Tuesday, March 31, 2009

=(

saya sedih sebab :

  • saya kena marah sebab tak sabar
  • ada orang letak fon camtuh jek '_______________'
  • saya tak dapat pergi hari penting yang tersayang. siapalah aku ini
  • saya nak kena observe (eh, yang ni takkan sedeh plak)
  • BBM yang didownload tak boleh play (Damn!)
  • saya ternampak 'sesuatu' yang painfully hurt.( hate!hate!hate!)
  • saya dah ketandusan idea nak memblog. macam memblog di tanah gersang.

tolong buat saya tersenyum kembali.

p/s: blog cam hopeless n helpless sebab tergantung mood tuan dia. lepas baca boleh buang. jangan repeat baca entry yang macam jahanam neh. buang masa. saya pun rasa buang masa juga tulis macam neh. tapi, jangan ambil hati, sebab saya tengah bersedih. '_____________'

Sunday, March 29, 2009

Here and There

Planning for this weekend:

Meeting BAKEB yang membosankan. *GRRR*

Jangan lantik saya sebagai apa-apa. Tolong jangan calonkan nama saya pun. Saya taknak terlibat dengan Majlis Tertinggi. Yaty adalah seorang yang pemalas dan tak rajin. (terima kasih sebab sudi kutuk saya) Tolong! Tolong! Anggap saja saya tak wujud disekolah itu. Anggap saja saya seperti banyang-bayang atau angin lalu. Anggap saja roh saya yang sedang mengajar. Sebab mereka suka pilih anak dara dengan alasan belum ada komitmen. Mereka tak tahukah yang anak dara lagi banyak komitmen? Komitmen untuk bershopping, komitmen untuk tidur, komitmen untuk menulis blog. See, see Semua yang disebutkan di atas tadi memerlukan komitmen yang tinggi. Mereka tak tahu. Tahukah anda anak dara yang tinggal disekolah tu Cuma 1,2, err..6 out of 120++ . Anda juga tak tahu. Anda bayangkan, sayalah yang selalu jadi hot spot. Ya Allah, tak malu. Statement 2 sec ago adalah berunsur masuk bakul angkat sendiri. Tak payah simpan dalam hati.

Wedding ceremony yang menyenangkan hati. YAY!

Mira bt. Mohamed Hidir akan mendirikan rumah tangga bla bla bla. Rakan sekolah menengah masa di Kuala Selangor. Dulu kami berempat satu geng. Memang rapat gila. Nama kumpulan kami AZIE. KAHKAH. Biasala dulu-dulu masa kat hostel, mesti ada klik pastu ada nama kumpulan sendiri macam kumpulan samseng ke apa ntah. Klik yang paling hebat mestilah yang ada ahli paling ramai pastu nak outing jalan segeng ramai-ramai, kalau sorang tudung pendek, semua kena ikut, pastu kain nak leret sapu sampah sampai koyak rabak. KAHKAHKAH. Jangan marah ok Kema dan Eca. sayang korang. Yang penting saya tak terlibat dengan geng tu. Saya geng baik. Saya dan geng hanya buat kerja stalk Our Dream Guy dekat Pekan Kuala Selangor je. Is that you Yang?. Cerita lama. So, Mira lah yang mendahului kami dan berkahwin dulu, Syida tengah buat Medic lagi, Zaffan pun dah kerja. Saya pula tengah tulis blog neh aik??. Rindu dengan anda semua.

Anda bagaimana? KEH KEH pasti lebih gempak dari saya punya planning. Pergi wedding ceremony pun dah kira paling menggembirakan. Macam loser yang tak punya life je. Orang lain nak pergi melancong keliling dunia naik yacht ke apa,tengok Confession of a Shopaholic, pergi beli kasut, baju, handbag baru ke GUESS sale! GUESS sale!( shut up! Kau tak tahu aku takda berduit sangat. Jadi tak payah nak jerit,jerit lelong macam boleh beli handbag dengan harga doposen ke apa. Bikin hati panas ok!) ataupun pergi jumpa sang kekasih(saya tersangat mencemburui anda). Tapi, tapi, tapi Pergi wedding ceremony sambil ditemani kawan-kawan pun boleh dikira best what. Sekurang-kurangnya saya masih punya teman. Tolonglah kata ya. Tolonglah jaga hati saya. '___________'

Oyya, ada yang lebih membuatkan saya DAG DIG DUG lah. Hampir-hampir terlupa neh. Adoi, cemas ni, cemas. CPR,CPR, neno neno. Tolong doakan saya ya!. The moment of truth almost appears. Whether our relation will continue to the next stage or... Nak bercerita detail, too personal for me. Nanti dah jadi drama sebabak sambil keluarkan air mata dan hingus- hingus hijau. Ih, geli lah kalau dibayangkan. Kalau perkembangan yang positif, saya pasti akan berkongsi saat manis ni bersama Cornetto. Errr… next!

Saya ada satu pencapaian yang boleh dikira agak membanggakan la this month. Saya pun macam tak tersangka saya dapat melakukan itu. *Drum roll* saya berjaya mengurangkan berat badan
you wish! Saya berjaya mengurangkan jumlah penggunaan bil sebanyak 100%. KAHKAH mentipu je. Saya punya bil last month hanya RM94 je. Percaya saya. Believe me. RM94 only! Murah murah! RM94 adalah bil saya yang paling rendah sepanjang 3 tahun penggunaan bil. Clap your hand. Am sure someone very proud of me right now. (I love you too)

Dan saya nak terus membangga diri lagi. Err, riakkah?( Istighfar, istighfar) saya dah beat my own BF. You dah guna more than RM100 in 5 days!! err.. walaupun tanpa sengaja, tak kiralah I menang, I menang (kalau I punya bil melimpah ruah, you punya ceramah tak habis sehari, siap ungkit hingga hujung nyawa lagi. sekarang, payback time. HOHO)

p/s: thanx sebab sudi bayarkan bil-bil saya yang melimpah ruah tu. andalah kekasih terbaik saya.

Mr. F

@@~~~~~Happy Graduation Day~~~~~@@

29.03.2009

Am very proud of you

Cepat-cepat dapatkan title Dr. sementara stok masih ada. KAHKAH

Thursday, March 26, 2009

Headache

ehem, serius sikit sebab tengah sakit.

seminggu ni sangat struggle berbuat segala kerja. buat lesson plan struggle, buat jurnal struggle, buat portfolio struggle, bercinta struggle, eheh, memblog pun struggle. (aik?). jadi bila mnggunakan amggota badan secara struggle, sistem daya tahan badan dah lemah. macam patung rabbit yang guna battery cap ayam tu. (sakit pun nak buat kelakar juga? tapi, kelakar sejuk) sebab selalu badan digunakan untuk buat kerja ringan only like, bangun pukul 9.00 pagi, main game, makan, tgk AF tidak ketinggalan, sehingga tidur semula. tak pernah guna badan ni untuk perkara-perkara lain. kerna, saya sangat sayangkan badan sayalah. tak boleh diguna secara kasar-kasar. nanti dia merajuk.

malam tadi, tidur pukul 1.30, pukul 7 dah bangun. mesti nak mengata dalam hati, "tak sembahyang subuh la tu" tak perlu, tak perlu. simpan saja dalam hati anda. saya ada strong reason (tak perlu di notice kan here) macam biasa diari hari-hari, mesin kain, buka tingkap, selak langsir, lipat kain. rutin suri rumah. ehem (attn: for someone plizz notice this)

pukul 10 ada panggilan telefon, my lecturer datang. adoi, kan dah kata mengajar petang. suka no datang pagi. bergegas lah macam senandung express angkut semua barang-barang pergi sekolah. semua like concern tengok saya jumpa lecturer. tanya-tanya jurnal saya dah siap atau belum, portfolio lengkap atau tidak. saya memang seronok dapat kawan yang sangat prihatin. ehem ehem, rasa sangat di hargai.

orang tanya saya hari ni adakah saya baru balik umrah. oyya, saya berjubah dan berselendang hari ni. siap berstokin hitam lagi. macam gadis-gadis arab. aik? ada sesi puji-memuji diri. sebenar alasan, saya malas nak gosok baju kurung. membosankanlah.. kenapa baju tu taknak pergi gosok diri sendiri? kenapa kena gosok baju. kalau tak gosok berdosakah? kawan-kawan akan bencikah? apa jenis soalan inikah? tak berilmiah langsung ni. nanti Mr. Yang marah. dah la blog tak berilmiah sangat, sekarang soalan pun sama tak berilmiah, tuannya pun sama err..berilmiah lah sikit.

saya dah tak boleh nak pikir ilmiah sekarang. tengah sakit kepala sangat lah. cuaca pula, Masyaallah. gelap-gulita. saya memang takut sikit cuaca gelap ni. saya suka pikir bukan-bukan. adakah langit akan runtuh kejap lagi, atau awan akan simbahkan air hujan secara bergelen-gelen, atau angin akan tolak saya sampai terpelanting. ok. jangan layan sangat soalan orang yang tengah sakit kepala. yang bukan-bukan je soalan yang keluar. menjengkelkan sungguh blog ni. nyampah lah nak tulis lagi.

Dr. tolong!!!! saya sakit kepala. err.. Dr. Medic Plizz.
Dr. tak medic, lagu you sedap sangatlah (hei,hei berapa kali nak puji ni?) tak ni lagu yang Syukurku.

1st time di tag oleh K.Reen

1) lelaki no.1 dalam hidup anda?
sebab belum kawen, mestilah abah saya EN. BASIRUN. dalam hati, you pun no. 1 Yang

2) Perdana Menteri MALAYSIA no.4
DR M....@TUN DR MAHATHIR MOHAMAD. i think so *innocent*

3) gossip d tangga no.2 sekarang?
gossip? pergi tengok MELODI sana. pi!!

4) selebriti paling chumel no.1?
comel ke canti ke, ayu ke.. tetap SITI NURHALIZA. aku wanita, aku kaum hawa

5) kakak no.4?
no 4 ke no 400 pun, kakak aku tetap sorang. the one n only ZAKIATULHUSNA. err..

6) teman rapat no.10?
teman yang stab me from behind...still..aku anggap teman rapat. payback the b***h

7) kawan paling kudukut no.6?
jawapan sama dengan #5

8) kekasih no.2 anda?
NOKIA 2630... jangan jeles sebab you yang bagi

9) artis lelaki no.1 di hati anda?
tanpa ragu-ragu.. ANUAR ZAIN.. lelaki ini yang selalu menyintamu

10) adik no.3?
takde adik no 3. aku yang no 3 tu. aku lah Adik ye. ok, jawapannya AKU

puas hati aku dengan jawapan sendiri

Dream a little dream

semalam bermimpi yang indah. i love my dream yesterday.

bermimpi kahwin. sangat syoklah. bukan mimpi dah kahwin. baru je nak kahwin. sangat bahagia tengah buat persiapan perkahwinan. yang buat syok sangat sebab dapat kahwin dengan My Dream Guy. saya sampai cakap dalam hati. akhirnya dapat juga kahwin sebelum grad. KAHKAH. hati pun sempat bercakap walau dalam mimpi.

apa akallah bangun tidur dengan senyuman seindah suria. bila dapat kahwin ni? ih, sangat desperate kah? takda, hanya bertanya, bila dapat kahwin. bila jodoh sampailah bukan?

oh mama saya mahu kahwin
kahwin dengan siapa?
dengan anak mama lah.
HAHAHAHA
tawa dalam tangisan.

dah tak payah ingat mimpi tu lagi. membunuh jiwa. layan lagu Dr. pun best juga. saya dah terfalling-falling cinta dengan lagu Rindu Padamu tu. sangat touching dan menyentuh kalbu. alahai, kalau dah mode bunga-bunga semua ayat nak berbunga. berbulu je orang yang baca. tapi siyes, saya menangis 1st time dengar lagu ni. nak share takut malu. tapi siyes @__________@

Tuesday, March 24, 2009

Diary Selasy Yaty

Selasy = Selasa (i love rhyming)

2.00 pagi: baru tido. Punya lah pulun sebab takut lecturer datang. Perut dah asyik bernyanyi je coba kau dengar, coba kau coba, diam bila ku coba berbicara dengan kamu!! Aku lapar ni tuan. Kau takda tahu nak makan kah? KAHKAH. Kesian dengan perut sampai meratap merayu menyanyi dekat tuan dia yang buat derk~ je. Kau tak fahamkah perut yang kalau kerja tak siap nanti telinga akan bernanah kena lecture dan muka akan tebal sebab malu. Kau janganlah jadi selfish, asik ingat perut sendiri. Kau cuba fikirkan perasaan kawan-kawan lain macam telinga dan muka. Maruah pun kau jangan lupa. Dia akan tercalar kalau kerja tak siap.

5.28 pagi : private number calling~~ watdehell!!?? Hello!! (Garang ni) %*&%^$$**&@#^ (dia cakap tamil!) WHAT DO U WANT!!?? Jerkah sekali. Kau takda tahu kah saya baru je tidur. Nak bergurau-gurau pun tunggu la pagi besok ke ape. Sorry, sorry wrong number. Baru kau tahu takut. Ha! Ha! Run away pig boy. Dari gaya dia tu macam nak kejut GF dia je. Cam nak bergurau subuh-subuh buta. Walaupun saya takda faham apa dia cakap. Saya dapat rasakan aura tu dari nada dia. Tapi, nak mati ke apa bergurau dengan orang subuh-subuh. kalau saya jadi GF kau pun saya minta putus jam-jam tu gak.

8.54 pagi : aku masih sayangkan katil, tilam, bantal Doremon muah muah. Hujan pulak tu!! Nak tido!!nak tido!! Tapi mata cam berat gila nak buka. Mata, kau jangan nak selfish ye. Jangan nak geng dengan perut tu. Pejam-pejam mata pun, bangun, undur, duduk, bangun, duduk, baring, calling~~. Nyempat juga. Tapi tak berjawab pun. Nanti call balik lah. Syuh syuh Pergi mandi!! *sigh*

9.15 pagi : hello Abang, dah bangun? Dah pergi kerja? Ok, bubye! KAHKAH. Pergi mesin kain, jerang air dan buka tingkap. Saya akan jadi suri rumah yang sangat success kalau tinggal sorang-sorang.Oh ye, lupa nak bagitahu. Saya jadi Putri Yang Terbuang lagi. Dah 2 malam duduk secara solo dekat rumah sendiri. Takut, tak takut la. Hati kena tough. Sesekali kita kena uji juga keberanian dan kejantanan kita. Err, aku wanita kan. Tak kisah la tuh.(padahal, sebab kerja tak siap. Hambik kau!! Padan muka sendiri)

9.45-12.21 : buat kerja secara takda noktah. Duduk tepi katil tu sampai lenguh-lenguh kaki tangan. Jari semua dah kebas. Saya sedang menulis buku saya yang ke-8. Hoi, hoi, mengaku je lah tengah buat lesson plan yang 2 minggu lepas punya. PEMALAS. Harap lecturer takda baca blog saya neh. Saya dah tak dapat tahan serangan malas, saya pergi glue 1 muka surat sebab dah tak mampu nak tulis lagi. KAHKAH. Ya Allah, Ampunkan dosaku sebab buat taktik kejam sikit. Saya dah berjanji takkan buat taktik tak baik ni lagi. Jangan tiru, jangan tiru. Sekarang dah rasa menyesal, saya pergi buat juga dekat mukasurat baru. ‘___________’

12.45 petang: sidai kain secara express. Tapi, tak sempat juga. Tercampak kain baju sebab pergi kejar jiran. (ehem, saya pergi sekolah tumpang jiran). Sampai sekolah baru perasan sesuatu. Saya takda makan dari malam semalam. Ampunkan saya perut. Jom-jom, saya pergi isi kau sekarang juga! err, sayang nak makan apa?

1.10 petang : ARHHHH. histeria dekat kentin (anak murid saya suka eja kantin macam ni, pastu saya ketuk tangan pakai duster) ada ikan keli masak lemak. Sebab taknak perut merajuk lebih lama lagi, saya hadiahkan dia dengan ikan keli tersebut. Err, sayangi perut anda setiap hari (Dak Yang suka nyanyi lagu ni everytime lepas makan). Makan sambil sembang kedai kopi dengan K.Intan. aik, bukan ke kat kentin tadi. Kalau dah lapar, memang tak dapat bezakan lagi dunia nyata dan fantasi. Apa neh? Ape neh? Layankan je la orang yang kebulur nih.

3.00 petang : perut dah mula memberontak. Tunjuk perasaan kau ye. Saya diserang pain yang teramat. Ubatnya, hanya tidur. Naseb baik, free banyak hari ni. pergilah tidurkan diri secara tak sedar kat surau. Orang Tanya pun saya buat pekak. Kau takda tahukah saya sedang dilanda pain yang tak boleh dicakap lagi??! Kalau orang lain dah tahu tengok saya terbaring kat surau tu, dah tahu dah musim apa yang datang.

4.00 petang : welcome back Yaty. Saya dah sedar dah. Bila sedar, perut lapar. Pergi join geng-geng tengah makan. Hoi, hoi muka tak malu, bangun tidur terus rembat makanan orang *innocent* Ubatnya Yaty, kahwin je. Tu la yang paling mujarab. Yang, you takda dengarkah cadangan untuk cure kan penyakit I ni? kita kena kahwin. HAHAHAH. Jom kawen esok, nescaya tak sakit lagi.

Sekarang. Saya dah bosan. Tak tahu nak reka ayat apa lagi. Err, ada idea? Tengok je la bantal busuk saya sebagai penutup tirai malam ni.

Kaki siapa ni? hei, hei pinky kau suka nak tumpang sekaki ye.

P/S: kekasih hati tengah tune gitar. Saya memang cair tengok lelaki main gitar. Tak sangka you ada bakat terpendam Terus terfalling-falling cinta. I love you banyak-banyaklah. Yang, cepat cepat music please. Err, nyanyi lagu burung tiung boleh?

Bertarung nyawa

Saya lah Puteri Hang Li Po (nak juga nama Po tu). Err.. Puteri Hang Li Po ada pergi perang ke dulu? Bukan Puteri Hang Li Po kena kawen dengan Hang Tuah ke? Sebab nama dia sama Hang-Hang. Memang jodoh la tu. (maafkan saya sebab putar belit sejarah. Kalau Puteri Hang Li Po google nama dia dan jumpa blog neh. Maafkan je penulis dia. Sebab tengah mabuk menulis.) perenggan ni tak penting pun, sebab saya punya kepala tengah weng-weng. Jadi semua perenggan tak penting.

.

.

.

Sekarang dah penting sikit. Sebenarnya tengah bertarung nyawa dengan kertas dan banyak sangat barang dalam bilik sampai saya sendiri tak kenal.. eh, kau ni sapa?. Esok mungkin lecturer nak datang. Jadi, hidup akan jadi haru-biru, kacau-bilau bak petir yang mengguruh di langit. Err, esok bukan nak ajar sastera pun. Nak ajar budak bina ayat yang berkaitan dengan Pulau Legenda. Kau tahu tak Pulau Legenda tu dekat mana? Ha, jangan bagi malu cikgu kau dulu. Kesian dia. Macam aku kesian kat diri sendiri. Ih, macam boring je. next!

Tadi, Dak Yang call. Tu
pun nak cerita? Kejap lah, tak sabar betul. Nak nyampuk je! Saya angkat fon je dia sedang bernyanyi girang. Wah, senang hati Nampak sebab kereta dah settle. Saya sangat cemburu dengan BFQ 13 tu. Sebab kau, melayang 1K plus plus. Kau ingat sikit ke? Hei, dengar sini, kalau tak saya dah boleh dapat jam ke, handbag baru ke (err, Guess sedang sale. Cepat-cepat). Tapi takpa, saya boleh buat pejam mata kali ni, tapi kalau kau buat hal lagi, saya sepak kau, calar-calarkan badan kau, koyak-koyakkan seat kau. like girls fight only. Saya sedang membagi warning dekat kereta. Apa akallah, bukan dia faham pun apa aku cakap neh. Nampak sangat dah mabuk dan harus tidur. Tapi, tapi, tapi…. Belum boleh tidur lagi. Jurnal haramjadah neh belum siap. Kenapa lah…. Opss ayat kena tapis juga sebab blog saya dikunjungi oleh orang-orang yang tak calang-calang ilmu di dada secara senyap (assalamualaikum Dr., Puan. Sihat?). malu kekasih saya kalau buat tak senonoh dalam blog. Tercalar maruah dia nanti.

Wish good luck untuk saya esok.

Jangan kau bimbang sayang

Di mana ku berada

Dengan siapa ku bersama

Ku tetap milo kau yang punya.

Sangat-sangat sweet lah you Yang. I love you secara banyak.

(sebenarnya, saya kena bayar dia RM50 sebab nak suruh dia nyanyi balik sebab nak salin lirik ni.)

Sunday, March 22, 2009

Road bully

Ehem.. ehem.. tak sabar nak spread the good news. Ok. Da ready? Baca Bismillah.

1

2

3

Baru balik dari berjumpa dengan yang di kasihi dan dirindui, Mr. An a.k.a Dak Yang @ Mr. Mama kahkah…err, yang kini nak balik ke rumahku syurgaku 2 di Taman Sri Pulai, JB. Dengan ucapan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Semoga hubungan kita berkekalan sampai bila-bila. I tetap sayangkan you walaupun you selalu ejek I si gemuk, cik buncet dan belot duit I banyak-banyak. eh eh apa neh. Macam dedicate ucapan dekat radio je. yang suara DJ macam keluar dari halkum ala-ala romantik. Kononlah, dia takda tahu, buat suara macam tu buat orang terus melelapkan mata. zZZzz.. (bosan).daripada dengar dedication lagu. Kenapa macam merapu ni?? jangan layan sangatlah. Jiwa tengah berbunga cinta memang lain macam sikit. ek eneh, macam dia sorang je ada BF. Hei, hei saya punya sukalah. Mungkin BF saya tak sama dengan BF orang lain. Sebab tu nak cerita. Kalau BF orang semua sama, err mana boleh jadi sama. Kau dengarlah cerita ni dulu, kalau macam bosan sangat, pergilah sana jauh-jauh.

Sebab datang secara berasingan (don’t ask me why), saya lah yang lambat. Pilihan tempat tak adil. Eh, Yang, pilih tempat dekat dengan rumah you. Mana aci macam neh!! Tapi, takpelah, I maafkan sebab sepatutnya I yang pergi melawat you, tapi, you yang balik sini pula. Lagi jauh.

Sapa ni? senyum Joker, mengerikan. Move, move.

Titik pertemuan dekat MPH SACC (Guess ada sale, dia suruh saya Babai je dekat Guess!). Both of us memang bookworm. Tapi, bahan yang kami worm kan tu tak sama lah. Beliau suka membaca bahan-bahan ilmiah yang kait-kait dengan politik, agama, knowledge, engineering. manakala GF beliau suka membaca tentang orang yang gila shopping (Shopaholic Series), pesanan: Aku Cinta Kamu (Cecilia Ahern books) dan cinta islamik (Habiburrahman Al- Sherazy books). Kami mesti separate kalau dah masuk bookshop sebab dua dunia kita berbeza (hei, hei jangan sampai Tok Ti minta royalty, eh, macam rhyme lah. Crap!). Bila dah bosan baca semua synopsis buku baru ingat, Yang! Yang You kat mana?


Comel sungguh selipar pink you. Mana Camel kebanggan tu?


Yang, tangan you Nampak macam nak patah. Maybe sebab jam tu berat sangat. Tak sesuai dengan you. Bagi kat I cuba, tengok.

Jam yang sikit hari lagi akan menjadi milik I HAHA

Today Dak Yang banyak buat gurauan kasar terhadap saya. *sigh*. Masa dekat rak kegemaran dia boleh dia tunjuk buku dekat rak paling atas dan cakap “Cuba baca ni. haha mesti tak Nampak sebab Gurl pendek”. *Grrr*. Apa punya BF neh. Eh, Yang, I Cuma kalah 24cm je dari you. Jangan berlagak sangat ye! Saya punya kepala Cuma sampai rak keempat. Tapi, kepala dia sampai rak yang ke 8 (ok, yang ni tipu.) kalau betullah, saya pun takut juga. Macam saya pergi bercinta dengan Hantu Raya atau Hantu Galah lah. Ouwww.. memang mengerikan. Dak Yang pun agak-agak funny hari ni. satu-satu buku dia baca tajuk dan bagi kritikan, semua dia kata tak best dan dah tahu, tetiba dia bagi kritikan, lagi sedap aku hisap rokok. Apa kaitannya??. Saya yang tengah terlentok kebosanan sejauh semeter dari dia tergelak-gelak batak. Saya ada juga menyuarakan isi hati nak beli buku Thanks For The Memories by Cecelia Ahern. Tapi, dia buat derk je. Bukan kata, ambiklah, nanti Abang bayarkan ke. Sedap sikit telinga dengar. Ni dia cakap, pergi bayarkan buku abang. Cehh!!!


Nak Cecilia Ahern, nak Cecilia Ahern


His favorite section


My favorite section (pentipu sangat!)

Lepas bercinta secara bertiga, aku, dia dan buku. Err,dia tu Dak Yang lah, bukan dia. Kah kah. Apa ni, apa ni? takde papelah. Kami pergi basement nak cari kacang. Bubye buku..err ke bubbye dia? Nevermind. Saya terpandang Sesame Popiah. Ya Ampun, dah lama mengidam nak makan popiah yang besar giant ni. makan sorang memang tak habis. Siap popiah ni boleh makan kita balik. Melampau sangatlah. kak, nak satu, nak satu! Saya punya excited sampai terlanggar-langgar barang-barang groceries orang lain. Sorry! Dak Yang saya dah tinggalkan. Pergi kejar popiah lebih bermakna. Err.. love you. Dah sampai mana tu?

Kami decide nak minum tengahari dekat Big Apple. Minum tengahari ok, bukan makan tengahari. Nanti orang ingat ada jual ikan keli masak lemak, burung puyuh kunyit atau ikan patin masak tempoyak ke apa di Big Apple neh. Yummy, yummy. Sambil bersantai dan cuci-cuci mata tengok kereta Mazda RX# dan awek-awek cun (ni job Abang mata tettt). Saya pilih semua flavor chocolate. Cherio, Chocholia dan Choconut (yang ni reka sendiri sebab tak ingat nama dia) al-maklumlah, yang pelik-pelik sikit, ada orang tak makan nanti. Makan sambil bergosip tema tengahari ni. sangat suka cerita gossip dengan Dak Yang sebab nanti dia buat muka kerut-kerut dan bagi komen, tu lah takde kerja lain. Bergosip je. Saya cerita perihal kawan baik, BF dia dan Handphone yang boleh simpan message rahsia. Dia terus keluarkan PDA dia dan berlagak-lagak suruh saya check kalau-kalau ada dia simpan message rahsia juga. Yela, takda badai yang melanda, berani la bagi I check, cuba masa ehem ehem. Jangan ingat, jangan ingat. Nanti sentap sendiri, hati injured.



Masa balik ni, Dak Yang keluar dulu, saya follow belakang. Elok je keluar parking dia pergi stop bawah flyover sebab nak block saya. Nasib baik belakang takda kereta. Bawa kereta asing-asing pun nak bergurau senda lagi, tu lah suruh jemput malas. Kan dah. Depan Anggerik Mall pun beliau masih nak main break-break. Ish! Saya pun konon-konon marah dan main hon-hon. Dia boleh gelak-gelak dekat side mirror tu. Polis! Tolong tangkap BFQ 13 tu. Road bully. Tapi, seronok juga bercinta kereta asing-asing ni. saya sampai terleka-leka tengok belakang kereta dia. Ih, bahaya-bahaya. Hampir-hampir terlanggar motor sebab asyik sangat tengok belakang kereta BF sendiri bukan nak tengok jalan atau kiri-kanan. Tengah asyik-asyik lagi suddenly ada Wira sailang masuk. Hey hey takda Nampak ke saya tengah falling cinta tengok belakang kereta BF saya sendiri. Potong lah!!! Dak Yang hantar sampai roundabout Sek 2. sayang juga dekat I eh?

Semua keluarkan kalkulator

(183-24 = ?)

apa yang anda akan dapat kalau jawab betul?

Anda akan dapat…tahu ketinggian saya.

Terima kasih & selamat mencuba.

Friday, March 20, 2009

SUPRISE =)

ehem ehem..

takde yang lebih menggembirakan hati saya saat ini melainkan. Dak Yang kembali secara suprise. happy, happier, happiest.

tadi, masa lepas solat Jumaat saya call. dia kata ada di office lagi. saya tak dapat hidu penipuan dia tu. cehh! pandai you bersandiwara ye. saya pun just let him know nak pergi berswimming di rumah auntie di Shah Alam. dia ok je. masa pukul 3.++ saya masih otw ke rumah auntie dia call lagi bertanya di mana. saya masih belum dapat hidu penipuan dia. dia just pesan, dah sampai, call.

bila dah sampai rumah auntie, dengan semangat berkobar nak swimming saya call lah beliau dulu. sebab mesti ingat yang tersayang sebelum melakukan sesuatu. err.. tapi, beliau dengan suara excited
"jom makan Pizza kat Alam Sentral. Abang lapar la"
"ha?(saya blur+pelik+semangat nak swimming) abang dekat mana?"
"Abang dah dekat tol ni. tunggu ye"
saya masih lagi lambat nak mentafsir bahawa beliau dah hampir dengan saya sebenarnya. lembablah otak saya berfikir.
"errr...YAYYYY, Abang balik ye?"
KAHKAH.. sumpah lembap.
saya gembira, cepat-cepat bagitahu emak nak keluar. adik beradik muka tensen sebab tadi dah promise nak swimming sama-sama.
"err..korang pegi swimming dulu. nanti balik kita swimming lah"
sangat gembiralah dapat bersua muka setelah hampir..1,2,3..err..+_ sebulan lah tak bercinta secara jarak dekat. rindunyaaaa.
"abang balik sebab rindu dekat Gurl ye?"
"taklah, abang rindukan rumah. rumahku syurgaku"
*GRRRRR*
kami pergi bercinta dekat SACC (dia ingat Alam Sentral. baru tinggalkan Shah Alam sebulan semua nama tempat dah lupa) makan Pizza. ada insiden sedih berlaku. '______________'
hingga menitiskan air mata. tajuk drama petang ni "Air Mata di Pizza Hut". huhu. takkan buka issue PPSMI lagi. kang berdebat dan akhirnya saya yang kalah. damn. tak pernah menanglah saya ni.
saya dah tahu, apa aktiviti untuk weekend ni. memadu cinta..err, kat mana Yang?
happy weekend everybody. AFUNDI HAFIZ

Sunway Lagoon

yay, yay, yay, yahooo

seronok juga pergi jalan-jalan without planning ni. bangun pagi, auntie datang drop anak-anak dia suruh kami bawa mereka pergi Sunway Lagoon. semua perbelanjaan? owh, ditanggung beres. memula saya malas nak pergi lah. sebab saya tengah gembira bermalas-malas di atas katil lagi. nak bergolek-golek dan bergulung-gulung lagi macam ulat beluncas.

turun bawah, semua paksa suruh pergi juga.emak, abah, kakak, budak-budak tu sekali. saya MALASLAH!!! saya bagi alasan, tiket mahal. tak cukup duit tu. kah kah. mereka yang keras kepala tu sanggup buka internet nak tengok harga tiket. ciss!!. saya terus malas-malas lagi. saya kata saya lapar dan nak sarapan dulu. mereka tunggu juga. akhirnya, saya dah habis idea nak menolak. ughh!! saya malas lah nak pergi mandi jauh-jauh. dekat rumah kan ada air boleh mandi juga. tak faham aku!! saya mengaku kalah lah. 5 lawan 1. macam mana nak menang???

saya dah siap-siap pakai seluar tight n tshirt with tudung untuk mandi. malas nak tukar-tukar baju dekat tandas awam. saya begitu allergic dengan tandas awam. sangat penggeli. yekk!!

punya la ramai umat dekat Sunway tu tengah beratur beli tiket. satu lagi kebencian. berada ditengah-tengah orang ramai. kalau duduk bilik je tadi, tak ramai orang macam ni kan?? dah la tu, nak masuk bawa makanan tak boleh. dia suruh masuk dalam loker. harga loker pula mak datuk! RM5. jahanam betullah makan duit orang je. dah la harga tiket tu pun mahal nak mampus. last-last, saya dan kakak punya brilliant idea datang. ting!! keluar mentol dan tanduk sekali. kami balut makanan tersebut dalam plastik dan tinggal dekat sinki dalam tandas. lantak situ. kalau nak buang, buang lah. setakat nak simpan Twiesties sampai RM5 boleh dapat berpukal lagi Twiesties tersebut.

bila dah masuk, roh dah kena rasuk semangat lain. saya lah yang jadi paling excited main semua game. mengalahkan budak berdua tu. kah kah. apa akallah yang dewasa pula yang lebih-lebih. memang enjoylah. tak payah pergi jauh pun kalau nak tengok awek-awek salleh berbikini. (orang putih lah). orang Malaysia pun ada juga yang pakai two pieces. tapi, tak kisahlah tu. masing-masing punya hal.

masa main Slide Mat tu sedikit fobia lah. sebab last time naik tu, siku saya injured sebab terseret dekat tepi slide tu. jadi, masa slide ramai-ramai dengan Abang-Abang Salleh tu, ada 5 slide kesemuanya, saya yang last sekali turun. sebab saya meniarap dengan penuh sopan dan santun. kah kah.

bila main tak ingat dunia, my auntie siap call berpuluh-puluh kali suruh balik. kah kah. nak pergi bukan main liat. pastu taknak balik. ambik kau. belagak sangat tadi taknak pergi. sebab ada kegelian tahap melampau. saya balik dengan baju basah-basah tadi. geli la nak tukar baju dalam public toilet dia. busuk sangat. lepastu campur dengan semua-semua. sangat geli. yekk..yekk

ada satu insiden kelakar masa dalam lift Sunway Pyramid nak pergi parking tuh. masa tunggu lift, kami berempat pastu ada secouple ni sekali. kami masuk lif sama-sama. sebab kami semua basah, saya nak suruh my cousin ni ke tepi. biar orang lain nanti masuk tak kena basah. alih-alih saya nak pergi tarik BF orang tu. nasib baik awek dia tak nampak. kalau tak mahu saya ni makan penampar sebab main tarik-tarik Bf orang. kah kah. malu gila!!! saya asik tergelak je. BF orang tu pun tergelak sama. ciss!!cis!! tercalar maruah diri dalam lift.

apa jadi dengan twiesties kami yang dalam tandas tadi. mereka sangat survive. kami bersorak gembira YAY!!! sebab twiesties selamat. jadi kenduri ramai-ramai makan twiesties dari toilet. yekkk!! saya tak makan...

Thursday, March 19, 2009

>>>>WARNING!!!!

wah. sangat gembira memblog tiap jam. macam dah tak punya life dan kerja lain saja. saja nak bagi yang lain cemburu ni bahawa guru-guru sedang bercuti kerja. so, nak enjoy cuti ni puas-puas. sampai muntah-muntah duduk rumah sebab takda pergi mana. i tell u, kalau saya tak sidai kain, memang saya langsung tak kena pancaran UV. KAH KAH. boleh bertukar jadi vampire neh sebab tak boleh kena matahari langsung. nanti am melting. ok, crap. NEXT!

HAHAHA suka memblog sebab nak bagi orang muntah untuk membaca semua entry ni. hari tu ada yang komen, kata tak update blog. sekarang blog akan di update setiap minit dan second. sampai saya pun jadi pening. lepas update blog, turun makan, kemudian naik, update blog lagi dan turun cari makan. rutin akan di ulang sampai rasa nak pengsan. kalau turun takda makanan, akan reka makanan sendiri yang tak menjadi. bila give up, tinggalkan makanan tersebut, suruh orang lain clean the mess yang saya buat. watdehell?? perangai ni buruk. jangan jadikan tauladan semua. NEXT!


sebelum berkahwin ni, saya dah di beri briefing. KAH KAH. kahwin pun ada briefing? walaupun bukan nak berkahwin dalam masa terdekat ni, apatah lagi hujung minggu ni. saya tetap kena dengar briefing dari Fasilitator. Mr. An. err! Encik, saya pergi kursus kawen pun belum, apatah lagi, ada calon hantar proposal. camne ek?

  • kalau tengok AF sampai tak ingat dunia, saya akan dicampak dalam store
  • kalau demam pun mesti memasak, baru suami sayang dan terharu dan akan hantar ke hospital 5 star dan dapat layanan 1st class (hah!)
  • jangan gosok baju suami sampai hangit terbakar, buruk padahnya
  • jangan tangguh kerja, nanti suami campak keluar
  • rumah jangan bersepah, nanti kena kaki kiri atau kaki kanan (amboi!)
  • jangan buat makanan separuh jalan macam tadi, lepastu pergi tinggal untuk main game 'The Great Chocolate Chase' (best gila kau game ni.)
  • jangan, jangan, jangan atau suami akan pergi kawen dengan maid yang pandai kemas rumah dan masak dan jaga rumahtangga. (aik? you nak kawen dengan Yanni ke Yang? janganlah, Nauzubillah)
sebab dah berjanji dan bernanam azam dalam diri, nak jadi perempuan terbaik. haruslah saya mengubah diri dan hidup saya.

  • tak boleh cepat give-up
  • tak boleh malas lagi
  • tak boleh buat kerja tangguh-tangguh
  • tak boleh nak berblog secara every second
  • tak boleh tengok AF (alaaaa)
  • tak boleh tidur lambat
eh, sekarang dah terlebih masa tidur. jadi, kena pergi tidurlah.

p/s: Yang, you jangan bimbang hidup akan jadi sia-sia nanti. i akan jaga you kan? kan? kan?
milo dan nescafe semua tak leh challenge i punya. (riak? Istighfar istighfar)

Wednesday, March 18, 2009

Bridesmaid to be~~

I am happy, am feeling glad. . .
kenapa happy, kenapa? saya pun tak tahu kenapa. kenapa ayat ni buat pening kepala menyatakan diri anda happy tanpa sebab? ok, skip je perenggan ni. buat anda tak faham

tiba-tiba rasa nak cerita, sepanjang 23 ++ tahun saya hidup ni, saya telah terpilih.. jeg jeng mennjadi bridesmaid kepada rakan-rakan baik sebanyak 2 kali. see, see. saya sangat laku sebagai bridesmaid. if anda nak menggunakan khidmat saya just inform saya ok?

masa 1st time nak become bridesmaid, ramai orang yang bagi semacam warning bahawa ada bad luck nya menjadi bridesmaid sewaktu anak dara ni. (ehem, saya anak dara lagi)
  • nanti saya akan kahwin lambat
  • nanti kena badi pengantin
  • nanti kena badi pelamin
macam-macam orang bagi macam-macam mitos. tapi, ada juga yang bagi cerita sedap di dengar contohnya, masa jadi pengapit nanti akan bertemu jodoh, atau orang yang datang tengok akan nampak seri kita sekali. contohlah, saya takda niat nak cari jodoh pun. (Yang, jangan tak bagi saya jadi pengapit lagi. saya suka)

tapi, sebab kawan baik minta tolong. kita mestilah tolong. masa nak jadi bridesmaid pun pernah ada konflik juga. ada yang kata saya overshadow pengantin. apa akallah saya ni tak pakai mekap andam pun. baju pun tak melilap-lilap. macam mana nak overshadow pengantin? cakap, cakap? saya jadi sehuduh yang mungkin asalkan pengantin gembira. kahkah. tak kelakar pun

bulan 11 nanti, insyaallah saya akan jadi pengapit untuk kali yang ke-3. see, see. walaupun macam-macam tohmahan. still, mereka tak takut nak ambil saya sebagai pengapit lagi. saya kenakan bayaran murah ja. ha ha. kidding. kawan saya tu dah pesan, jangan buat baju cantik-cantik. baik Kema, saya akan pakai baju uniform sekolah aja nanti. ok, kau tak payah bimbang. bila saya tengok 27 dresses. sangat rasa relate dengan diri ni. cuma takda la sampai tukar baju dalam teksi. suka lah pakcik teksi, kalau saya pergi bertukar-tukar baju dalam teksi dia. silap-silap, lain jadinya nanti. nauzubillah lah.

yang saya nak bagitau kat sini, semua pasangan yang jadi pengantin tadi dah ada baby pun, tapi yang jadi bridesmaid ni memang tak kahwin-kahwin lagi. jangan sampai nanti Kema pun dah ada anak, saya pun belum kahwin juga. sangat sedihlah.. jangan jangan.

Aiza & Izul

Izza Nur Aina

Intan Shafinas & Yazid

Muhammad Iman Eusuff

Hujan

Sekarang musim hujan. Tapi saya tahu, semua pun dah tahu. Jadi apa motif ayat tadi? Abaikan

Bila musim hujan automatic perut mesti selalu lapar. Lapar yang tak agak-agak walaupun dah di isi dengan pelbagai jenis makanan. Hei perut, kau jangan asyik lapar. Nanti program diet tak mujarab.

Untuk 2 days in a row saya memasak. Aik?? Adakah ini azam yang akan menjadi kenyataan? Well, ikut mood lah. Semalam bagi tahu dekat Kak Ila saya memasak. Dia kata, baguslah, belajar-belajarlah masak. Bila bagitahu BF sendiri. Dia kata saya pergi beli ikan bakar dekat kedai je. Sangat supportive lah You ni Yang!! *grrrr*. Tadi saya memasak sambal tempoyak. Tempoyak dan burung puyuh adalah list makanan kegemaran saya yang baru selain dari ikan keli masak lemak, mee kari, laksa johor, err kenapa nak kena senaraikan makanan kegemaran kat sini? Ok, takda kaitanlah. Masa tengah tumbuk-bertumbuk cili dengan lesung batu saya cakap dengan emak dah macam suri rumah lah. Asyik memasak je. Emak pun bagilah saya satu bunyi “kamu ni lelaki ke yang tak payah masak? Kalau dapat lelaki nanti yang suka masak, suka tolong kat dapur takpa kalau kamu taknak masak.” Eh, bakal lelaki saya memang pandai memasaklah. Saya memang kagum dengan beliau. Setiap kali selepas masak akan hantar MMS menu yang dimasak. Walaupun hanya masak meggi. I think I can count on You lah. Walaupun You selalu cakap takkan nak tolong I kalau I malas. Tapi, macam biasalah You always didn’t mean what you said right, right?

Ikan masak sambal


Nasi goreng dengan hotdog


Meggi (kegemaran)


goreng pisang (aik, kenapa dalam plastic? kantoilah)

yang last sekali tu memang dia goreng dekat kedai je. Yang lain-lain memang dia yang masak. Well, saya takda segan sangat sebab saya pun pandai juga masak. Cuma taknak tunjuk skill saja dengan dia. Nanti dia rasa tercabar. Kah kah.

Back to the story, masa tengah bertumbuk dengan cili tu, Adik call emak. Masa tu kami sekeluarga tengah berkumpul kat dapur. Well, hujan-hujan kan semua akan jadi dinosor yang kelaparan. Adik pun pelik sebab dia kata bising sangat. Yati tengah masak. Mak jawab. Masak apa? Masak tempoyak je la yang dia tahu. Dia dah jadi suri rumah sekarang. Mak cakap lagi. Mesti Adik tengah geli perut dengar kakak dia tengah memasak. Dia cerita dengan emak, dia beli baju bundle. Apa lagi, emak pun dengan cepat bertanya, kenapa la pergi beli baju bundle. Tak cukup ke baju yang di bawa hari tu. Abah pun bising-bising juga Tanya, kenapa dia beli baju bundle. Baju bundle dah jadi issue dalam family. Emak pantang sangat. Dia kata takut orang yang pakai tu ada penyakit kulit. Betullah tu. Mana emak yang tak sayang anak. Jadi, semua dah bagi nasihat dekat adik pasal baju tu. Kalau saya jumpa, saya sorokkan. Dia terpengaruh kawan lah tu. Keluar ramai-ramai pergi kedai bundle. Tu la Adik. Tapi, sangat sedih kalau dengar cerita Adik. Adik sangat rindukan kakak dan abang dia. Dia suruh kami ke sana beramai-ramai jenguk dia. Masalahnya, masa Maulidur Rasul hari tu baru saja kami menjenguk dia. Jadi, tak dapat nak pergi lagi. Lagipun semua tengah sibuk sekarang. Lagipun lagi satu jalan pergi Londang itu sangat mencabar iman dan kesabaran sebagai pemandu berhemah. Lain kali lah cerita tentang Londang. Sekarang nak pergi cari makan lagi. Ya Ampun!!

Tuesday, March 17, 2009

Jurnal hujung minggu

Huarghh..

Konsert AF dah mula. As usual, tetap tengok even takde lagi peserta favourite. Saya hanya pernah AFUNDI untuk Kaer saja. Dan rasanya AF2 is the best dari yang lain. Eh eh, macam saja je nak pancing majalah AKSI masukkan blog ni ke dalam. Takda takda. Ni bukan blog AF. Saya hanya rasa apa yang dirasa. Ok, merepek. AF2 memberi impak yang sangat besar. Farah Breep Breep pun saya cinta gila dengan suara dia, tapi takkan saya nak AFUNDI peserta perempuan. Hurmm.. semacam pelik kan?kita mesti suka dengan jantina yang berlainan lah. Baru ada semangat nak spend 50sen untuk AFUNDI. Worth it. Kaer nyanyi lagu Januari dan Mentera Semerah Padi yang paling buat saya tak tido malam. Katanya… eh eh, dah jadi Sarimah juga? Memang demam AF lah ni. tapi, Farah nyanyi semua lagu sangat sedap. Saya dan rumet akan menonton video Farah menyanyi lagu Mengapa sebelum pergi ke kelas. Penangan Farah memang membuatkan kami akan bertepuk tangan bila dia Berjaya shoot the high note walaupun kami dah tahu memang la sampai. Kami tetap nak tepuk. Kemudian akan pergi ke kelas sambil bercerita kehebatan Farah. Kah kah. Betulkan beb? Farah idola kami. Yeah!

Malam tadi juga MU lawan Liverpool. Eh, apa ni kejap AF kejap bola. Oleh sebab Sang Arjuna die hard fans MU, mesti lah masukkan cerita dia juga. Barulah fair. Nanti barulah dia takda nak complain "blog asik bergosip je" walaupun saya tak pernah bergosipkan sapa-sapa dalam blog ni. pandangan beliau harus saya ambil kira. MU sepak mula pukul 8.40. jadi, saya harus mengucapkan selamat tinggal kepada beliau sebab beliau takkan nak layan saya lagi. Bila bola mula saja, saya akan single. So, ada sapa-sapa perlukan teman? kidding ok!

nak pergi Old Trafford ni

ye la, ye la selamat jalan. Hati2 nek motor dgn Paper 2. Nnt t'gelincir dkt salji, da ssh. Jgn lupa sggh Harrods beli belacan

dia dengan MU saya dengan AF. Takkan saling kacau mengacau. Saling tak kenal, saling buat tak tahu. Saya ada Tanya apa akan jadi bila duduk serumah nanti. Takkan nak berebut TV pula. Dia kata, tv dia beli, jadi dia nak tengok bola. Kalau saya nak tengok AF pergi pasang Astro sendiri. Sangat kejam tahu!! Bila musim AF saya akan minta dia hantar balik rumah mak abah saya! Haha.. U tengok la bola kat rumah sorang-sorang nanti.

Malang tak berbau. MU kalah malam tadi so, dia terus declare darurat sebab dia kata maruah dia tercalar sebagai peminat MU. Kah kah, BF saya pun dah pandai guna perkataan maruah. Banyak betul pengaruh. Apa akallah BF saya ni. tapi, saya tetap support dia. Saya pun ikut bersedih sebab MU kalah. Kalau saya jumpa Ronaldo, saya nak marah dia sebab buat BF saya menangis satu malam tau. Esok kita pergi Old Trafford dan bakar stadium tu ok. Jangan bersedih lagi. Cakap dengan saya pun tak bermaya sangat malam tadi. Betul-betul kecewa. Pagi ni pun dia belum bangun lagi. Mungkin dia nak melupakan kesedihan dia. Takpe U tidur lah sampai habis minggu suram ni ok. Tak pergi kerja pun takpa. Dr. you mesti faham.


Pagi ni dah berjanji dengan emak nak hantar pergi kursus haji dekat masji pukul 8.00 pagi. Tapi, saya pun bangun lewat juga. Pukul 8.06 baru bangun. Kena drive sewaktu celik-celik mata adalah kelemahan yang paling nyata. Saya macam drive dalam mimpi saja. Macam mata tak buka luas lagi. Sebab nak pergi masjid, saya sarung la jubah dan tudung emak. Tapi dalam ada baju tidur dan seluar pendek. Kah kah. Bukan saya yang nak pergi kursus pun. Dengan tak mandi pun saya hantar emak. Bawa kereta macam Kimmi Raikonen. Lampu merah pun langgarlah. Mana sempat nak tunggu lampu bertukar kaler. Lambatlah emak nanti. Emak diam je dekat sebelah. Mungkin emak tengah mengucap panjang dalam hati. Ha ha. Mak kata saya bawa kereta laju dan suka menyelit-nyelit macam malaiakal maut. Tu ayat emak. Saya akan bawa kereta sopan-sopan bila En. JPJ a.k.a Mr. An dekat sebelah. Sampai tersipu-sipu pandu kereta.

Bila dah bangun secara terkejut, sekarang saya rasa mamai lagi. Saya rasa menyambung tidur adalah idea paling baik buat masa ni. ingat balik tadi nak masak nasi goreng, tapi, balik-balik tengok ada Hamba Allah tu tengah berkentang-kentung kat dapur tu. Mungkin dia dah masak lah. Bagus kalau begitu. Tak guna juga balik dari jauh hanya duduk dalam bilik kan. Memasak juga boleh menyumbang tenaga kepada perut adik-beradik. Teruskan usaha anda.

Pandangan seorang aku

Kelmarin hatiku tersentap

Perlakuan itu membuatkan aku terfikir

Bukankah sepatutnya orang-orang begitu di didik dengan penuh kesopanan

Bukankah sepatutnya orang-orang begitu tidak menjatuhkan air muka orang lain

Adakah perlakuan itu satu tanda

KAU BUKAN ORANG YANG LAYAK BERDAMPINGAN DENGAN KAMI!!

Aku tahu, aku bukan sesiapa

Dan tak punya apa-apa

TAPI,

Siapakah dia yang boleh menjatuhkan hukum

Meletakkan martabat dan darjat seseorang

Setaraf atau tidak makan sepinggan dan minum secawan

Berbual atau ketawa mesra

Siapakah kau yang layak membeza-bezakan individu itu

Bukankah semua manusia sama di sisi TUHAN

Yang membezakan ialah amalan

Jika kau punya amalan yang penuh di dada

Kenapa perlu perlakuan itu

Sejujurnya,

Aku terluka

Kalau ini yang menjadi halangan kami

Aku sanggup berundur diri

Kerna,

Aku tak sanggup di hina lagi

Pada pandangan aku

Aku bukan sesiapa

Isteri Mithali

Bukan saya yang pastinya =p

Hurm, bila kawan dah makin ramai yang taknak hidup membujang macam saya lagi. Saya rasa bosan. Semua dah pakat-pakat cari pasangan hidup. Ish, nak buat apa hidup berdua-dua. Bukankah bakal memeningkan kepala. Tanggungjawab bertambah, dah tak boleh hang out dengan rakan anda yang bujang ni. (ayat dengki) kah kah. Sekarang saya dah jadi golongan minority lah. Apa nak buat. Jadi, bila hang out pun dengan isteri orang, tunang orang. Hei, mana kawan-kawan yang bujang ni? dah pupus ka kamu semua? Eca, tolong jawab panggilan saya. Jangan biarkan saya bujang sorang-sorang.

G-ha adalah di antara kawan saya yang awal berkahwin. Awal pun tak la awal. Tahun lepas. G-ha adalah rakan se-dorm masa saya form 5. G-ha adalah seorang kawan yang kelakar dan berseni. I mean, dia pandai melukis. Dia pernah lukiskan saya gambar Snoopy. Saya simpan sampai sekarang G. Dia juga suka kumpulan TNT. Saya rasa kumpulan tu dah tak wujud lagi. Kak kah, kau ingat tak poster TNT yang aku tampal depan loker kau? banyak sangat kenangan dengan G-ha. Dia rajin, baik hati. Ehem,ehem dah puji ni, jangan lupa belanja saya nanti ok. Dalam banyak-banyak peristiwa yang jadi, yang saya paling ingat masa tu asrama takda air. Pastu perut sangat sakit macam tak ingat. Macam nak meletup bila-bila masa. Masa tu saya sempat tadah sebaldi air saja. Kelam kabut kau. Ye la dorm tgkt 2, ambil air dekat bawah. Mana nak dikejarkan. Isi perut atau air? Sebelum saya buat sejarah yang akan membusukkan nama saya. Jadi, saya pun nekad dengan sebaldi pun sebaldilah. Daripada kena beristinjak dengan 3 bucu batu. Kan ke dah jadi masalah nanti. Tak lama kemudian, G-ha ketuk pintu tandas dan bagitau yang dia dah ambilkan sebaldi air. Dia letak depan pintu tandas. See, see G-ha sangat baik. Sanggup berkorban demi kawan sewaktu kecemasan. Saya akan ingat jasa kamu sampai mati. eceehh

G-ha ni bukanlah mempunyai ramai kawan lelaki. Dia bukan juga type yang gedik-gedik kejar jantan. Bukan, bukan. Kawan dia ni pun bukan macamtu juga. Jadi, bila dia kata dah bertunang, sangat terkejutlah. Tapi, orang memang selalu cakap, yang takda BF selalu yang akan kahwin dulu. So, saya rasa Yunnie, kau nextlah ok. Kah kah. Masa G-ha kahwin di Muar, saya pergi juga. Walaupun pukul 11.00 malam saya gagahkan diri. Walaupun kena berperang dengan BF sendiri, saya tak kisah. Sebab G-ha saya sanggup. Err I still love you Yang. Tak dapat datang dekat dewan pun takpa lah asalkan dapat juga jumpa kamu kan Ha?

Hari Jumaat hari tu, saya pergi keluar dengan G-ha. Bukan keluar gedik-gedik sebab G-ha dah jadi isteri orang. Jadi keluar secara matang. Kami pun pergi tempat yang isteri-isteri selalu mengunjungi. Pergi bank untuk korek duit suami sendiri dan pergi Giant untuk habiskan duit suami. Kah kah. G-ha kata dia nak masak untuk suami dia. Jadi, kami masuk ke Giant dengan perasaan berkobar-kobar. Saya tak pernah pergi shopping grocery secara serius bersama kawan-kawan. Jadi, belajarlah dengan G-ha ni cara-cara memilih sayur. Tapi, bila dia Tanya saya apa nama sayur tu, for sure la saya tak dapat jawab. Saya mana kenal sayur yang berdaun-daun. Saya rasa semua sayur sama. Nak tahu G-ha nak masak apa untuk suami dia? Masak nasi ayam. WOW! Tak agak-agak. Saya goreng ayam untuk bakal suami pun belum tentu lagi ni. Lepas pilih ayam, sayur-sayur dan salad kami pergi bayar. Saya beli apa? Saya beli aiskrim je lah. Takkan saya pun nak memborong bak suri rumah juga.

Selepas shopping grocery, kami lalu depan kedai jual ayam bakar. Dah siap dah ayam BBQ, Honey etc etc. G-ha kata, why not kalau beli ayam yang dah siap tu, balik rumah tinggal masak nasi dan sup je. Saya pun memberi lah sokongan yang tak berbelah bagi. Tak payah nak perap-perap ayam, nak bakar lagi. Kalau ikut saya, lagi mudah. Saya pergi je My Mom Chicken Rice dan beli nasi ayam dari sana. Lagi tak payah susah-susah. Nasi dah siap, ayam dah bakar, siap sup lagi. Kah kah. Bijak kan future wife you. Balik tu, saya masukkan lah nasi dalam rice cooker dan sepah-sepahkan dapur sikit, bagi Nampak real saya yang sibuk dan tunggang terbalik memasak. Brilliant kan idea ni.

After done with the shopping, kami pun pergi isi perut. Part yang memberi kekenyangan pada perut lah yang menambat hati daripada shopping grocery tadi. Makan dekat kopitiam apa ye nama tempat tu. Dekat SA Mall tu. G-ha rekomen makan nasi keju. Saya pun try lah. Tapi dia makan roti bakar je. Ceh. Ye la, dia nak makan dengan suami. Kau anak dara, makanlah sampai kenyang sorang-sorang. Tak payah nak fikir perut orang lain. Tu lah beza anak dara dan isteri orang. Sedap jugalah nasi keju dengan chicken chop ni. yummy..yummy..tgk bawah, tgk bawah. Pergi lap air liur tu cepat. Kah kah

To Naziha,

Thanx G-ha sebab sudi keluar dengan anak dara ni. kalau balik Shah Alam jangan lupa ajak saya shopping grocery lagi. Jadilah isteri yang mithali selalu dan suka memasak untuk suami. Jangan lupa masak untuk kawan-kawan sebab dapat pahala juga kalau bagi kawan kenyang.

To Yunnie,

Saya pergi makan nasi keju dengan G-ha asyik teringat kan kamu yang suka makan.

To Sayang,

Thanx, sebab bagi saya jumpa kawan. (kecik-kecik biar tak Nampak sangat yang saya susah dapat keluar)


Gambar Red Shoes yang tertinggal


Saturday, March 14, 2009

The Red Shoes

Yati pun pulang dari JJ

Yati pun beli kasut Larrie

Kasut yang comel warna merah

Boleh ku bawa ke sekolah

Pon pon pon pon pon pon pon pon pon

eh, kasut bunyi pon pon ke? Wat the hell

(ikut melodi 'Kereta Merahku')


 

Hati gembira. Gembira Nampak, hari tu bukan main bersedih duka. Musim sedih dah habis. Sekarang masa untuk gembira. Yippy. Terlalu gembira sampai hati melonjak riang. Hati, duduk diam-diam jangan riang sangat. Selepas Bf dah jadi Bf balik. aik? Hari tu jadi apa pulak? Hari tu dia bukan Bf sebab, Bf selalu sayang Gf kan. Hari tu Nampak macam tak sayang sangat. Entah kenapa la.*innocent* (tak tak, I yang degil, U yang baik)

Jeng jeng mempersembahkan..


The Red Shoes

Objek yang sedang hangat diperkatakan di SKRP. Semua orang like dah tak pandang saya dengan kagum, tapi mereka akan pandang tepat ke kaki sebab kagum sangat. Di antara komen-komen yang di dengar sepanjang 2 hari memakai kasut comel tersebut

Kawan 1 : Mak aih, merahnya kasut!

Kawan 2 : Macam kasut teacher R*****I je (nama tak boleh mention atas sebab sensitivity)

Kawan 3 : Meriahnya kasut

Kawan 4 : huuuihh (dia speechless)

Murid 1 : tengok kasut cikgu (bisik-bisik)

Murid 2 : kasut cikgu cantik

Murid 3 : (toleh sampai kepala terpusing-pusing)

Murid 4 : (tengok bawah, tengok atas, tengok bawah balik)

Murid 5 : cikgu ni …(ayat dia tergantung)

Kakak 1 : suka betul dia dengan kasut ni. dah dua kali pakai

Kakak 2 : comel comel

Kakak 3 : MAKKK!!!

Kakak 5 : Merahnya!!!

KEKASIH : belum komen sebab dia belum tahu saya beli kasut baru yang sangat comel dan boleh meruntun jiwa orang lain. Kalau dia dah komen nanti saya bagitau. Harap-harap dia tak benci sampai tak bagi saya pakai kasut ni lagi. Saya sangat cinta dengan kasut ni. Abang, I love this red shoes.

Saya : Memang belum ada kasut yang sangat striking macam ni. selalu colour kasut memang play safe je. Takut tak kena. Kali ni, kalau duduk surau, orang dekat luar dah tahu, mesti saya ada dalam surau sebab sebatu dah Nampak kasut saya (ok, tipu sangat lah). Saya paling suka kalau lalu tahun 1. Budak-budak akan toleh-toleh dan bisik-bisik. Saya dapat perhatian dari seluruh sekolah la kiranya. (gila perhatian betul aku ni). tapi saya akan pakai kasut ni hanya dengan baju merah saja, kalau dengan baju hijau nanti Nampak sangatlah warna Ranggoli. Sangatlah mencalarkan imej diri. Kah kah. Yang saya suka sangat sebab kasut ni tak melukakan kaki saya. Sebab kasut-kasut lain yang mahal bagai nak mati pun selalu lukakan kaki saya yang sensitive ni. kaki saya sama macam tuan dia. Over sensitive. Barulah padan kaki dan tuan. tapi, kasut murah ni sangat selesa. Kaki pun takda terluka dan terseksa. Betul juga orang kata, kasut murah tak semestinya tak elok. Sekarang, saya percaya sikit lah. Tak tahu kalau sikit hari dia dah jahanam atau tapak dia dah tercabut atau riben dia dah layu atau. Tak tahu lagi atau apa kemungkinan yang akan terjadi. Kalau terjadi nanti saya akan lontar saja kasut ni sebab dah tak berguna lagi. Saya akan lupakan jasa dia dan cari kasut murah dan sedap yang lain pula. Amboi, amboi.. Berapa murah harga kasut ni. betul-betul nak tahu ke?? Hurm.. RM5…belas saja. Murah kan kan kan. Saya beli sale yang longgok-longgok tu kat Bukit Raja. Kasut longgok pun ada yang sedap dan comel. Lepas ni makin rajin lah saya cari kasut longgok. Tak pandang dah kasut atas rak nih. Harap je cantik dan mahal, tapi menyeksa kaki. Hee, ingat duduk atas rak dengan lampu-lampu best sangat ke ha?

Thursday, March 12, 2009

suicidal

Berat topic kita hari ini. Macam orang putus cinta aje? Owh..takda, takda. Cuma teringat perbualan dengan rakan serumet. (aik? Ada ke rakan serumet? My rumet la)

Saya tak tahu la anda, tapi saya rasa kalau kita dalam keadaan tertekan atau, terlalu sedih kita akan attempt untuk melakukan sesuatu diluar kotak fikiran yang waras. Ye la, dalam otak kita kan ada bahagian di bawah sedar. If am not mistaken, betulkan Dr. Azrina? Haha. Jadi, kalau otak dah terlampau celaru sangat, kita macam dah tak boleh fikir lagi. Macam rasa nak semua yang sedih tu end up dengan cepat supaya hati tak menanggung perasaan sengsara tadi. Memang berat la topic ni. Saya punya jiwa pun jadi kacau. Psycho gila betul entry ni. Jangan lepas baca entry ni kau pergi masuk wad psikatrik atau menjerit-jerit di balai polis ok. Nanti saya yang kena tangkap. Kah kah. Kita kena mengawal emosi kita sebelum emosi kuasai diri. (ye lah kau)

Saya mengaku pernah kecewa juga dalam loving-loving side ni. Tapi, saya punya kecewa macam kelakar sikit. Dan, saya nak beritahu saya pernah kecewa dalam relation ni Cuma sekali sahaja. Di repeat sekali sahaja. Bukan dengan orang lain (orang lain, kau tak masuk cerita ok! Saya tak pernah kecewa dengan kau. Kau yang kecewa dengan saya sebenarnya!) tapi dengan Dak Yang ni la. Saya bukan nak brag or anything, nauzubillah minta dijauhkan. Tapi saya belum pernah ditinggalkan (Alhamdulillah, syukur) meninggalkan banyak kali. But, I didn’t mean it. Tak yah cerita panjang la, nanti dah masuk chapter lain, ada pula yang terasa hati. Malas. Lagipun, ni bukan entry putus cinta. Kenapa lah saya ni.. (Thanx Sayang kerna belum pernah meninggalkan saya walau sesaat, tapi sebulan pernah kan kan kan?)

Berbalik kepada topik pada hari ini, cececeh. Saya dengan rumet pernah mengalami zaman kejatuhan yang sangat jahanam. Macam artis-artis mengalami zaman kejatuhan atau empayar Rom jatuh kepada… ok ok. Comparison yang melampau. Tapi kan orang ada kata, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita dibawah. Macam roda. Tapi, saya memang betul-betul rasa penyek kena gelek dengan roda tu. Maknanya, saya memang betul-betul ada kat bawah roda. Tapi tak pasti roda apa waktu tu, mungkin big foot kot sebab berat sangat. Jadi, hidup kita ni betul-betul macam roda. Tu peribahasa takda tipu punya. Sakit woo!!

Pernah juga terlintas difikiran waras yang celaru ni nak pergi buat-buat benda yang menjahanamkan diri sendiri. Sebagai contoh suicidal. Sebab masa tu takda fikir takut neraka jahanam dan balasan-balasan Tuhan jadi nak pergi buat benda jahanam. Astaghfirullah..astaghfirullah..mari kita beristighfar sama-sama. Kenapakah takda fikir yang ajal belum sampai tapi kau sibuk-sibuk nak tamatkan ajal sendiri? Sangatlah senteng otak kau waktu tu. Err..maksud saya otak saya lah. Bukanlah sebab peristiwa tu dunia pun macam dah nak kiamat, bergoncang dan ada ombak bergulung bagai tsunami. Takda takda. Dunia tenang je saya tengok, takda efek bencana alam pun. Cuma dekat diri sendiri je yang ada bencana.

Macam tu juga rumet saya. Tapi bencana dia lebih parah. Siap boleh buka tabung bencana lagi. Orang-orang sangat kasihan melihat kesengsaraan dia. Takpa, what past is past. Dia tu dah la kering jadi saya rasa, dia punya life macam kene penyek dengan roda basikal saja dah cukup buat dia hancur. Bukan basikal racing atau apa-apa, cukup basikal roda tiga. Betul kan babe? Kah kah

Kami pernah berbincang tentang bagaimana cara-cara kami nak buat suicide tanpa menyakitkan..aik? tadi macam nak pergi mati sangat tapi taknak sakit. Memang la, siapa nak sakit? Cakap cakap. Kami nak melakukan tanpa rasa apa-apa. Eh, tak faham la aku. Entah sapa suruh kau fahamkan. Cara-cara bunuh diri pun kau nak baca. Kau nak try ke? Cara kami memang tak menyakitkan.

1. Tekap muka pakai bantal. Ni adalah cara membunuh orang lain. Tapi kalau tengok sangat sengsara lah cara ni. Sangat kasihan. Tak baik pun. Buat apa nak bunuh orang lain. Apa salah dia pada kau yang kau dendam sangat? Sebab dia kaya dan kau tak? Jadi kau nak bunuh dia? Kau ingat lepas dia mati, kau dapat semua kekayaan dia? Bukan dia tulis surat wasiat atas nama kau pun. Kalau kau nak curi, mestilah berdosa hukumnya. Eh eh habis membunuh tadi camna pula hukumnya. Apa ni? Kah kah kah. Kan dah berbelit ayat ni. Ni idea rumet saya. Dia nak tekap muka dengan bantal, tapi dekat sebelah ada handphone dan dah call ambulan siap-siap. Jadi, sebelum sempat dia menemui ajal nanti kan ada orang sempat selamatkan? Tapi saya tak suka cara ni sebab nanti sesak nafas. Lemas la dan boleh membawa maut.

2. Gantung diri dekat syiling. Tapi, kerusi jangan tarik. Nanti kalau tarik, matilah saya. Siapa nak tolong tengok-tengokkan ayam itik? Saya Cuma nak hanging there sampai ada orang selamatkan dan tolong bagi bantuan apa yang patut. ????

3. Lemaskan diri dalam air. Blup blup (ayat faveret kami) tapi mesti ada pelampung dan nota “Tolong selamatkan saya, saya nak bunuh diri”. Tapi taknak pergi dalam sangat. Cuma kat tepi-tepi pantai aje. Kalau dalam sangat nanti lemaslah bukan? Anda nak saya mati ke???

4. Kelar pergelangan tangan. Tapi dengan pisau tumpul atau belakang pisau. Dekat sebelah mesti dah siap first aid kit dan telefon. Takut-takut terdalam sangat luka, cepat-cepat la call ambulans. Nanti anda banyak kehilangan darah. Sangat ngerilah. Tak dapat diimagine sebab saya takut darah. Sebab tu saya takda fikir cara ni. Saya sangat sayang darah saya. Kalau terluka kene cucuk jarum pun saya boleh menangis sedih sebab setitik darah saya dah bazirkan. Biarkan aja mereka mengalir dalam tubuh badan. Buat apa nak limpah-limpahkan kat luar?

Jadi, anda fahamkan sekarang. Cara-cara tersebut boleh menamatkan riwayat. Tapi kami taknak mati lagi lah. Banyak lagi belum selesai, praktikum, exam, konvo, gaji penuh, kahwin. aik?? Jadi, kami sebenarnya saja membazir masa memikirkan yang bukan-bukan supaya takyah fikirkan kesedihan. Haiyoh… jangan cubalah. Tak bawa kemana. Bukan bf anda nak anda balik pun kalau anda dah mati? lagi lah dia happy berfoya-foya dengan orang lain tanpa fikirkan anda lagi. Lebih baik anda fight for your right.. ok!

Di lambung ombak

Berhentilah air mata duka,

Tabahlah hati yang luka

Mungkin masih ada sinar mentari tersembunyi

Akan menerangi, gelap diri ini

Atau mungkin

Ada pelangi bahagia sudah menanti di hujung sana

Tuhan,

Kirimkanlah aku, kekasih yang baik hati

Yang mencintai aku

Apa adanya

Entry berciri emosi dan bercelaru haru biru dan serabut. Sebab feeling tengah up side down. kepala bergoncang, badan dah longlai, hati dah punah kaki dah bercerai-berai dari badan sebab tak larat nak bawa badan berat sangat. Apa lawak ni sedih je. Jadi, tak lawak pun. . Pergilah pergi cari kekasih yang lebih baik hati sana. Saya memang tak baik. Stupid. No manners. Gemuk. Tak cantik (tapi cantik sikit dari kau, tapi kurang cantik dari Acha.persamaan jadi camni { Acha Milo>Yati>Kau} Eh apa ni. Sedih-sedih pun sempat ukur kecantikan) arghh.. persetankan dengan semua ni. cantik-cantik pun kena tinggal. Baik jadi yang ‘biasa-biasa’. ‘______ Haha ______’ (ni la nama dia tawa dalam tangisan)

Sayangi daku

Peluklah daku

Janji denganku

Semai cinta nan Satu

Tuhan menguji

Takkan berhenti(u noe rite)

(I hate this song sbb ada orang tu pakai ringtone ni benci..benci)

Tuesday, March 3, 2009

pengilang

saya pengilang air mata yang berjaya

sebelum tidur, menangis
nak tidur, menangis
tengah tidur, menangis (tipu)

saya rasa mata saya dah macam bola golf
eh, saya rasa ini bukan mata
tapi, kawasan tadahan hujan
sebab banyak betul air mata yang dia produce

tak lama lagi, mungkin saya akan jadi kassim selamat
sebab ada orang dah tak sayangkan saya lagi.

saya sayang u sampai bila-bila
saya taknak u jadi gila or mati
jadi.. biarlah saya yang angkat kaki

saya ni betul-betul tak berguna kah?
sekarang, kilang dah keluarkan air mata pun

'____________________'

Putri Yang Terbuang

Macam drama kat Astro kan..

Tapi sebenarnya saya la Putri yang terbuang tu. Kenapa saya terbuang-buang ni. Macam tak berguna saja. Ye la, bila adik beradik cuma ada sikit. Macam ni la akibatnya. Esok saya nak pastikan, saya mahu anak-anak yang ramai. Jadi, takkan ada anak saya yang akan jadi Putri yang terbuang. Sengsara kau tahu.

Abang yang sulung dah berkeluarga, dah ada rumah sendiri. Jadi, tinggal la tiga budak hitam kat rumah. eh eh. sorang je budak hitam iaitu adik. saya dan kakak dua budak putih. kah kah. jadi, bilangan keluarga makin mengecil. bukan suppose to be membesar ke? tak kisahlah yang tu.

Kakak saya pun dah berkeluarga dan mengikut suami ke Lanai. eh, ye ke? bila kakak aku kahwin ni? tak invite pun!!! (best tak duduk kampung orang asli?mesti kau akan kurus kan kan?) ok takda takda. sebenarnya bank bergerak saya yang sekarang dah jadikan saya bank bergerak dia pulak dah dapat KPLI dekat Penang. jadi, kau bayangkan bank yang takda duit sekarang minta duit dengan saya. bukan setakat minta duit, minta RPH la, minta buku muzik la. Hoi, kau ingat aku ni Pusat Sumber Pendidikan negeri ke? jadi, bilangan keluarga saya semakin mengecil. saya sangat bosan sebab semua kerja rumah jatuh ke bahu saya sekarang. kenapa saya? why me? why?!! tak yah jerit-jerit. tetap saya yang kena buat. kau tunggu nanti, bila kau balik aku nak angkat kaki pulak. baru kau rasa betapa sengsaranya. (tak, tak saya ikhlas buat kerja-kerja rumah)

Adik sekarang dekat Matrikulasi Melaka takda tau nak balik-balik. Kau tak tahu nak balik ke Adik? Emak dah rindu-rindu dengan kau. Saya dengar dia sibuk dengan kumpulan Jemaah Islamiah dan Tabligh dekat surau. dia 24 jam duduk surau dengan kawan tahfiz dia. (Kawan kau single ke Adik? Aku nak) Emak kata suruh adik balik dan bagi ceramah dekat kakak dia yang dah macam teruk. Bagi ceramah solat, ngaji, fardhu ain. buat kursus dekat kakak dia ni. Maksud emak kakak dia yang kat Penang tu. bukan kakak yang ini tau Adik. kah kah.

jadi, siapa yang tinggal dekat rumah tu? tinggal la muka saya, emak dan abah. Emak marah orang lain, muka tinggal ni yang kena. Emak tak puas hati dengan orang lain, muka yang tinggal ni yang kena. lama-lama saya rasa dah penuh dada dengan nasihat-nasihat berbentuk marah emak tu. Kau orang punya pasal aku yang kena!! kau semua balik sekarang, saya nak pergi angkat kaki cari keluarga angkat.

bila emak dan abah nak pergi mana-mana, saya dihantar pergi rumah orang lain. sedihnya.. maksud saya hantar rumah abang. macam budak-budak kan. ye la saya ni taiko pengecut. duduk dalam rumah sendiri pun nak takut tahu. takut dengan anak betong, puaka niang rapik, keliwon. jahanam betul cerita-cerita hantu ni. buat aku takut!! walaupun aku tak tengok. iklan pun dah seram. tapi kekasihku seru adalah cerita faveret. saya takda takut.

makan pun tak lagi. ye la, putri yang terbuang. pandai-pandai la kau nak cari makan. kejap lagi nak pergi gerai Mak Limah makan sup ceker. ya ampun..sedapnya makan sup ceker secara solo. macam loser je. betul-betul terbuang. saya nak tapau dan makan kat sekolah saja. tak la rasa loser sangat.

ok, sekarang saya betul-betul nak pergi makan.
Mak Limah, Here i come