Tuesday, June 30, 2009

Wonderful Journey

di kala senja melabuhkan tirai aik?
selepas menikmati sebungkus burger daging special RM2.50

gendang gendut tali kecapi;
kenyang perut suka hati.

bila hati dah suka baru boleh menteruskan journey berbentuk blog.

owh, saya masih dalam mood berbunga. dalam hati memang penuh dengan bunga-bunga cinta
ada sekebun cinta nan berbunga. tapi, ada sayu jugaklah bila dah berjauhan. ni yang paling tak suka, bila tak jumpa rindu. dah jumpa, rasa taknak balik. bila kena balik juga,eh, apsal paksa orang balik neh??orang taknak balik ah (sambil tarik-tarik tiang) dah sedih~sayu~dalam~hati. T________T

walaupun dapat bawak pulang secebis kenangan, eh secebis apa. sebijik kereta di bawa pulang ke Batu Pahat sebagai tanda kenangan. eh, apsal Yaty dah masuk cerita ending neh. bosan betul. HAHA. belum pergi tiba-tiba dah balik. ni namanya entry tiba-tiba.

oleh kerana banyak sangat cerita. kita bahagi-bahagi tugas lah. hari ni saya cerita, yang lainnya anda sambungkan. HAHAHA. sumpah annoying. saya akan cerita ikut bab-bab. sekarang neh anda dalam bab pendahuluan atau abstrak.

isi-isi penting~~

pukul 12 lagi saya dah send mesej berpukal-pukal sebab taknak beliau lambat. saya nak, keluar-keluar dewan je muka beliau saya nampak dulu. mestila rindu, dah 2 hari tak jumpa. #@^&%%@. Dak Yang kata OTW. heeee, dah tersenyum-senyum sendiri. dalam dewan pulak dah panas punggung. tak sabar nak meninggalkan dewan. walaupun dewan tu sejuk macam peti sejuk, punggung tetap panas. biasalah, orang yang sedang ingin bercinta selalu buat perlakuan yang annoying.

tapi, macam hampa jugak ah sebab tengok tempat Dak Yang selalu parking kereta. kosong, sepi dan sendiri, aku benci, aku mahu hingar.... tiba-tiba pulak bersajak. kan annoying tu. HAHA. takkan cerita nak straight je. mood orang bercinta neh memang swinging tak kena tempat. lagipun nanti ada yang dah landing kepala sebab kebosanan sambil hantuk-hantuk kepala dekat keyboard. sebab benci baca entry tegak kalah pembaris. HAHA. ok ok sambung, sambung cerita. kemudian, saya terus bergegas masuk bilik, pergi bersih-bersih diri dan ambil wudhuk. better solat dulu, nanti sampai JB dah lambat.

bila tengok HP dalam bag ada 1 missed call ~dr. **~
YAY!!! beliau dah tiba..
call balik, call balik.

Yang, dah sampai ke? penuh keceriaan dan kegembiraan
Cepat la!! berapa lama nak tunggu. kata habis pukul 1!!
!#$^**%&^%#$@
di pendekkan cerita dia memang dah sampai pukul 1 tapi parking tersorok sikit dekat sebelah kiri. saya memang tak toleh kiri langsung.

kan dah tersedih kena marah. selalu jadi macam tu. saya dengan sepantas kilat bertukar jadi flashman. siap, siap angkat barang dan lariiiii!!! banyak yang saya tinggal. termasuk charger HP sendiri. bila sampai dekat kereta tengok-tengok hud terbuka, tapi orangnya tak wujud. aik?? kena culik alien kah?? saya terus lah landing kan beg-beg macam Bangla jual karpet tersebut dekat bonet sebab ingat nak lari ambik charger. tiba-tiba.. jeng je jeng. ok ok tak main-main lagi. HAHA Dak Yang keluar dari toilet berdekatan bawak air. muka dah la super serius. terus kecut, tak jadi turun. KAHKAH punya lah gerun dengan BF sendiri. masuk kereta, bersama barang-barang jualan. nak try market kat Batu Pahat.

kami terus menuju ke Marikh..tettt, mestilah salah. kami terus pergi makan dekat asam pedas paling marveles dekat Batu Pahat neh. dia bersebelahan dengan Post Office dan berhadapan dengan BP Walk. Dak Yang memang suka sangat makan dekat sini. saya tahu dia akan minta nasi tambah punya. walaupun kurus, jangan di sangka sangat selera makan Dak Yang neh. walaupun beliau sudah di label underweight yang melampau dan GF beliau overweight yang tak melampau sangat. but still, beliau yang tetap makan banyak dari saya. saya cepat-cepat mintakkan nasi tambah. nak ambil hati balik. KAHKAH. memang kaki bodek.

tapi tapi tapi taktik tersebut tak berhasillah. T____T. eh, apsal sedih pulak tetiba neh. sepanjang jalan dari Batu Pahat ke JB kami diam je. hurmm... beliau bawak lalu jalan dalam. lalu Rengit, dan keluar Highway Pontian. masa lalu jalan dalam, biasalah. jalan kecil. so, nak buat aksi Tokyo Drift ke apa memang payah la. paling-paling pun boleh buat KL Drift je. lagi-lagi kalau follow lori. memang tahan hati je lah. Dak Yang yang saya kenali bukan lah terkenal dengan sifat sabar. lagi-lagi kat jalan raya. ada satu kali neh yang saya tak tahan nak~gelak~tapi~takut, kami follow lori udang. perghhh, air udang dia meleleh-leleh dekat jalan. kalau setakat kat jalan takpe, ni sampai percik-percik kat cermin kereta. bau dia, super-duper wangi ah. saya memang nampak muka ketat Dak Yang. saya pulak rasa kelakar sangatlah. sebab bau busuk gila dah. macam melekat kat baju je. tapi, sapa berani gelaklah kan. HAHAHA. sekarang boleh gelak dah. Yang muka you kelakar sangat. sumpahsampai JB pukul 4 lebih. dah settle tempat tinggal untuk 3 hari, saya di tinggal alone. Dak Yang ada hal nak diuruskan. saya dah terbosan-bosan lah seorang diri. nak ikut, tak bagi. ceh! kedekut ah you. dah la biarkan GF terkontang-kanting seorang diri. masa tu baru pukul 5 lebih. dia janji akan ambil lepas Maghrib untuk dinner. waaaa..lama lagi. kemudian, TING!! mentol di kepala dah bercahaya sangat bright. se~bright idea yang muncul. saya pun bersiap-siap macam lipas kudung masa tu dah pukul 6.30. ni memang antara hidup dan mati. ceh, gila serius. Gf sapa yang poyo neh.

saya bergegas membawa diri ke JJ Tmn U di seberang jelan. ek eleh, ingatkan jauh sangat. poyo ah hidup dan mati konon. tapi, memang cekal dan tabah hati ah. ingat senang dan mudah nak tengok si Yaty neh berjalan sejauh tu seorang diri. kepit handbag kuat-kuat macam bawak beribu-ribu ringgit ke apa. ribu rupiah pun belum tentu ada. lepastu jalan laju-laju sambil toleh-toleh belakang macam ada orang kejar konon. biasalah, Drama Queen. panjat jejantas pun laju-laju. walhal, takda apa yang nak ditakutkan. takut sendirilah. sampai JJ baru lega sikit. tu pun masih jalan laju-laju. amoi promote barang pun saya tepis. hiiiarghht, saya nak cepat neh. HAHA. pergi ATM keluarkan duit dulu, kemudian saya pun mulakan pencarian. cari apakah si Yaty neh?? cari KEK. hari berikutnya tu adalah hari Jadi yang tersayang. tapi, tu cerita kemudian ah. takkan nak main skip-skip pulak. ingat nak beli Secret Recipe 1 slice je. memandangakn company ramai malam nanti, beli lah kek yang sedap dipandang tapi tak berapa sedap dimakan. entah, saya pun tak tahu sebab saya tak makan pun. tu pun cerita kemudian ah. as for me, kalau kek coklat tu buruk dan hina macam mana pun pun asalkan kek coklat, tu lah yang terbaik. cheese cake? owh, saya ada nightmare pasal cheese kek, tapi yang tu pun takkan diceritakan lah. bila-bila pun takkan cerita. sebab menyayat hati T__________T. ah, tetiba pulak cerita pasal kek lepastu nak menangis-nangis. eh, tadi tengah cerita apa ha??

di pendekkan cerita yang dah masuk lapan perenggan neh. HAHA. saya pun balik membawa beg berplastik-plastik. ada kek, roti dan kad. kad je? hoi, hoi orang yang tak berpendapatan neh mana mampu nak bagi hadiah lumayan. hanya kad pengganti diri. KAHKAH. nak tulis pun takda pen. jumpa pensil dalam beg beliau. apa lagi, rembat ah. sorry Yang, dah guna pensil baru you.

malam tu kami dinner secara beramai-ramai di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Gelang Patah. ka hari tu dah craving kan seafood. jadi, dapatlah ber-seafood malam tu. rakan-rakan beliau yang terlibat ialah ceceh, buat pengenalan apa neh. HAHA. Amid, Amin, Eri, Paper, Popo dan Yaty. gambar? memang takda. sebabnya saya akan jadi super duper pemalu bila dah ada rakan-rakan baliau padahal bukan saya guna kamera curik ke apa. eh, kalau pakai kamera curi pun bukan mereka tau. HAHA. tapi saya memang jadi pemalu. nak bercakap pun main bisik-bisik je. nak ambil lauk pun malu. apa akallah, padahal BF sendiri yang belanja. bukan mintak makan dengan orang lain pun. nak ambik gambar PTP yang berlampu-lampu tu pun malu. dah ah. nak tulis blog neh pun malu #@^**^$%@#

lauk malam tu Dak Yang pilih ikan siakap dengan ikan apa ek Yang? sotong goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar, udang goreng butter ni pilihan saya. perghhh, dah meleleh-leleh saliva kalau ingat. memang sedap jugak lah dan harga berpatutan. eh, macam ada join venture je nak tolong promote neh. HAHA. makan atas laut. memang perfect. tapi sedih takda gambar. kenapalah jadi pemalu tak tentu hala. kan dah rugi. takpa, every moment akan di kenang dalam hati je.

tu baru kisah hari pertama. tu pun setengah hari HAHA. dah nak muntah-muntah baca. kisah hari esok, sambung esok hari ah. nak makan dulu. laparrr

To Mr. Shyang

HAPPY BIRTHDAY
semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki
dipermudahkan urusan jodoh kita.
stay the way you are

to be continued...

Friday, June 26, 2009

Almost Sembuh

thanx everybody...thanx sebab mendoakan kesihatan saya

::Asna::
::Yaya::
::K.Su::
::K. Adah::
::Suezen::
::Zara::
::K.Jard::
::Ain::
::MIzz Pinky::

terima kasih di atas komen-komen anda semua. memang saya tak sempat nak balas sebab internet di Maktab like hell. HAHA.

saya hampir sembuh dah. tinggal batuk yang sedang bermaharaja lela sekarang. Ya Allah, bila batuk menyerang, macam nak tanggalkan je anak tekak neh. gatal sangat. lepastu sakit paru-paru, dada semua. perit i tell you. mungkin ada hikmah lah di sebalik kesakitan yang Tuhan bagi neh.
tangan sapa yang comel neh??
KAHKAH
Annoying

eh, memang la ada hikmah, sebab A Gift from God telah datang dari Skudai hanya nak hantar saya ke Klinik. Syukur Alhamdulillah. dikurniakan seseorang yang sangat bertanggungjawab. masa dia sampai tu, rasa sungguh melimpah-limpah sayang pada dia. eceh, geli ah buat confession macam neh. tapi tapi tapi saya seriuslah. macam mana dulu boleh buat ayat cakap dia tak sayang lah, tak ingat kat saya lagi lah, ada orang lain lah. kan sekarang dah membuktikan kasih sayang yang takda bertepi. pheewiit pheewitt, Bf sapa tu. kagum ah dengan dia. HAHAHA
balik dari Hospital Batu Pahat, terus tanya saya nak makan apa. i want seafood, i want seafood. i want... seafood dekat Ulu Tiram,JB. tapi, apakan daya sangat impossible impian tersebut. ah, tak kagum ah dengan you. terus dia bagi suggestion yang sup pizza hut sangat sesuai untuk orang yang pura-pura demam sebab nak mintak Bf dia dari jauh datang. HAHAHA. macam mana dapat kesan scam yang i da plan lama neh?? tapi kan, beliau yang tak demam tu yang makan lebih-lebih. konon eh Yang. lepastu permintaan saya tak berakhir setakat tu je. memang sumpah mengada. saya pun cerita baju balik dari BTN tak cuci lagi sebab besar. jadi berat. sungguh tak masuk akal okek!! beliau pun menjeling je. hampa ah. mesti la dia taknak tolong neh. tapi kan sebab dia a Gift from God yang priceless keluarlah statement "bawak kereta neh balik hostel, masukkan baju kotor semua lepastu ambik Abang kat surau". YAHHHHOOOOOO... you memang kekasih terbaik ah. sumpah, orang lain tak leh lawan you punya. HAHAHA


tolong Gf yang tak sihat kan dapat pahala jugak. bukan buli ye. mind you. kalau saya sihat, belum tentu dia akan setuju.

hari ni jadi lebih lebih lebih gembira sebab esok akan berangkat ke JB. kawan-kawan semua pun dah tahu. kalau tanya Yaty balik mana? Klang ke JB? macam saya punya 2 rumah saja. HAHAHA. balik JB ah menjadi pilihan utama. macam tak sayang emak abah je?? bukan lah. emak tak bagi balik sebab nanti kena hantar saya balik Batu Pahat balik. nak suruh naik bas, jangan mimpi sangatlah. kalau dah terpaksa sangat baru lah mencari bas. susahlah naik bas. ah, alasan la kan.

tak sabar menunggu pukul 1 tengahari esok. can't waiiiiittttt to meet Mr. Shyang.

Tuesday, June 23, 2009

Iceberg

tak larat, tapi gagahkan diri menaip sebaris dua.

sebaris

dua

ok. done!

KAHKAH. lawak orang demam memang tak bermoral ah. bosan.

hari ni keadaan saya memang tak mengizinkan. semakin hari semakin sayang. benci ah si Yaty neh. kepanasan suhu badan meningkat. macam global warming. HAHA. hari ni juga berpindah tempat duduk. tetap, kesejukan menggigit-gigit tulang. masa slot ke 2 terus ambik keputusan pindah keluar terus. keputusan paling bijak. takyah kerut-kerut sangat. maknanya, si Yaty neh tak menghadirkan diri. balik bilik, tidur!!

sangat menggigil...demam. lap hingus jap. meleleh pulak. '____________'

masa cabut dari bilik persidangan neh, mintak kawan tanda tangan kehadiran sebab kalau tak hadir kena tulis surat cinta lah. apalah. tulis surat kan perkara dah lapuk. dah season. siapa lah yang sudi lagi nak tulis-tulis surat. malas ah layan. HAHA. tapi, apakan daya bukan semua orang berhati mulia. dah sakit macam neh pun tetap busuk hati nak suruh gak orang tua ni datang terbongkok-bongkok. eh eh, sakit ke jadi tua si Yaty neh. katanya ada penyelia nak cek lah, apa lah. watdehell. selama duduk dalam bilik tu tak pernah pun nampak muka penyelia. entah wujud ke tak. tapi, takpelah.. nenek kan berhati mulia, gagahkan diri juga pergi bawak hati yang lara pergi untuk slot ke 3.. ^$@#%**&&^

masa slot ke 3 kan kondisi kurang baik. jadi, terjadi lah sesi ambik-ambik gambar. HAHA. kalau dengar pun belum tentu faham. brain cannot function sangatlah.

wajah-wajah kekasih
(*%^#@^%
muka masa jadi MC semalam

tisu tetap tak tinggal. neh nak tunjuk bahawa demam memang secara nyata. bukan nak ngada-ngada raih simpati, raih perhatian ke apa. saya nak jadi cikgu bukan jadi peraih. KAHKAH..nak malas-malas pun. BUKAN. mind you. tapi nampak macam saya pulak yang bagi ceramah. HAHAHA.

tapi kalau tengok gambar hari ni. jangan terkejutlah, tutup sebelah mata pun jangan. memang keadaan amat daif. ok, cut the crap ah. ramai dah jerit-jerit ajak makan pasar malam tu.

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia

I love Roxy

dalam ketenangan beg Roxy saya jangan disangka takda pape. buaya memang takda. jangan ingat ada banyak buku, pen, kertas ke apa. jangan harap sangat beg saya mengandungi bahan-bahan tersebut. beg saya mengandungi jeng je jeng. ah, annoying ah.

banyak tak makanan
pergi majlis ilmu kena bawak makanan
KAHKAHKAH
ni baru sebahagian. yang lain dah selamat dalam perut.

ni pulak nak tunjuk betapa peti aisnya tempat persidangan tersebut.
*GRRRRRRRRR*
semua macam perempuan baru lepas bersalin
KAHKAHKAH

yang terakhir adalah wajah peraih.
HAHA
Peraih simpati
bila dah buat entry tak bekualiti, sekarang rasa menyampah sebab kenapa terhasil entry tak berkualiti neh. tapi, tolong ambil kira lah kesihatan penulis blog neh yang tak berkualiti jugak.



Sunday, June 21, 2009

Kesihatan Merosot

saya (lemah tak bermaya, eh ini bukan iklan syampu kah?)

banyak sangat kejut-kejutan for the past few weeks. sampai seluruh badan terkejut-kejut dan menghasilkan demam yang terkejut-kejut neh jugak.

saya jatuh demam...

punca-punca:

1) Badan tak pernah berpenat lelah macam petani membanting tulang ke apa, suddenly kena buat aktiviti tanpa rehat. ni lah hasilnya..lari 2km plus plus dlm masa 18 minit, kembara, ceramah non-stop, skandal stop-stop. eh eh..

2) kena cuci baju setinggi KLCC using my bare hands. ececeh. hebat tak hebat? oyya, ada progress baru. baju yang segunung tu dah kena tarah sikit-sikit. dah jadi sebukit pulak. sikit hari lagi jadi tanah rata je lah. tu yang sampai terdemam-demam neh

3) Kursus Induksi di adakan di dalam peti ais. maka, terhasillah frozen food berbentuk manusia. HAHA. sumpah sejuk!! Hp jadi sejuk, jam jadi sejuk, air pon jadi sejuk. memang esok nak bancuh sirap pastu tinggal dalam bilik persidangan. dapat la minum sirap sejuk. HAHA. saya mendengar ceramah sambil disaluti selimut pink. eh, macam nugget pulak main salut-salut. sampai ada suara sumbang kata, "nasib baik takda malam kalau tak dia dah bawak bantal, tilam semua tidur situ. esok bangun pagi terus dengar ceramah" HAHA. nasib la muka ustaz neh macam Usher. kalau tak..

selimut pink yang kontroversi

4) ada dua kejutan yang buat saya terkejut-kejut sampai naik demam. ughhhh!! memang terkejut bila terkena serangan secara mendadak-dadak tanpa amaran. nasib baik kebal sikit dengan kesabaran. kalau tak.. (eh eh, semua ending macam sila sambungkan ayat anda tak lebih satu perkataan. HAHA)

5) Kejutan yang paling manis. eh, bukan kejutan sangatlah. Hp dan lappy dah kembali ke pangkuan dah. yang hantar? ohh, yang hantar tak boleh lah duduk dalam pangkuan. bukan muhrim, tak boleh main pangku-pangku. HAHA. I miss you lah Shyang

macam tak demam je dia neh banyak HAHA HAHA. HAHA. demam lah. serius demam. esok jadi pengerusi majlis untuk slot ke 2. Pengerusi yang demam. bosan ah. kepala pusing keliling. tanda-tanda nak kena tidur dah. semoga esok dapat sembuh. kalau tak saya dengar ceramah dari luar peti ais je lah.

Thursday, June 18, 2009

T.I.R.E.D

Tired?
penat
Siapa?
Yaty
Kenapa?
balik dari seksaan
seriously?
yup. Mentally and physically
impact?
tak bangkit dari pembaringan since yesterday
masih bernyawakah?
of corse la. siapa pulak yang tulis blog neh. roh beliau??
ucapan untuk peminat?
eh,eh..nyampah dah. sejak bila berpeminat neh?? KAHKAH
damn tired siyesly. sampai dah buat menara KLCC untuk baju-bajuan yang kotor. sekarang neh sangat berharap wujudnya Ginnie In The Bottle dan jatuhkan washing machine dari langit ke apa untuk ringankan bebanan neh. nak tunggu kesayangan datang sini, tak tahulah bila. eh, kenapa tunggu kesayangan? dia akan basuhkan baju segunung KLCC tersebutkah. oh, no!!! sangat heaven kalau kesayangan saya datang semata-mata nak basuhkan baju kotor. saya nak ajak dia mendobilah, apa lagi. KAHKAH.
tadi dah niat nak buat ayat 2 baris je untuk blog. al-maklumlah, lappy pinjam plus tired plus tengah layan hindustan plus..dah habis plus dah. sekarang dah mula mabuk wording sampai tak ingat dah berbaris-baris ayat dah jadinya. should I stop??
i think i should
before that;
1) entry BTN akan di post kemudian. kerana masih dalam trauma keletihan. penat yang sampai tak ingat. ni penat ke dah nak mati. exegerrate
2) lappy masih dalam tahanan pihak berkuasa. oh, sangat merindukan lappy kesayangan yang berwarna hitam dan berhabuk-habuk tersebut. HAHA.
3)banyak aktiviti tak tentu hala hadir dalam hidup tanpa dipaksa. 8.30 kata ada perjumpaan dengan pengarah, suddenly, pengarah tak wujud di sini, perjumpaan dengan HEP pulak. dan macam biasa, ting! HEP pun tak wujud di maktab. dah tak tahu nak buat apa, suruh kami pergi cuci Balai Ilmu. watdehell!!! pergi Balai Ilmu dah ada makcik cleaner tengah meng-kemas cuci. *^&$#@!#^
4) saya sedang ditinggalkan oleh rakan-rakan lain yang pergi berfoya-foya.kenapa saya tak ikut? kau nak kena pergi ikut kawan-kawan tanpa usul periksa? nanti yang di Skudai call 24-7 tak berhenti (non-stop) lepastu ada sessi sentap-men-sentap dan membisu. malas ah nak lalui banyak kali. duduk je dalam bilik diam-diam. saya kan monumen yang terindah beliau.
5) HP kesayangan juga dalam tahanan kesayangan saya bersama jewellery. Yang, jangan gadai harta pusaka I tu. nanti emak cari you sampai lubang cacing. HAHA. rindu ah nak bergayutan bersama kesayangan secara percuma. sekarang neh bergayutan secara kena bayar, jadi tak syok sangatlah. takda kepuasan di situ. eceh-eceh. bukan kau yang kena bayar pun. nyampah
6) dah tak larat nak HAHA banyak-banyak lagi dah '_______'
penat dengan badan
penat dengan cabaran
penat dengan perasaan
penat dengan kehidupan
penat dengan perkara baru yang mendatang
(malas dah nak layan)

Friday, June 12, 2009

Friday yang indah

sungguh berasa ketenangan yang infiniti. (ceh, pinjam term-term you jap). tak pernah rasa setenang ini.

bangun pagi terus tersenyum sendirian. sindrom pelik neh. lepastu, terus menghadap muka Mamed. Hah?? bawak jantan masuk bilik neh. jeng je jeng. almost seminggu dah kongsi bilik dengan Mamed. saya tinggal dengan Mamed berdua je since rumet balik rumah terus lepas habis exam semalam

exam????!!!!

dah lega segala seksaan. tamat juga akhirnya pengajian selama 3 tahun setengah. sikit lagi nak lari ke garisan penamat. belum tamat lagi. belum. esok nak pergi masuk hutan. sampai hari Rabu. kenapalah susah sangat nak bagi orang habis dengan tenang dan aman. ni nak suruh masuk-masuk hutan lah, apalah, kursus sampai 2 minggu lah. memang ^&$$#!$!^*.

lepas neh dah tahu dah status diri dekat. kalau tak asyik diperkotak-katikkan je. asal nak isi borang konfius dengan status diri. janda ke, berkahwen?? eh eh. mula la neh. konfius dengan status jawatan. GSTT, GST, GDL, PPPLD, JUSA. KAHKAH. jadi, sekarang dah tau dah. takyah nak rasa terpinggir lagi. boleh dah masuk meting PTK ke nak masuk skim pencen 60 tahun pun dah boleh dah.

tak boleh berlama-lama menghadap blog sebab......

*drum roll* ah, annoying

you~know~who dari Skudai nak datang. Yahooooooooooooooooooooooooooooo. (this yahoo is longer). macam first time dating ke apa neh? HAHA. perasaan dia lain tahu. Last Saturday pun ada dating jugak. tapi lebih fikirkan exam yang jadi barrier. sekarang rasa lapang. selapang padang bola. macam tak balik malam neh pun takpa. tapi, kalau tak balik akan di pandang serong oleh masyarakat. jadi, baik balik. apa ayat Ganjhini dah keluar neh. !#$#&*&$.

last Saturday. selit lah jugak cerita dating basi tersebut. pergi OU tengok movie. ah, sejak bila wujudnya OU di Batu Pahat?? pergi Summit je *tension*. buat movie marathon again. ni lah first movie yang kami tonton bersama dalam tahun 2009. ok, boleh lah masukkan dalam Kami book of record. panggung dia kecik sangat. tapi, like i care.

pukul 5.30

kemudian, Dak Yang solat Maghrib dulu. me? hehe

pukul 7.30
hari neh, apa nak buat, apa nak buat???

for now nak washing men-washing baju yang dah bosan duduk dalam baldi tu. men-washing pakai my hand okek. perlu tenaga luar biasa neh. dan macam biasa, Yaty selalu ada tenaga luar biasa kalau nak pergi dating, contoh; tak makan sehari suntuk, tapi masih boleh cakap dah kenyang bila di ajak makan. lepastu rajin basuh baju, lipat sidai semua. lepastu siap kemas bilik. muslihat jahatnya ialah, biar emak impress, jadi, nak keluar nanti dapat keizinan dengan mudah. kena la pandai ambil hati orang tua. KAHKAH. tu bodek namanya. Yaty memang kakikipas Orang-orang tua.

aktiviti seterusnya, packing men-packing untuk BTN. i think i should bring my Camel luggage kot. biarlah besar pun asalkan tak perlu nak bawak lagi 2, 3 bag macam orang Bangla jual karpet yang naik basikal tu. HAHA. gotta go. semangat nak masuk hutan...

see you guys 17 Jun nanti.. doakan saya selamat melakukan aktiviti absailing dan aktiviti-aktiviti army yang lainnya. eh, ni kursus jadi cikgu ke jadi askar wataniah??? i loooiiiikeeee~~~

Thursday, June 11, 2009

my girls

A loyal friend laughs at your jokes when they're not so good, and sympathizes with your problems when they're not so bad. ~Arnold H. Glasgow

A Friend Like You

A friend like you is hard to come by,
you’re so dear as you’re always there for me to say hi!
I thank you, as you made your full heart open,
and I pray that our friendship never be broken.
Two cords, they say, are better than one
you and I, and me and you, and it is done!

Best Friends Forever

You were there for me when I needed you
You were there when I cried
I was sad and you definitely knew
Now I can’t tell a lie
For ever and ever
You’re my bet friends forever

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

entry touching sikit. sediakan tisu muka, tisu tandas, tisu dapur etc. etc.

Yaty, Eca and Akmar

almost 11 years we've been friends.
macam tak sangka. cepat sangat masa berlalu.
ting!! tau-tau sekarang dah tua. saya tak lah
semua dah ada planning untuk future

Akmar : will getting married on Dec 09 (am gonna be the bridesmaid for the third time. hopefully my turn next)

Eca : akan bertunang on Dec 09

Yaty : my birthday on Dec 09 (see, i still have something to celebrate on Dec, jadi, takda la loser sangat bila orang tanya, what is the planning for Dec. KAHKAH *pity Yaty*. tak pity sangat ah)

bila tengok semua kawan-kawan dah move on dengan life masing-masing, ada rasa kesedihan menerjah di lubuk hati yang terdalam. nanti semua dah ada tanggungjawab dan haluan masing-masing. what about me? what about you? who cares about you. gelakkan dia ramai-ramai. KAHKAH. ok KAHKAH la KAHKAH. kalau ada keluar front page pasal perempuan sedih bunuh diri sebab semua orang gelakkan dia, takyah teka nama dia lagi.

saya memang seorang yang sangat bergantung dengan rakan. maksudnya sewaktu mengalami kesedihan tahap dewa-dewa. memang kalau perang salib, perang dingin semua jenis peperangan yang meletus antara saya dan you~know~who, merekalah yang saya cari. akan sudikah mereka nak dengar tangisan saya selepas ini. ah, Yaty call. takyah angkat. panas telinga aku je dengar dia menangis. baik aku layan laki. dapat gak pahala dari layan si Yaty neh. '______________'.

akan adakah lagi mereka untuk temankan saya pergi bank yang trick saya banyak kali tuh. ceh, H*** L**** B*** dekat Sek 9 tu. dah la susah nak dapat parking. lepastu, guard dia dah bukak palang pintu semua, keluarkan alat-alat dia dekat depan bank, saya pun apa punya excited dengan sepantas kilat la nak pergi menerjah dulu sebelum ramai orang. alih-alih, saya sampai je depan front door, dia pergi tutup pintu semula #!$%%^*$&#@. rupa-rupanya sebab belum 9.15. 5 minit pon nak kira ke??? eh eh, apsal melahirkan perasaan marah dekat guard bank neh. HAHA.

sambung cerita sedih.

kalau nak cerita nakalnya kami masa sekolah dulu. pasti semua akan pertikaikan, macam mana saya boleh jadi guru. well, saya nak bagi 1 fakta kat sini, budak-budak yang nakal tu lah yang supposed jadi guru, sebab mereka pernah lalui zaman kenakalan dan mereka tahu apa dalam fikiran budak-budak nakal. semua trick dah dalam poket i tell you. jadi, hanya budak nakal dulu yang dah jadi baik kini yang boleh membenteras masalah disiplin. ok, naik sekolah nanti nak mintak jadi cikgu disiplin ah.

kami pernah ponteng sekolah. ah.. semua budak pun pernah ponteng. tak thrill lah kejahatan kau tu. HAHA. tapi, tapi, tapi... kejahatan saya tak sampai tahap mencuri ke buat vandalisme ke apa mind you. saya cuma nakal-nakal sikit jah.

masa Form 2 di APST, Kuala Selangor. saya dan eca memang paling malas nak pergi prep. tapi, kami tak boleh tidur dalam bilik sebab warden akan check dorm. warden tu memang anti gila dengan budak Yayasan. Sumhow, i dunno why. mungkin sebab privillage yang kami dapat buat dia rasa tak senang. who knows. warden paling anti dengan Eca. dia memang black list. Eca pernah pergi ketuk pintu bilik dia, bila bukak je pintu.. cabuttt. banyak kali buat macam tu sampai warden tu naik bengang. KAHKAH. yang paling kejam Eca ni pernah buat, dia ada satu terompah yang boleh buat kita tahu bila dia datang, terompah tu dia letak dekat luar bilik. Eca pergi buang sebelah je terompah dia dalam tangki air. mati hidup balik memang takkan jumpa ah. kecuali kalau dia pergi selongkar tangki air. KAHKAH. istighfar, istighfar

saya tak terlibat dalam aktiviti mendajalkan warden. saya pernah terlibat dengan aktiviti yang paling teruk masa tu siram selipar dan tuala kakak senior dorm tu dengan air cerek. KAHKAH. ek eleh apa motif buat camneh. benci tau masa tu nak ngamuk-ngamukkan aku tak tentu pasal. saya dengan Eca nak masak megi masa tu. pukul 11 lampu dah kena tutup, jadi kami makan dekat koridor bercahayakan bulan. ah, tak la. pakai lampu koridor. masa tu, kakak tu masih bebel-bebelkan saya. suara petir tu boleh didengar sampai kat luar. bingit betul!!! silap besar lah kau. aku ada geng mafia masa tu.

bila berkumpul dan cerita semula kenakalan yang teruk gila tu, buat kami gelak tak berhenti. kelakar kan Tet.. kalau lah boleh di ulang balik. banyak lagi kenakalan-kenakalan yang takda tara bandingnya lagi. tapi, tak boleh la cerita semua. nanti macam tak baik. HAHA. maruah sendiri pon kena jaga.

yang penting, mereka memang truly friends. rasanya bil telefon kami sama banyak. kalau telefon luahkan isi hati jantung, memang tak cukup 30 minit. mereka jugalah rakan-rakan yang saya ada dan memang mendapat kelulusan dan cop SIRIM dari you~know~who. kalau keluar bersama mereka, beliau memang tak kisah. kerana beliau sangat particular dengan siapa saya berkawan.

well, aku akan rindukan korang semua. eh eh, macam aku je yang nak kahwin dan meninggalkan korang semua. HAHA. jangan berubah. kalau aku call angkat. mana tahu aku tengah tenat. menyesal kau tak angkat call aku. KAHKAH.

Wednesday, June 10, 2009

1 more to go


8.30 - 11.00 pagi

waktu yang paling tenat. tak pernah rasa tenat camni. tak pernah ah. masa jumpa bakal ibu mertua pun tak pernah rasa setenat ini. eceh, bilakah itu? mimpi disiang hari kah? backtalk. hari tu pun ibu mertua tersebut jauh beberapa meter di ruang tamu kau dah pusing jalan belakang berkaki ayam. siap suruh kezen tutup front door. tu belum meet officially. konon tak tenat. *blushing* kenapa jadi filem ibu mertuaku pulak neh? bukan cerita exam kah tadi? baik blah wei sebelum Yaty mula cerita adegan ngeri Kassim Selamat nak cucuk mata dengan garfu pulak..auwwwcch..sengsara. talk about Kassim saya ada kisah nak cerita sikit. kan dah cakap, baik blah awal-awal tadi. HAHA.
Kassim @ Karim
dekat kafe neh ada seorang makhluk Tuhan paling seksi yang buat roti canai. KAHKAH seksi sangat!!!. tak tau nak identified dia bangsa apa. mamak kah atau india. yang saya tahu nama dia Karim sebab budak-budak lelaki suka sakat dia neh. dia tak faham Bahasa Melayu totally. yang dia tahu cuma senyum. orang cakap nak roti sardin, senyum, mintak roti telur pun senyum, orang cakap dia macam-macam pun dia tetap senyum. jadi, budak laki suka sangat buli dia to the max, macam kalau saya jadi Karim saya nak retire je jadi penebar roti canai, baik cari kerja jadi model minyak roti canai ke apa. KAHKAH. mereka selalu main-mainkan dia. sebagai contoh

Am: Karim, roti canai one, L***** lebih
Karim: blurr***
Am: L***** tu bawang
Karim: oke *dia dah set dalam mind L*****= bawang

kan tak baik tu. tapi bukan kisah bad word tu yang nak cerita, tapi my friend neh memang mati-mati ejek yang Karim neh dah fall in love dengan saya. kenapa? everytime saya masuk kafe dia punya senyuman memang melebar sampai telinga. masa 1st day having breakfast dekat kafe, dia buat roti canai sampai hangit. ni cerita betul neh. jadi, sejak detik tu, kawan saya asik "Yaty, Karim dah cari port baik" nak mentatap wajah saya neh. macam geli je ayat neh. *puking* tapi betul lah. kadang-kadang macam malas nak pandang. tapi, senyum itukan sedekah. sebelum keluar kafe tu, sedekahkan lah senyuman mahal neh. baru dia boleh menghasilkan roti canai dengan produktif. KAHKAH huh, apasal bunyi riak neh. istighfar, istighfar.

abes dah cerita Karim. nanti kalau ada yang fun untuk digelakkan bersama, saya takkan lokek punya.

tadi, everything going well. masa jawab objektif, pejam sebelah mata je. cehh, riak lagi. malas ah layan Yaty. tapi, tapi, tapi, masa jawab esei, pen sampai panas keluar api. ni pen A. Sham. siap tiup pen lagi sebab panas. KAHKAH. apa akallah. saya perah otak sampai keluar ayat yang memang tak masuk akal, siap tergelak sendiri baca ayat entahpape tu. seriously, sampai lecturer tu datang tengok saya. dia ingat saya tengah karang surat cinta ke apa. takkan karang esei cabaran masa hadapan yang bakal dihadapi guru boleh buat orang tergelak. bukankah kena buat muka serius dengan dahi frowning tak ingat. well, encik tak tahu saya buat esei macam tulis blog.
thanx to En. Roslan sebab bagi petunjuk jawapan sikit.

ah,kepoh sangat. macam orang lain dalam dunia neh tak pernah sit for exam kah? KAHKAH. memang banyak sindrom-sindrom pelik yang di alami hari ni:

macam contoh, jalan gigil dari asrama sampai kelas exam. tapi, jalan penuh semangat dari bilik exam ke kafe berhampiran.HAHA. lepastu boleh ingat nota warna apa yang ada jawapan untuk soalan, tapi tak dapat nak ingat apa jawapannya. pelikkan.

tinggal paper Pengajian Melayu esok. tak sabar nak rakam muka lega lepas exam. tak sabar nak oyyeh, oyyeh sakan, tak sabar nak pergi mandi pantai, eh eh mandi pantai?? siapa yang ajak neh? you jangan buat-buat lupa oke! baru perasan sejak seminggu neh memang takda kedengaran bunyi musik langsung. sumhow saya manusia yang tak dapat terima dua benda dalam satu masa (study + musik) memang kena senyap sunyi macam dalam rumah mayat. ah, kau pergi la study sana dekat morgue. nasib baik punya rumet yang memahami. hari neh baru lah kedengaran musik berkumandang dari bilik 003 neh. kejap je. jap gi senyap lah balik jadi rumah mayat semula. KAHKAH.

Sunday, June 7, 2009

Cloudy day~~

there's a lot of things happen today(kain hitam tak dapat ambik, shawl putih tak dapat sampai, takda kawan nak teman keluar, kereta buat hal!!!) can you imagine what i've been thru today??? totally ruin my mood for the whole day. am supposed to struggling for my exam rite? sumhow after 'heavy raining' and dramatic confession session,(sekarang tengah mengalami sindrom mata bengkak dan suara sengau), and my brain cannot function normally. lagi-lagi bila nampak wording yang banyak dan perlukan brain again untuk process all that words. sumpah, brain dah tired and overused. mana nak fikir exam, diri yang banyak masalah and my Shyang yang tengah struggling melawan kesepian. eh, melawan kebencian(bukan benci i). Gosh, sangat-sangat bersalah dengan beliau. i dah buat something yang dia sangat-sangat tak suka. tapi, situasi saya tersepit dan beliau yang taknak tolerate. (Tuhan, Kau lembutkan hati beliau)i pray for that every day and night.

di hujung hati yang terdalam and i hope i didnt have that bad~heart~thinking again. (my heart boleh think?) weird eh.. kalau fikir dengan brain yang cannot function neh, i wish i want to stop everything. tapi, kasih sayang, senyum mesra bersama, gurau senda pujuk rayu mu masih ku ingati.. well, batalkan je niat tersebut. kenapalah cerita hal rumah belum bertangga dalam blog. bukan nak tagih simpati. just spill everything, dengan harapan the burden ringan sedikit. hulurkan tangan, ringankan beban. eh eh ni tag line bersamamu. sengsara sangatkah? well, you'll never know untill you get in my shoes.

nota dari hati: My Shyang, please forgive me eh. i just dunno how to explain and comfort you. i know you will heal someday just don't take to long coz i need you to cheer me and make my day alive. saya sukakan joke you yang selalunya berintelektual tersebut. hope dapat dengar joke you soon.
i will always love you. no matter what...

EXAM

apakah yang dimaksudkan dengan exam??

boleh buat seorang wanita hilang kehidupan dan arah tuju serta matlamat hidup. eh, tak boleh panjang-panjang intro sebab takut lappy akan di rampas oleh diktator. HAHA. Yang, I tengah take 5 kejap neh sebab rasa sleepy sangat. dari 3.30 belum tidur-tidur. mandi-mandi sudah. ah, orang taknak tahu kau dah mandi ke belum. no one cares!! HAHA

exam juga boleh buat seorang perempuan hilang selera makan, dan selera dengan diri sendiri sebab dah tak macam orang. bersosial dari bilik ke bilik pun dah kurang, sebab sibuk nak duduk dekat kerusi biru sambil conteng-conteng nota dengan highlighter pink tanpa arah tuju jugak. smeua perlakuan sekarang memang tak bertujuan kecuali untuk peperiksaan ARGhhhhh. watde%#!$&(^^$#. kalau tak periksa boleh tak. ataupun, kalau periksa cincai-cincai tapi markah nak gempak boleh tak? HAHAHA, malas layan Yaty neh. perangai tak ubah macam manusia tak bertamadun. rambling rubbish..exam juga buat perempuan comel berusia 23++ neh nampak macam profesor yang nak habiskan PHD pada umur 69 tahun. KAHKAH. kenapa tak bagi soalan macam soalan periksa darjah dua je?? kan senang nak jawab. sambil pejam pon boleh betul semua. siap boleh kirim je jawapan suruh kawan buatkan.

Kebencian
saya paling benci kalau masa periksa duduk sebelah orang Psycho. bukan Psycho apa tahu. dia pergi angkat tangan mintak kertas banyak-banyak. sedangkan kertas saya semuka setengah pun tak habis. gila psycho dan annoying ah. yang paling annoying bila tangan kanan tengah sibuk menulis tapi tangan kiri dah sibuk angkat nak mintak kertas. pastu siap toleh-toleh dekat kita yang tak mintak kertas. macam ejek-ejek kita. sumpah rasa nak lempang dia masa tu.

bila orang tu tak datang, tertoleh-toleh dengan muka gelisah macam idea-idea dah membuak-buak dan akan explode dan melimpah bila-bila masa. sumpah benci. saya akan mensumpah seranah dalam hati sebab buat saya takut like hell. rasa macam bodohnya aku neh, kenapa aku tak perlukan kertas yang banyak neh. jawapan aku salah ke sebab kertas tak habis guna. kalau nak sedapkan hati, saya angkat juga minta kertas. tapi untuk buat roket. KAHKAH. tapi, bila result keluar, Alhamdulillah masih menyebelahi saya. ah kau, apa jadi dengan kertas kau yang berkoyan-koyan tu? HAHA tak baik riak. Istighfar, istighfar. tapi, memang sumpah sakit hati kalau duduk sebelah Psycho neh. buat orang tak senang duduk.

hope exam kali ni tak jumpa that psycho again. hope dapat ketenangan. hope dapat stop dari rambling dan mulakan hidup baru. eh eh. KAHKAH. sambung balik pengajian yang terhenti tadi ....

guys, pray for me!!

ILMU PENDIDIKAN -> 10 Jun 2009

PENGAJIAN MELAYU -> 11 Jun 2009

ENJOY -> FOREVER (can't wait)

sumhow, i miss my home!!!home sweet home

tagges ~~YAYA~~


Jenama handphone anda? Dan sila googlekan imej handphone.


Sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?
senang je nak ingat. ingat birthday sendiri tahun 2007 (worst year ever) sebab objek tersebut ialah hadiah befday. (ok, sumpah tak tanya)

Apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda. Dan terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut.
gambar Dak Yang. mengapa? sebab wajah kesayangan hamba.KAHKAH. Anyway, beliau yang hadiahkan objek tersebut.


Berapa jumlah ‘contacts’ yang terdapat di dalam handphone anda?
adeh, nak kena kira ke? ramai, yang penting ada 1 je faveret..jeng jeng

Sila masuk ke ‘contacts’ dan pergi pada huruf M. Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf ‘M’?
ramai jugak lah sebab semua nama kawan Maktab saya mulakan dengan MPBP. jd, ramai...

Sekiranya diberi peluang, nombor telefon artis mana yang anda mahu? Kenapa?
Hugh Jackman plzzz, Pasha pun oke.. HAHA

Berapa jenis handphone yang anda telah guna, selain handphone yang terkini?
ermmm, masa SPM pakai Nokia 3310, masuk Poli dapat Motorolla tak ingat series dia, kemudian Dak Yang bagi Nokia 6610, kemudian lagi saya pakai je HP Nokia yang Dak Yang punya, macam-macam. last sekali ni baru dapat brand new. fresh dari kotak. kahkah

p/s: saya tak pernah beli HP sendiri. semuanya dari abang dan Dak Yang.

Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?
Maxis sebab nampak la teenagers dan fun (ok, ntah pape) & Digi sebab bil ditanggung beres. HAHA

Soalan terakhir.. Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?
Latest : Dr. PeepPo =)
hari tu : Dr. A* =(
sebelum tu : My Shyang


Siapa orang yang anda nak TAG?
takde sapa kot...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tag ke2

1. Upload gambar wallpaper sendiri :


2.Terangkan fasal wallpaper ni :

konvokesyen Dak Yang bulan 3 hari tu. Sangat-sangat menaningful coz there's a lot of thing happen masa tengah buat degree neh. and finally dia berjaya dan saya masih bersama dia menemani. ceh, kenapa keluar ayat novel pagi2 neh. benci ah. masa neh jugak dia meminta restu dari Mama untuk kami. dan saya rasa habis degree neh, habis jugak cerita pahit yang kami lalui dan tengah lalui lembaran baru. perghh, dengan 1 gambar boleh merepek tak ingat dunia neh. dengan ayat -ayat puking

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tag ke 3

Senaraikan 10 jer barang2 yg selalu anda bawa bersama ketika keluar rumah...(nyatakan sebab kenape)

Carlo Rino Purse
Sebab kalau tak bawa kena tangkap Pak Polisi okek. duit Rupiah semua nak guna

Nokia 2630
sebab nanti ada orang nak buat spotcheck mana saya pergi. tak bawa HP boleh cetuskan perang Khanda'

Tumbler Tupperware
sebab saya sangat cerewet berkaitan dengan air minuman dan selalu haus.hanya minum air yang datang dari rumah.

kunci rumah
sebab nanti takut emak dah pergi tinggalkan saya. kena bawak kunci sendiri

Swatch

tak boleh hidup takde jam. lagipun, masa itu emas. kena la bawa emas selalu.


telekung
sebab tak tahu bila akan balik kalau keluar dengan Dak Yang neh. saya pulak geli nak pakai telekung surau tu. jd, bwk sendiri

***saya tak bawa banyak barang sebab saya seorang yang simple. no make up, no losyen, tissue, pen watever. sebab kdg2 saya hanya bawak diri je bila keluar bersama HP & Purse. KAHKAH**

10 aktiviti anda ceburkan diri di sekolah dolu2...~~

= Kawad kaki KRS=
=hoki=
=netball=
=pingpong=
=puteri islam= (saya ikut persatuan mana yg buat aktiviti masa tu. baju tak jadi masalah)
=tilawah=(naib johan dekat Convent, Klang)
=hafazan al-quran= (naib johan peringkat AYSK)

1 tabiat paling agung yg anda lakukan dari kecik hingga besow...~~

kalau nak sesuatu, nak time-time tu jugak. kalau tak dapat akan menangis bagai takda esok lagi. menangis dan menangis itulah tabiat paling annoying sampai sekarang. dah 23++ neh pon masih menangis di khalayak tanpa segan lagi. sumpah malu.

10 rakan yg anda sedang rindu sekarang (rakan di universiti anda sahaje.....)

1- Aetul (kawan sebilik masa dudk rumah sewa di Pasir Gudang
2- Kekna
3- Nemo
4- Kok Jue
semua housemate masa di PJB, Pasir Gudang

5- Awin
6- Kema
7- Eca
8- Syida
9- G-ha
10- banyak laa


warna kegemaran anda~~

Pink
penemuan terbaru (hitam & putih)

tag kepade 10 rakan yg anda link blog mereka~~

HA HA..ayok, sapa yang kena

Thursday, June 4, 2009

am in pain~~~

1. Anda rasa anda hot?
not really. am just an ordinary gurl. live my life quietly as always

2. Upload gambar kegemaran anda.

3. Kenapa anda suka gambar ini?
sebab gambar ni tak nampak muka saya yang memang tak fotogenik. HAHA

4. Bila kali terakhir kamu makan pizza?
last month. masa tu dah pukul 10, mata dah separuh lelap. mak suruh call pizza.

5. Lagu terakhir yang anda dengar.
Terlanjur Cinta Rossa & Pasha (Ungu)... pemuja Pasha HAHA

6. Apa yang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
takda buat pape. nak tidur kejap lagi.

7. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
Dak Yang suka panggil Mi... sangat ringkas dan meaningful. HIKHIK

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari ni jawab tag je sebab am in pain. '_________________'

nothing interesting today. takda jumpa Mr. G pun hari neh. eh, kalau jumpa Mr. G kira interesting kah hari tersebut? HAHA. not really. just sit in the library for the whole day. sampai dah nak jadi frozen food dah. ah, cerita pasal makan, ada kawan tu dah duduk bersila depan sajian. siap sedut orang lagi. you memang saja kan babe nak minum air I. ceh!! kena cepat neh sebelum makanan lain di rembat.

Wednesday, June 3, 2009

ketenangan

perut dah kenyang. boleh la mula melakar sesuatu atas blog. kalau perut kosong, blog pun kosongla

ah, bosan. rambling takda arah tuju.

perenggan neh bertujuan sikit. sekarang ni kelas English. i love English class sebab Mr. G tersebut tersangatlah kacak i tell you. walaupun sudah punya 4 orang kids, dia tetap kacak seperti lelaki kacak yang lain (Hugh Jackman, Pasha (Ungu), Hugh Jackman lagi, next, Hugh Jackman) am a big fan of Hugh Jackman. jadi, forgive me. HAHA

Mr. G had entered the class. to be continued

Kisah Mr. G *bukan nama sebenar*
masa 1st time tahu dia yang ajar BI. hati macam musim bunga berkembang. HAHA tak sangka boleh ada crush dengan lecturer. tapi bukan la crush yang sampai ambik gambar curi lepastu print saiz poster and tampal belakang pintu bilik. conteng sikit kat tepi I LOVE U. bukan bukan. tu zaman jahiliah dulu kala. tampal gambar Mamat Exist lepastu nak berangan pagi petang. oke malu sikit sebab semua orang dah tahu pernah ada crush dekat Mamat Exist. KAHKAH.

Mr. G ni macam ada something interesting to look at. err, tolong sikit. kenapa boleh keluarkan ayat-ayat neh. macam geli lah bukan. memang tak berkelip-kelip mata semua gadis-gadis.mak gadis pun ada jugak yang hanyut. statik je. yang mentambah-tambahkan lagi kekacakan beliau, bila dia mentuturkan 'I WANT TO GO TO LONDON' (ayat faveret PM2) perghh, terbaik seluruh selatan. memang tak dapat agak orang Melayukah atau Mat Saleh neh. apsal bersepuh sangat lidah dia neh. dia hanya speaking non stop. saya dan rumet punya cita-cita paling besar sebelum grad nak sangat dengar dia cakap Melayu. KAHKAH. bukan nak berjaya ke apa.*%^$$%#$. jadi sebelum present tadi, memang buat massage lidah biar tak tersalah pronounce depan Mr. G. jatuh la maruah kalau salah sebut. nanti awal-awal dah kena reject. KAHKAH

PETANG

lepas habis presentation yang mendrag rakan sebilik tidur pukul 4 pagi tadi. eh, mana Yaty? kenapa kawan sebilik dia je yang tidur lambat. objek yang bernama Yaty tersebut telah tumpas seawal jam 11.00 malam lagi. lepas balik makan dengan Dak Yang, bukan makan bawah cahaya rembulan ke, diterangi candle light dinner ke apa. tapi dinner di bawah kilatan guruh dan petir dan sedikit sebanyak air hujan yang mentambahkan lagi tom yam kami. KAHKAH. dah lebat macam sikit lagi tudung nak melayang kena tiup angin, baru balik. kalau tak memang nak tunggu je situ sampai kuah tom yam penuh. boleh tapau untuk kawan lain. kesian Dak Yang nak drive jauh balik Shah Alam dalam hujan lebat. syukurlah selamat. GF dia neh dalam bimbang-bimbang pun tau BF selamat bila dah Subuh. memang ^%#%!$&**.

Next class Gerko unit beruniform KRS. so, no big deal. tapi yang jadi big, big deal bila di suruh kawad dalam baju kurung manik-manik dengan selendang Cik Bedah macam nak pergi kenduri jiran sebelah. can u guys imagine. tapi kawad dalam bilik aircond yang terletak dekat library. saya yang dah terbosan-bosan pergi keluar makan waffer cloud9 sorang-sorang sambil baca sejarah Tun Hussein Onn. ni namanya ponteng kelas cara yang diredhai. tak caya boleh try dulu. tapi, tolong jangan jadikan trend atau ikutan muda-mudi masa kini pulak. HAHA.



tetap nak nampak anggun dalam barisan
HAHAHA
Benci ah Yaty neh

MALAM

ni dah hampir tertumpas jugak neh. tapi gagahkan diri untuk berdiri beberapa minit lagi. nak iron baju untuk esok, study sikit-sikit (Insyaallah). tadi masa taklimat BTN asyik tergelak macam nak pecah perut guling-guling. En. Daud sangat kelakar oke. dia la yang suruh kami kawad pakai macam makcik-makcik tadi. lepastu kan ada orang pergi tengok wayang dekat USJ tak cakap, lepastu takut kena marah, mintak Nurul mesejkan. pandai eh you Yang.

+ Kak Yati kitorg tgk movie ngn abg kat USJ =) Fon abg tade bateri. dye ckp pape hal text Nurul.
- Ye ke? enjoy k. klau ade pmpuan x cantek join, gtau K. Yati cpt2 taw. haha xpn Nurul pukulkan bg pihak... psn pd abg jgn notti2
+ Hehe ok boss

siapa perempuan tak cantik neh? HAHAHA

anda fikirkanlah dalam tidur
zzZZZZzzzZZ

Tuesday, June 2, 2009

Back As Student

dulu macam suka berlagak guna kuasa veto, bagi homework bertan-tan, marah budak sana-sini macam mak tiri garang ke apa ntah.sebab aku kan cikgu. sekarang, saya pulak yang menjadi budak kena marah sini-sana, di bagi asymen bergelen-gelen eh eh lepastu akan kena marah la kalau tak siap. silap-silap dia tak bagi grad terus. KAHKAH. itu namanya hukum karma. what u give, u get back.

dah kembali hidup dalam hostel yang memang kena berdikari like hell neh. no more makan free, turun-turun bawah, basuh tangan bersila atas kerusi, terus tadah tangan baca doa. no more oke. sekarang kena, pakai tudung macam nak pergi kenduri kahwin, pakai baju kurung manik-manik HAHA beratur panjang-panjang dekat kafe tunggu turn ambik lauk semua. what a pathetic life... sedih sangat lah. kalau nak terus bersila atas kerusi, makan la angin sampai kembung perut. no one cares!!!

paling tak tahan kena basuh baju sendiri pakai tangan. '__________' kaki sampai dah panas-panas kena sabun. aik? Yaty berus baju pakai kaki kah? HAHA dahsyat betul skill neh. nak belajar, nak belajar?? HAHA bila kaki terendam air sabun, sangat tak tahan. bukankah kaki saya merupakan anggota paling sensitif macam tuan punya badan. jadi, kaki memang tak dapat menahan kepanasan air sabun. pity kaki.

sangat cemburu dengan ahli keluarga yang tak berhati batu tersebut. kenapa? Yaty kena dera kah?? no no, bukan deraan secara fizikal bukan. sedang si Yaty neh bertarung nyawa nak menteruskan kehidupan dekat tempat asing neh (asing sangat) yang sangat suffered dan sengsara macam kena tinggal dengan harimau dan singa dalam satu kandang ke apa ntah. family yang lainnya dengan gembira pergi menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan yang indahsambil madi air pantai di Port Dickson. sedih kan??? macam anak angkat ke anak pungut. woo, wooo, woo.. kenapa aku disiksa, kenapa aku dihina...terus nak jadi Kassim Selamat.

tapi Alhamdulillah, semuanya selamat di sini..lagi a few weeks akan bergembira, berdansa dan bersamba sebab mendapat gelaran FULLY-TRAINED TEACHER lepasni kalau nak pergi madi pantai tak balik-balik pun boleh sangat dah. KAHKAH

~Insyaallah~