak hingin nak baca. pastu anda semua akan get annoyed dengan saya. Prrffftt.

ok, sekian macam bosan!!