Monday, December 14, 2009

Yang Tertangguh

Esok sudah mahu berangkat ke Bukit Merah & Penang. Sengaja buat entry terakhir sebelum pergi cuti. Walaupun malam dah makin larut pekat likat macam kopi O. sedapnya dapat minum kopi panas. Tapi aku bukan minum kopi pun. memang sengaja tulis perkataan tak bermakna supaya entry jadi lebih panjang. Ok stop it. Sepatutnya melakukan aktiviti packing tapi I lazy. Suruh berkemas memang lah malas. Bila sekali dah berkemas, macam tak cukup 1 beg nak bawa. Saya dinasihatkan Pack Light. kalau tak junjung beg dalam kereta. hahaha.

Hari ini azam sangat kuat suruh saya memasak. Dengan dorongan En. Azam tersebut (bukan BF saya) saya gagahkan diri cuba resepi baru. Bukanlah baru sangat dan bukan baru dapat. Cuma baru terlintas nak cuba je. Mempersembahkan "Rona Roni Makaroni Bakar Barcelona". Nama tak kalah. Rasanya? Entah sebab pukul 12 malam baru siap bake. Yang menunggu dengan kelaparan semua dah bergelimpangan tidur bersama saliva meleleh-leleh. Semua macam tak sabar tunggu makaroni siap. Aku je yang malas nak tunggu sebab dah ngantuk. Tapi, sebab air tangan sendiri, kena la tunggu sampai siap. Bila dah siap, aku je yang excited sorang-sorang rasa. Yang lain dah rasa dalam mimpi.

Dengan penuh semangat nak upload gambar Rona Roni Makaroni Bakar Barcelona sulung saya, lepastu ada masalah dengan lappy. Dia tak dapat detect apa tah. Malas nak tanya dia. haha. Akhirnya, saya give up selepas beberapa kali percubaan (cuma sekali je, pastu I malas layan) Tunggu lah bila En. Sibuk (yang ni BF saya tapi bukan nama sebenar) tak sibuk lagi, saya mintak dia tolong lakukan sesuatu ke atas Lappy ni. Beliau tak bagi sebarang orang pegang lappy neh atas sebab-sebab kurang diketahui. Sekali kena marah dulu, cukuplah. Kalau ikut hati ni dah lama nak hantar lappy pergi laundry sebab dah comot sangat. Euuwwww.

Malam ni Dak Yang sibuk pindah rumah sewa. Eh, ada sesi luahan perasaan pulak. takpa, taknak baca pangkah saja. Tak mengapa. Rasa macam sedih sangat for the past few months ni rasa terabai sikit. Kadang-kadang keluar mentol malap fikir if Dak Yang bekerja sebagai apa-apa aje selain dari yang beliau buat sekarang mesti beliau banyak masa untuk diriku kerana diriku begitu berharga. *^^%#@. Lepastu cepat-cepat cerahkan mentol malap dan sedapkan hati sendiri. Untuk masa depan juga Insyaallah. Harap sangat takda Bulan Januari. nak terus bulan Februari boleh ka?

6 feedback:

Sharinginfoz said...

selamat bercuti....

myza said...

biasa la perasaan
"terabai" tu wajib ada biila si dia busy or tension(exam) dll..So time ni la ujian nya.Harap tabah yer..Asam garam kehidupan*wink wink*

Framestone said...

oh nk itot... nk itot gak huhuhu.... he...23x bestnye huhhu

nie yg wat bro rase nk request cutik.. dh seminggu cuti mesti nikmat he...23x

sebut pasla azam2 nei kan... bro ade wat contest pasal azam... moh la join huhuhu...

out of topic--> cendol pink itu cendol ape ek??? sedap ke???

eh susah2 je add link blog bro huhuhu.... hope sudi2 la jejak ke blog bro yang banyak merapu nie... salam kenal dari bro...

www.broframestone.com

zaradgreat said...

wah!
best nye nak pergi holiday!!
nak ikut!!!

tape2.
dia saja nak watkan yaty rindukan dia.
eceyyyy

poyaty said...

Sharinginfoz : thanx

Myza : thanx. kena la tabah. kalau tak susah. hehe

BroFramestone: nnt saya join ye insyaallah. hehe

zara: jum zara jum g holiday. hehe

cIk pEnNa said...

beshnye g bercuti..
jgn lupe upload gambo ye nnt.

;)