Monday, April 27, 2009

mood swinging

fizikal tak sihat
nenek dah tua, sakit-sakit pinggang cu.

perasaan pun kurang sihat
malas nak ingat ah..
Yang, kenapa you macam melupakan Gurl?
You tak sayang Gurl lagikah?
Gurl sentap sebab you tak call Gurl maghrib semalam

tapi dia dah call pukul 3 pagi tadi.
so, kau nak apa lagi?
nak sayang banyak-banyak
memang tamak
orang tamak selalu untung
sebab dapat banyak-banyak
i hate bila you banyak kerja sampai melupakan GF sendiri
Dr. Airil, bagi Dr. Yang balik 1 Mei ni
plisshhh


blog pun macam tak siap
benci, benci, benci

undur diri sebelum merosakkan keharmonian blog sendiri
anda takyah baca lah. sendiri tulis, sendiri benci
mood swinging tak bertempat;
aku wanita, aku kaum hawa
yang memang rapuh hatinya

Sunday, April 26, 2009

Ahad yang ceria

pagi yang gelap
kini sudah terang

bangun pagi dengan penuh kegembiraan. mana tak gembira, lepas sembahyang subuh terus mengadap game. gamers tegar la konon. haha. makin gembira lagi sebab turun bawah pulak menghadap muka blog yang sangat menyenangkan hati neh. hahaha. bertambah gembira sebab tak ada hati pun nak tolong emak masak di dapur. kelemahan yang nyata. sampai Dak Yang kata, mimpi la nak tengok Gurl rajin. kelahiran akan datang la baru Gurl ni rajin. KAKAH.

akan jadi gembira sebab

BABAH BALIK HARI INI...HOOORAY



babah da balik. babah da balik.babah da balik.
selepas berpeluk-mania dengan babah sendiri (aik? ye la. takkan nak peluk babah orang lain) di KLIA tadi sampai mat saleh pun naik segan tengok hahaha. mengkalahkan isteri sendiri. kami pun pulang. ah, macam karangan budak-budak. selepas penat bermandi-manda, kami pun pulang dengan gembira.

memang sengsara naik kereta dengan adik beradik yang mulut macam takda insurans i tell u.adik beradik yang terdiri dari lelaki bernama Adik dan perempuan bernama kakak. merana jiwa sepanjang jalan kau tahu. nasib baik adik beradik sendiri. kalau tak lama dah hiarrggght, tendang mereka keluar dari kereta. bawak kereta comel kepunyaan kakak ipar memang thrill, sebab macam tak ingat dunia nak potong BMW, Lamborghini semua. "Yaty, kalau kau dapat kejar Lamborghini tu, aku bagi semua duit elaun aku" see, seorang Adik yang lesen L nak mati lagi berapa minit ada hati nak mencabar kredibiliti kakak dia yang takdirnya menjadi bini no 2 Kimmi Raikonen neh. tapi, agak-agak la jugak nak pegi kejar Lamborghini tu. walau dengan bantuan angin kencang sekalipun, tak dapat hidu langsung asap lamborghini tersebut. apa akallah CLK (Cute Little Kancil) VS Lamborghini. HUAHUAHUA

brek je kereta, terus diserang sakit wanita yang tak kurang hebatnya. saya sangat tumpas. memang tak dapat nak lawan. sebab tu entry neh menyusul sangat lambat. keuzuran. ceh, macam nenek-nenek dah. bangun-bangun mood memang swinging all over the place. faham-faham je lah wanita tua yang uzur neh memang. sensitif tak ingat. hampir-hampir mencetuskan perang dunia ke berapa pun tak ingat dengan Dak Yang. saya cepat-cepat undur diri, ah! malas ah nak ingat. nanti hati sengsara.

mujurlah ada blog pengubat duka lara. sayang sangat dekat blog yang macam comel neh. memang taknak sayang Dak Yang lagi. dan ada babah yang dah tak larat nak layan soalan tak masuk akal anak dia sendiri. jadi takda nak ingat dekat Dak Yang sangat. bia dia bia. nakmo kawan dengan dia '_______________'

family members yang penuh teruja nak jumpa babah
termasuk 2 tugu berbaju putih belakang sekali
emak siap bawak karipap untuk babah
comel kan
sapa ada bau baru, angkat jari
HAHAHAHA

Saturday, April 25, 2009

Bangun Pagi

ehem ehem (betul tekak siket)

kepulangan dari Kem Bestari Solat yang sangat di rahmati dan di berkati. (walaupun datang lambat lepastu mintak pergi makan dulu still, niat baik dah ada tetap di rahmati. mudah-mudahan. Amin) lepas balik KBS entry haruslah berciri muslimah sejati. walaupun masa nak pergi tadi ada seorang KAKAK neh boleh tanya "Kau nak pergi Kem Solat ke nak pergi tengok Bohsia?" saya ampunkan je mulut dia. nak mengajar solat hati kena bersih, kena saling memaafkan.(ih, GF sapa yang sangat berhati mulia neh?) ada sapa-sapa nak cari pasal hari ni? saya sangat dalam mood hari raya. lagi 5 minit belum tentu. HAHA

macam nak bagi tazkirah sikit neh

kawan-kawan kena rasa sangat bersyukur dan beruntung bila dari kecil dah belajar solat dengan sempurna. hati pun terang, senang saja nak hafal bacaan-bacaan solat. (ehem, da Zohor belum? kalau belum solat sana dulu. baca blog tak dapat pahala pun)haha. tadi, masa mengajar budak-budak 1J baca niat sahaja. Niat ok. niat solat subuh pun tak boleh lagi. sangat simpati. emak tak ajar kah di rumah? mana emak dia neh, nak piat sikit telinga. kenapa tak ajar anak solat? bukanlah tanggungjawab guru semata-mata. ibubapa pun sepatutnya kena bantu siket. baca niat yang bahasa melayu merangkak-rangkak macam bas mini habis minyak. saya punya rahang dah naik cramp menyebut berulang kali. kesian sangat. sepatutnya habis pukul 12.30. tapi pukul 12 lagi kami dah suruh budak baris pergi balik. penat lah nak ajar lagi (oke, cikgu give-up) bukan, rahang cikgu dah cramp. malas cakap banyak.

dah cramp rahang, baru tengok HP, ada missed call nombor Madinah lah. Hooorayy, Babah call walaupun tak dapat angkat HAHAHA mesti babah dapat 'rasa' neh anak dia mengaja budak sembahyang sampai cramp mulut. saya pun bergembira hati call babah semula.

Saya: assalamualaikum bah, call ye tadi? tak dengar

Babah: waalaikumussalam. buat apa? BELUM BANGUN TIDUR LAGI KE?

saya: HA?? orang dah nak balik sekolah dah. mengaja budak sembahyang tadi (nak mention)

babah: ingat tidur lagi

saya: '_________'

ingat babah rasa sejuk hati ke apa. rupanya dia ingat saya tengah tidur lagi. ceh, dah lama saya tinggalkan tabiat buruk tu. sejak 2 minggu yang lalu. HAHA sejak babah pergi umrah, tiap-tiap lepas subuh tak dapat nak tidur dah. mungkin babah doakan lah ni kat sana biar saya jangan tidur sampai tengahari lagi. '_____________'

nak g metrojaya sale lah jap. nanti balik sambung update lagi. sambil tu

SAKSIKANLAH LAYOUT BARU DENGAN PENUH KETERUjAAN

SAYA KEMBALI
METROJAYA SALE

gila ramai umat manusia dekat Stadium Malawati tadi. sampai suffocate sebab terlampau ramai. mana datang orang ramai-ramai neh? pantang dengar sale. yang dari pelusuk hutan pun boleh datang kan. betapa magicnya perkataan sale pada telinga human being neh.

damn ramai orang,
damn cantek-cantek baju,
damn tak boleh nak pilih
damn sebab laga-laga buntut sesama insan,
damn takda duit.

yang akhir tu damn damn damn. mana lah mereka semua neh dapat duit banyak-banyak. macam duit tu turun dari langit ke apa. diorang tadah pakai baldi pastu bawa pegi shopping sale Metrojaya. saya pun harap juga turun lah duit kat depan pintu masuk tu, biar dapat shopping sakan. paling gila sale bedsheet dan comforter. tak dapat nak snap pape pun. dengan sesak, dengan orang yang macam semut [?] dengan panas macam dah mendidih kepala dengan otak neh. sangat panas. tapi gagahkan juga diri sebab dah bulat hati dan nekad akan menjumpai sehelai baju idaman. jeng je jeng. poyo ah!

sebelum masuk, dia ikat handbag dalam plastik. simbolik dia ialah, Kau jangan nak shopping menggila tak ingat dunia sebab kau bukan ada duit pun. HAHA. tak kelakar oke kutuk orang takda duit. sungguh tak. tapi lepas tu dia bagi kita beg besar guni untuk masukkan semua barang kita dalam tu. periuk belanga semua boleh masuk. abang cashier tu pun kalau belagak sangat kau boleh masukkan dia dalam beg guni tersebut. oke sangat tipu sebab mana ada Metrojaya jual periuk belanga cap buaya putih atau toto narita macam kat Langkawi.

dari East India membawa diri tak berduit neh ke Sommerset Bay, seterusnya ke Hush Puppies, Goggles, Triumph, Wacoal eh, ehem ehem yang ni terlalu ehem ehem tak boleh cerita lebih ehem. HAHA mana yang berkenan sumbat dalam beg guni. sebelum orang lain rampas. betul-betul macam Shopaholic dah. semua cam suka tapi bukan yang di cari-cari..

tiba-tiba.... *drum roll* ah, tak payah nak drum roll sangat

dari celah-celah kesibukan orang ramai, ada sesuatu menggamit aku untuk menghampirinya. ha, kan dah poyo.. hatiku berdetak lebih kencang...

tarra rum pum (ni cite hindustan lah)
baju yang sangat di cari dan di idam. material memang menepati cita rasa, corak, warna, design. sangat cinta dengan baju ni. sangat sayang, sangat semua.harga sebenar, harga sale, jenama adalah rahsia. kalau tak nanti kan macam riak. bukankah pagi tadi dah menghadiri KBS. jadi, hati kena menghindar sifat mazmumah. istighfar, istighfar.

jadi, mood sangat baik hari ni, sangat berbunga-bunga. Dak Yang buat-buat sibuk pun saya tak ambil hati. sebab dah dapat baju baru, layout pun dah baru. baru beberapa jam tukar dah ada yang menghamburkan pujian. terima kasih banyak-banyak. saya pun rasa layout ni comel sikit dari pompuan seksi tu. HAHA. puji lah lagi pujilah. manusia memang suka kan pujian. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAH

pengakhiran yang indah; tunggu Yazid keluar malam nanti oke. kita doa sama-sama.




Friday, April 24, 2009

Cerita Cuti Basi


Gambar-gambar berikutnya pun menunjukkan

  • keindahan alam
  • keindahan pantai
  • keindahan Yaty (aik?)
tolong hayati keindahan tersebut. HAHA. kalau rasa dah tak indah, bolehlah jangan tengok lagi. nanti anda akan muntah hijau, biru air laut semua keluar.saya adalah duta Air Asia
sebab tu warna baju ikut tema
HAHAtak dapat naik sebab angin bertiup kencang menggoncang jiwa.
bayu mengusap muka

jangan layan
2 hari datang tanpa jemu
untuk menunjukkan sangat cintakan cable car yang mencabar jati diri
tetap tak dapat naik
nasib tahun lalu dah naikIsland Hoping
1st stop
swimming macam hebat (dengan bantuan jaket keselamatan)
boleh kalahkan Micheal Phelpsmodel selipar Padini

menyaksikan sunset di Pantai Chenang
sangat indah pemandangan
dengan nenek orang putih berpakaian separa
sampai emak geli tekak dan ajak balik
kalau saya jadi lelaki pun
akan hilang selera kepada perempuan
KAHKAHKAHsangat tertarik dengan warna dia
tapi, pelamin anganku belum musnah
under construction
poyo poyo poyo
Mahsuri; anak cucu tumpang teduh bawah rumah
boleh kan boleh kan

oke cerita disudahi dengan gamba sebijik (?)
gambar feveret dari segala gambar
sebab sangat ada sentimental value
end

Wednesday, April 22, 2009

Kenapa mesti jadi cikgu?

dah tamat tempoh berkurung dan menangis. sekarang masa gembira. babah dah sihat. dah keluar dari hospital. hati pun dah kurang bimbang. thanx to Saudara Atif yang menghantar babah ke hospital, dan menjenguk babah, dan balas-membalas SMS emak yang dah tersalah hantar dekat dia. HAHAHA thanx kepada kawan-kawan atas doanya juga.

(Atif; saudara-mara my sis-in-law- yang duduk di Mekah tapi masih belajar di UIA. uuuhh, berminat? sebab nanti boleh ala-ala ayat-ayat cinta. duduk tepi Sungai Nil, mentulis diari lepastu berdating-puisi. Mesir dan Sg Nil itu jodoh. oke, apa kaitan Sg Nil dengan Mekah?)

nak buka entry hari ini dengan tajuk 'Kenapa Mesti Jadi Cikgu?'

kenapa mesti jadi cikgu 1;


Kalau lori Milo, Vico, Nestle dan macam-macam lagi lori yang boleh produce minuman yang sangat pekat-likat dan sejuk dan rasanya sangat delicious gila, kau boleh minum tanpa had. maksudnya, bukan setakat cup kecik yang di sediakan je, tapi kau boleh isi dalam tong air kau yang berukuran 2 liter tu. tak cukup lagi? kau boleh potong que kalau rasa dah tak tahan tengok kepekatan milo tu.

Kenapa mesti jadi cikgu 2;

Kau tak payah berebut untuk mendapatkan bekalan Honey Star yang kau sangat idam-idamkan tu. sebab dia akan hantar ke depan mata kau bersama bekas comel dan sudu serta susu berkotak-kotak untuk engkau makan tak berapa ingat murid-murid. HAHA. tak suka Honey Star? Milo yang bulat-bulat tu pun ada. tak cukup makan dekat situ, engkau boleh ambil satu kotak besar secara percuma. Pastikan tak ada kaki mengadu yang nampak. nanti, dia akan simpan semua dan orang lain pun tak dapat makan.

kenapa mesti jadi cikgu 3;



Dulu, kalau kita masuk bilik guru, tengok cikgu tengah buat jamuan. meleleh-leleh la saliva kau berbaldi-baldi belum tentu cikgu akan jemput engkau makan. sekarang, kau boleh masuk bilik guru tanpa rasa segan dan silu untuk menghabiskan semua makanan yang ada atas meja tanpa pedulikan rakan-rakan taulan lain sebab sekarang aku kan cikgu. HAHAHA. murid yang nampak jamuan, akan rasa macam anda dulu-dulu dan akan belajar rajin-rajin untuk jadi cikgu macam anda juga supaya boleh makan jamuan macam anda juga. motivasi neh motivasi. salin salin.

Kenapa mesti jadi cikgu 4;



kau boleh belagak Diva dengan murid-murid. sebab remember, murid-murid sangat adore cikgu mereka. lagi-lagi kalau cikgu dia cantik. dia akan pandang tepat dekat muka kau tanpa berkelip walau sesaat. sampai kau akan terasa malu yang teramat. pastu, kalau ada sebiji jerawat dekat muka kau pun dia boleh perasan. kau pakai lah baju yang dah buat lap kereta pun, dia tetap cakap cikgu cantik hari ni. see, budak-budak sangat jujur dalam menilai dan kuat bodek.HAHAHAHA

Kenapa mesti jadi cikgu 5;

boleh pergi audition AF bila cukup 10 tahun mengajar sebab vokal kau memang dah terasah dengan baik. semua high pitch, low pitch, head tone, chest tone semua kita boleh buat. Cikgu Siti Hajar tak penat nak ajar kita vokal. selama 10 tahun dah menjerit, melaung, melalak dekat budak-budak, jadi kemahiran kita memang hebat. kadang-kadang sampai hilang suara. kalau nak buat announcement pun tak payah pakai mic. jerit saja pasti berkesan. sangat hebat. jadi, dah tentu-tentu kita boleh jadi juara AF punya.

kenapa mesti jadi cikgu 6;

kau boleh belagak like king only. how?
kau nak makan tapi malas pergi kantin?
jalan depan sikit cari mangsa, suruh dia pergi belikan kuih dekat kantin.
kau nak pergi kelas tapi malas nak bawa buku berat?
kau pergi masuk kelas, lenggang kangkung pastu pergi suruh budak ambil semua buku-buku.
kau panas?
suruh budak kipas.
semua tunjuk-tunjuk je, insyaallah semua budak buat kerana mereka takut nak melawan sebab aku kan cikgu.

kenapa mesti jadi cikgu 7;


kau boleh meraikan Hari Guru. dan nyanyi lagu kami guru Malaysia yang sedap sangat tu. dan boleh berlagak la sikit-sikit dengan doktor dan peguam sebab mereka takda Hari Peguam atau Hari Doktor. dan mereka takda lagu sedap untuk dinyanyi bersama-sama. see, cikgu sangat bonding kan.

kenapa mesti jadi cikgu 8;

kau boleh belagak macam pandai sangat dengan budak-budak even the truth is kita sebenarnya sangat clueless. tapi kita tak boleh tunjuk kita tak pandai. jangan tunjuk. sangat mencalarkan maruah diri sendiri. paling-paling tak tahu pun, kita boleh marah dia balik sebab bagi soalan yang bukan-bukan. hahahaha.

kenapa mesti jadi cikgu 9;

macam biasalah, kau boleh kerja setengah hari dan cuti berbulan-bulan. benda tu normal. semua pun tahu. petang boleh jaga anak kalau kau dah ada anaklah. kalau tak, kau boleh pergi berjalan tak tentu hala sebab kau takda rumah tangga nak di jaga dan takda hala tuju. HAHAHA. kau pun boleh tengok Jelita atau Upik, Laura dan Abu tiap-tiap petang tanpa miss.

kenapa mesti jadi cikgu 10;

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang di tauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Dimana-mana dia berdiri di muka muridnya
Disebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
budi yang di apungkan di dulang ilmu
panggilan keramat "cikgu" tetap terpahat
menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang

siap akhirnya entry ilmiah kita pada hari ini. oke, sebab yang sepatutnya yang no 10 la. yang lain tu hanya joke yang tak berkait pun. saya takda buat semua kat atas tu. HAHAHA.

kalau belum ada kerja
fikir-fikirkanlah.
HAHA

Sunday, April 19, 2009

@@@@BIRTHDAY BABAH@@@@


19 APRIL 2009

HAPPY BIRTHDAY BABAH

SEMOGA PANJANG UMUR

BABAH CEPAT-CEPAT SEMBUH

walaupun kek nampak sedap. walaupun tu gambar tahun lepas, but still nak cakap. kek sponsored by Yaty. ok kuat ungkit. ungkit lagi, ungkit. apa lagi yang kau beli? sofa tu kau yang belikah? piring? wat about piring? kau juga kah? HAHAHAHA

to all readers; Doakan Babah saya selamat di sana ye. Babah tak sihat sangat. Hari ni je dah berapa kali call Babah. serumah sangat bersedih dan sangat menangis. naik banjir juga handphone saya dengan air mata. Tadi Maghrib kami semua dah baca Yassin supaya Babah sihat semula dan dapat melakukan ibadah. Doakan ye kawan-kawan. TQ

Saturday, April 18, 2009

~~MAAF~~

maaf, kesibukan membataskan idea dan isi-isi penting. saya kena mintak di jauhkan dari blog. selagi blog depan mata, selagi tu takkan ingat dunia tengah bergoncang, kesibukan tengah mengejar. ahh, sudah. tak perlu poyoitis punya ayat. nak bluek...

maaf andai saya tak sempat membuat lawatan sosial ke blog kawan-kawan semua. err, ramai ke kawan-kawan neh? angkat tangan siket??ok.ok saya nampak. saya kesibukan dan masa memang mencemburui saya. tak boleh tengok orang senang sikit. ada je kerja nak jatuh dari langit, bedebuk atas muka. sound efek sangat poyo dan tak boleh diterima akal.

maaf jika tag-tag anda masih tergantung di blog anda dan tak sampai-sampai ke blog saya. cuba bagi tag anda kasut roda, bia dia jalan sendiri ke blog saya dan jawab diri dia sendiri. jadi, saya takkan rasa susah mati err, susah hati sebab tak jawab blog kawan-kawan dan takut kawan-kawan ada yang sentap dan makan hati ingat saya tak hargai tag kawan-kawan ke apa. bukan. saya hanya insan biasa yang ada dua tangan. kalau ada lebih tangan nanti, Insyaallah, saya boleh updet every minit walaupun dalam hati anda kata, macam ada orang nak baca. HAHA.

maaf kalau entry seterusnya takda lagi muka-muka comel menghias skrin lappy atau PC anda lagi. takda lagi muka Yaty cantek berhias dan terpampang di sana. entry akan sangat kosong dan hitam pekat bagai malam, ahh..sudah. takda lagi ayat-ayat menyampah keudara di telinga anda selepas ini, tin-tin kosong bergolek ke kaki.

maaf kalau anda rasa saya busuk(?) siyes, hari ni panas sangat. sampai berpeluh dan terpeluh-peluh saya buat entry. panas gila. sampai entry pun dah keluar ayat-ayat panas. bila dah panas sendiri akan rasa macam kambing bandot. kau tahu kambing bandot? KAHKAH. aku busuklahhhh.apsal busuk sangat neh?

sebab kenapa yang konon sibuk to death;

  1. PPD nak dokumentasi bercerita Isnin
  2. lecturer nak observe 2 days in a row start from Monday
  3. ada meeting AJK Kerja Perpustakaan on Monday also (saya own the PSS. tapi tak tahu apa nak buat)
  4. Selasa ada Kursus Sains Perpustakaan from 10.00-1.00 (pastu, terus ngaja petang. tak rasa nak kiok ke?)
  5. guru besar nak buku rampaian math budak the whole class (mintak je la 5 ke)
  6. study belum bermula pon (berazam dari akhir tahun lepas, bln 4 dah nak abes da)
  7. arrange kan a few stuff for my Kez yang nak bertunang bln 8 neh, coz dia di Russia
  8. soalan ujian 3 belum buat.
  9. jurnal saya yang terakhir pada minggu ke-4 (sekarang da masuk minggu 9)
  10. belum buat ujian lisan untuk budak, sedangkan dah nak mid year exam
  11. buku ADAB belum bulat-bulatkan
  12. sekarang rasa nak pengsan bila tengok list sendiri. bluek bluek
sekolah tengah hot gila....dia punya darjah kepanasan sama dengan suhu air didih. ramai yang nak isi borang pindah sebab..eh, hal-hal sekolah tak boleh bawak masuk dalam blog. sangat tragis kalau ada yang tahu. nanti saya tak lulus praktikum HAHAHA.

i have to put an end here. tak bisa lagi mengadap blog secara suka-suka tak ingat dunia. pergi sana kau muntah hijau siapkan kerja yang berlambak macam muntah hijau kau. yerkkk!!

macam biasa pengakhiran yang indah..

Qhaud tersingkir akhirnya... tu la pengakhiran yang indah

Friday, April 17, 2009

twins

Err.. hari ni kepala agak serabut. Rasa macam kepala nak terpisah dari badan. Badan nak bercerai dari kaki, tangan nak pecah terbelah-belah. macam ngeri sebab nak gambarkan yang konon-konon hidup sangat miserable, busy to death dan masih sempat nak memblog. Jadi, apa kaitannya? Entahlah.. my brain cannot function normally

I

2005. Tahun pertama jadi GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) sekarang tengah berlatih jadi guru yang tak bersandarkan pada kenangan(?) Mengajar kelas ke 10/12. Bayangkan bayangkan. Tengah marah budak nama Ashraf. Pung pang pung pang mengamuk tak tentu hala. dah nak dekat waktu balik. Satu kelas senyap. Saya pun duduk tempat sebab dah penat menjerit macam tarzan tak cukup nafas.

KRINGGG!!!

Saya takda bagi budak-budak balik. Biar mereka tahu, kemarahan cikgu dia dah sampai peringkat amarah. Kau balik la lambat, sapa suruh buat cikgu marah? Lepastu, kawan-kawan se-geng ni dah tunggu depan pintu sebab nak balik beli jajan sama-sama atau ajak main kejar-kejar dekat tiang letrik pastu kejap lagi rambut jadi tegak-tegak kena letrik nak salahkan sekolah. Padahal, mereka takda tahu yang anak mereka ni agak inovatif memilih alat-alat permainan seperti tiang letrik, longkang, salur air besar. Ntah pape ntah lagi. Jadi saya pun diam je……………….

Tetiba toleh dekat pintu, saya Nampak si Asyraf ni tadi dah berdiri dekat luar bawak beg dengan muka tersengih-sengih kerang busuk. Saya pun naik sawan la histeria bagai nak gila sebab dah rasa tercabar la neh anak murid tak dengar kata, ASYRAFFFFF!!! APA AWAK BUAT KAT LUAR TU? SAPA BAGI AWAK BALIK? MASUKKKK SEKARANG. Suara macam halilintar membelah bumi, sampai budak-budak lain tunggu geng pun blah. Ada pulak satu suara tu berani menjawab, 'Cikgu, itu Asyrafi, Asyraf dalam kelas'. Sekali saya toleh. Ok sekarang rasa nak buat-buat pitam sebab dah histeria tak tentu hala plus malu tak ingat dunia. Ahh, I wish I never be born. THEY ARE TWINS


Since that, kalau nak marah dekat luar akan tanya secara malu dan sopan santun terlebih dahulu, Ni Ashraf ke Ashrafi? Kalau Ashraf baru marah like crazy woman only.


II

Every year, mesti ada student faveret. ciri-ciri paling penting, sangat comel, sangat pembersih dan sangat kemas. Tak pandai, takpe. Cikgu takkan marah sebab dia comel. HAHAHAHA.Saya sangat suka budak comel. I love cute kids in other language means. Kalau saya rasa memenuhi kriteria, akan terpilih jadi ketua kelas. Jadi, hati gembira sebab hari-hari akan berurusan dengan cute kids. Oke nampak macam pervert. Salahkah kalau suka budak comel? Takda dalam undang-undang sekolah pun.


Budak comel pilihan saya pada tahun ini jatuh kepada *drum roll*


Amirul Siddiq


Bila dia blurr je nak jawab Math saya takkan sanggup nak marah muka comel tersebut. Kalau murid lain, rotan dah naik kaki tangan semua. (tipu). Cikgu lain pun tahu saya sangat suka dengan Amirul tersebut. 1 day, tengah mengajar di tingkat 2 tiba-tiba, Amirul tersebut lalu. Kelas Si Amirul tersebut di tingkat 1 dan tandas lelaki di ground floor. Jadi… saya dalam hati dah syok sendiri. Budak ni pun suka aku….HAHAHAHACIKGUGATAL.

Saya takda tanya langsung dengan Amirul tersebut kenapa tersesat sampai tingkat 2. Saya assume saja dia pun suka dengan saya. Ahhh, mengalahkan cinta budak sekolah. Malu siket dengan budak kecik. Kalau kelas Math je darah nak naik setinggi langit dan jadi histeria sampai blok A pun boleh dengar suara high pitch.. SIAPKAN!!, teacher pergi solat, nanti teacher naik, teacher tahu dah siap!!! Saya pun turun lah ke surau. Kau tahu apa mata ni nampak?? Si Amirul tengah tanggal kasut stoking nak sembahyang juga!!! Saya berfikiran waras, jangan aku nak mengamuk tak tentu pasal dekat surau. Jaga maruah, jaga maruah. Saya fikir logik akal. Si Amirul tadi ada dalam kelas tengah buat latihan, takkan dia bela hantu raya tiba-tiba magic dah sampai surau. Jadi, dapat jawapan tak? Ok sekarang ada dua budak comel. Bila cerita dengan guru kelas dia pun, kakak tu tak tahu. Patut la akak Nampak hari tu si Amirul dari atas. Akak pelik juga kenapa dia naik sedangkan kantin dah tentu kat bawah. Akak tak tego la. Nasib baik akak tak tegur kalau tak akan mendapat malu secara total.


Dalam semua-semua kembar tu semua nampak bonding la like rehat sama, balik sama. Tapi Amirul Siddiq and his twin memang tak pernah nampak bersama-sama. Sebab tu ramai cikgu tak tahu mereka kembar. Mereka macam bawa haluan masing-masing. Tapi Amirul Hakimi pandai banyak. Amirul Siddiq pandai sikit je. Agaknya sebab tu mereka tak geng kot. KAHKAHKAH.


Almost every year juga mengajar budak yang boleh buat trick ~berada~di~dua~tempat~dalam~satu~masa.


Ashraf & Ashrafi


Hafizan & Hamizan


Najehan & Najehah


Si kembar comel ; Amirul Siddiq dan Amirul Hakimi


Wednesday, April 15, 2009

Setahun Pemergianmu

Lepas mandi, rasa refreshing sangat. Dress-up in baju tidur, pakai cermin mata, buka laptop. Ahhh, ready dah untuk menulis. Rasa macam perempuan genius ber-IQ tinggi. Style tu penting walaupun bukan orang Nampak macam mana rupa yang tengah menulis neh. Macam rupa tak siap, dengan rambut serabai dan berbaju kelawar pun boleh kelentong kata cantik juga. Ok. Jangan terpedaya dengan tipu helah penulis neh.

perenggan seterusnya sedikit menyentuh kalbu. Dah sedia dengan tisu 3, 4 kotak? Tisu tandas pun boleh. Tolong lap air mata dan hingus tu. Jangan sampai berjuraian kena dekat keyboard anda. Eiii…Geli lah

15 Rabiul Akhir genaplah setahun pemergian Allahyarhamah Nur Aisyah bt. Mohd Nor Wahid.

Al-Fatihah

.

.

.

.

.

Siapakah Nur Aisyah tersebut? Dia adalah anak buah yang pertama dalam keluarga. Anak kepada abang saya. Dia juga cicit pertama dalam keluarga besar kami. Tapi, dah ditakdirkan. Allah lebih menyayangi Aisyah. Dia meninggal dalam kandungan lagi. Waktu tu usia kandungan kakak ipar dah masuk 7 bulan.

Everything out of sudden. Masa hari Ahad tu, sekolah buat sukan tahunan dekat stadium. Everything was normal. My Sis-in-law pun buat kerja ringan je. Dia pun masih rasa heartbeat dan baby masih bergerak. Tak sangka pada esok harinya, dia ke Hospital Razif untuk buat tempahan katil nak deliver nanti. So, doctor suggest buat check-up. Sebab rasa takda masalah tadi, my sis in law pun setuju je. Suddenly doctor sangat shock dan tergamam.(agaknya lah. I wasn't there). Dia call another doctor takut dia tersilap kan. Ye la, doctor bukan selalu betul. The other doctor pun terkejut dan confirmkan the sad news. Baby you dah meninggal 2 hari yang lalu. (sorry K.Adah kalau info tak betul. Ingat-ingat lupa).So, my sis in law ni terus menangis bagai tiada esok lagi. I mean, she's crying a lot. My brother pun sangat shock because that was their 1st baby.

Saya sedih sangat. Sebab saya sangat excited nak dapat anak buah. They can call me aunty and saya boleh beli baju yang comel-comel. Ye la, nanti I have a strong reason untuk pergi Guess Kids. Selalu usha dari luar tingkap je. Saya dah siap ada nama untuk kami berdua. Kau tengoklah, sapa punya anak ntah. Makcik dia yang lebih-lebih nak gelaran. Mak Iti n Cik An. Hah, ambik kau. Tolong malu sikit dengan mak ayah dia sekarang. Tapi, truly saya sangat-sangat teringin nak jadi aunty. Ada sapa-sapa nak jadikan saya Aunty angkat. Ambil no telefon neh..01….

Selepas my sis in law masuk hospital untuk deliver baby. Saya ni dah macam ayam berak kapur. Tak boleh duduk diam. Macam kucing nak beranak? Ok. Same diff. Bimbangkan my sis in law? Yes of course. Takda hati perutlah aku ni kalau tak bimbang. Yang kedua saya ada masalah tak boleh berdepan dengan jenazah. Nanti akan jadi lemah lutut, badan tak bermaya, semangat hilang semua lah. Saya memang fobia bila berdepan dengan hal-hal berkaitan dengan kematian like van jenazah, kapur barus dll. Eii, tetiba bulu roma neh naik. Am serius.

Petang, balik dari sekolah, saya tengok rumah sunyi je. Saya kata, apa akan jadi kalau saya masuk rumah terus terpandangkan apa-apa. (toleh belakang jap) Saya berjengket-jengket masuk rumah sendiri. Ehh, dah la. Biarlah entry ni tak habis. Dah seram sangat. Ok ok. Saya doakan Arwah Aisyah tenang di sana. Err, memang la. Dia dah jadi bidadari syurga dah. Aisyah akan jemput ibu dan ayah dia masuk syurga nanti. Jangan lupakan Mak Iti ye. Mak Iti sayangkan Aisyah juga. Ada niat nak beli Guess Kid untuk Aisyah. Tapi…

To my bro n sis in law. Be strong keyh. Aisyah is there waiting for both of you.

MAKKKK!!! Malam ni nak tido dengan emak…. Huhuhu~~~

kisah kailakar

kailakar = kelakar. nak bagi sama macam kisah Kaisara

1st of all nak say thanx so much kepada Binjaei sebab bagi award khas untuk insan kerdil dengan blog yang tak seberapa neh.

untuk emak dan babah yang banyak memberi sokongan dari segi RM,

untuk YOU yang selalu kutuk blog I sebab nak naikkan semangat I kononnya sampai I ternangis-nangis dan terkecik hati sebab asik kena kutuk, but still.. i love u triple today.

kepada rakan-rakan pembaca yang selalu bagi komen, kelakar la~~~ saya takda niat nak buat kelakar sebab kan saya tengah bersedih masa tuh..

ok. kalau di biarkan terus mungkin saya nak bagi penghargaan dekat guru besar, tukang kebun sekolah, pakcik kantin semua. tapi, saya tahu ada yang dah rasa nak pergi bakar entry ni sampai hancur lumat. aik? i think i'll stop here.

p/s: award dia ada di tepi sebelah kanan, bawah. g la tengok. sangat comel ada kucing tengah gelak. kucing pun rasa kelakar juga baca entry saya neh? meeowww..meooww. ok. tak kelakar pun buat bunyi kucing.

Tuesday, April 14, 2009

One of My Best Friend Wedding

mood; tak gembira sangat


hari ni takda nak bercerita sakan sangat. entry pun takda nak panjang berjela-jela macam jala tak ingat dunia ke apa. jadi, tak boleh nak kata entry panjang tapi tak bosan~lagi. boleh kata entry pendek tapi bosan nak mati. boleh. silakan lah cakap.

saya rindu babah!!!* air mata dah macam hujan* siyesly. tak boleh cakap pasal babah sekarang. sangat sensitif dan sangat mengundang air mata. kenapa sangat terasa dengan ketiadaan babah yang tak sampai sehari lagi neh *berjurai-jurai air mata tak berhenti*. kalau tak, takda peduli pun babah ada kat bawah sorang takda makan. takda pun nak pergi masakkan ke apa. sekarang baru rasa nak terhegeh-hegeh tersedu-sedan macam kucing hilang anak. mula terasa masa sidai baju malam tadi. tengah sidai baju, air mata meleleh-leleh. kalau jiran nampak, ingat dah kena dera sidai baju ke apa si Yaty neh. kau bayangkanlah, selama beberapa bulan neh kami bertiga dalam rumah, sekarang tinggal berdua je. mujurlah, JB dan kakak ipar yang baik hati tinggal dekat sini.kalau tak terkontang-kantinglah kami berdua dalam rumah. ok tipu sangat. emak sangat survive dan tough oke.malam tadi mesej dengan Kesayangan pun mengadu rindu babah bukan rindu dia. tapi, dia faham. dia call 2 kali malam tadi pun mengadu lagi rindu babah. doakanlah babah baik-baik dekat sana. pagi ni pun dia call menangis-nangis lagi mengadu rindu. kesian dia tengah sibuk bekerja keras, tapi masih sempat melayan GF cengeng tak tentu pasal dia neh. Saya Rindu Babah~~~~

berikut adalah wedding kawan masa di SMKPP dulu. Majlis pada 29 Mac 2009. tapi baru dpt gamba beberapa hari lepas. tapi maaflah kalau kurang gamba pengantin sebab kami syok sendiri amek gamba sesama kami tanpa pedulikan sangat pengantin. mana tak histeria. last jumpa masa 1999. bayangkan... bila sekali jumpa tak peduli ketenteraman tetamu lain dah.ada makcik siap geleng-geleng kepala. dia rasa nak hempuk kepala kami dengan dulang ke takpun halau je kami dari majlis tu.apa akallah buat onar dekat wedding orang?? ha, tengok tengok. kisah lanjut akan cerita kemudian. bila rasa dah tak rindu babah sangat.

~Mira and Hubby~
semoga berbahagia
kalau rasa gambar-gambar tersebut mengganggu pandangan mata
TAKYAH TENGOK ok!

kalau nak kata yang baju biru tu nampak gemuk
DALAM HATI SAJA ok!
nanti pengantin terasa sebab dia pun pakai baju biru.
HAHAHAHA ah, mana datang haha neh? sedih remember

SMKPP 98-99; Eca, Huda, Kema, Caa, Lya, Syida, Zaffan, Yaya, Alien, Wani, Yusma, Yaty, Mira
in memories

Monday, April 13, 2009

Anak Harapan Bangsa

Attention..Attention..
(jangan ingat sebab dia Drama Queen dia bukan harapan bangsa. tolong siket)
Drama Queen n K. Adah

Dia adalah anak harapan bangsa yang dipuja-puja oleh ramai lelaki di luar sana. ingin di jadikan menantu oleh semua ibu bapa di muka dunia... err.. see, memang ada bakat terpendam merapu tak ingat dunia. syabas!!

hari ini saya tak sekolah. oke. nak oyeh jap ye. jap je.

HOOORAYYYY, OYYEH OYYYEH, YAAAAHHHOOOO.


terima kasih sebab sabar dengan perangai tak masuk akal ni. maafkan je la si Yaty ni dalam hati. takda apa lagi yang anda boleh lakukan untuk selamatkan dia.


hari ini 13 April 2009.
Babah berangkat mengerjakan umrah selama 14 hari. Emak dan saya tak ikut. dah tentulah saya tak ikut, kalau tak siapa pula yang mengerjakan blog sampai jahanam neh? kerja si Yaty anak harapan bangsa la tu. emak pun tak dapat ikut atas sebab-sebab tertentu. kalau tak kau bayangkanlah.. si Yaty jadi Putri yang terbuang lagi. dah la tinggal dekat rumah dengan emak dan Babah saja, lepastu emak dan babah pun pergi tinggalkan dia terkontang-kanting sorang dekat rumah besar tu. kau bayangkan, kau bayangkan..

sebagai anak harapan bangsa tadi, saya sanggup berkorban takda pergi kerja sebab nak hantar babah pergi KLIA. (padahal dalam hati sedang berdansa dan bersamba. kalau ada jiran sebelah ke, jiran jauh ke nak pergi KLIA pun sanggup hantarkan. asalkan tak payah pergi sekolah. HAHAHA) ye la, adik beradik lain semua tak jadi harapan dah. esok kalau surat wasiat semua atas nama aku, kau orang jangan makan hati. kan, tak memasal si Yaty neh masukkan hal keluarga dalam blog.

actually; my bro exam di IPBA, KL. My Sista di IPTB, Penang and My Adik final exam di Matriks Melaka. gudlak everybody


ok. di fast forwardkan cerita. cam lambat sangatlah>>>>>
dari rumah pukul 10.30. sebab bini no 2 Kimmi Raikonen yang bawa kereta, biasalah. pukul 11. 15 dah sampai. tapi tolong tahulah yang dalam kereta semua macam speaker radio bagi warning. jangan laju sangat!!, jangan rapat sangat!! dah 140 tu..kat sini 110 je. Ya Ampunnn. mereka takda tahukah. Bini no 2 Kimmi Raikonen ni sangat pantang ada kereta di hadapan. macam pandangan jadi tak luas ke apa. jadi, saya mesti kena potong kereta depan tu. tu je. bukan nak berlagak suka bawa laju atau terer sangat drift kat highway tak memasal. BUKAN.

sebagai anak harapan bangsa, saya kena la patuh arahan ibu bapa bukan? or else saya akan ditendang keluar dari kereta tersebut. hiargghhh.. kau tak payah bawak pun takpa, kalau bawa ada niat nak membunuh. KAHKAH. dah parking, angkat beg semua. kami naik lif secara bersama-sama. dah tiba floor terminal, kami berkhayal pastu lupa nak turun. apa akallah. babah cepat-cepat tekan butang lif nak buka pintu, tapi babah pergi tekan butang loceng. KRINGGGGGG!!! babah kata larii!!!!.. HAHAHA. sangat kelakar babah saya oke

masa lalu dekat escalaor rata tu... 'kalau letak camni dekat sekolah pun best jugak. tak payah nak penat-penat jalan kaki kan K.Adah?' my sis in law pun layankan je la adik ipar dia yang berfikiran inovatif tersebut. 'aah, berdiri je dah sampai kelas, tapi kena turun 10 minit awal la. sebab benda ni lambat' ok. Muhyidin Yassin tolong ambil serius cadangan kami neh.
emak, k.adah n luggage
escalator ni la yang kami nak

lepas salam peluk cium babah, minta doa terang hati sikit dan jodoh cepat-cepat datang rumah (you cepat datang, babah dah doakan kita tu) kami pun pulang. hurmm.. belum sampai rumah pun dah rindukan babah.

Babah: semoga selamat sampai dan khusyuk-khusyuk buat ibadah. doakan kita sekeluarga bahagia selalu. semoga babah sihat selalu dekat sana. jangan lupa beli jubah banyak-banyak, inai, gelang emak.

Husna: kalau BuJaL dapat surat saman, bukan aku yang bawak. Emak ok. mintak emak duit bayar saman. aku tido dekat belakang *innocent*

Terlanjur Cinta

Apa terlanjur-terlanjur neh? Ih, ngerilah bukan. Tolong sensitive siket…

My favorite song ever…

By Rossa dan Pansha (Ungu)lelaki idaman kalbu. Saya addicted gila sawan bila tengok muka dia. Masalah bangsa ke ape. I dun give a damn. Saya rasa dia.. Makhluk Tuhan paling err, kedua paling Hendsome dan sangat dikagumi. Sampai terkagum-kagum terkaku tengok muka dia. Sampai meleleh-leleh saliva sebanyak sebaldi. Ok. Yang pertama terpaling? Andalah.. HAHAHA

Aku terlanjur cinta kepadamu

Dan telah ku berikan seluruh hatiku

Tapi mengapa kini baru kau bertanyakan

Cintaku…

Aku pun tak mengerti yang terjadi

Apa salah dan kurangku padamu

Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan

Kerna sekali cinta

Aku tetap cinta

Jadi, adakah saya dah putuskan nak mengkaratkan entry kali ni? oh, takda takda. Saya nak cerita kisah sawan seorang
Drama Queen
malam semalam sampai seisi rumah terkejut dengan perangai dia yang tiba-tiba meroyan dan histeria macam dah tak ingat dunia. Menarikkan? Boleh buat drama sebabak dan hantar pergi ujibakat anak wayang ke Raja Lawak ke, Expose Mistik kot. Anda kenalkah perempuan meroyan tersebut? Err, saya pun takda kenal sangat. Kenal macam-macam tu je. Eh, sapa kau? Kenapa kau meroyan dekat rumah saya ni?

Drama Queen (DQ) tersebut dah semangat nak tengok konsert AF 7 malam tadi. Semangat dia memang luar biasa. Semangat dia terlebih daripada orang yang pergi Kem Bina Semangat ke apa. Semangat dia tak payah di bina dah. Cukup strong and power. Tapi bukan semangat padi ke, semangat jin
ke yang masuk dalam badan dia. No such thing. Eh, apsal Expose Mistik sangat entry neh?

Pukul 9.++ DQ tersebut dah tercongok depan tv nak tengok AF. Tapi dia kena berebut dengan Jin Buragas (JB) sebab JB tersebut nak tengok bola. Oleh kerana saiz DQ ni tak berapa nak besar, jadi tak boleh la nak lawan JB tersebut. 5 minit pertama DQ tersebut boleh cakap perlahan-lahan lagi. Dia masih bersabar. 5 minit seterusnya, harga tiket parking akan di caj. Ok jangan layan. DQ tersebut tak boleh nak sabar banyak lagi, decibel suara da tinggi sikit. Tapi, sawan meroyan dah keluar la sikit-sikit such as hentak-hentak kaki, tumbuk-tumbuk bantal. Biasalah, perempuan. 5 minit seterusnya, air mata dah merembes-rembes keluar, suara pun dah high pitch je aaaaaaaaaaaaaaa~~~~ bantal dah terpelanting entah kat mana. Menjerit-jerit nak tengok AF. Saya pun macam terkejut. Eh, apsal macam sawan neh???saya takut juga kalau dia bagi saya sebiji..dushhh ambik kau ke. Err, macam tak boleh jadi neh. Last-last DQ tersebut menghentak-hentak kaki naik tangga dengan air mata berjuraian sambil mulut sumpah seranah sikit-sikit (*)*!&@^$%#%^$^#!(@)*#&%. Terus…

Huwaaaa huwaaaa huwaaaa SAYANGGGGG!!

*suara cuak sedikit* Gurl, kenapa neh? Kenapa?

Huwaaaaaaaaaaa *menangis macam kucing mati ke apa*

*hilang sabar sikit. Eh, orang sana pun hilang sabar juga?* kenapa menangis neh? Cakap dengan Abang

*teresak-esak tak boleh cakap*

*dah hilang sabar* cuba berhenti menangis. Cakap dengan Abang kenapa?!!!

Orang nak tengok AF, orang nak tengok AF*meraung bagai nak gila*

Dipendekkan cerita. Kang jadi drama bersiri Jelita pulak

*marah* menangis macam ada orang mati ke apa. Esok kan ada ulangan. Yang nak sedih sangat buat apa?

*teresak-esak* orang dah lama tunggu nak tengok. Mestilah sedih. Abang faham la sikit

Ye la bukan esok-esok dah tak boleh tengok. Pergi sembahyang isyak sana.

Esok kat rumah kita, jangan nak berebut tv dengan Gurl ye

Pergi sembahyang!!!

Kau bayangkanlah. Sebab AF je DQ tersebut menangis macam kucing hilang anak. Sampai BF sendiri malas nak layan. KAHKAHKAH. Lepastu DQ give up nak berebut tv. Dia duduk dalam bilik diam-diam baca novel. Alololo.. sian dia. Tak lama kemudian..

++ lagi 10 minit bola abes++

*sigh* no mood for AF anymore

Err.. kalau anda dapat teka siapa DQ tersebut. Anda simpan je dalam hati. Biarlah jadi rahsia antara kita berdua. Promise k. eh, apsal Yaty yang beriya-iya promise neh? Takda takda, saja je nak main 10 000 promises. HAHAHAHA

Komen konsert: konsert minggu neh memang buat saya macam sawan juga. Walaupun banyak halangan dan rintangan. Kahkah. Minggu ni saya rasa paling terbest. Best gila la. Lagi-lagi masa Hafiz menyanyikan killer song saya. Err.. Saya dah macam terfalling cinta dah dengan Hafiz. Nampak Hafiz pun macam iras-iras Pansha. Ah, mengarut lah Yaty. Tapi, saya bagi A++++ untuk konsert ni. err, ada orang mintak pendapat kau? I dun care!!

Credit: Yang, thanx so much sebab ada untuk I waktu I bersedih. Walaupun you mintak I bank-in kan RM 50 dalam RHB hari Isnin nanti sebagai service charge, still nevermind. I tetap sayang you secara banyak. Thanx sebab temankan I men mesej-mesej yang merapu. You tetap nak layan sebab you takut nanti I histeria semula. And thanx a million times sebab sanggup berkongsi football time you dengan i. you rahsiakan dari I yang MU tengah main sebab nak teman I men mesej merapu. I love you secara berganda. You memang kesayangan I.

Sunday, April 12, 2009

tag kawen K.Lynn dan tag K.Reen

How old are you?

- apsal tanya? tak puas hati orang awet muda? kah kah. i am 23 ++

Are you single?

- Am not single. but rite now am being single, sleep secara single on my single bed

At what age do you think you'll get married?

- err, you tolong jawab siket... insya-Allah s soon s possible... 26

Do you think you'll be marrying the person you are with now?

- mudah-mudahan dengan izin Tuhan. i luv you

If not, who do you want to marry?
- Anuar Zain please..datang pinang i di rumah no....

Who will be your bridesmaid and bestman?
- not decide bout it yet. coz everyone get married b4 me. Along maybe..

Do you want a garden/beach or traditional theme wedding?
-exactly like Maya Karin i have in mind. but am sure everybody will say.. sapa nak layan your dream. so keep on dreaming.

Where do you plan to go on honeymoon?

- Umrah, umrah, umrah. Next, Itali or Bali. anywhere else sounds 'li li'... KAHKAH


How many guess do you think you'll invite?

- only me n my groom. gila bajet, kedekut, haji bakhil. jangan pegi dia kawen. pulaukan dia


Will that include your exes?

- eh, nanti jadi drama sebabak kalau exes dtg. ahh, aku mana ada sampai exes. ex je. kalau exes dia datang boleh jadi drama bersiri Bawang merah Bawang putih, siram-siram air, tarik-tarik tudung, err, berani datang la.. HAHAHA (Kidding)


How many layers of cake do you want?

-only 1. no cream or icing cake please. it makes me sick. anything from Secret Recipe will makes me forget bout my husband. it shows that i am ready to share my new life with him.. *puke*


When do you want to get married, morning or evening?

-my dream and hope bernikah pada waktu malam. sebab sejuk, dingin, tenang je pernikahan nanti. jangan tiru, jangan tiru.


Name the song/tune you'd like to play at your wedding?

- Once upon a time, saya gila mati nak lagu Cahaya Cinta. sekarang, saya akan histeria dengar lagu tersebut. so, saya taknak jadi pengantin gila yg histeria di hari perkahwinan, saya pilih lagu.. My Baby You.. band MPK tolong sedia jemput Marc Anthony.

Champage or red wine?

-kau tak yah ngada nak mabuk-mabuk masa aku kawen. biar saya je yang mabuk cinta nanti dengan suami sendiri.


Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
- belum booked tix lagi. nnti 2011 i'll let u noe.

Money or household items?
- kalau sebut money, ihh, sensitif. household items will be great. rumah baru, semua baru.

How many kids would you like to have?
- kami setuju nak 3. Popus, Nyvian, Popes. (temporary untuk identified jantina) fair n square. sibling saya 4 . him only 2. so, we campur n bahagi 2. kan dapat jawapan. dapat tak?

Will you record your honeymoon in DVD or VCD?
- of course. masa jln2 dkt padang pasir, or men salji dekat Bali. Dushh dushh. ambik kau. suka tipu orang.

Whose wedding plan would you like to know?
~~Cik Angah.. nak tahu nak tahu. awak nak kawen camne nanti.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4 NAMES THAT FRIENDS CALL U;
- Yaty
- Jard (kat hostel dulu)
- Hidayati
- Cikgu Lisdawati (err, anak murid kira kawanlah)

4 IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE;
-19/4 - Befday babah
- 4/7 - Befday emak
- 28/6 - Befday sapa? you eh? ok..Him
- 2011 - nak kawen bole?

4 THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES;
- beli shawl dekat Yellow Prestige
- Msg kesayangan saya saying 'I love u secara banyak'
- bully my sister suruh dia buatkan meggi
- crying like crazy woman sbb tak dapat tgk AF..

4 WAYS TO BE HAPPY;
- tido yang cukup
- makan yang banyak
- tak payah kerja. esp hari Sabtu
- cuba dgr suara yang tersayang. happy lah kau

4 GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE;
- Murano satu
- Swatch in pink leather
- Apple iPhone
- Sony Vaio Pink pleaseeee!!!

4 OF YOUR FAVOURITE HOBBIES;
- ZZZzzzzZZ
- reading...
where's my Cecelia Ahern?
- travelling
- stalking

4 PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION;
- Mekah dan Madinah
siyesly bukan nak tunjuk alim ke apa
- Lake Como, Itali
- Bali
- London
coz someone's die hard fan of MU

4 THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG;
- Carlo Rino's purse.
ahh, mana Guess I neh?
- little Strawberi pouch contain both of my HP
- Mentos
- Kuih semalam. KahKah

4 U LOVE SO MUCH;
- Emak dan babah
- My siblings
- Good friend-Kema, Eca, Aetul, Everybody-
-
dah kot. Kahkah kang sentap. Kesayangan saya.

4 THINGS'SPECIAL' FOR U;
- My Pink Titus and Luvly funky Swatch will turn to pink leather Swatch. hihi
- My Compaq notebook. will turn to Sony Viao soooon
- Nokia 2630 will turn to Apple iPhone soon too
- My Precious Ring. will turn to white gold soon
2011

4 WHO YOU WOULD LIKE TO ANSWER THIS SURVEY;

- ha, you yang tersesat masuk tu page neh. tak leh kuar dah. wat cepattt!!

Oscar

Thanx to Miss Berry

sangat terharu, terkejut, tergembira dan ter-oyyeh-oyyeh sebab dapat award ni. terima kasih Emak, Babah yang selalu ada di waktu senang dan susah. yang tolong bayarkan bil internet tak ternilai harganya. ahh, nak poyo! Miss Berry thanx again.

Komen Miss Berry:
sbb kamu pnye entry pjg, tp xbosan nk bace..n sbg penghargaan kpd kamu

walaupun ringkas je komen awak. i do really appriciate. sbb tak sangka ada orang yang sudi habiskan bacaan sampai ke titik noktah terakhir. ingat ada yang close tab je nampak wording yang banyak gila macam sawan neh.pastu merapu tak tentu pasal dan tak ingat dunia.

i do want to spread the awards. but, i lacked of time and spirit. memang dah tak daya. kita tengok award ni kat sini je sama-sama. baru muhibbah kan?kan?kan? kreatif alasan. kalau malas, katakan malas. tidak aku ternanti-nanti.

Friday, April 10, 2009

Siapa yang menipu??

Hadirin sekalian. Harap maklum, isi entry hari ini tiada oyyeh, oyyeh atau hooray, hooray. Ehem,ehem pun takda. Ambil serius sikit. Entry kali ini sedikit ilmiah supaya anda beroleh sedikit kebaikan dari membaca blog saya neh. Semoga saya juga mendapat lesson juga (alamak, lesson plan belum buat lagi neh. Hey,hey. Tolong serius)

.

.

Buat muka suci, sesuci lebaran sebab nak bagi tazkirah.

APRIL FoOL's DAY.

Siapa yang menipu?? Siapa yang TERtipu???

Mesti ada antara anda pernah buat kerja ni kan? Pergi sorok baju kawan, nila muka kawan, bubuh kapur kasut, ni semua kerja masa zaman takda kerja dulu, sekarang dah ada kerja, tak buat dah kerja tak berfaedah ni. nak tahu apa di sebalik April Fool ni? saya pun sedikit insaf juga lepas membaca dan nak bagi kawan-kawan insaf sama. Mari, mari insafkan diri. Kalau tak insaf, kau boleh pergi sekarang!

Perbezaan pendapat tentang sejarah kejadian perayaan ini:

Sebahagian mengatakan bahawa inovasi ini muncul di Perancis pada tahun 1563, setelah kalendar baru diperkenalkan, terdapat seseorang yang telah menolak penerimaan kalendar ini telah menjadi mangsa kepada beberapa orang yang telah memalukan dan mempermainkan beliau sehingga beliau menjadi bahan gelak orang ramai… (hey, apa neh. Tak baik main-mainkan orang tahu)

Sebahagian pula berkata bahawa inovasi ini muncul dari zaman purba kala, terdapat perayaan bagi penyembah berhala yang berkaitan dengan tarikh ini, maka perayaan ini merupakan sisa dari perayaan penyembah berhala.

Inilah di antara asal-usul sambutan ini.

Ramai di antara kita yang menyambut hari ini, tetapi berapa ramaikah dari kita yang mengetahui rahsia di sebalik hari ini???? (kau tahu?)

Sewaktu kaum Muslimin menguasai Sepanyol lebih kurang 1000 tahun yang lalu, mereka merupakan satu pasukan yang tidak mampu dikalahkan. Orang-orang Kristian sewaktu itu menaruh harapan besar agar dapat melenyapkan Islam dari muka bumi sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja (Jahat orang Kristian neh)

Mereka telah cuba beberapa kali untuk menyekat dakwah Islam di Sepanyol tetapi tidak Berjaya.

Setelah itu, orang-orang kafir telah menghantar perisik-perisik mereka untuk belajar dan mencari rahsia di sebalik kekuatan kaum Muslimin yang tidak mampu dikalahkan. Mereka dapati bahawa berpegang teguh kepada ALLAH dan bertaqwa merupakan penyebabnya.

Apabila orang Kristian mengetahui rahsia disebalik kekuatan mereka ini, mereka mula memikirkan tentang strategi untuk mengalahkan kekuatan ini, jadi mereka telah mengirimkan arak dan rokok ke Sepanyol secara percuma (ATTN:Someone please notice this line)

Taktik ini makin menjadi, iman kaum Muslimin semakin lemah, lagi-lagi dikalangan pemuda-pemudi Islam di Sepanyol. Natijahnya, kaum Kristian Katholik telah mengalahkan kaum Muslimin yang telah memerintah Sepanyol lebih dari 800 tahun. Kaum Muslimin telah cuba sedaya upaya bertahan di Grenada, tetapi telah ditumpaskan pada 1 APRIL..

Dengan itu, mereka (orang-orang kafir) telah menggelarkan ia, Tipu Daya April (Trick of April)

Sejak dari itu, mereka menyambut hari ini dan menganggap kaum Muslimin sebagai orang-orang bodoh…

Apatah lagi jika kita bersama-sama mereka menyambut hari ini…

Kata-kata Ulama' berkenaan dengan penipuan…

Syaikh Muhammad Salleh Al Munajjid (salah seorang pensyarah terkenal di Saudi Arabia) berkata:

Menurut hukum syariah, menipu tidak dibenarkan kecuali pada beberapa keadaan yang tidak mengakibatkan kehilangan hak, menumpahkan darah, menjatuhkan maruah dan lain-lain. (tipu orang tersayang jangan. SANGAT MEAN)

Menipu hanya dibenarkan demi menyelamatkan nyawa, memperbaiki hubungan di antara manusia atau menyelamatkan hubungan cinta suami isteri.

Tidak ada suatu hari atau sesaat pun yang syariah menghalalkan manusia untuk menipu atau mengatakan sesuatu berdasarkan kebohongan.

Salah satu hal yang telah berleluasa di kalangan masyarakat umum adalah hari yang disebut 'April Fool's Day' di mana mereka mengaku bahawa hari pertama pada bulan April merupakan hari yang dibenarkan untuk berdusta tanpa batasan syari'e.

Banyak perkara buruk yang boleh terjadi akibat daripada menipu…

Pesanan penaja: jadi hadirin sekalian. Janganlah kita menyambut hari-hari yang mempunyai makna lain dan menghina umat Islam sendiri. Macam contoh lain, Valentine's Day. Ehemm, saya tak pernah sambut hari tersebut oke. Jadi, mungkin akan sama-sama dapat manafaat dari tazkirah tersebut. AMIN.

Sumber: Persatuan Mahasiswa Kolej Hafiz

    www.hafiz.edu.my

    http://www.islamqa.com/en/ref/books/99

Wednesday, April 8, 2009

LiTTLe WiTcH

Hai kawan-kawan.

Dah lama tak update blog. Dah menggelupur tak tentu arah memikirkan nasib blog sendiri. Ecehhh. Apakah masih bernyawa atau sudah mati. huh…

Terkebelakang waktu ni sedang sibuk di kejar Mr. B. (you tak payah jadi tak tentu hala oke? I tak cintakan dia pun. Dia je yang sibuk kejar-kejar I) jeng jeng jeng. Yaty ada secret admire? Berapa ramaikah secret admire Yaty tersebut. Sebenarnya ada err.. 1, 3, 0.. takda sapa pun admirekan saya neh. Am just B…Z. kehkeh. Kalau ada pun takkan saya tahu. Nama pun SECRET kannnn???

Oyya, sebelum bercerita lebih panjang. Saya nak buat ucapan pendek boleh ka? Bingkisan hati Si Perindu. Wallaweh.. baca ye.

Dear Mr. Yang, ih, tak macho langsung.

******SAYA RINDU KAMU*******

Tu je. Buat ucapan panjang-panjang pun, orang lain yang baca. Dia takda peduli pun. Kalau dah makan, minum, tidur pun tak ingat? Apatah lagi insan kerdil bernama Yaty. Langsung hilang dari ingatan dia. Yaty? Who? Huwaaaa… meraung tujuh hari lapan malam lah saya siap berguling-guling terjun bangunan. Ingat Allah, ingat Allah. Silap-silap jadi Kassim Selamat versi Millennium. Tapi, Kasim Selamat main saksofon kan? Saya tahu main trumpet dengan recorder je? Kira boleh laaa..

Saya ada nak cerita sikit tentang hal rumahtangga.. wah.. semangat kau. tettt!! salah. Pasal budak sekolah. Belum pernah lagi cerita pasal budak-budak kat sekolah tu. Macam-macam peel dia. Hari ni for the 1st time selepas 4 bulan saya kena relief kelas tahun 1. Sebelum ni tak pernah lagi masuk tahun 1.

Saya, iaitu Cikgu Hidayati memang sangat terkenal dengan muka singa lapar dan suara tarzan ooo0000OOOO000ooo nya. (sikit pengenalan. Kot-kot ada yang tak kenal) nak tahu macam mana garangnya? Kalau saya berdiri hujung koridor sini, berlari lintang-pukang budak yang tengah berkeliaran dekat koridor sana masuk kelas balik. Siap ada yang terjatuh-jatuh lagi. Err, rasa tak garang lagi? Ok, takpa takpa. bukti seterusnya, kalau saya lalu depan kelas yang tengah bising dan budak tengah gembira main tendang-tendang dan pusing satu kelas dengan batang penyapu nak pergi bantai kawan dia, saya hanya berdiri di luar dan pandang dengan tajam. Tak payah buka mulut langsung. Simpan je suara. Senyap sunyi terus kelas yang macam kapal nak pecah ke apa. See, garang tak Cikgu Hidayati tersebut?

Tapi yang benci, kalau tengah mengajar ada budak datang bawak nama murid bising. Nyampahlah nak layan. Dah macam cikgu disiplin dah ha. Tapi, segarang-garang saya, belum pernah lagi tapak tangan yang selembut sutera ni menampar anak orang. Belum pernah. Saya memang ada niat. Niat ok. Niat. Berniat nak tampar tak dosa kan?kan?kan? Tapi, bila tangan ni dah naik setinggi langit ketujuh, automatic dia jadi slow bila nak landing kat pipi. Tak sampai hati lah. Nama pun budak-budak. Paling-paling saya cubit pipi budak sampai herot. Tu la paling berat. Lain takda, saya pakai mata saya. Senjata paling tajam neh. Nak try? Meh sini meh.

Ok, back to the story. Bila masuk tahun 1 Intelek. Saya pun suruh budak-budak buat revision Sains sebab lepas rehat nak ujian Sains. Ada yang tak bawa buku, biasalah. Nama pun tahun 1. Ha, kongsi-kongsi. Baca sama-sama. Siapa bising, cikgu tak bagi rehat. Ugutan tu perlu. Kalau tak kau orang ingat mereka nak diam free-free? Keep on dreaminglah. Saya pun balik tempat dan tanda kertas. Depan tempat saya tu ada budak chubby sikit. Dengan mata sepet dia. Sangat comel. Dia pun membaca lah buku sains tu ada tajuk part of my body. Mereka baca part ‘tongue’. Saya pun biarlah mereka membaca dan mengulangkaji. Tiba-tiba saya dengar. ‘Aku nak makan ni lah. Sedap. Yang ni, ni, ni. sedapnya!!!’. Ya Allah. Dia pergi cerita pasal gambar makanan yang ada dalam buku teks tu. Memang padanlah dengan badan dia yang chubby tu.

geram tak. macam nak kunyah je tangan dia. ngap ngap

“simpan semua barang dalam beg, masukkan kerusi dalam meja, baca doa makan”

Ada budak tu tak simpan pencil box dalam beg

“masukkan pencil box dalam beg. Nanti ada orang jahat lalu, dia Nampak pastu dia curi pencil box kamu. Macam mana?”

“dekat sekolah kita ada orang jahat ke?” alahai, naifnya lah budak neh. Sangat suci dan putih bersih macam guna sabun pencuci Daia. Dia tak tahukah yang orang jahat tu mungkin tengah baca blog neh dan berniat nak curi pencil box transformer dia tu. Aik?

“mestilah ada. Kita tak tahu sapa. Kita kenalah hati-hati”

“ye la, nanti takda duit nak beli pensil baru”

“haaa, tahu pun”


Nama pun budak

Paling saya suka kelas Tasmik pukul 6. Tiap-tiap hari Rabu dan Khamis saya jadi ustazah. Mengajar budak mengaji. Dapat kelas agak hujung juga. Yang saya suka….

“bangunnnnn!!!” (nak tahu ketua kelas dia neh nama Jufri Farhan. Pakai tali leher betul-betul dekat leher sampai tercekik. Masa 1st Nampak dia, saya dah macam kena sawan gelak dan histeria, baru saya betulkan. Kau bayangkanlah pakai dekat batang leher. Baru betul nama dia tali leher. Bukan tali kolar. Ye tak?)

“Assalamualaikum Cikgu Lisdawati” dengan penuh konfidennya.

“assalamualaikum Cikgu Lisdawati” yang lain pun ikut

KAHKAHKAH.betullah yang kau baca tu. Selalu saya mengamuk budak sebut nama salah. Kali ni saya maafkan. Sebab saya pun suka. Padahal name tag dah besar papan tanda jalan raya. Tapi, takpa. Panggilah Cikgu Lisdawati. Cikgu memang suka. Esok kalau jadi apa-apa orang Tanya, siapa cikgu Tasmik kamu? Cikgu Lisdawati. Mati kerat jari, tak jumpa lah kau cikgu Lisdawati tersebut.

Terima kasih.