Friday, July 17, 2009

BTN-Kem Platih Batu 13, Muar


SEMANGAT!!SEMANGAT!!SEMANGAT!!
Kelas Pemulihan Tahun 1 Jaya
HAHA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
13 - 17 Jun 09

ehem, petang (muka serius siket)

bila penulis dah terkurang modal cerita, maka terjadilah aktiviti korek-korek cerita lama. well, sekarang status penulis ialah penganggur terhormat, so jangan segan dan silu-silu nak ajak penulis melakukan sebarang aktiviti. tapi yang berfaedah saja. HAHA. (boleh ke Yaty neh di ajak keluar?) well, anda dah tahu jawapannya: memang tak boleh!! HAHA. saya cuma berangan di petang hari saja tadi. apa lagi kerjaan yang penganggur boleh buat selain dari day dreaming. ok, perenggan neh memang lah dia. NEXT!


nak tukarlah term 'penulis' kepada 'penganggur'. ok, dah. sebelum penganggur tamat pengajian hari tu memang banyak aktiviti kena dilakukan supaya penganggur dapat grad dengan sempurna. HAHA. eh, apsal HAHA. takda yang kelakar pon. ok memang saja nak bagi perenggan panjang sikit. ingat tak yang cerita baju segunung dan mengharapkan Ginnie turun dari langit ke apa bagi bantuan kecemasan. kalau 911 nak terima panggilan kecemasan sebab baju kotor dah menggunung, memang nak try ah. tapi, memang takda T___T. Thanks God My Guardian Angel turun dari Skudai dan mentolong bidadari pemalas beliau.KAHKAH. Thanx sebab lipatkan baju I molek-molek. You memang ah, Profesor serba boleh.(eceh, nak jugak tabur ayat-ayat pujian barang sebaris, dua). baju I wangi sampai sekarang, You memang pandai ah pilih sabun. Sabun Cosway yang You nak try tu wangi tak?? oke, hal sabun takyah cerita dalam blog sangat. tu hal peribadi. nanti orang @$%&*^@


Kem BTN yang saya memang sangat vintage. I mean usang. Kelas LDK dia masih papan-papan. macam kem zaman Jepun ke apa tah. memang tak fun langsung. mandi air kolah tahu T__T. sengsara? tak boleh cerita. kadang-kadang sedih mengenangkan nasib diri. kenapa kena main kemban-kemban dan cedok air dari perigi pastu kena gali perigi dulu sebelum mandi. eh eh, kenapa cerita ni macam tipu sangat? takda kena gali perigi pun. tapi yang bestnya, kalau nak mula jirus je air mesti terasa macam tengah berlakon PGL masa scene yang Tiara mandi dalam sungai pastu Hang Tuah tunggu kat tepi. ingat tak? jadi, setiap kali nak mandi mesti ada sound effect Jika ini hakikatnya, aku serahkan jiwa dan ragaku, menantimu walau sesaat, jika ini ketentuannya. HAHA memang fun ah. setiap kali tu jugak la mesti ada yang tanya, Mana Hang Tuahnya? Bila Hang Tuah nak sampai. well, memang lah Hang Tuah tak sampai-sampai sebab laki tidak dibenarkan masuk. tapi lelaki boleh. KAH KAH.

ada yang menggeletek jiwa saya sikit. eceh menggeletek okek means kelakar sangat lah tu. setiap kali nak masuk dormroom dekat tembok dia ada tulis rules and regulation yang kena dipatuhi. ala, macam kalau tak patuh pun bukan ada orang yang nak tangkap ke apa. so, antara rules dia ialah:


Perkara yang di larang
  • Arak dan dadah
  • Judi
  • laki
  • BERGURAU
KAHKAHKAH. memang lah rules dia pun boleh buat orang gelak tak terhenti. so, everytime nak masuk je lalu jalan depan, kitorang akan patah balik dan ikut jalan belakang sebab nanti tak boleh bergurau. KAHKAH. dah la bilik kami ialah bilik yang paling kuat bergurau dan paling suka bawak lelaki. ehem, bawak cerita pasal lelaki. bukan bawak masuk lelaki ke apa. saya pun macam tak sangka dapat kumpulan JQAF yang fun sungguh. JQAF ni adalah ustazah-ustazah yang pulang dari Mesir atau Negara Arab Bersatu (ah, pandai-pandai je, Yaty memang pandai). jadi, imagine lah ustazah tersebut tersangat fun dah tak semacam ustazah lagi. kerja kami takda lain, gelak 24 jam. kalau bilik tu senyap je, maknanya kami sebilik tidur tak ingat dunia. kami pernah kena denda beramai-ramai sebab 1 bilik bantai tidur lepas kuliah Subuh dan terlajak sampai waktu senaman pagi.


jadual memang padat tak ingat, bayangkan macam ikan sardin dalam tin sardin yang disumbat padat atau macam orang pergi kerja naik bas mini pun boleh jugak. oke tak payah bayang lah sebab macam makin keliru je kalau main bayang-bayang neh. benci ah Yaty. HAHA thanx sebab kata benci Yaty.

pernah berlaku dalam sehari tak sempat nak melabuhkan punggung walau untuk seminit pun. masa tu memang rasa nak menangis sangat. sebab rasa tertekan tau. semua kena rushing-rushing. anda bayangkan..ok takyah. baju-baju saya hanya terletak dalam beg sahaja. tak sempat masuk almari. memang cari baju dalam beg je la. baju kotor berterabur entah kat mana-mana. ye la semua baju sama putih, kain sama hitam tapi hati lain-lain. yeah!! cikgu berjaya cipta pepatah akhirnya. HAHAHA. lepas pakai, campak. cari baju lain. nak membasuh pun takda masa. jadi, kalau anda kena pergi BTN baik pakai baju dalam. jadi, baju diluar takkan kotor dan berbau. kalau mak anda datang bawak sabun ZIP macam iklan PLKN tu, memang takda masa pun untuk anda nak berlakon iklan dengan emak pastu nak ngadu dengan emak, yang sabun tu memang terbukti berkesan. takyah mimpi. sebab pelawat memang tak dibenarkan pun dalam masa 4 hari tu. HAHA
dalam banyak-banyak aktiviti, LDK la paling lama. sekarang saya memang ada simpan falsafah dalam hati. eh, apsal si Yaty main falsafah-falsafah neh. Aristotle kah beliau? no? yang ada dalam fikiran saya ialah semua fasilitator BTN memang ada penyakit miang keladi(maaf, kalau ada pembaca yang kerja jadi fasilitator) saya tak maksudkan semua. tapi a few lah. yang dah bertunang pun nak dikacau. watdehell?? eh eh, apsal marah sangat neh? sebab Yaty tak kena kacaukah jadi cemburu? mind you, sebab saya sudah terkena lah saya macam nyampah sikit. macam tak ingat anak dan isteri di rumah. nampak perempuan cantik-cantik sikit. sikit je cantik dah mata nak terkeluar. belum tengok yang cantik banyak lagi. tapi, bukan saya yang dah bertunang tu. orang lain. HAHA. saya masih single. anyone?? (eceh, macam ada chance nak kena backhand je kalau Dak Yang baca entry neh kemudian hari) ok ok. AM NOT SINGLE. still, anyone? KAHKAH

Sayang, I Love you (ceh, nak apa pulak Yaty neh tabur kasih sayang dalam entry) *iklan*

jadi, tu la dia cerita BTN saya. aktiviti-aktiviti lain macam lari 2KM dekat ladang nenas, ujian kecergasan, jungle tracking dalam kebun kelapa sawit,dan peperiksaan di dewan. bila malam penutup tu macam ada la tersemat semangat cintakan negara. semangat patriotisme yang tinggi. apa taknya, setiap kali kuliah subuh ditayangkan cerita 1957: Hati Malaya. sampai sekarang tak faham sebab tengok awal dan akhir. tengah-tengah dah masuk alam mimpi. kalau menghayati dengan mendalam memang boleh nangis. tapi, mengantuk yang tak boleh ditahan, tak sempat lah nak main nangis-nangis neh. HAHA

dan macam biasa, saya memang ada masalah dalam penutupan cerita. kira dah habis dah entry neh. err, habis.

Saturday, July 11, 2009

saya tak sibuk

dah lama tak dapat jenguk blog kegilaan ramai. eceh, kegilaan saya sorang je. jangan terus nak kutuk. am juz kidding ok. memang rindu. tapi apakan daya. wireless di maktab sangat suck sehingga memang lost signal terus. HAHA. memang dah sumpah seranah. jangan worry. semua cerita saya dah hasilkan. anda boleh scroll down. saya tinggalkan anda dengan 3 entry secara pukal. jadi, kira bayar hutang la. kalau tak larat nak komen tiap satu, komen dalam hati je takpa. komen yang indah-indah je okek.

saya sudah kembali..

sudah berpijak di tanah yang sama, menghirup udara yang sama dan bawak kereta macam pemandu tak berhemah di jalan yang sama. eh, ni bukan dialog PGL ke?? KAHKAH. jika ini hakikatnya, aku serahkan jiwa dan ragaku. menanti mu walau sesaat.. saya dah kembali ke Klang Darul Ehsan tercinta.
saya dah tamat pengajian dengan jayanya. untuk berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan semua. keputusan peperiksaan yang lalu cemerlang. dengan CGPA 3.62. Alhamdulillah. usaha selama 3 tahun setengah berbaloi.

sekarang tengah duduk menganggur di rumah. HAHA. dah seminggu duduk di rumah like king only. makan, tidur, makan lagi, tidur kemudian. memang seronok ah hidup macam ni. duit pun sentiasa ada hasil cukai dari ibu bapa. KAHKAH. memang ingat nak beli baju baru sebelum masuk sekolah semula. baru semangat. sekarang dah jadi guru sebenar. oyyeh, oyyeh. gaji pun dah sebenar. oyyeh lagi. HAHA.

sejak menternak anggur secara jayanya, saya telah mentanam azam untuk belajar cooking. tapi, apakan daya. masih belum terlaksana. malas memang menang lah dalam hal azam berazam neh. dia mendahului dari usaha yang ada. KAHKAH. well, saya ada task yang perlu dilunaskan. kalau tak, elaun bulan depan tak masuk. ceh, ugut I memang no 1. memandangkan Mr. Shyang saya adalah bookwarm, maka saya pun telah dipaksa rela untuk membaca buku yang beliau beli. memanglah saya pun bookwarm. tapi saya hanya bookwarm kan Cecelia Ahern dan Sophie Kinsella. tapi kan manalah Mr. Shyang saya baca buku macam tuh. jadi, buku ni lah yang saya kena baca.anyone yang nak pinjam??


buku ni memang seronok. walaupun saya baru baca chapter 4. i bukan ambik hati you taw. tapi, i really enjoy reading this book. mengenai kehidupan Kassim Ahmad neh. well, nak tahu. baca lah. memang worth it.

enough with the book. saya memang harap sangatlah dapat cuti lama-lama lagi. owh, surat posting, jangan lah kau sampai dulu. baru nak rasa kenikmatan bercuti neh HAHA. patut lah ramai orang jadi penganggur. sebab memang best gile. tak caya? try la. KAHKAH.

kepada yang komen entry before neh, saya akan membalas. thanx ya sebab sudi baca dan mengunjungi walaupun anda tahu saya tak update-update entry. HAHA. thanx to Mr. Shyang juga yang akhirnya tinggalkan komen. walaupun guna "anonymous". You memang comel ah, bangun-bangun tido terus tinggalkan komen untuk I (walaupun komen you tak membina semangat I, HAHA) Thanx everyone, again.

Dari JB ke BP alone

Monday 29 Jun 2009

kan semalam pergi tengok Chong Wei main. remember. bila dah berguru dengan Chong Wei, takkan la Dak Yang nak duduk diam je dekat rumah. pagi-pagi dah menjemput saya pergi tengok dia main badminton lah. bawa raket mahal, shining-shining yang di beli di kedai di mana tokey nya adalah tukang betulkan tali raket Chong Wei. at least, tokey tu ada bau-bau bacang dengan Cong Wei pun jadilah. HAHA.

walaupun Pusat Sukan UTM tutup. semangat Dak Yang memang takkan luntur macam peluntur Clorox. takkan. dia berusaha jugak cari tempat nak main badminton. tak kira la kat mana pun. dekat taman permainan kanak-kanak pun jadi. HAHA. taklah. dia jumpa jugak tempat nak main badminton. semangat sukan yang tinggi, tapi, kalah jugak. HAHA. malu ah Yang, kata dah dapat absorb semangat Chong Wei semalam.

saya? saya takda la nak jadi cheerleader ke apa. kang malu di tempat kejadian. dah la BF pun tak terer. saya cuma nak makan nasi lemak rendang yang sangat enak. nyum nyum. sedap sungguh nasi lemak tersebut. no wonderlah Dak Yang semakin underweight sebab rajin bersukan dan GF beliau overweight sebab rajin makan nasi lemak. KAHKAH. memang sedap sangatlah. sampai sekarang masih teringat-ingat. kan poyo dah Yaty neh. malas layan.

sepanjang berulang-alik ke JB selama beberapa tahun neh. saya tak pernah masuk the famous Plaza Angsana. tak pernah walau sekali. teringin jugak masuk dan nak jumpa pelukis handalan yang dapat draw muka I sama dengan muka *****. eh eh. cerita lama jangan diungkit. nanti sentap sampai berdarah-darah hati. ayyook, sapa nak tolong tampal gauze dekat wound yang hampir heal tersebut?? menggunakan term-term medic yang tak boleh blah. taklah. saya nak tengok je apa ada kat dalam Angsana neh. Dak Yang pun menjadi tourist guide dan bawa la GF dia pelancong dari Hulu Klang neh masuk Angsana. Not bad lah. saya pun membeli-belah bekalan makanan untuk di bawa balik Batu Pahat.

well, yang sedihnya, saya akan balik ke Batu Pahat seorang diri. Mr. Shyang tak dapat nak hantar atas beberapa sebab. jadi, bawak lah diri bersama kereta ke Batu Pahat. 1st time lah nak drive jauh-jauh seorang diri. sedih jugak. sebab selalu dihantar-hantar. kali ni kena pulak menghantar diri sendiri. so sad.

dengan lafaz Bismillah saya pun memulakan perjalanan ke Batu Pahat
sepanjang jalan hanya duduk di lane kanan. i repeat lane kanan. memang super duper belagak taknak kalah. kelajuan tak penah kurang dari 100-130. HAHA. dan dalam masa beberapa minit tak sampai sejam saya sudah tiba di TolAyer Hitam. hebat? no?. saya hanya akan slowdown bila rasa akan kena saman kalau polis nampak. lepastu tak ingat dah. HAHA. sorry Yang if you dapat saman. sampai bilik, berkemas-kemas dan tidur. penat lah tak pernah drive jauh seorang diri.

habis dah percutian 3 hari 2 malam. sekarang kembali bersendiri lah. makan sendiri, sarapan sendiri, tidur sendiri. aik?? ayat memang mengundang kontroversi neh. HAHA. jadi, memang rasa sunyi sangat. tapi, lama-lama biasa lah nanti. anda tengok ah muka pemandu yang hebat dan taknak kalah serta tak takut kena saman. HAHA


**rindunya those moment with you**

Birthday Celebration

Sunday
28 Jun 2009

my dearie dear da turn 24..
dah cukup akil baligh Yang.
dah boleh kahwin dah ni
HAHAHA

pada hari Ahad yang indah. indah ke? dah tak ingat dah. HAHA. al-maklumlah dah keluarkan cerita basi. anyone nanti yang sakit perut, muntah-muntah. penulis mintak maaf dulu sebab dah terbaca entry basi. well, kesihatan para pembaca termasuk silent reader (kalau ada), you, yes you yang tengah baca dengan mata grey, saya tak bertanggungjawab atas kemerosotan kesihatan pembaca termasuk kesan sakit hati yang ditanggung. KAHKAH. apakah ini? tiba-tiba keluarkan ayat takda hala tuju.

pagi-pagi, as usual orang yang tak pernah bangun seawal pagi akan celik mata seawal fajar siddiq menjelma. sebab rasa taknak membazir sesaat pun bersama yang tersayang. eceh,geli ah Yaty neh. buat ayat geli-geli anak tekak. breakfast bersama-sama. kemudian, pergi basuh kereta pun nak bersama-sama. bila dah habis cuci kereta, bersama-sama takda hala tuju sebab baru pukul 9 lebih. HAHA. mana ada shopping complex yang buka. sampai bersama-sama tadi buat keputusan nak balik tidur. sebab bangun awal sangat, sekarang bersama-sama rasa dah mengantuk. KAHKAH. apsal banyak sangat penggunaan 'bersama-sama'. sebab nak menunjukkan togetherness dalam erti kata lain kebersamaan. cut the crap. NEXT!

akan cerita secara laju sebab penulis pun naik bosan tulis cerita basi tapi tetap dengan semangat jitu nak menulis

bersama-sama pergi CS sebab nak booked tix for midnite. tapi, ubah plan tengok je terus jam-jam tu jugak sebab malas nak datang CS balik. tengok cerita paling bosan sedunia. sumpah menyesal dalam hati. @%*&^%%$#!*^%. macam mana boleh terhasil cerita sumpah bosan tersebut? sampai Dak Yang tidur. tak pernah dalam sejarah tidur masa tengok movie, nampak sangat sumpah bosan. jangan tengok ah cerita tu. tapi, nak warning pun dah terlambat. and 1 more thing, saya pun lupa title apa movie sumpah bosan tersebut. sebab lepas ni kalau jumpa, siap kau, aku bakar cukup-cukup.

selepas tengok movie bosan dan bersolat. jam dah hampir pukul 3. aktiviti seterusnya, eceh.. memang best ah, 1 hari ni semua aktiviti takda dalam rancangan. ikut je kaki melangkah. kami rushing ke Stadium Bandaraya JB. buat apa? picnic dekat tepi padang hoki yang menghijau bawah terik matahari. apa akallah. HAHA. tengok pujaan hati Dak Yang. (sapa lagi You sayang I ke Chong Wei? cepat cakap!!!)

YONEX-SUNRISE MALAYSIA OPEN GP GOLD 2009

saya pun tak tahu. yang berduyun-duyun manusia jalan kaki neh sebab nak pergi tengok badminton. hari ini dalam sejarah saya berjalan kaki sambil pasrah dan merungut-rungut dalam hati. imagine lah yang Dak Yang takda booked tix pun dan kami pergi atas perjudian nasib. ceh, main judi berdosa ah. kalau ada, ada la. kalau tak balik. nak tambah effect lagi, awan memang berarak mendung dengan kereta yang di parking jauh di seberang highway sana. sebab Chong Wei la ni. nak tambah sedap cerita, kami tak makan lagi pun. T________T. Dak Yang kata, kalau tak dapat masuk, anggap je la kita jalan-jalan sempena hari jadi beliau. nasib baik dapat GF yang sarat kasih sayang dalam hati. kalau tak...

ok, make it short. mestilah dapat masuk. kalau tak, takkan saja-saja ambik gamba tiket dekat tangan orang lain. HAHA. masuk pukul 3. Chong Wei main last sekali. jadi, disini di sertakan gambar aksi-aksi kami dan Chong Wei. aik??
dapat capture
bad habit Dak Yang

*sigh*

Die hard Fans Chong Wei
tak senang duduk

Chong Wei menang la
kalau tak, ada yang tak balik
meratapi...
KAHKAH

Dari Shell~Jejantas~Stadium Bandaraya JB
berjalan dengan kaki
T_______T

habis ada orang jalan menggunakan tangan kah?

habis game, terus rushing lagi. hari ni memang banyak main rushing-rushing. konon-konon sibuk dengan hal-hal rumahtangga. HAHA. kami rushing ke Stulang untuk bersolat dan dinner. YAY!! burung puyuh 1!!!

cerita syahdu
sementara tunggu nak masuk Maghrib neh, saya pun bersembang dengan seorang makcik dan beberapa orang anaknya dalam surau tersebut. (attn: dalam surau jangan bersembang. tak baik. jangan tiru) saya hanya bersikap ramah di kala senja. suddenly, berkumandanglah azan, menandakan masuknya waktu Maghrib dekat Stulang. out of sudden, saya sangat familiar dengan suara orang yang azan neh. sekali, saya pun bangun. sekali je taw dan main intai-intai, siapakah gerangan yang mengalunkan azan tersebut. jeng je jeng. Mr. Shyang rupanya. T_________T aik, apsal nangis. bukan lah, sangat syahdu dan touching sekali. sekali je, mind you. banyak kali nanti jadi riak. cayalah, pheewit.dah lepas ujian pertama neh Yang.

after dinner kami pun pulang. HAHA. tak pernah celebrate birthday seharian suntuk. kena ingat sampai akhir hayat neh.