Wednesday, May 27, 2009

diari hidupku...huu

ya ampun.. kasihan nasib blog tak terbela.

tuan dia lagi tak terbela. dah tumbuh janggut, misai semua.
serabai habis. memang tak terbela.

jadualnya macam neh
1 Jun - 13 Jun 2009 - Sesi Interaksi di IPGM Kampus Tun Hussein Onn
9 - 10 Jun 2009 - Peperiksaan Akhir Semester 5
13 Jun - 17 Jun 2009 - Kursus Biro Tatanegara di Kem Platih, Muar, Johor
20 Jun - 6 Julai 2009 - Kursus Sistem Saraan Malaysia (KISSM)
sebab tu dah lama tak muncul dalam blog nak cerita rindu suami ke apa. eh, eh sejak bila ber suami neh? haha Bf pun cam tenggelam-tenggelam timbul. (saya rindukan anda, you)
gambar hari guru nanti saya update. (macam best) hahaha

Tuesday, May 12, 2009

Pra Hari Guru 1

macam nak kalahkan artis pergi Anugerah Bintang Popular ke apa siap buat sidaian outfit apa nak pakai pada Red Carpet. HAKHAK.

balik sekolah terus mata tertancap pada parcel yang menunggu di atas kerusi. bagi salam dulu masuk rumah, baru terkam parcel. nanti tak memasal ada yang kena halau keluar balik rumah. ingat masuk rumah omputih ke apa tak bagi salam.

dari Skudai, Johor..err, cerita cinta lagikah Yaty, kami dah naik bosan kata anda dalam hati...
HAHA..cerita cinta habis dah untuk musim neh.

akan ceritakan hal parcel pada siang hari esok. malam hari neh? Yaty nak pergi clubbing jap. (tolong percaya) HAHAHA

pensidaian gambar mendahului cerita...


shawl : http://yellowprestige.blogspot.com
model : Yatylicious Talent Agency
lokasi : bilik Mak (mak, tumpang bilik jap sebab bilik sendiri dah macam sarang tikus mondok)

KAHKAH

semalam dapat parcel dari Skudai yang berisi shawl. yay, shawl dah sampai. (thanx Ayuz) untuk Hari Guru perlukan shawl yang sepadan dengan baju. walaupun dah tahu nak dapat anugerah guru paling popular memang takda harapan. HAHA. still, kecantikan perlu di jaga. ah, nyampah ah dengan yaty neh.

*perenggan puji-pujian*
shawl tersebut memnag mebuatkan saya terfalling-falling cinta. memang sangat suka. material dia memang sangat lembut di tambah dengan kelembutan tokey dia (ehem, kipas lagi Yaty,kipas). lagi-lagi shawl dual tone memang cantik. saya sangat terkagum-kagum sebab kejap warna lain, kejap lagi lain. penuh dengan ciri-ciri magic. shawl apakah itu? shawl ajaib kah? bukan. kau ingat tikar ajaib ke apa. nama dia DUAL TONE. kau pergi klik sini kalau nak tahu apakah shawl dual tone itu. tokey shawl yang memang sangat baik hati. sampai saya naik malu nak beli lagi dengan dia. HAHA. hai Ayuz, boleh dapat parcel percuma lagi tak?

so, checlist saya, baju untuk Hari Guru pun dah ada. nak tengok?? kalau tunjuk sekarang nanti basi ah. tunggu isu hari guru seterusnya. shawl dah ada, kasut dah jugak. wah, tak sabar neh tunggu 18 Mei... can't wait!!!

Sunday, May 10, 2009

Journey to Hungry

title macam nak gempak. sebab cerita dah naik basi simpan dalam hati. jadi, kena bagi suntikan ayat poyo baru jalan cerita kelas A. ah, banyak cerita..

entry kali ini memang nak bagi panjang berjela. jadi anda dinasihatkan jangan baca sampai habis. kalau boleh satu hari baca satu ayat. kalau nak lagi thrill, satu hari satu perkataan. so, anda takkan sempat bosan mentengok blog title yang sama dari 4 hari yang lalu. HAHA

cerita date tak habis lagi. (ah, bosan si Yaty tak habis-habis cerita dating. blah ar.) hey, hey. cerita dating saya once in a blue moon. so, plis. jangan nak bosan.jaga hati penulis dan tolong baca dengan penuh passion konon-konon cerita neh cerita cinta terhebat. Kalah Bohsia. tak kait.

Ahad yang lalu, konon histeria nak tengok Wolverine tercinta. (i love you Hugh Jackman) bersama kesayangan tercinta (i love you Yang) tapi semuanya hanya dalam mimpi tercinta ( i love you dream). HAHA. semua nak letak i love, i love. entry dating kan. mestila penuh dengan kasih sayang. (i love you blog). bluek

"Jom beli tiket bas, pastu beli lauk tengahari untuk rumah" (macam dah duduk under 1 roof)
"tu je?" (sebab tertunggu bila nak ajak tengok wolverine neh)
"tu je la buat masa neh" '________'

hurmm, sebab dah hampa, malas nak dress up sangat lah. setakat pergi stesen bas dekat Sek 17 sapa yang nak tengok. bukan nak jumpa Wolverine pun. paling-paling ulat tiket tak pun pakcik teksi. ulat bulu tak mungkin. sebab takkan ada orang nak mengorat dekat stesen bas. apa akallah.

tapi, selepas ditimbang kati dan pukal, kalau pakai cantik-cantik pun tak salah jugaklah. nak jumpa yang tersayang jugak. kau belum kahwin dah malas nak bercantik-cantik. nanti dah kahwin pakai baju kelawar dengan tepek bedak sejuk semuka seinci. pastu rambut sanggul tinggi macam mak nenek only. pastu laki kau pergi cari lain. KAHKAH ambik kau. ( eh, laki nak cari orang lain boleh kahkah pulak)

perjalanan dari Klang ke Shah Alam yang sepatutnya 15 minit je dah bertukar jadi 15 jam. (oke, ingat Klang - Kelantan kah?) konon nak mengelak jammed di fly over, membawa kami melalui Bandar Klang yang saya dah berkurun tak jejak. construction here and there, sangat sesak dan sangat jammed lagi teruk dari kat flyover. sampai lah keluar peribahasa "keluar mulut naga, masuk mulut harimau" HAHA bukan dari mulut cikgu oke dari bakal pengganti Chong Wei. bukan main you berperibahasa bagai.

oyya, nak tahu ayat pertama dia cakap dekat precious GF dia neh. Macam Circus. see, saya memang mendapat kesayangan yang mulut memang takda insurans walau satu sen. tahu tadi, pakai je baju kelawar dengan bedak sejuk. HAHA. sampai Sek 17, saya dah beriya-iya tarik handbag dari belakang nak turun. dia kata, nak buat apa ikut. tensen sungguh!! tinggal la terbosan-bosan dalam kereta. HUH!bukan lama pun. saja melebih-lebih
dah settle urusan jual beli tiket semua, kami pun bergerak cari makan. dari pagi saya tak makan sebab ingat nak pergi dating lah dengan Wolverine. eh, silap dengan Dak Yang. masa tu dah pukul 1.30 oke. tolong tahu yang perut saya dah bernyanyi keroncong, asli, seloka semua. memang lapar gila!! tetapi.. jeng je jeng

dia drive masuk Highway Lebuhraya Persekutuan

Yang, kata nak beli lauk tadi
nak pergi beli lauk la ni
kenapa masuk Highway pulak?
kata nak makan Nasi Padang

memang ada menyatakan isi hati couple of months ago nak makan Nasi Padang. Nasi Padang yang sedap sangat tu terletak dekat Kampung Pandan ke, Desa Pandan ke, Pandan Indah. entah, dah tak ingat. err, bukan dekat padang sekolah. sebab dah lama sangat. yang saya ingat Pandan, Pandan lah. Restoran Resepi Bunda kalau tak silap jugaklah. eh,apsal bagi semua info silap neh. faktor masa dan usia lah neh. macam tua sangatlah bukan. HAHA. Nasi Padang memang sangat sedap oke. saya tak tipu.tak percaya cuba try tengok. kalau sedap, cari Yaty cakap memang sedap lah Yaty, kau memang takda tipu. kalau tak sedap, simpan je dalam hati. mungkin kadang-kadang Yaty pun tersilap. KAHKAH. ye lah bukan taste kita semua sama. kan?kan?kan?

tapi hari tersebut, kami tak pergi ke Pandan, Pandan lah. sebab kalau kami ke Pandan juga, saya boleh pengsan. imagine tak menjamah apa pun dari pagi. kami pergi ke restoran baru di jeng je jeng..
semua nak jeng je jeng. macam best sangat. Restoran Sari Ratu terletak di Kelana Jaya. kau bayangkan dengan perut yang lapar tu, cari makan sampai Kelana Jaya. kepala memang dah pening jugak. dah masuk angin. di pendekkan cerita yang tak panjang sangat neh, saya dah memilih menu kegemaran saya. jeng je jeng....(nyampah!)
lagi dua lauk yang tak masuk dalam blog (jangan kecik hati) ialah gulai kambing dan paru goreng. saya memang tak makan kambing. sebab Dak Yang dah pilihkan, saya dengan segala kudrat dan usaha mentelan jugak secebis kambing tersebut. malangnya, lepas tu saya pening terus tumbang (tidur maksud dia, dah kenyang selalu tidurlah saja guna kambing sebagai alasan) HAHA poor kambing. Yang, lepas neh janganlah belikan i lauk rusa ke landak ke, katak ke err.. walaupun tak makan tapi kalau you dah beli, i kena makan jugak. kang sentap ingat tak sayang ke apa.

paru goreng tu saya dah ambil gambar jugak. tapi rupanya buruk sangatlah. maaf paru dah cuba edit bagi cantik pun, tetap tak mau. memang dah fitrahnya buruk, tetaplah buruk. kalau saya letak jugak, takut-takut ada yang dah taknak makan paru goreng lepas neh. HAHA kesian paru diperkotak-katikkan rupanya. tapi rasanya sangat enak oke.

hurmm..lepas selesai urusan jual beli, balik la apa lagi tunggu. ingat Dak Yang nak bawak jumpa Wolverine ke apa. jangan mimpi sangat. lagipun orang-orang di dua buah rumah dah kebulur tunggu lauk dari Kelana Jaya. lepas makan, saya memang tidur sebab kepala sakit. lapar sangat tak pun sebab kambing. nak jugak salahkan kambing. Dak Yang pulak lepas makan kambing, muntah-muntah. dia kata perut dah masuk angin dah kot. balik pukul 3. mana tak masuk angin. nasib baik dia tak ajak pergi Padang, Indonesia terus beli lauk kat sana. baru thrill, tak sempat sampai rumah, dah pengsan. HAHA

info taknak tahu: saya telah mengorbankan 2jam waktu belajar untuk buat entry neh. tolong baca. HAHAHANAKEXAMDAH!!!!

Tuesday, May 5, 2009

Tergendala

rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu blog. (memang rindu betul lah ni)
rindu kawan-kawan

HAI KAWAN-KAWAN

masyaallah.. memang jantung berdetak dengan lebih kencang setiap saat teringatkan blog. apa dah jadi dengan blog. apa dah jadi dengan kawan-kawan di blog. hahaha.

nak update banyak, tapi masa terkurang-kurang sampai tak cukup. cerita cinta tak habis story lagi, cerita kesibukan yang takda kesudahan juga, cerita hati dah tercuit oleh sesuatu. eh eh, boleh mengundang malapetaka neh. HAHA (tetiba nak gelak)

lagi 3 minggu sahaja sesi praktikum akan tamat ( YA ALLAH cepat-cepatla habis) habis praktikum maknanya, final exam pulak datang. YAHHHOOO.. balik Johor, balik Johor. Skudai, here i come. err, bukan ke IPTHO kat Batu Pahat? sejak bila dia pindah Skudai. kenapalah Batu Pahat tak terletak sebelah Skudai je? kenapa? boleh jalan kaki ke apa pergi Skudai. kan senang.

hurmm buat kawan-kawan. jika saya punya seluruh masa didunia ini. saya akan menziarahi blog kalian dan meninggalkan komen yang meleret merepek sampai kalian muntah hijau nak baca lagi. HAHA. malangnya, saya tak punya banyak waktu macam tu. still, saya akan menziarahi kalian kelak. tunggu kehadiran saya. cececehhh. sumpah POYO!

Saturday, May 2, 2009

Datuk Po Chong Wei

- Jom jumpe
.
.
.
- Adik Chong Wei telah kembali. HAHA

*blur*
.
.
.
anda pun blur?? jangan runsing. saya akan merungkaikan maksud mesej tersebut. HAHA dah macam Madam Zora mentafsir mesej.

mesej 1
mesej tu diterima semalam. dikala senja melabuhkan tirai, cehhh. sapa yang hebat sangat buat ayat sastera neh. tu la kata-kata keramat yang ditunggu sejak berkurun lamanya. err, padahal baru semalam dia balik. oke takpa. exaggerate tu penting untuk mengindahkan ayat dalam blog. tapi memang tak dapat agak yang Dak Yang nak ajak keluar lewat petang tu.

saya pun takda la reply sebab HP dah tinggal kat atas

suddenly

lelaki ini yang selalu mencintamu
selalu, tanpa ragu

bukanlah dia menyanyi depan rumah sambil melutut bawak bunga ke apa, bunyi telefon saya dari atas. HAHA. Dak Yang ajak pergi Secret Recipe nak beli kek Abah..oyya

Happy Birthday Uncle!

saya pun, bersiap secara Flashman, mandi secara Flashman, pakai baju pun secara Flashman. sampai terbalik-balik baju. excited sangat.

mesej 2
penyakit Shopaholic dah menjangkiti Dak Yang. Pagi semalam, dia pergi bershopping-mania bersama keluarga. dari OU membawa ke Sogo. dia pergi mentipu mama kata sale dekat Sogo, padahal, dia main petik je sebabnya dia nak pergi beli raket dengan kasut badminton. tengoklah lelaki. kalau barang dia, sanggup nak tipu-tipu. ceh, perangai sapa yang buruk sangat neh. BF sapa? BF sapa? tolong collect dari blog saya. HAHA. setelah diracun pemikirannya oleh Dr. Airil dan Eri (Eri, apsal pegi racun suruh beli kasut dan raket? baik suruh dia bagi 1k tu dekat GF dia neh) Dak Yang telah membelanjakan almost 1K untuk 2 benda seperti gambarajah di atas. sanggup cari kedai yang tokey dia adalah tukang~betul~tali~raket~Chong Wei. baca senafas lagi hebat. yang, you jangan lupakan jam Swatch yang tali hitam kilat-kilat tu oke.memang manis kalau di tangan i. HAHA

p.s: kalau you still tak dapat kalahkan Dr. tak tau lagi alasan apa you nak bagi lepas neh.

yang menarik perhatian saya bukanlah raket ori dan kasut tersebut. tapi permaidani yang ada teddy-teddy. siyesly comel sangat. malu sikit lah you, lelaki gagah tapi ada permaidani yang sungguh comel. you pun comel. ah, nak jugak sesi puji-pujian.

petang hari kami bercinta di bawah sinaran rembulan, di bawah lampu minyak tanah dekat Secret Recipe. berkongsi sepotong kek dan segelas air masak (Apple kasturi). HAHA. kan dah dating secara low profile. takpa, konon-konon mengamalkan pepatah sharing is caring. padahal, nak bayar bil dah terkulat-kulat seluk poket kiri kanan. HAHA.


tak habis-habis bercerita pasal raket baru dia. tak cukup mulut, dengan tangan-tangan sekali bergerak konon-konon tengah main badminton. sebagai GF yang sangat supportive, saya pun layan jugalah cerita dia sambil tumpang gembira. kang sentap kang. tumpang gembira je lah, nak tumpang duit? in my dream!!

sekarang tengah tunggu mesej keramat lagi. kemana lah nak bawa saya hari ni, ke kayangan, ke bulan, bintang, taman tergantung babylon, segi tiga bermuda. ah, sudah kau Yaty. ayat orang bercinta memang menjengkelkan. tapi, nak buat macam mana. musim bercinta sebulan sekali. kenalah di hiasi dengan cerita indah yang berbunga-bunga. ma
cam blog ni saya yang punya. eh, memang lah blog saya kan?

nak tengok wolverine, nak tengok wolverine, nak tengok wolverine
i LoveHugh Jackman, i Love Hugh Jackman, i Love Hugh Jackman
you?
.
.
.
i love you

Friday, May 1, 2009

Everywhere

uhhh.. tangan dah gatal-gatal. badan dah panas, berpeluh-peluh, jiwa dah kacau. hakhak.
suka pembinaan struktur ayat yang menyerlahkan kepoyo-an neh. suka suka suka

suka syok sendiri
suka lah
suka

almost 3 hari tidak menatap wajah blog kesayangan hamba neh. 3 hari oke. satu masa yang agak lama. apakah yang diusahakan oleh Yaty selama 3 hari tersebut? hingga melupakan blog yang amat berharga neh? adakah sudah menjadi peladang berjaya atau menjadi penternak ayam termaju. ah, tak payah nak bersenda loka bersama singer sangat. bukan best pun.

saya sangat dikejar kesibukan. semua orang pun sibuk. itu saya tahu. yang anda tak tahu ialah. saya sibuk. HAHAHA. nampak sangat dah katandusan idea. mood tak bagus sangat 2, 3 hari neh. macam di haunted mimpi ngeri. jadi, untuk berlawak ketawa, menghasilkan entry yang boleh buat orang HAHAHA memang takda.

Last tuesday lecturer telah menghadirkan diri dalam bentuk manusia yang nak observe saya. saya yang dilahirkan memang untuk bersedia telah pun bersedia. apa neh, apa neh. dia observe 2 subjek sekali. gagahkan diri juga lah. halangan-halangan kecil yang mendatang pun, di tangani dengan hebat. tengah-tengah kalut tak terkata, ada pula budak demam. pastu pergi muntah selambak dalam bilik kaunseling. saya; yang bernama kalut ni pun berlari-lari anak carikan baju dan seluar ganti, plastik beg, cari cleaner suruh cuci muntah. ughhh...

tamat je observation, terus cari makan. perut dah berkriuk kriuk bawang rangup bernyanyi. semua like kesiannya dia tak makan. masa tu dah pukul 4.40 petang. imagine baru makan tengahari. yang kakak bernama Teacher Rasamani neh tolong ambilkan nasi letak atas meja, yang sorang lagi kawan bernama En. Norman Hakim (bukan kekasih gelap Memey) sangat baik hati membelanja air tebu seberang jalan. see, semua kawan-kawan memang sangat supportive di kala dalam kekalutan.

tepat 5.30, saya pun tumpas di dalam kekalutan lalu mentumbangkan diri dalam surau. tapi masih lagi dengar suara-suara simpatikan si kalut neh

pukul berapa la tido buat ABM tu.
kesian dia, kena panggil lecturer dia suruh tengok apa jadi dekat dia sekarang.
HAHAHA.

tu la seronok berkawan dengan kaum ibu. mereka sangat penuh sifat-sifat keibuan yang melimpah-limpah untuk saya. saya rasa disayangi macam anak sendiri. ah, sudah kau. macam tak cukup kasih sayang pulak.

bila dah balik, my stuff everywhere. depan rak kasut ada sebeban, dalam kereta bersepah-sepah, atas meja makan, dekat dapur. my stuff all over the place. lappy kesayangan siap tinggal dalam kereta. nampak sangat dah tak berharga. sampai emak yang kutip bawak masuk bersama sedikit ceramah ringkas. ingat nak beli murah ke?nanti kereta dipecah orang macammana, lappy hilang, kereta rosak. macam banyak duit sangat........dan seterusnya.

sekolah pula, tak payah cerita. sikit hari lagi buat tunjuk perasaan depan sekolah. HAHA mesti muka saya masuk TV. hal-hal sekolah tak boleh bawa masuk blog. buruk padahnya. takpa, simpan dalam hati je. kau sengsara terseksa macammana pun, kau duduk lah situ untuk 3 tahun akan datang. hanya perkahwinan yang boleh selamatkan saya dari lembah sengsara (?)

oyya, permintaan macam dah termakbul. Dak Yang sudah kembali ke pangkuan keluarga malam tadi. YAYAYAYA!!! tapi, sampai sekarang, takda orang ajak dating pun. '______________' kannnn malu. syok sendiri je. BF kau dah tak sayangkan kau dah. HAHAHAHA SHUT UP!!!!

pengakhiran yang tak indah sangat... '____'

hutang tag

kita mulakan hari yang indah dengan tag.
di mulakan dengan Bismillah, di sudahi dengan Alhamdulillah.
ah, sudah kau

tag Indah (macam best)

You've been tagged, and you're supposed to write a note with the "ABC's of Me." At the end, choose people to be tagged. If I tagged you, it's because I want to know more about you.

A - Age: 23 +++
B - Bed size: Single Bed
C - Chore you hate: mengkemas rumah. tak best langsung!!
D - Dog's name: kalau ada nak bagi nama SNOOPY
E - Essential start your day item: HP, nak kejut sleeping beauty yang satu. aik? you beauty?
F - Favorite color: PINK
G - Gold or Silver: White Gold (bole ke?)
H - Height: 159 cm
I - Instruments you play(ed): mini okestra main RECORDER, AYSK Band main TRUMPET
J - Job title: tukang kebun+kerani+doktor gigi+makcik kantin = Teacher LISDAWATI
K - Kid(s): apa kids? kid pun takda
L - Living arrangements: depends on TAKDIR
M - Mom and dad live near or far: very near and dear to my heart
N - Nicknames: Yaty, Hidayati,
O - Overnight hospital stay (other than birth): i wish i don't have to stay in that scary place
P - Pet Peeve: ape neh? ape neh?
Q - Quote from a movie: "you complete me" - Jerry McGuire
R - Right or left handed: Right
S - Siblings: 4
T - Time you wake up: noon
U- Underwear: watdehell_)(*(*^*%%$@$ Pierre Cardin
V - Vegetable you dislike: as long as their name vaggie. i dislike forever. hahaha
W - Ways you run late: ntah
X - X-rays you've had: 2 kali. masa masuk Poli dan masa masuk maktab
Y - Yummy food you make: Caramel
Z - Zoo favorite: Zoo Melaka

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tag K. MASY

Tag yang bermotifkan history of blogging


Nyatakan usia blog baby.

baru setahun jagung. (kenapa mesti jagung eh? nape tak setahun terung ke, timun ke?) start buka blog Oktober 2008. sebelum neh menulis di blog frenster je.



Terangkan kenapa baby berblogging


kenapa berblogging? diary dah penuh. malas nak beli baru. tukarkan diary dalam bentuk blog dan boleh dibaca oleh semesta alam. kalau kita marah dalam diary je, orang yang kita marah tak tahu. sekarang kita boleh mensumpah seranah orang tu secara terbuka. dan orang tu boleh baca dan simpan dalam hati dia. HAHAHA.

saya suka menulis. blog dekat frenster pun memang layan. kemudia, kawan yang bernama Butet mensarankan saya buat Blog sendiri. dia kata best. Kakak saya pun ada blog, jadi, dengan bantuan khidmat nasihat kakak, terhasillah blog yang ada sekarang, dan sekarang pun saya lebih hebat dari kakak sendiri.


Nyatakan blog pertama yang baby baca

Blog Butet kot, tak ingat, ke blog kakak, ke blog Chika ke blog pompuan... entah



Letakkan entry pertama blog baby

Sunday, October 26, 2008

curhat

i've been searching 4 a long tym..to 'curhat' (dian sastro pny skrip).too many things to tell n confess..well, atas pertolongan my dear sista..hasilnya, dis cute blog.setelah keep fighting, yelling n screaming..aku dpt ape yg aku nk exactly..sedap mate memandang, sedap lg hati aku nk b'cerita.itu pun aku upah die dgn AYAM BBQ BEREMPAH MEXICAN yg aku bakar sendiri n air strawberi wif ais...yummy..aku nk jdkan tmpt free utk aku cerita wifout any fear..title pn real life..uncut..so...it's all in here..

4 starting..aku x ksh sape2 nk bace blog aku ni s long lps tu jgn nk mengate aku, or nk korek2 rasie aku or jd spy..enough is enough k..juz b urself n out of any business..wat past is past..

memandangkan masih lg ada sisa2 aidilfitri, msh lagi ade open house yg nk dihadiri..d problem is..aku x tau nk pegi dgn sape sbb aku sorg2 je kat umah skrg..how pathehtic my life would be..sume ade life msg2..aku je yg stay umah ala2 perempuan jawa terakhir...semua yg berlaku ni ade sbb n berkait dgn kisah semalam...

biarlah semalam berlalu..aku nk tutup cite lame n move on..pagi td mate aku pun cam bola golf. sumtyms rs kesian dgn mate aku ni..hati aku pny pasal, mate aku jd mangse..well, oleh sbb sume organ ni part of my body, jd dey all akn rs..sdeh same sdeh..hepi, same hepi..x gitu?? cube tny organ2 korg..mesti dey all agree..=)

am glad finally i hv my own blog..so guys, welcome me wif warm heart k..till next..

hahaha. cam tak sangka je dari takda orang baca sekarang ada la a few yang mengikuti. thanx guys





Huraikan entry tersebut

eleh, mana nak ingat dah. masa tuh gaduh dengan yang tersayang kot. pastu buat blog. ah, memang tak ingat.



Letakkan satu pic yang baby paling suka dalam blog nih!

aleh. suka taw!!! gambar-gambar yang tersayang






Harapan baby

semoga dapat berkongsi cerita suka dan suka. duka nakmo cerita. haha dengan rakan-rakan baru di alam maya. seronok dapat kawan baru. lagi-lagi yang suka bakar blog orang. haha



Pas tag nih kepada sesapa yang baby nak.
tak tau nak pas baton kat sape. sapa nak amek baton neh. sila amek






dah abes. yay. tak hutang lagi. yay