Saturday, August 29, 2009

My Kezen's engagement ceremony

tak yah cite panjang-panjang sebab title dia my kezen not mine. HAHA, so juz view the picture closely and make sure jangan tanya kenapa kezen saya bertunang tapi baju saya pun cantik. tu maknanya saya next!! KAHKAH kidding. saya hanya jadi, jadi apa ye nak cakap. pengapit lah. yang tolong pegang bunga, tolong angkat kain yang meleret-leret. ha..that's my job spec.

ok cut the crap.. nanti akan selang seli dengan caption.kalau rajin.

Location: The Doctor's Room
caption: again? kenapa muka ni lagi? HAHA sebagai pembuka kata nak lah sidai muka damn bulat ni dulu benci tudung Hajaba neh. buat muka saya damn buruk ok takyah salahkan tudung. saya memang tak cantek

Location: sama
Caption: that's my kezen. dia punya majlis. tengah final touch up siapa yang touch up? Nurul Shukor about Nurul Shukor, next photo

Location: sama juga. (HAHA, dah mula malas)
Caption: Nurul Shukor sangat kelakar dan friendly. she call me Daya. ok, takpa. Nurul Shukor punya pasal. tapi kalau dia ter-slip her tounge memang ah dia. Aik? apsal macam tak faham kau cakap apa Yaty. Takpa, biar saya saja yang faham. anda baca. dia kata muka saya sangat penuh dengan sifat keibuan (she thought am married already!) dia punya friendly sampai Shahir ingat saya memang kenal dengan Nurul dah lama. sebab saya yang deal dengan Nurul Shukor Touch since April (coz my kezen far away from Malaysia) when I entered je bilik, she start call me Hidaya (saya rasa aura celebrity sebab dia kenal saya) actually, dia kenal saya dari Nabil la. HAHA takyah rasa celebrity sangat

Location: sama sama sama
Caption: three of us. orang kuat belakang tabir (poyo!) Syahir, yang design baju my kezen and buat hantaran sumpah berat hantaran dia. letak pasu semua. esok nak mintak dia buatkan I punya letak tempayan KAHKAH
dia pun tolong saya bermake-up.
simple jah. dia sangat kelakar juga

Location: The Stair
Caption: yeah, yeah. thats me. you see yang turun tangga like princess
tapi, yang belakang lah ok. yang tolong angkat kain tu.
kan dah cakap that's my job spec. nampak tak I di baluti kegemukan
ok, apsal cerita pasal kau Yaty?
fine, my kezen memang ah dia cantik, mekap, baju semua flawless
nak cakap apa lagi.
I am so proud of you Kez
even you lupa janji you nak tunggu I
HAHA

Location: The Pelamin
Caption: Mr.'Pilot' Azri & Miss.'Dr.' Azrina
pray both of you sampai jinjang pelamin
(sebab I nak pakai baju cantik, tayang-tayang muka tak siap kat pelamin you)
Happy always yah
kalau rindu My Kezen bawa la plane tu pergi Russia terus
Congratulation!!!

Location: The Pelamin
Caption: with all the kezens. I hate this picture
sebab muka I macam bola sepak. jadi, no komen.
KAHKAH
*sigh*
Location: Tepi pasu bunga
Caption: muka saya sebagai penyeri di waktu pembukan dan penutupan. *bosan*
HAHA. tahu tak majlis belum habis tapi kain saya dah kotor pun. *sigh*
Mr. Shyang panggil I Pencomot!!
that is so true

P/S: saya tinggalkan entry neh for the whole week. huh, saya dah menggunakan seluruh sisa-sisa tenaga di bulan Ramdhan. sekarang saya dah flat. ceh, duduk taip-taip pun penat? hey Bulan Ramdhan kita kena limitkan segala pergerakan kita biar bertenaga selalu. minumlah Revive. ok ok. end


Friday, August 28, 2009

Qariah-to-be

tatap dulu wajah ini. kemudian teruskan membaca
KAHKAH Annoying

bila bulan puasa mesti buat tajuk mulia-mulia. supaya takda sapa dapat dosa dan kurang pahala puasa bila baca entry neh. takkan nak main curse-curse orang di bulan puasa neh. no no. tak baik tahu. perangai pun kena mulia di bulan puasa. everything pun kena mulia. jadi kalau siapa-siapa yang berhati mulia nak belikan saya baju Songket Idaman Aidilfitri (pandai heh bagi nama untuk baju). memang lah dia mulia hati, baik budi bahasa dan semua yang baik-baik memang untuk dia punya lah. dah tak puji orang lain
ehem ehem. (perhatian untuk Encik yang naik bas pukul 12 tengahari menuju ke Shah Alam)

ok. tahniah sebab berjaya buat opening entry dengan meminta-minta pada yang ada. KAHKAH. tajuk bukan main mulia. perangai, kurang mulia. pagi ni menjalani Tadarus bersama ibu bapa tanpa konsentrasi yang penuh. sebab saya sakit perut. ughh, bulan puasa memang menguji perut yang sangat sensitif neh. tak boleh makan pedas langsung. padahal kalau bulan tak puasa, sayalah King of Chili okek. kunyah cili macam kunyah stoberi i tell u. tapi, masuk je bulan puasa, sentuh sos pun tak bisa. akibatnya akan merana keseleruhan hari. babah kata, Tuhan dah tarik balik nikmat. *insaf* jadi, bacaan sangat tak menentu. banyak sangat pembetulan hari ni.

sebenarnya macam nak cerita sesuatu yang mulia.

dalam family, saya satu-satunya yang tak bersekolah agama. bukan yang darjah 1-6 tu. tapi Sek Men Agama. kalau sekolah rendah agama, saya lah heroin. sekolah sebelah dengan rumah. tiap kali nak pergi tandas, saya akan balik rumah. HAHAHEBAT. siapa berani tahan. siap la dia saya boikot nanti. nampak sangat dah lari dari cerita kan. ok ok.

jadi Abang saya adalah ex- SAMT Batu 38, Sabak Bernam along with my sister in law. Kakak saya pula SAM Seri Desa Tg Karang and my lil brother SMKA Kuala Selangor. so, nampak tak the different dari segala segi. I am the one from SMK Convent, Klang. see, saya bukan saja tak bersekolah agama, tapi terus masuk sekolah Mubaligh Kristian. HEHE.

masa zaman sekolah dulu selalu kena ejek sebab sekolah kristian. lepastu, perangai yang sedikit degil membuatkan all my family think ni sebab tak sekolah agama lah ni. so, dari situ saya mula berfikir, mungkin saya lah the ugly duckling in my family. ye la kan selalu dalam satu family mesti ada seorang yang pelik and that was me.

luckily yang saya di waktu kecil ini sudah di asuh dengan didikan agama yang baik. saya lah satu-satunya jugak dalam family yang di hantar masuk pertandingan tilawah, hafazan dan nasyid. dulu kecik-kecik selalu menangis sebab abang dengan kakak pergi mengaji naik basikal pergi rumah orang dengan sepupu dan kawan-kawan. kebetulan yang ajar mengaji tu bapa kepada kawan saya. saya satu-satunya yang tak di bagi pergi. setiap kali maghrib je mesti nak menangis. tengok orang lain gembira naik basikal. saya pula tinggal dekat rumah dengan linangan air mata T_T

pernah kan satu hari dah nekad nak pergi curi-curi. saya dah siap-siap pakai baju kurung lepastu pergi salin sampai ayat mana saya dah baca kemudian sorok kertas tu dalam baju. ish, ish macam nak pergi belajar ilmu hitam ke apa tah kena curi-curi pergi. unfortunately, babah saya dapat hidu keganjilan tu. HAHA. saya tetap tak dapat pergi. apa lagi, drama air mata dari dalam bilik tengok kanak-kanak lain gembira pergi ngaji. saya rasa pergi mengaji sangat fun waktu itu. saya lah kanak-kanak dalam tempurung sebab tak dapat ngaji.

dekat rumah, babah suruh saya hafal ayat-ayat pendek dalam Muqadam. waktu itu baru darjah berapa entah. yang paling sengsara nak hafal ayat Lam ya ku nillazi yang panjang tu dengan ayat Iqra' Bismirab bikallazi holaq. yang long version. memang waktu tu zaman kecil lagi. belum masuk darjah 6 pun. tapi, ye la, hati masih cerah lagi. hafaz apa pun senang dapat. HAHA. sekarang hati sudah gelap kah? sudah ada black hole dalam hati. saya ikut pertandingan sampai umur 12 tahun. tilawah, hafazan, pergi qiamullail dan motivasi 3 hari 2 malam. semuanya saya. mana ada babah hantar anak-anak lain.

bila naik sekolah menengah, masih lagi masuk pertandingan. peringkat Asrama saya dapat naib johan hafazan. waktu ni kena hafaz Surah As-Sajadah. kemudian dekat sekolah saya menang juga untuk Tilawah Al-Quran tapi tak ingat tempat ke berapa.

bila di maktab ada subjek Agama, saya cool saja. Ustazah Sharifah Mastura memang garang dan suka tanya tajwid. Alhamdulillah, saya menjadi sumber rujukan kawan-kawan waktu dalam kelas. walaupun ramai kawan kelas budak Johor yang memang ada sekolah agama sampai darjah khas, still mereka merujuk kepada saya. saya bantu mana yang tahu. waktu ujian Tilawah Al- Quran Ustazah once puji saya baca Al-Quran sangat baik dan dia tanya saya belajar di mana. Alhamdulillah dan honestly, saya sangat jarang mengaji. kalau emak dah tegur, Mr. Shyang dah mesej 3, 4 kali ingatkan baru lah saya mengaji. tapi, ilmu Allah kan takkan hilang dari hati kita. bacaan saya masih baik.

babah pernah cakap, saya pandai mengaji. kalau anda mengenali babah, dia bukanlah makhluk yang kaya dengan pujian. babah garang. bila dia puji, betul la tu. dia suruh saya masuk Mari Bertaranum dekat TV 9 tu. saya memang ada niat nak belajar lagu. bukan nak pergi masuk kelas vokal ke apa. tapi nak belajar lagu untuk mengaji. tapi tak tahu dekat mana. InsyaAllah nanti akan teruskan niat kalau ada peluang.

walaupun penampilan saya tak mencerminkan siapa saya sebenarnya. well, don't judge the book by it's cover. HAHA. barulah boleh guna pepatah ni dengan berkesan. mulut saya yang riuh, selalu cakap takda hala tuju tapi kadang-kadang bila saya keluarkan ayat-ayat yang bernas nanti serumah akan cakap. tau pulak Yaty ni. macam ustazah. ingatkan dia tak tahu. saya masih tahu haram halal, saya tahu dosa pahala dan adanya syurga neraka. tapi, saya juga manusia biasa. kadang-kadang suka menuju the different way to show that i am different from others. tapi different itu yang berpatutan dan masih ada limitnya.

dah siap Tazkirah Subuh saya hari ini. phew. berpeluh. sekarang nak pergi Bukit Tinggi. shopping time. nanti petang fetch my Beloved Shyang and shopping baju raya pula. harap-harap dapat Songket Idaman Aidilfitri yang berharga 780MYR (bloody H***) not nice Yaty pergi curse baju idaman. apsal mahal sangat heh? kau jual RM 78 aku beli 5 helai. HAHA. dia tenun tangan dik. eleh, bukan orang tanya pun nanti sapa yang tenun kan?? HUHU. harap-harap saya datang hari ni, dia dah turunkan harga mendadak. harap-harap.

err, kita nak buka kat mana neh Yang?? Kelab Shah Alam or Kelab Golf SAAS????

Thursday, August 27, 2009

Ogos yang indah

Bismillah..

where should I start.. ok

banyak sangat benda-benda manis berlaku dalam hidup saya lately. terlalu manis untuk diceritakan. eceh ceh ceh. nyampah ah. bagitau buat apa kalau taknak cerita. HAHA. be patient dear. akan cerita sebutir-butir sampai tak tertinggal satu titik langsung nanti. sampai muntah darah nak habiskan baca nanti.

OGOS 2007

waktu-waktu paling getir dalam hidup. macam midlife crisis ke apa tah. tapi, saya belum pun menghampiri midlife. ok. takyah explain apa tu midlife crisis. annoying. kan orang selalu cerita dalam sesebuah relation ada jatuh bangun. so, waktu ni bukan zaman kejatuhan lagi. zaman kehancuran, keruntuhan, ke.. apa lagi ek. nak tunjuk betapa sengsara saya waktu itu.

seminggu pulang ke maktab dengan harapan dapat repair balik relation yang hampir punah. saya masih mengharap pada yang hampir tiada. setiap hari yang di lalui, tak pernah tiada air mata yang jatuh. sumpah tiru ayat novel. tapi, cerita sedih mana boleh buat ayat kelakar. nanti spoil mood dah jadi tak sedih.

waktu tu memang mengharap sangat sebuah pertemuan.

masih ingat lagi, dah janji nak keluar makan hari Selasa malam. saya bersiap dari pukul 8. bayangkan semua. tolong pejam mata dan bayang sekarang!! HAHA betapa excitednya wanita ini nak keluar dengan kekasih dia.pagi tu baru dapat result periksa peringkat pertama. jadi, memang excited nak tunjuk result yang macam best dekat kekasih tu.

kekasih tu datang pukul 10:30. tak jadi keluar pun. masa tu memang dah menangis-nangis dah. rumet yang keluar sama-sama tadi pun dah balik dah. saya tak keluar-keluar lagi. sedih lah kalau ingat. bukan nak ungkit kisah lama, cuma nak tunjukkan how grateful i am at this moment. saya jumpa kekasih dengan sisa-sisa air mata.

masa tu saya bawak cincin dengan keputusan peperiksaan. masa tu macam ada nekad nak pulangkan cincin. i think, that's enough. saya tak mampu nak face sengsara lagi. bukan sebab dia datang lambat terus rasa sengsara ke apa. bukan. actually benda neh dah berlarutan almost 6 months. saya hanya bersabar dengan ujian Tuhan.

bila dah tunjuk keputusan periksa tu, saya bagi balik cincin pada dia. then, he asked me why and he just put the ring back to my finger. kemudian, dia keluarkan a bouqet of roses dari seat belakang. biasalah perempuan. dapat bunga terus hilang sengsara. memang lah perempuan nama dia. kalah dengan bunga. i juz smiling back like nothing doesn't happen.

tapi, kalau Tuhan nak tunjuk. KUN FAYAKUN. terus jadi.

masuk je bilik, saya terus jatuh terjelepuk dekat kerusi. lemah segala sendi dan lutut. macam takda rasa lagi. nyawa macam melayang-layang. because of 1 bloody message.waktu tu, ros merah dah bertaburan dalam bilik. yang saya ingat saya bunga tu ada depan pintu bilik. sedihnya. only God knows better. saya menangis macam dah end of the world. semua like suprise kenapa saya menangis bila dapat bunga.

sekarang anda tahu tak bahawa saya benci bunga. especially roses and lily. really hate. ceh, siap bagi fakta macam IQ TV.

waktu tu saya pergi kelas bersama tangisan. saya dah tak punya semangat nak teruskan hidup. semuanya empty. my world is empty, me myself half glass empty. honestly, saya tak berhenti menangis dalam kelas untill my lecturer sangat worried kenapa saya menangis, dan menangis dan menangis. i try to move on but i can't.

emaklah segala-galanya masa tu. saya ponteng a few class jugak waktu tu. macam mana nak masuk kelas dengan air mata. emak faham. dia sangat susah hati tengok anak dia tak berhenti nangis. kakak ipar pun involve sekali. saya macam dah tak punya tempat berteduh waktu tu.

next week, saya pergi Tioman untuk Pendidikan Luar. it supposed jadi sangat fun. but again, saya terjelepuk dekat tangga chalet balik dari breakfast. when i found out who is she. OMAIGOD. saya nak pergi snorkeling after that. jadi atas bot bawak kesedihan yang tak bertepi. tapi bila dah jumpa anak-anak ikan, dah tak ingat dah sedih tadi. memang lah dia. HAHA.

my heart really broken into pieces. sangat berkecai. PRANGGG like that. well, hati kaca kan. mestilah sangat fragile. tapi, it was almost 2 years ago...

OGOS 2009

macam tak sangka masih boleh tersenyum. everytime tiba bulan Ogos, honestly rasa sangat trauma. mesti teringat-ingat kisah silam. setiap detik hitam tu saya masih teringat-ingat. saya sangat PANTANG dengan lagu 'KEKASIH GELAPKU' by Ungu. memang benci, memang tak suka. tak boleh dengar langsung. ok, i think u've got it. HAHA. lagu tu memang dah kena banned dari hidup saya. it's like kalau saya dengar, saya macam akan terheret-heret ke dunia duka. and i hate when it happened.

di bulan Ogos ini, suddenly saya jadi bullet proof. macam cerita duka tak pernah berlaku dalam hidup saya. macam saya tak pernah sedih, menangis macam nak mati, kecewa, heart broken. semua macam tak. saya rasa terlalu happy di bulan Ogos neh. saya rasa hati saya tak pernah tercalar. saya boleh mendendangkan lagu KEKASIH GELAPKU tanpa segan dan silu lagi. annoying. tadi benci sangat. HAHA.

that's the reason why, saya sangat bersyukur dengan apa yang Tuhan dah berikan pada saya selama ni. Tuhan bagi saya ujian yang Maha Dahsyat, tapi, Tuhan tahu saya kuat dan mampu untuk menanggungnya. tak calang-calang ujian yang datang pada saya. Alhamdulillah, dalam tabah-tabah kadang kala tersungkur juga. tapi saya cepat bangkit dan ingat bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. mungkin bukan waktu yang terdekat. tapi, saya notice bahawa 2 tahun kemudian Tuhan beri saya kegembiraan yang teramat. SYUKUR.

saya rasa macam cerita lalu tak pernah berlaku. saya tahu, ujian Tuhan takkan berhenti. tapi, saya selalu berdoa semoga tak melalui lagi dark place itu dan saya dapat lupakan segala kisah sedih dulu.

Mr. Shyang: thanx for being there for me. thanx sebab sabar dengan I selama waktu jatuh kita. I beleive that everybody deserve a second chance. and I trust every word u said to me. my feeling even stronger than before. I take almost 2 years to gain my trust and love for u. I Love U


OGOS bukan nightmare lagi...

Thursday, August 13, 2009

sarapan di mana?

pagi neh memang indah ah. apa tak indahnya, surat tawaran yang ditunggu-tunggu dah tiba. kenapa beriya-iya sangat tunggu surat neh. sebab, bila adanya surat neh, maka adanya gaji untuk saya. yehaaa!!! (ALhamdulillah lah. ingat Allah sikit)

pagi tadi sekeluarga yang terdiri dari emak, babah dan saya (ehem) pergi ke JPN, Shah Alam. beriya-iya ajak babah sebab babah yang ambilkan surat tu dari Unit Sekoleh Rendah. jangan harap sangat nak tayang muka tak siap neh. dah malu dah. hari-hari telefon tanya. ada surat? ada surat? sampai kalau orang JPN tu tau saya yang call sumpah dia takkan angkat. KAHKAH. annoying sungguh perbuatan tersebut.

bila dah dapat surat tu, baru terasa lapar yang teramat. excited yang tak terkira sampai tak ingat dah makan ke belum. dah mandi ke belum heh tadi? HAHA. tapi, emak dan babah berpuasa hari ni. habis, kenapa anak dia tak berpuasa? sebab anak dia memanglah, bukan anak yang mithali sangat. mintak babah berhenti dekat Restoran Hakim Sek 7.

"Pergilah sarapan sorang, mak dengan abah nak pergi tasik. nanti dah sudah call"

"TAKNAK!!TAKNAK!!. (macam loser je makan sorang diri. tu la, tak puasa lagi)

emak kata "Bungkuslah"


HAHAHA

lepas order meggi goreng dengan teh O ais limau, kami pun bergerak pergi tasik Sek 7 tu. sementara mak dan babah bercinta berdua. anak dia yang tak puasa tu pun melantak tak toleh kiri kanan lagi dah. punya la kejam anak tersebut, makan belakang mak abah dia yang puasa sampai emak teringin meggi goreng untuk buka nanti. memang ah anak dia neh pandai goda emak dengan meggi goreng mamak. HAHA.
emak dengan babah tak habis-habis cerita pasal burung bangau. pasal habitat lah, dia datang dari mana lah. dah macam tengok animal planet dah. HAHA. well, memang moment terindah lah dengan mak abah. nanti dah kahwin, tak dapat dah nak berjalan bersama tengok burung bangau. eh, bila pulak lah si Yaty nak kahwin neh. saya kata nanti okek. mind you. HAHA. memang sekarang kemana-mana pun berteman mak abah. habis dah memang tinggal bertiga je dekat rumah. takkan nak ajak jiran tetangga sekali.
esok pasti sibuk menguruskan hal-hal dunia. duit punya pasal, pasti sangguplah. dan saya juga yakin, kalau orang yang jauh tu tahu saya akan jadi ribuan muda, pasti pulanglah dia ke pangkuan GF dia neh. tak caya tengok nanti. HAHA (you nak balik tak Yang? I akan rich soon)

Wednesday, August 12, 2009

Sekolah Yang Muram

selalunya cikgu dia yang pergi sekolah dengan muka muram. sekarang muka sekolah yang muram. sekolah ada muka kah? KAHKAH.
ni metaforalah. maksudnya, suasana dekat sekolah memang tengah muram walaupun budak-budak ni buat bising macam dekat fun fair ke apa tah. tapi kemuraman dapat dilihat dari hati cikgu-cikgu yang very close dengan arwah...
dekat mana-mana tempat pun sekarang memang asik bercerita about arwah. semua masih tak percaya lagi. masa hari Isnin tu ada lah beberapa orang yang menitiskan air mata (termasuklah yang tengah menulis neh) suddenly, rasa sebak sangat masa Ustaz Azman buat announcement. masa tu saya kat dalam kelas. lepas baca AL-FAtihah terus touching tak ingat. meleleh-leleh air mata macam hujan. ok, tu tipu. tapi, memang sedih sampai tak boleh cakap.
luckily, student saya sangat memahami hati cikgu dia yang nipis macam kulit bawang neh. mereka senyap je buat kerja masing-masing. saya macam masih teringat ayat-ayat saya pada arwah
"K. Ira dah kurus la sekarang dari Yaty, tak boleh jadi neh. nanti lepas bersalin, mesti badan K. Ira naik balik. nak tengok K. Ira gemuk lepas bersalin"
sampai bila-bila pun saya takkan nampak arwah gemuk lagi, sebab arwah dah takda. Isnin lepas dah di adakan majlis bacaan tahlil untuk arwah. miss her damn much!!
H1N1 pun dah mula dekat sekolah neh. sebab tu la cakap sekolah muram. lepas satu-satu bencana. muka penulis dah macam Mask Rider atau The Mask. KAHKAH. mula-mula berdegil taknak pakai sebab takut hilang kejelitaan di sebalik topeng (sumpah, ayat geli).
tapi, dah ramai sangat asik nak main batuk-batuk depan cikgu dia neh. saya pun bergegas dapatkan Topeng muka. kau jangan ingat aku pakai topeng spiderman ke apa. HAHA. susah jugak nak cakap dalam topeng neh. kena la main jerit-jerit dekat budak. SENYAP!! SENYAP!! Cikgu, CIkgu cakap apa? perghh, dah menjerit separuh nafas, boleh dia tanya cikgu cakap apa?? rasa cam nak gulai je budak-budak neh.
semalam, sedang asik mengajar Read time, tiba-tiba penyelia petang masuk buat pencerapan. dah la Lesson Plan tinggal dekat bilik guru, ABM takda. selalu tu rajin je heret jam besar bumi bawak dalam kelas, bila time nak kena observe, time tu la yang tak bawaknya. nampak sangatlah memang hari-hari nak kena bawak. baru je tamat belajar dah naik tocang heh?? nak jadi apa neh? belum lagi disahkan jawatan dah pandai dah dia. memang nak kena lah dia neh. HAHA
BTW...surat tawaran sudah tiba. yahooooooo!!!. dapat la gaji bulan 9 ni. kalau tak, hari raya neh saya pakai guni sebagai persalinan di hari raya yang mulia. kalau jumpa wanita mempakai guni di hari raya, jangan segan nak tanya "Yaty ye?" HAHAHA

Saturday, August 8, 2009

Tenanglah kau di sana


AL-FATIHAH
buat
ALLAHYARHAMAH SITI HUMAIRA BT. ABD AFIF
(baju coklat sebelah kiri)

sangat tersentak saya waktu menerima berita ini dari K. Intan pada pukul 5 tadi. so speechless. saya memang berharap sangat K. Ira sembuh dan sihat macam biasa semula. saya berharap saya dapat tengok muka cantik dia lagi. tapi, Allah lebih sayangkan K. Ira. dia pergi pada usia 26 tahun.

saya bukanlah kawan yang sangat rapat dengan K. Ira. masa mula-mula masuk sekolah tahun 2005 dulu, saya terserempak dengan K. Ira dekat bilik guru saya semacam terpegun sangatlah dengan kecantikan dia. K. Ira memang cantik. lepastu, dia pandai mekap. jadi, dia jadi cantik. saya ni pulak yang paling tak cantik. HAHA. (gelak sikit je) dengan tak mekap langsung, dengan tak bergaya langsung. jadi, memang malu lah nak tegur dia. i thought dia seorang yang sombong.

bila dia dah pindah rumah sewa, barulah ada tegur-tegur dia sikit. sangat tak sangka. dia tak sombong pun. saya rasa orang cantik selalunya sombong. kadang-kadang yang tak cantik pun tapi perasan cantik nak ikut sombong. eh, ayat pusaran ke apa neh.

masa mula-mula saya jadi rapat bila mintak tolong dia mekapkan saya. masa tu kan nak jadi bridesmaid K. Intan. saya neh mana pandai mekap. tapi, bila nak jadi bridesmaid tau pulak nak cantik sikit. HAHA. so, dia pun setuju jadi mak andam saya. pengapit pun nak berandam macam overlah bukan. well, what to do?? dia memang tak sombong ah. sikit pun tak kedekut ilmu mekap.

K. Ira (baju putih) tengah mekapkan saya
masa jadi pengapit K. Intan

lepas dari rumah K. Intan tu kitorang macam tegur-tegur biasa je. nak jadikan cerita, kami kongsi musuh yang sama. HAHA jeng je jeng. so, kalau ada cerita kelakar je, mesti kitorang share. kadang-kadang kitorang siap berganding bahu pergi menyakat Pn. Musuh tersebut. actually, kami tak anggap pun dia musuh. tapi, bila dia nampak je kitorang macam apa tah nak benci-benci. tapi, like I care lah. K. Ira pun pernah jugak cerita pasal skandal dia. Omaigod, I miss her so much.

bila kawan baik yang kedua nak kahwin, again, K. Ira jadi mak andam saya. dia tak pernah kisah. dia cuma bergurau bila mintak belanja KFC dan saya dah tunaikan pun (Alhamdulillah, nasib baik sempat) dan selalu kalau jumpa kitorang suka tanya hal berat badan. tapi, masa dia pregnant hari tu memang dia terlalu kurus sebab dah mula sakit.

hasil mekap K. Ira

K. Ira kahwin tahun lepas. 08.08.08. and so bad saya tak dapat menghadirkan diri. tapi sempat juga bagi hadiah. masa dia nikah, baju yang dia nak guna tu terbakar kena iron, jadi, dia pakai baju yang bukan pilihanlah. jodohnya juga bukan pilihan keluarga dia if am not mistaken tapi, finally dapat juga dia kahwin dan family bagi restu.

dia menghidap penyakit jantung berlubang. supposed dapat nasihat doktor baru boleh pregnant. sumhow, rezeki Allah nak bagi, dia mengandung dulu. so, dalam tempoh 9 bulan tu memang suffer sangat tengok dia. memang dia tak sihat. badan dia makin susut dan pernah stay dekat hospital selama sebulan. dia memang sedih sangat. sebab tak dapat bahagiakan suami dia. kalau tengok dia naik tangga. memanglah kesian. memang lambat dan tak larat.

bila dia deliver baby masa bulan 6 hari tu, saya dah congrate and tanya kesihatan dia. dia kata, dia dan baby sihat. and am so happy sebab saya ingat penderitaan dia dah habis. rupanya, lepas 5 hari bersalin dia demam akibat cuaca. so, dia pergi pasang aircond dalam bilik. dan sepuluh hari sebelum masuk sekolah (dia sepatutnya mula mengajar pada 3.8.09) dia demam panas. bila dia masuk hospital, dia kena tahan dekat wad sebab jantungnya bengkak dan paru-paru berair.

hari Selasa atas nasihat doktor, jantung K. Ira perlu direhatkan sebab berdegup terlalu laju. so, dia bergantung kepada life support machine dan duduk dalam ICU. dia dipengsankan. since that dia tak pernah sedar sampai ke hari terakhirnya. rupanya, buah pinggangnya juga bermasalah akibat dari ubat yang diambil. akhirnya, penderitaan K. Ira berakhir pada 08.08.09. dia menghembuskan nafas terakhir pada 4.15 petang. hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan yang pertama. bayi perempuan beliau Suaibah Syakirah yang baru berumur 2 bulan sudah kehilangan ibu.

saya memang harap sangat K. Ira sihat dan datang semula sekolah. saya nak tengok dia sihat. even saya tak terlalu rapat, tapi baru pertama kali dalam hidup saya kehilangan seorang sahabat yang saya kenal, dan hari-hari berjumpa. hari Khamis hari tu, saya pegang RPH K.Ira dan tengok satu-satu tulisan dia. sebab memang saya dapat rasa kehilangan dia. rupanya firasat saya tak tipu.

K. Ira, semoga akak tenang di sana.
~ AL-FATIHAH~
K. Ira (baju coklat depan sekali)