Wednesday, October 28, 2009

Low Blood Pressure

Ehem, hari tu entry macam sepatutnya terserang high blood pressure. tapi selepas ditimbang kati saya memang silap sangat. jadi untuk ketenangan blog saya dan hati saya juga saya dah remove entry tu. tapi macam dah terlambat bukan? tapi takpa. pengajaran buat diri ini yang terlalu banyak kelemahan. *insaf*
okeh back to normal mode

perkembangan terkini;

Selepas almost seminggu Dak Yang bercuti, beliau sudah kembali semula ke tempat kerjaan untuk bekerja. do i need to mention bout it? HAHA. Doktor cakap dia Low blood pressure sebab tu selalu pening-pening. jadi doktor menasihatkan, minum air gula. Jadi, Dak Yang yang bijak lagi genius neh pergi minum Coke banyak-banyak. dia kata Doktor suruh. Fine baby fine. You minum lah Coke tu banyak-banyak. pandai you pilih ubat.
hari Ahad lepas we spend time together dekat OTWC. pergghhh macam best. padahal dekat belakang rumah je. bosan kan!! bila semua tempat hang out ni dah berdekatan dengan rumah, takda chance la nak pergi jauh-jauh. puuurfft.
okeh, habis dah cerita kayangan.

eh, sekarang macam addicted gila dengan cerita Sumpah Bunian. memang Sumpah Best lah cerita neh. sangat sweet heh Adam dengan Hawa tu. comel sungguh Nora Danish pakai tudung. terus jadi histeria nak cari tudung macam Nora Danish pakai. tunggu sampai keluar kredit tu semua tapi sampai sudah takda pun cakap Nora Danish pakai tudung jenama apa. frust sungguh
habis dah cerita tudung, nak cerita yang sekolah tengah tunggang langgang macam di langgar garuda ke ape tah. dah nak akhir tahun tu memang fenomena biasa. yang tak sibuk cuma mak cik kantin dan pak cik sapu je. HAHA. esok budak-budak dah mula exam. heaven gila. sekolah akan tiba-tiba jadi sunyi sepi. macam takda penghuni. cikgu boleh duduk goyang kaki tangan.
best! best! best!

Monday, October 19, 2009

A Bouquet Of Love

Poyo tak title tu. HAHA. kena buat entry laju-laju sebab masa amat mencemburui. Jeles heh jeles. Cut the crap. saksikan galeri foto di bawah. jeng je jeng HAHAHAKUPOYO

Si Pelik with her Sister
Muka excited nak jumpa BF?
weirdooo....

A Bouquet Of Love
Yours truly: Gurl

Saya sambar tepi jalan depan UiTM on the way nak pergi hospital tadi
HEHE

(Dak Yang mengalami demam yang berpanjangan dan bengkak pada leher serta sakit kepala)

Sunday, October 18, 2009

Injection

Pheeewww... baru pulang dari melawat Mr. Shyang di Selangor Medical Centre (nama dulu sekarang dah jadi KPJ pulak. tak kisah lah tu) I was like bongok-bongok je pergi cari SMC. nasib baik pergi with my sister. siap tanya lagi ni ke?? padahal memang dah kat depan building dia. kalau tak sumpah tawaf Seksyen 20 tu 20 kali sebab cari SMC tak jumpa-jumpa. apsal tak bagitau dah tukar nama?? Perfffttt.

lepastu saya bertambah seram sejuk sebab Dak Yang kata semua ada, naik la. I pun rasa nak pitam. Mama, Abah, Along? malu nyaaaaa. bila dah sampai tingkat 3 saya berehat dulu dekat hall dia. bagi jantung jangan berdetak kencang sangat. i can't breathe. HAHA. Neves okeh neves. macam nak pergi melahirkan anak ke ape tah. bila dah neves semua nak serabut.

Nurse: ye Puan cari siapa? (Puan?? wth?)
Puan: saya nak cari bilik 313
Nurse: bilik 313? rasanya dah kosong
Puan: haaiih?? takkan la
Nurse: siapa nama pesakit?
Puan: F*****
Nurse: takda nama tu. cuba tanya betul-betul
Puan: (tgk balik msg) Eh, 331 la. HAHAHA
Nurse: 331 sebelah sana

sumpah malu!!!!

adegan malu tak patut berulang. dah la memang nak bawa muka malu masuk bilik full of people yang boleh buat saya freeze for 1 hour. mulut ni terkumat-kamit berselawat I tell you. biar tak neves sangat. macam nak pergi interview ke ape tah.

masuk-masuk je bagi salam ok. pastu pergi salam-salam. macam ramai heh? ada Uncle je pun. Saya pun berdiri sebelah katil tengok keadaan Si Kuyus. haha. makin tinggal tulang pun ha. tangan kiri dia kena masuk air. lepastu, air dah nak habis. muka ni la yang pergi panggil nurse dekat kaunter.

tak berapa minit masuk lagi 2 orang nurse.(apsal semua nurse kat sini perempuan heh? mana pergi nurse lelaki?) I smell jelousy in the air. of course lah HAHA. macam tak suka lah tengok nurse ni pegang-pegang tangan dia nak inject. habis takkan saya nak buat pulak? duduk je la diam-diam kat tepi tu dengan hati yang parah. eceh.

tak berapa minit lagi Mama beliau masuk pula. Auntie sangat ramah dan baik. offer saya breakfast sekali. offer muffin blueberry yang beliau buat. walaupun beliau complain tak jadi dan anak beliau tak mahu makan tapi rasanya sangat sedap. Saya pun macam tak percaya boleh duduk sebilik with the whole family yang selama ni saya tak pernah imagine. Yeah, i did it. Uncle offer air kotak Milo. even beliau tak banyak cakap tapi saya boleh faham lah kenapa. Ada gambar Uncle dekat paper Utusan tadi, lepastu Auntie siap cakap dengan Dak Yang dah tunjuk dekat Yaty dah? Haha.. I feel part of the family dah. before ni saya bayangkan suasana yang awkward sangat. ye lah, am just outsider. tapi rupanya tak. am happy. ada hikmahnya Dak yang sakit ni.

Ni kira 2 in 1. Melawat Dak Yang sakit and meet the parents. sebelum ni selalu jumpa Auntie je. so, I feel so releif. Alhamdulillah. Dak Yang should stay for 3 days lagi sebab dia ada suntik satu ubat untuk tengok ada tak 1 jenis kuman dalam badan. lepas kena masuk ubat tu, tempat tu jadi benjol. Mama beliau macam bising-bising sikit la sebab tangan Dak Yang jadi macam tu. Uncle jawab rileks ja. dah Doktor suruh. HEHEHE.

Get Well soon Shyang. Insyaallah, esok sebelum pergi sekolah nak melawat dia dulu. tadi dia mengidam nak makan maggie pulak. selera sungguh unpredictable.

** Terima kasih kepada yang mendoakan. Thanx so much**

Saturday, October 17, 2009

So Sad

Perkara yang paling nak di elakkan dah pun terjadi. Dak Yang has admitted to Selangor Medical Centre for a few days. Me rasa nak pengsan. Sedih bila beliau saket sebab beliau jarang sakit. Saya yang selalu mengada buat-buat sakit sebab nak attention. Since dapat mesej pukul 1 lebih tadi terus mood hilang lenyap di telan mentari.
Pagi tadi beliau call minta saya tolong belikan breakfast. dalam ngantuk-ngantuk gagahkan jugak diri bangun drive pergi Shah Alam sebab beliau mengidam nak Lontong Klang. dalam hati ni cakap nasib baik demam, kalau tak I prefer tidur. lagi sedap. tak lah, tak. mesti la lontong You penting dari tidur I.
Nampak la beliau tak berapa nak gagah. eceh, selalu nampak gagah ke? Ye la, walaupun kurus keding tapi nampak gagah la. tapi kali ni memang nampak sangat weak. Sedih sangat tengok. macam nak bagi sikit daging lebih-lebih dekat dia biar nampak gagah. Bila call pun kejap je sebab dia minta nak rehat.
Pergi open house pun dengan hati yang duka. sebab dah janji dengan emak nak pergi. muka ni memang ah kalah cencorot. pastu buat peel nak balik cepat, nak balik cepat. makanan sikit pun taknak jamah. bukan nak being rude. tapi hati dah tak menentu fikirkan Dak Yang ni la. esok nak pergi melawat la sekejap. tapi, tak boleh fikir nak bawa apa. fikir nak bawa diri je.
nanti mesti saya sedih tengok dia ada jarum dekat tangan.T____________T Dr. jangan inject dia. nanti dia sakit.
Hope get to see You tomorrow Shyang

Akhir Rasa Ini

Dengan hati yang sedih dan sayu menulis. Fikir apa dah jadi dengan My Shyang. Dengan diri yang tak sihat dia drive all the way from JB to Shah Alam. Semalam dia mintak booked kan tiket flight, tapi tak dapat sebab kurang dari 24 jam. Kalau naik bas nanti lama. Dia tak tahan sejuk. lagi-lagi malam. Jadi, rasa sangat guilty sebab tak dapat nak membantu.
Tadi waktu telefon, dia di Nilai. Dia complain letih badan. Omaigod, rasa terlalu helpless. Macam mana nak tolong ni. cuma mampu menangis dalam hati T_______T. Kenapa tak dapat nak membantu di saat dia memerlukan. tapi Dak Yang selalu ada untuk saya. selalu tak selalu la.
bila teringat balik time gaduh hari tu. rasa bersalah sangat sebab mensuarakan rasa hati yang tak puas hati. main cakap je tak ingat dah jaga hati dan perasaan. masa tu memang betul-betul pentingkan diri. lepastu, bila dah lama tak beramah mesra. tahu-tahu dia demam. lagi la perasaan ni rasa teruknya aku ni.


tadi, dia kata Mama nak bawa pergi Hospital sebab demam dia waktu malam teruk. Esok Doktor Pakar takda. nak tak nak Dak Yang kena pergi malam ni juga.


Am worried bout u
Dun Wory
Eh, I luv U. What had happen past few days
makes me realise dat I still need U


sampai jam ni, masih belum dengar khabar dari Dak Yang. maybe dia dah tertidur. jangan la dia kena tahan kat wad. sekarang baru rasa betapa lah rasa sayang yang banyak dekat beliau. rasa menyesal pula pergi gaduh-gaduh. bila waktu-waktu macam ni baru tau yang beliau sangat diperlukan. benci ah gaduh


Di Mana Kan Ku Cari Ganti
Serupa Dengan mu
T__________________T

Friday, October 16, 2009

Morgue


ni blog ke Rumah Mayat? senyap sunyi je. memang ah cerita melimpah ruah melebihi segala-galanya. eceh poyo ah ayat segala-galanya tu. macam serigala. tapi, memang nampak ah blog neh dah bersawang-sawang.

sorry kepada pengunjung. saya tak sempat nak pasang langsir, bagi kuih sambut tetamu semua.

Insyaallah, menjelang cuti sekolah yang akan muncul tak lama lagi, saya akan kembali aktif. maklumlah, saya akan tidak punya job waktu cuti. cuti sambil goyang kaki dan badan. shake it, shake it. KEHKEH. cepat cuti. saya serabut tengok atas meja sendiri. serabut. kerja pun dah jadi 6 hari seminggu. tapi malas ah nak mengeluh banyak-banyak sebab kejap lagi nak cuti sebulan setengah. yippe, yippee

*gambar sebagai hiasan. takut anda dah lupa wajah ini*

kenapa aku ambik gambar macam ni?
macam malu nak tengok
tunjuk jam baru kah?kahkah