Saturday, February 28, 2009

cinta

cinta Adam & Hawa lalala (tak hafal lagu Misha ni tapi memang best)
Cinta Yaty & Farhan... takda tahu arah tuju lagi. mana nak pergi, mana matlamat. sangat blurrr. bayang-bayang pun takda nampak. saya pun takda tahu. buntu..buntu. macam mana nak cekal hati, kalau hati asyik terluka? macam mana nak duduk sebumbung kalau asyik nak berperang. mahunya rumah tu nanti jadi macam rumah dekat Palestin. ada kesan bom, peluru berpandu siap mechine gun..dutudutdut..

saya takda tahu nak cakap macam mana. hati sikit luka, mata sikit bengkak. sorry to Kmar, Along, Nurul, Eca dan yang sewaktu dengannya sebab kena tempias tangisan saya tadi. Hati punya luka takdapat nak bendung. dah kaver suara pun orang tetap perasan. dah buat dah suara ala-ala Ella, serak-serak basah. tapi, Kmar kata "perasan sangat menangis".. ala, apa boleh buat. memang saya ada masalah nak lindung emosi dan muka ketat. biarlah tercalar maruah sebab buat iklan tanya mana BF sendiri pergi, asalkan hati saya senang. 1 hari saya takda makan walaupun emak masak rendang yang sedap. saya tetap takda perut nak makan.

sebab hati sedih, saya mesti kembali ke habitat asal.. shopping..
tapi, sebab bukan banyak duit pon dalam dompet, pergi shopping dekat care4 depan rumah je. still, tetap boleh lupakan kesedihan. saya dapat baju RM10. wahaha. macam tak caya. tak kisah asalkan hati puas. beli, ayam, santan, lengkuas pun boleh puaskan hati saya. asalkan hati saya tak sedih lagi. saya nakmo sedih-sedih sebab nanti kerja takda jalan. hati juga akan jadi susah.

yang,
am sowi for what happen. u know that i love u with all my heart kan. macam mana kata i tak sayang u?

bila rasa ku, ini rasamu

tengah sedih sangat. terlalu sedih. ingatkan, bila dah dekat lebih bahagia. kenapa la? saya ni terlalu tak boleh bertolak ansur kah? dah banyak kali saya mengalah. saya takda kisah dan percaya ada peluang nanti. tapi, bila dah asyik kalah. macam geram hati pun ada. bila dah ikut geram hati, maka, peperangan tak boleh nak elak la. apa boleh buat??

sedih sangat la sampai tak tahu nak cakap. saya takda kisah pun selama ni. protes sana sini tu biasa la. saya pun orang normal juga. takkan takda perasaan marah? ish, tak boleh diingat. nanti hati makin parah pula. dah la. tengok je esok apa akan jadi. ada jodoh, ada la..

semua kan sudah tertulis. lagu Kerispatih ini sangat sesuai dengan jiwa yang merana ni..

Thursday, February 19, 2009

Golfing

Bosan..bosan.. dalam banyak jenis sukan yang saya pergi temankan Dak Yang, golf boleh buat saya menguap macam mulut buaya.

Dah banyak kali juga teman dia pergi driving range ni. Dak Yang pergi yang dekat Bukit Jelutong, Sek 2 ataupun dekat Bukit Raja. Yang tempat lain-lain tanpa saya ikut, saya takda tahu la. Dia pergi dengan abah dia.(ye kan Yang??) ehem..ehem juga lah.

Selalunya kalau dah tak sempat nak pergi dating jauh-jauh ataupun dating secara low profile, (konon kaya tapi taknak membazir) we just meet dekat driving range je. Dak Yang akan tapaukan makanan dari McD berdekatan dan kami akan berpiknik secara senyap dekat situ. Sangat tenang kau tahu. Ye la, mana ada orang sorak-sorak pemain yang sedang nak pukul bola golf atau nak jerit-jerit goalllll!!! Macam kena sawan sebab bola masuk lubang. Semua orang concentrate gila. Jadi, saya duduk dekat bench yang tersedia untuk pengescort dan makan bekalan saja. Macam-macam gaya boleh Nampak. Yang paling kelakar kalau dia pukul bola takda pergi jauh terus tukar kayu, konon-konon nak Nampak yang kayu tu salah la sebab takda sesuai sangat. Kah kah.. (I tak kata u Yang, orang lain, orang lain) ataupun angkat kayu macam nak pukul orang sebelah, swing bukan main macam nak tercabut tangan, tapi bola tetap juga atas karpet hijau tu, takda jalan mana-mana pun? Aik? Sangat magic, lepastu buat macam tu banyak-banyak kali, konon-konon dia tengah practice swing.. kah..kah gelak..gelak.

Saya takda gelak kuat-kuat sebab takut saya pula yang kena hayun dengan kayu golf tu. Saya takda le expert sangat, tapi pernah la temankan Dak Yang cari kasut golf. Nasib baik dia pilih kasut berciri remaja. Kalau dia pilih yang berkilat-kilat sampai boleh cermin muka sendiri, saya tinggalkan dia di situ juga, ecehh..takda..takda. saya suka semua pilihan u. yang saya perasan, kasut golf mesti warna putih dan hitam. Habis kalau perempuan macam saya nak main memang tak boleh la. Sebab saya hanya boleh bekerja dengan warna merah jambu sahaja. (alasannya…)

Beg golf tu pula ada semacam berpuluh-puluh kayu dekat situ, ada nombor-nombor, ada yang tebal, nipis, yang kena balut dalam bulu-bulu. Saya assume yang kena balut tu yang paling disayang tuan punya beg golf kot, kalau takda bulu-bulu tu boleh guna untuk hentam orang lain. Agaknya la. Kah kah.. lepas tu, mesti kena pakai glove Micheal Jackson sebelum main. Baru Nampak ada style lah.. kah kah. Takda, glove tu untuk mengelak dari kulit tangan melecet. Pakai Cuma yang sebelah kiri sahaja sebab Dak Yang saya dah hebat, pukul pakai sebelah tangan wa cakap lu.. Tiger Wood boleh la retired sekarang dan jadi caddy buah hati saya saja.

Saya sebagai penonton dan penyokong buah hati, duduk kat bench tu sangat seronok, dengan menikmati makan McD tadi dengan pemandangan kehijauan yang indah. Semacam berpiknik kau tahu. Saya Cuma jalan berlenggang-lenggang macam Mak Enon nak pergi pasar saja, tapi Dak Yang separuh nyawa nak bawa beg golf yang berat dengan kasut lagi. Fakta yang saya dapat, beg golf tu lebih berat dari tuan yang bawa tu kau tahu. Sampai senget bahu dia. Pernah juga saya minta nak bawa konon-konon yang berat sama dipikul, tapi Dak Yang Cuma bagi jelingan je. Saya faham, saya faham. Hilangla kegagahan Dak Yang kalau biar perempuan yang bawa.

Masa saya pergi teman tu, saya Nampak ada juga ayah yang bawa anak dara 2 orang main golf. Budak-budak lagi. Sangat cute tengok mereka pukul bola walau tak sejauh mana. Ada juga wife yang temankan husband dia. Saya dah dapat bayangkan nanti, teman Dak Yang pergi golfing masa hujung minggu bersama anak-anak dara yang cute. (Dak Yang datang panah awan mimpi saya) duduk rumah, masak, mengemas, membasuh. Biar abang pergi dengan anak-anak. Oh tidak!! Jangan harap saya akan benarkan. Biar lapar sama-sama, jangan harap saya nak duduk rumah sorang-sorang. Kah kah. Nanti dia bawa anak-anak jumpa mami baru pula. Ooppp ooppp, tinggi sungguh imaginasi saya bukan. Tak perlu la saya nak berangan tinggi-tinggi lagi. Sebab, sekarang masa untuk mandi. Boleh sambung angan-angan dalam bilik air nanti..


Wednesday, February 18, 2009

Minum petang

Eleh..macam la orang lain tak pernah minum petang. Memang la. Tapi, minum petang saya sangat special. Sebab ada buah jantung tercinta sebagai penjamu mata..kah.kah gelak..gelak.

Hari itu masa cuti Chinese new year.. (kiranya ni cerita lama la, baru saja di buat entry) Dak Yang balik dengan penuh tipu muslihat dan surprise yang membuatkan saya takda berhenti senyum (dah macam tiga suku je? Ok dah tak payah senyum lagi). Jadi, masa hari Jumaat, sempatlah kami minum petang bersama-sama. (hallamakk..sweet seh, dengan angin sepoi-sepoi bahasa, cuaca redup, hati berdebar-debar keriangan ribena..ok..ok) tapi, yang tak jadi sweetnya dah takda cerita kena jemput dengan putera raja. Kau drive la sendiri pergi tempat minum petang (potong betul)

Saya pun mestilah pilih tempat paling dekat dengan rumah. Takda siapa sanggup nak meredah kesesakan lalu lintas petang-petang tu. Kalau dia sayang saya, biar dia yang meredah jammed tu. Nasib baik dia datang. (kalau tak, nangis secara bertemapayan lah saya disitu) walaupun lambat sebab Dak Yang tersalah lokasi. Kah..kah (masa dalam fon yakin sangat tahu tempat). Bila nak dating, macam biasa penyakit saya iaitu takkan makan secara sehari sebab rasa kenyang sangat bila dapat news nak dating. dapat news je dah kenyang, u bagi news je la hari-hari biar saya kurus sikit tak payah makan.

Jadi, bila dekat sekolah dah tak macam orang dah. Berdebar lain macam. Buat kerja pun secara flashman. Laju je. Asyik-asyik toleh jam, sampai jam jadi muak sebab asyik kena pandang dengan saya. Tak sabar-sabar nak tunggu 6.30 ni.. tapi, yang saya sangat perasan kalau saya nak pergi dating dari tempat kerja mesti kawan-kawan akan tegur “cantik semacam je, mesti nak pergi dating ni” ataupun “patutla cantik-cantik, nak pergi dating rupanya” Nampak sangat saya sangat tak cantik kalau tak pergi dating. huduhnya saya selama ni. ‘_______________’

Sebab, saya sampai dulu, saya order la dulu. Bila perut lapar, nafsu jadi tamak gila kau. Macam nak oder semua yang ada dalam buku menu. Tapi, sebab tahu kekasih hati takda duit, saya order secara low profile saja. Konon-konon kaya tapi taknak membazir. Kah kah. Saya punya mee udang dan lime juice. Sebab saya lapar kan. Saya orderkan Dak Yang roti bakar dengan kopi panas sebab dia kan dah tua. Minum petang pun semacam lelaki berumur la.

Bila dia sampai, saya dah habiskan separuh mangkuk mee udang sebab saya tahu, bila dia dah sampai, automatic perut jadi sangat kenyang macam dah makan nasi seperiuk. Sangat magic bila bercinta ni. (alah, poyonya..) dia kata nak kongsi dengan saya roti bakar tu.. borak punya borak, dah tinggal sekeping je. Tahu pun sedap.. pilihan saya selalu tak salah.. ni lah dating pertama dalam sesi 2009. Nak buat macam mana. Pilih yang jauh. Kau nak dating hari-hari pilihlah orang lain. Tapi, akhirnya saya akan muntah pula nak dating hari-hari. Sebab saya sangat cepat bosan. Eloklah dapat yang jauh-jauh. Duit pun takda kena pau selalu.. kah kah

****rindu sama kamu****


Wake me up when May end

Marilah nyanyi lagu ni bersama-sama saya dengan jiwa yang sengsara. Sebab the journey just begin and will end in May. Jadi, bila saya bangun, saya nak tahu praktikum saya A je. Boleh ke? (pensyarah datang panah awan mimpi saya lagi in your dream!!) kenapa semua orang nak panah awan mimpi saya ni? Biarlah saya nak mimpi yang indah-indah je..

Realitinya

Saya dan kawan-kawan kelas Pengajian Melayu ambilan Disember 2005 (siap mention lagi) sedang menghadapi kesengsaraan berpraktikum fasa ke 2 selama 14 minggu (haiyyoh!!) dari 16 Feb – 28 Mei 2009. Itu sebab saya nak bangun after May aje. Sebab tak sanggup nak sengsara jiwa raga. Baru seminggu mula praktikum, ramai dah msg saya cakap mereka mengalami penderitaan mental dan fizikal. Wow..menakutkan. kenapa saya macam tak terdera aje? Sebab saya takda mula lagi tulis RPH yang panjang berela-ela. Buku saya kosong lagi. Yang ada Cuma gambar dekat butir-butir diri guru pelatih. Tiap-tiap hari saya buka buku tu dan tatap gambar sendiri. Sangat perasan diri ni jelita. Wakakaka…

Tahun ni lecturer datang dari IPG sendiri. Jadi, sangat jauh bukan Batu Pahat – Klang itu? Mesti dia takda sanggup nak datang sampai 5 kali. Baru hari ni saya sangat bersyukur dapat IPG yang jauh dari kediaman. Selalu, bila nak kena balik IPG saya mesti dah merungut-rungut dan bersungut-sungut sebab kena bertolak jam 7 pagi kau tahu. Muncung ni boleh digunakan untuk sangkut baju saya yang sudah iron. Orang lain kalau dengar pun mesti nak respon “jauhnya maktab”, “larat ye tiap-tiap cuti balik maktab jauh”. Sekarang saya nak beritahu dengan bangga. Takpa maktab jauh, sangat senang hati. Dapat Sarawak, Sabah, London pun hati lagi senang. Kebaikan maktab jauh macam ni la. Walau takda dapat balik tiap-tiap minggu, saya takda kisah pun asalkan hati senang masa waktu sengsara macam ni. Lecturer saya pun takda berani nak jadi Nas Ahmad untuk segmen terjah. Apa jadi kalau dia terjah, sekolah tengah cuti sukan ke? Kan sendiri dapat penat. Kah kah..gelak..gelak. (belum kena observe takpa nak gelak terbahak-bahak, esok da kena menangis bertempayan la kau).

Tapi, kalau bangun lepas May end pula, saya kena hadapi exam pula? Owh no!! jadi saya kena nyanyi sekarang wake me up when June end. Jadi saya boleh bangun, cuci muka dan pergi konvo terus. Boleh ka? Owh, sangat tak boleh..tak boleh (geleng-geleng sampai nak tercabut leher) sebab birthday Dak Yang in June. Sapa nak celebrate birthday dia nanti? Saya tak sanggup tengok orang lain pergi celebrate birthday dia sebab saya takda bangun lagi. Jadi, wake me up two days before June end. Boleh la tu.

Tahun ni takda present ye Yang(bisik-bisik kat telinga dengan lembut supaya hati tak tercalar tak dapat hadiah) sebab saya tak bergaji selama 3 bulan. Wah..ni lagi sangat sengsara dari praktikum. Takda gaji, takda makan, takda baju baru, tak boleh bayar bil, takda pergi wayang dan pergi dating pun secara low profile konon-konon kaya tapi taknak membazir. Saya belum boleh bangun lagi!!belum boleh!! saya rasa wake me up when September end. Baru la tepat-tepat. Laahh, dia memang nak tajuk lagu yang sebenar rupanya, baru everything takda sengsara. Kalau bangun awal banyak penderitaan pada jiwa n soul. Kah kah. Rupanya, lagu ni dah dibuat betul-betul ikut jadual hidup saya. Bila dah bangun, duit pun dah ada, boleh pergi shopping raya, beli hadiah untuk yang tersayang, dah lepas exam, dah habis praktikum, dah jadi sebenar guru.. indahnya hidup ni.

Pang..Pang (kena lempang diri sendiri supaya sedar terus.)

Pergi siapkan RPH kau tu sebelum En. Zakaria datang dan lempang kau sendiri dengan tangan dia. Takda kah reality yang indah sikit? (‘_______________’)

Kawan-kawan IPTHO KDPM-LPBS-DIS 05, PM1 & PM2

Good luck and do your best for our last time sake.




Tuesday, February 10, 2009

Pertunangan

kawan baik saya…

Itu je saya nak cakap. Lain takda. Sebab saya iri hati. (Kalau dulu, masa Kema jadi GSTT dia kata seronok. Saya pun ikut jejak langkah dia jadi GSTT. Tapi saya terjebak jadi GST terus. Kali ni Kema bertunang, dia kata seronok juga, tapi apakan daya, saya tak boleh la nak ikut jejak langkah dia juga. Sebab, sapa nak bertunang dengan saya? ‘___’)

Nama dia Akmar. Nama glamour dia Kema atau Chucky. Tp saya panggil Kemek @ Mek. Lebih ringkas dan padat. Eca panggil dia Mia. Sbbnya, rahsia la. Nanti mengaibkan bakal pengantin. Tak baiklah bukan? Pengenalan serba ringkas ni untuk introduce kawan baik yang saya sangat sayang. Kawan lain pun saya sayang juga. Sebab hari gembira Kema, saya cerita la pasal Kema. Kalau tiba hari gembira korang, saya akan cerita juga pasal korang.

28 Disember 2008

Mek dah selamat bertunang dengan jejaka idaman..dia la. Kalau jejaka idaman Malaya, Kema pun tak mimpi sebab saya pun dah ikut rebut. Ha ha. Saya pun tumpang gembira, sebab dia dah melalui banyak penderitaan. Betul kan Mek? Nama tunang dia Azmir. Memang jodoh Kema la. Akmar dan Azmir. Padan.. Hidayati dan Farhan.. tak padan (nak juga masuk cerita) ok ini cerita Kema. Saya boleh selit sikit-sikit aje. Mereka berkenalan dekat UPSI. Berapa lama? Itu pun rahsia juga lah. Kalau saya cerita semua, saya ni dah semacam penulis autobiografi Kema pula. Nanti tak pasal duit hantaran Kema kena bayar royalty saya. enough.

Perancangan awal saya..

Saya nak tidur di rumah Kema sebab sebagai kawan yang baik. Berat sama dipikul, hantaran sama-sama buat. Memang dah lama merancang dengan Kema. Kema pun dah bagi guideline baju apa yang boleh saya pakai dekat rumah dia nanti memandangkan kakak Kema adalah ustazah dari Mesir. (Kema, kakak kau pun kena bagi bayaran kat aku ni). Saya tidak boleh pakai seluar yang pendek dan baju yang singkat. (wow!) jadi, saya memang dah sediakan sehelai jubah untuk dipakai di rumah Kema nanti. Saya pun dah order kek sebagai hadiah untuk diletakkan di atas dulang.

In the middle..

Jadi, masa 26 Disember semua dah dirancang mengikut plan yang cantik sangat. Suddenly, (jengjeng)suspen sikit.. Dak Yang call dengan perkhabaran yang saya tak boleh nak kategorikan.

Abang otw balik rumah.

Hancur luluh impian saya, punah bersama bayang-bayang (ok, poyo!) saya tak dapat nak teruskan perancangan yang cantik tadi. Sorry Kema!!. Dak Yang tak boleh kalau dia balik saya takda dekat rumah. (macam la duduk serumah. Ha ha). Jadi saya kena susun semula rancangan saya sebab kena melibatkan Dak Yang saya sekali. Nanti dia kecik hati.

What happened..

Pada pukul 9.00 pagi saya dah kerah Dak Yang bangun dan bersiap. Sebab kalau lambat sampai, nanti Kema boleh jadi membebel non-stop.(semua kawan-kawan dah tau gelaran Kema “Miss Bebel”) tapi Eca dia berani dengar Kema membebel. Sebab tu dia boleh pergi kerja dulu (cayalah tet!) saya pun sudah bersiap-siap. Tapi takda la cantik sangat. Nanti boleh terover shadow orang lain. Tak baik bukan?Saya pilih baju pun yang plain at all. Tapi masalah saya dengan kulit muka yang sunburn akibat berjemur dekat Langkawi tempoh hari. Dah la hitam dan menggelupas. Sangat tak cantik. Tapi takpa. Bukan saya punya pertunangan pun.

10:30 Dak Yang sampai depan rumah. Dia pakai kemeja black n white. Nak tau tak. Taknak tau jangan baca sebab, saya nak cerita. Saya minta dia pakai baju kemeja oren hadiah birthday yang ke-22 (siap mention lagi. Tak kuase!) barula sehati dan sejiwa. Kalau dia hilang pun saya senang nak cari. Tapi dia kata tertinggal dekat JB. Tapi masa pergi kenduri kahwin rumah G-ha dekat Muar, dia kata kemeja tu tertinggal dekat Shah Alam. Jadi, dia da terkantoi dekat situ. (Dia malas nak gosok baju sebenarnya, saya sendiri tak tahu baju tu dekat mana)

Sampai rumah Kema tengah kenduri cukur jambul anak buah dia. Saya masuk juga sesak-sesak tu sebab nak hantar kek yang delicious tadi sampai terpijak kaki makcik yang tengah marhaban tu. (ampun makcik). Dak Yang duduk luar je. Takkan dia nak bersesak-sesak dalam bilik perempuan walaupun saat tu yang paling dia nantikan. Saya takkan izinkan. Biar dia bermandi peluh di bawah khemah tu. Ha ha ha. (over taw!) jadi saya dalam bilik tgk Kema bersiap dan tolong turun-turunkan dulang. Saya rasa sangat alieanate dalam bilik tu sebab saya je kawan Kema dari sekolah menengah. Yang lain semua kawan sekolah rendah. Jadi, saya macam tak percaya saya takda dengar suara saya sendiri bersama gelak tawa. Saya dah jadi pendiam sangat. Kema sangat bimbang keadaan itu, tapi yang dia risaukan lebih ialah Dak Yang yang dekat luar tu.

‘ala Yaty, nanti An marah pula tunggu lama-lama’

‘ala Yaty, kesian si An kat luar panas-panas’

Jawapan saya sangat mudah..

“biarlah Kema, dia kan dah besar”

FINALLY..

Selepas berdiam diri hampir a few moment (a few moment? Sebenarnya dekat sejam lebih!) saya keluar jumpa Dak Yang dan ajak makan. Saya ingat nak tunggu sampai Kema sarung cincin, tapi apakan daya bf saya nama Farhan jadi saya takda dapat la tunggu lama. Tu pun dah keluar ayat-ayat pedas dia “nak tunggu apa lagi?” you see.. sangat dictator! Saya pun makan secara Ekspres Senandung Malam. Selepas bersalam-salam dan cium-cium pipi dan wish-wish congrate saya pun mengatur langkah la..challo..sebelum balik tu pun sempat lagi mak Kema bertanya soalan cepu emas..

“Yaty bila lagi? Dah elok dah budaknya tu” (sambil bagi pandangan pada Dak Yang yang tengah masam bawah terik mentari)spoil betul muka dia..

“Lama lagi la makcik”. Hehe (gelak konon-konon redha dengan situasi tu) dalam hati merintih (merintih kau hati aku ni), kalau boleh saya nak esok juga makcik!!

Dalam keta dah macam stranger. Dia senyap je. (marah la tu) Saya sangat tak suka sebab perjalanan jauh lagi. Sangat membazir masa berharga kalau senyap-senyap macam tu. Jadi, saya jadi pemecah tembok dan mulakan perbualan la. Kalau terus jadi stranger nanti saya akan terlelap dan termimpi-mimpi dah bertunang macam Kema. Realitinya, bakal tunang saya dekat sebelah macam nak campak saya keluar kereta sebab saya sedap-sedap tidur sedangkan dia penat-penat drive.


Akmar & Azmir

Selamat Bertunang. Hope both of u happy always.

From your very best friend;

Yaty & An

mengekor~~

Err…Saya bukan bomoh ekor taw..

“aku pelik betul la, laki dia nak pergi kerja pun nak ikut ke? Tak boleh berdikari langsung. Tak percaya dengan bf sendiri? Tak rimas ke bf dia?

(Petikan dari filem: Hati Saya)

Dialog tu adalah dialog saya dulu-dulu. Masa zaman cinta monyet. (eheh, I tak cakap u ye Yang). Tapi, memang dulu saya pandang serong dekat perempuan yang suka mengekor bf/suami dia pergi mana-mana. (no offense) bagi saya, bagi mereka masa dan ruang. Bukan ke nanti mereka rimas dengan keberadaan kita di merata-rata tempat. Dia orang nk sembang hal lelaki pun tak boleh. (Macam NH cerita perempuan lain depan AB) Dia orang nak buat hobi dia orang pun tak senang sebab bukan semua tempat mereka kita boleh masuk contohnya, Strippers Club (wahh, bold sungguh kau Yaty) ataupun tempat snookers atau masa dia orang nak tengok football match (ehhemmm!!) tak kira la dekat kedai mamak atau dekat stadium (ehhemm ehhemm) apsal kau berdehem-dehem, pergi cari Fisherman’s friend. Saya rasa janggal tengok ada perempuan dekat situ. Sebab tu saya tak pernah ikut pergi main snooker atau teman dia tengok bola (ehh..mm tak jadi, penat berdehem nanti hati luka).

TAPI SEKARANG TIDAK LAGI!!

Ayat-ayat di atas adalah kata hati saya yang dulu. Masa saya jadi GF mithali dan berfikiran terbuka. Sekarang, tidak lagi (macam iklan TV tu). Saya dah buang jauh-jauh. Sekarang saya ada new leaf. Ikut BF anda walau kemana jua.(kecuali tandas dan rumah bujang, niaya kau kalau ikut!) rantai mereka sekarang sebelum terlambat. Pergi belikan rantai basikal yang stainless steel tu dan sauh. Pastu ikat dekat kaki mereka. Wahh!! Bersemangat macam orang berkempen (undilah saya sebagai menteri wanita, saya akan lindungi hak anda dan BF anda dari dirembat oleh B**a) jawapan: bola= dirembat bola. Apsal kau nak terasa? Ok ok tak payah semangat sangat sebenarnya jiwa merana.

Sebenar ceritanya, saya ikut Dak Yang pergi kerja hari tu. Daripada saya melangut memikirkan masa depan, baik saya bergerak ke hadapan. Malu juga la. Sebab mana tau ada orang yang berfikiran macam saya dekat atas tadi. Mesti ada..wah, saya dah kena kutuk balik. Hambik kau telan ayat sendiri.

1st time masuk office, orang tak ramai lagi. Jadi, takda la bopeng sangat. Saya diletakkan dibilik terpencil. Sebelah bilik mesyuarat tempat Dak Yang bekerja. Saya keluarkan alatan saya seperti tukul, gerudi, paku payung.. ehh..ehh macam nak pecah office orang je? Tak la, saya bawa laptop Ucu, kerja dan botol air. Datang bawa kerja takda la Nampak sangat nak jual muka mengendeng dan mengekor BF pergi kerja. (saya ada excuse supaya tidak dikutuk dengan teruk). Ada seorang, dua kawan yang datang jenguk dan Tanya “GF kau ke?” habis takkan la dia nak bawa jiran atau perempuan simpanan pergi kerja? Apa akallah..(boleh jadi juga kan? Ehem..dehem sikit sebab tak sure pernah ke tak) dalam bilik tu saya pun mula buat asymen saya. Tapi sebab baru install game, saya lebih kepada try game baru. Ye la, game baru masuk. Asymen dah berzaman, bagi can lah game keluar dekat skrin, asik kau je asymen. (dialog game dan asymen bergaduh) kita perlu berinovasi kadang-kadang kan. Ha ha. Tapi, bila dengar tapak kaki, saya cepat-cepat tukar chanel asymen. Kalau orang lain tahu, malula. Main game Monopoly sorang-sorang. Ha ha. Bila dah 3, 4 kali tertipu sebab bukan nak jenguk saya, saya teruskan lah bermain monopoly. Saya VS entrepreneur kau. Hebat tak hebat la. Alih-alih..Terdengar satu suara, memanggil.. terus nyanyi Mawi.”kalau main game je, bila kerja nak siap!” Eh..eh, bila masuk ni? Macam magik je tak dengar tapak kaki pun..

Lepas dari tu saya buat kerja sampai siap. Bila Dr. dia sampai lagi saya kecut perut. Takut plus minus malu. Sekali Dr. bersuara, bergetar jantung ku. Bukan jatuh cinta, tapi garangnya, Ya Ampun. Saya yang dekat sebelah pun boleh rasa aura tu. Hebatnya Dr. u Yang. Saya pun mengecilkan diri macam hamster (boleh ke?) sebab takut dan malu. Kalau boleh taknak bergerak walau seinci. Tapi yang buat spoilnya.. asymen contoh tertinggal dalam kereta. Nak, taknak kena keluar la. Bila saya masuk balik…

Awek sapa tu?

(kau!! bergetar jantung saya, memang tinggal lagi sebenang nak luluh)

Awek kau ke?

(saya memang dah takda muka nak toleh-toleh sambil tersenyum macam Miss Malaysia dah)

Sapa kerja dengan saya tak boleh kahwin!!

(saya dah pengsan depan pintu dengan takda muka sebab malu tahap dewa. Kalau garang macam tu, tak kahwin dengan student dia pun takpa la. Saya cari lain (tipu je)

Muka saya memang panas sangat. Saya tak pernah rasa muka saya panas macam mentari. Boleh masak ikan keli dekat muka ni cicah dengan air asam. Kecur liur. Ok. Tapi saya memang malu. Saya dah kemas dan angkat beg nak balik. Tak sanggup nak jual muka lagi sebab dah takda muka nak jual. Tapi, bila saya pikir nak melangkah keluar lagi seksa. Saya terus duduk situ sampai kerja siap. Impaknya, saya boleh ingat suara Dr. sampai sekarang kau tahu. Sampai termimpi-mimpi. (tipunya). Tp, bila jumpa Dr. dekat luar, dia senyum je dengan saya. Kalau dia tak balas senyuman saya, saya nak buat betul-betul pengsan. Sebab malu saya dah tahap dewa kayanagan. 1st experience ikut BF pergi kerja tak sweet la. Tak boleh dikenang nanti boleh mengundang malu secara total. Jadi, kalau dah kahwin, saya taknak pun ikut pergi kerja (sebab dulu pernah bercita-cita) tinggalkan lah saya di shopping mall bersama duit sekepuk, pasti saya tak malu nak menghabiskan duit tu.

Esoknya hari (saya ikut pergi kerja two days in a row. Baik aku kerja situ sekali) saya hanya duduk depan pintu office bersama makcik cleaner. Makcik tu tengah mengemop. Kami sembang-sembang tentang kesan tapak kasut yang tak mahu tanggal. Makcik tu Tanya saya, “kasut apa diaorang pakai ni?” apa akallah saya nak Tanya setiap seorang kau pakai kasut apa? Makcik cleaner tu penat nak mop lantai sebab susah nak tanggal tau.kalau Po dia pakai Scholl makcik. Masa tengah sembang-sembang dengan makcik tu, sorang kawan Dak Yang masuk. Kami sama-sama pandang kasut dia. Dalam hati kami rasa nak tackle je orang tu pastu tanggal kan kasut dia dan brainwash dia sikit. Kau main jalan ikut sedap, kau tak pikir makcik mop lantai sampai sakit-sakit pinggang. Lain kali pakailah kasut ASADI. Boleh pakai untuk lantai basah. (ape ada iklan ni?) makcik, pakailah Mr. Muscle, boleh menanggalkan kotoran degil dengan mudah. Ha ha.

Walaupun, saya ikut pergi kerja, kami takda berkepit macam orang bercinta. Dia macam tak kenal saya je. Saya bayangkan kami duduk sebelah-sebelah, buat kerja sambil bergurau senda, ketawa-ketawa, Tanya pendapat saya, minta saya taipkan ke..(datang Dak Yang, dia panah awan mimpi saya..in your dream!!) ha ha. Saya kenal sangat. Dak Yang terlalu serius waktu bekerja. We like stranger. Kami declare semula time lunch. (boleh ek?) So, saya rasa tak payah la nak jadi awek gedik nak ikut BF pergi kerja lagi. Saya rasa new leaf tak boleh pakai sangat. Baik teruskan hidup masing-masing macam biasa. Nanti kat rumah kan jumpa juga. Apa nak heran dengan a few hours if u can have him till death do us apart? Hallamak… betul ke aku ni?


Ni la tempat Dak Yang keje


Saya la muka jaga pintu

1st time


1st time saya tulis cerita ni. 1st time juga anda baca kan? Teruskan…

Entry kali ini kita panggil edisi Kema. Cerita pasal Kema lagi. Lagi-lagi Kema. Kenapa? Sebab manalah tahu saya boleh terkena badi pertunangan Kema. Ok, Nampak desperate. Sebenarnya, saya nak cerita kisah 1st time yang jadi dekat kita orang from Batu pahat~Muar~Taman U~JB..

Alkisahnya..

Kami dah plan nak pergi wedding G-ha sama-sama. Sebab bulan 12 saya memang ada dekat maktab, jadi saya pun ajak Kema pergi sama-sama. Siapa G-ha? Saya akan cerita pada entry akan datang. Entry kali ni edisi Kema, orang lain tak boleh masuk cerita. Kah kah. Tapi, macam biasa, sebab bf saya nama Farhan, semua plan kena reshuffle. Kami pergi wedding G-ha malam tu dengan suasana yang sangat tegang dan dingin. Bukan sebab sejuk malam atau embun jantan atau lagu Ziana Zain, tapi dingin sebab semua dalam kereta tak puas hati antara satu sama lain. Boleh jadi perang juga malam tu. Tapi masing-masing pendam dalam hati saja. Itukan lebih baik?

Dari Muar sampai Taman U pukul 1 lebih. Bukan 1 petang, 1 pagi nak hampir pukul 2 juga. Kema yang dah lena dekat belakang dengan selimut saya (aku dah jadi iceberg dekat depan kau tahu! Menghadap An dan Aircond yang dingin tu) terpinga-pinga bangun.. “Ni ke JB, mana Singapore? Tak Nampak pun?” kah kah gelak dalam hati, nanti Kema terkecik hati pula. Oleh sebab ni 1st time Kema sampai JB saya tak kisah. Saya sebagai tour guide pun bagi penerangan serba ringkas. “Ni dekat Tmn U, Skudai. Esok la kita pergi JB.”

Esoknya, lepas breakfast dengan Dak Yang n friends n Dr. A dekat Meranti, Dak Yang kena masuk kerja. (bakal suami kena kerja kuat untuk belikan saya Murano). Sebab Kema nak sangat pergi Danga Bay, saya plan pergi dengan Dak Yang sekali petang nanti sebab saya mana pernah drive dekat JB. Tapi, Dak Yang suruh saya pergi sendiri dengan Kema. Dia kata “kalau sesat kan ada signboard!” OMG, tak masuk akallah Yaty nak bawa kereta sampai Bandar JB dengan lessen mati!! tapi sebab kawan baik ku harungi juga ( u see Kema. Dah terharu belum?) sebelum bergerak, saya dah baca doa naik kenderaan dan minta Kema mengucap coz this is my 1st time.

Oleh sebab da beratus kali juga ulang-alik jalan ni dengan Dak Yang, saya ingat juga sikit-sikit. (u see Yang, sometimes I boleh jadi independent woman kan?) tempat pertama yang saya bawa Kema, Danga Bay lah. Tapi masa nak masuk exit Danga Bay tu, saya dekat lane kanan sekali. Konon-konon hebat sangat sebab bawa laju. Jadi, dari lane paling kanan saya pun sailang la semua kereta untuk ke lane kiri. (macam KL Drift only) tapi takda la drift pun sebab kereta tak banyak masa tu (Thank God) lagipun saya mana tau drift. Ha ha.

Dah sampai Danga Bay, saya parking BFQ 13 bawah pokok. Dekat depan tu, ada 1 family tengah duduk-duduk. Dia pandang saya dengan kagum.(agaknyalah) tapi dalam hati saya, dia takda tau jantung saya dah terkecut-kecut mengepam darah untuk sampai ke otak saya sebab otak tengah diperah-perah untuk mempercayai saya dah sampai Danga Bay sendiri!!. Saya macam nak jerit 1st time aku bawa sampai Danga Bay tanpa Dak Yang, tapi saya batalkan niat tu.(kalau kau orang nak cebik, help yourself, yang penting saya sangat bangga sebab lifetime achievement ok) Nanti kena tangkap dengan guard dekat situ. Kesian Kema nak balik naik apa?. Kami pun jalan-jalan dekat Danga Bay tengah-tengah hari terik tu. Pergi naik trem. 1st time saya naik trem kat situ. Nak naik bot, tapi suddenly hujan turun. Tak jadi, takut lemas. Dah la saya bawa bakal tunang orang. Nanti tak pasal tunang Kema dakwa saya dekat court sebab dah lemaskan tunang dia (ok, saya dah merepek). Semuanya indah tengahari tu,(Dak Yang call tergelak-gelak “mana ada orang jalan-jalan dekat Danga Bay tengah-tengah hari.”ok, takpa I maafkan U Yang sebab U bf I) tapi yang buat spoil, kamera tertinggal!!

Dari Danga Bay, kita orang decide nak pergi tengok movie dekat CS. So, cabaran bermula sebab saya tak pernah pergi CS dari Danga Bay. Tapi tak mencabar langsung pun sebab lepas U turn dari Danga Bay tadi terus je dah sampai jalan depan Hospital tu. Oleh sebab rasa macam dah pakar, saya pun bawa kereta dengan senang hati. Dekat depan Kotaraya macam biasa la kesesakan lalu lintas. Saya stay lane kanan je sebab nak masuk Metro parking (parking dekat CS cekik darah O neg, kalau darah kau bukan O neg, darah kau orang selamat tak kena cekik). Bila dah sampai sini, dah biasa dah. Suddenly.. jeng..jeng.. jalan yang selalu masuk tu dah tutup sebab tengah buat pembinaan. Wat d Hell!!. Saya pun terus lagi sebab saya ada ingat satu lagi jalan Dak Yang selalu masuk. Tapi, saya dah telajak masuk jalan pergi Stulang. Saya kena bertenang. Kalau cuak juga tak boleh membantu. Siapa nak bantu saya tengah-tengah jalan sibuk tu? Takkan saya nak turun dari kereta dan menangis-nangis minta tolong angkatkan kereta saya masuk jalan tadi balik? Sure orang akan halau saya. Saya teruskan lagi perjalanan sampai depan Plaza Pelangi saya buat U Turn semula. Jadi saya tembus dekat jalan stesen keretapi. Saya dah gembira sebab dah Nampak CS dari sisi tepi pula. Oleh sebab, taknak stay lane kanan je, saya dah tersasar lagi. Saya masuk lane Woodland. OMG!!, ni jalan nak pergi Singapore. (Kema, your wish come true) saya tak boleh cuak lagi. Jalan memang sangat sesak.(nasib baik kereta U auto Yang). Saya terus lagi dan stay kanan je. Kalau masuk kiri alamat kena jual nanti. Saya masuk je mana-mana lorong Yang saya suka. Akhirnya, saya keluar dekat depan Cosmopoint. Saya terus ambil lane yang sebenar dan walla… saya dan Kema sampai dekat CS akhirnya…YAY! Kami pergi tengok Antoo Fighter. Kelakar la juga. Lepas tu kami jalan-jalan cari souvenir dan decide nak makan dekat luar.

Dari CS kami terus balik Tmn U. petang tu kami makan goreng pisang dekat belakang Pasar Awam Tmn U. dekat Tmn U ni nak cerita sesat memang penat. Padahal jalan dia pusing-pusing situ je. (now I know Yang, tak payah marah-marah lagi) lepas solat asar, saya fikir nak pergi cari kain Kema malam nanti je dengan Dak Yang sekali. Tapi, macam biasa la. Pergi Skudai Parade sekarang, nanti malam lepas maghrib datang sini ambil abang kita terus pergi dinner. Saya pun dah penat badan mengharung jalan tadi, gagahkan juga diri pergi keluar semula. Badan ni semacam tak rasa badan lagi. Saya rasa saya dah bertukar jadi obor-obor. Mata sangat ngantuk, kaki dan punggung dah bercerai dari badan sendiri. (apa akan jadi pada saya nanti kalau semua dah bercerai-berai) Last-last saya duduk dekat tengah-tengah pentas dekat Skudai Parade tu. Sekarang, saya memang tak mampu nak mengawal keseimbangan badan. Memang kaki dah lari alignment dan punggung nak duduk je. Balik je, saya terus tidur tak ingat dunia tapi ingat nak makan dekat Stulang siakap stim limau bersama-sama burung puyuh goreng kunyit(saya tengah maniac dengan burung puyuh sebab baru belajar makan dan rasanya sangat delicious U know). Sampai Dak Yang call pukul 9.

Taknak pergi makan ke?

Gurl tak larat la

Tu la, baru tau. Selalu goyang kaki je duduk dekat sebelah. Siap tidur-tidur lagi.

Abang, ambil la kita orang. (tapi kereta dekat saya)

Ha, cepat ambil abang…

=( dictator!!

Monday, February 2, 2009

Bersamamu..TV3

Tolonglah kawan-kawan calonkan nama saya dalam rancangan bersamamu tu..

Sebab kenapa tau??

Sebab saya memang layak sangat. Di antara sebab yang melayakkan saya ialah

1. 1. Dalam purse baru(halamak siap ada purse baru, tapi nak masuk bersamamu..ha ha. Purse tu hadiah befday ok!)saya ulang semula, dalam purse baru ada seposen je!!(sadis bukan??)

2. 2. Saya makan dekat kantin takda order air pun. Saya minum air bekal je.(selama ni, air dalam bekal air tak pernah surut. Tp sekarang sampai kontang!!)

3. 3. Setiap kali masuk kantin, saya mesti kira duit sebelum membeli..(haiyyohh..bergenang tak air mata kawan-kawan? Kalau dulu main sebat je ikut sedap kerongkong)

4. 4. Saya membawa bekal dari rumah. Guna bekas yang murah tu.

5. 5. Sekarang saya kerja buat kerja part time. Ambil upah masukkan data dalam SMM (punya lah pokai!)

6. 6. Saya dah terputus hubungan dengan dak yang (eh, cam tak kene je)

Tp, sebab yang terakhir tu lagi membuatkan saya melarat dari sebab-sebab kat atas tu. Jd organisasi yang berkenaan. Tolong buka mata dan beri bantuan anda secepat mungkin. Sebab saya sangat memerlukan bantuan.

IPTHO

Mana elaun saya. Tolong la keluarkan cepat. Tak kesian ke dengan saya? Kalau nak tahan elaun budak lain.takpa, saya takda masalah pun. Keluarkan elaun saya..plishh(siap begging lagi!!)

DIGI

Kenapa DG terlibat? Sebab dia dah sekat panggilan keluar saya!!(OMG).. jahat seh orang kuning gemuk tu. Takda nak datang bila saya memerlukan. Kata “bersamamu walau kemana jua!!” saya dekat rumah, dia takda datang pun? Tolong jawab ye wakil DG

“anda dah guna sampai kredit limit!!” orang kuning gemuk tu sound saya balik

CISS!!

Sapa yang curi-curi pakai hp saya ni?

For the past few days, saya sangat terseksa jiwa n soul. Sebab saya dah tak boleh nak pegang hp secara suka-suka hati dan call dak yang secara suka-suka hati tak kira waktu. Saya dah tak dapat nak buat wake up call untuk dak yang lagi. Saya dah tak dapat buat sport check secara terjah pada dak yang lagi. Saya dah tak dapat nak mesej secara maniac pada dak yang lagi. Banyak sangat benda yang selalu saya buat dan tak dapat buat lagi. Semua sebab orang kuning gemuk. Kedekut la!!

Saya baru je guna tak lebih RM500 pun la!! (asik nak jerit tak puas hati)

Semalam moment paling sedih la. Anda bayangkan..(kalau taknak pun takpa)

Satu hari tak dapat nak hantar mesej atau terima mesej kepada yang tershyang. Lepas itu, tak dapat buat panggilan atau terima panggilan dari yang tershyang. Jadi kredit yang ada pun kena cakap secara flashman. Tak sampai 2 minit. Jadi, semalam saya crying bagai nak rak bila dapat dengar suara dak yang. Bukan dia dekat overseas pun. Ade kat selatan tu je. Tapi keadaan ni la..(aik, marah keadaan ke yaty?) tp, masa saya menangis bagai nak maniac tu. Boleh dak yang dengan selamba ya ya dia cakap

“abang suka kalau sekali-sekali kita macam ni”

=’( “kenapa? Tak sanggup la macam ni”

“selalu guna tak ingat. Selagi boleh dial, selagi tu ditekan je hp tu”

=’( “janji, dah tak buat lagi”

“ala, gurl tu tahan sebulan je. Lepastu dah tak ingat”

=’( “dah tak dah, tak sanggup susah sangat macam ni”

“Tuhan baru tarik sikit nikmat tu. Selalu asik senang, goyang kaki je”

=’( “dah tak buat dah. Susah nak cakap dengan abang”

“pegi la call Kmar ke, Eca ke.. pegi la. Sekarang baru tau nak call abang je. Sebab tu abang suka macam ni”

=’( =’( =’( ‘tak dapat nak cakap dah. Sedih sangat’

(bf saya memang no mercy. Menangis la sebanyak sebaldi pun. Peril tetap peril. Takda nak pujuk)

Hari ni saya memang tak dapat nak contact dia langsung. Kredit tinggal 15 sen. (Maxis ni pun nak kene gak ke?) saya menggunakan messenger saya. (Tq midi). Pesanan saya sungguh sadis. Agaknya Midi pun tak sanggup nak sampaikan. Ha ha. Tapi ayat propa saya menjadi. Saya dapat topap dari jauh. Terima kasih juga pada Dak Yang. Tapi macam biasa la..

“tq shyang”

“ha..dapat tak topap seratus dari abang? Abang kan baik, topapkan gurl sampai seratus”

“abes, abang sayang gurl tak?”

“kalau tak sayang takkan nak topap sampai seratus”

(bf saya memang mean!!)

Jadi, berdasarkan cerita saya yang sengsara di atas, boleh tak calonkan saya masuk bersamamu? Tolong lah!!!