Sunday, December 6, 2009

How I Spend My Friday

Macam anda nak tahu sangat how i spend my Friday. Tapi, takpa demi blog yang rongak-rongak tak ber-update bersawang, berhabuk aaacchumm bagi lah update sikit. Banyak kalau rajin lebih.

Jumaat (4 Dis 2009)

Bergerak gerak gerak gerak khas bagi sound efek sikit. ok bergerak menuju ke Sungai Besar, Selangor. Bukanlah berseorang diri (macam lepas sangat bawak diri sendiri pergi jauh sikit dari rumah) tapi bertiga yang terdiri dari Kak Adah yang comel dan Abang Wahid yang montel. Dengan seluar tidur yang pendek saya pergi ambil kek dari Kedai Kek. haha. Kek dah lah berat, 2 tingkat lagi. Eh, eh kek apa yang bertingkat-tingkat neh Yaty? bacalah semua episod blog bersiri ni kalau nak tahu. Kalau taknak tahu pun pasti anda akan terbaca jua lambat laun. Mesti ke ada ayat membazir wujud bila kata nak update sikit? *@$%#&

Lepas ambil kek, terus pergi sarapan. Apalagi kelam kabut lah sarung seluar panjang dekat luar tu? Takkan sanggup pakai seluar pendek tidur tersebut di khalayak ramai. Macam tak manis sangat. Lepastu jalan macam robot sebab seluar double. Gemuk! takyah cakap pun dah tahu.

Kami pun menuju ke destinasi yeah yeah.. tetiba sangat!! Sampai sana terus hantar kek ke rumah tuan dia dan terus menuju ke rumah mertua abang montel atau dalam erti kata lain rumah ibubapa kepada kakak comel. mesti ke Yaty, mesti ke nak explain macam ni? haha. Duduk di sawah padi yang tengah menghijau. Perggh, heaven. Too bad tak sempat nak capture apa-apa.

Pukul 3.++ menuju ke masjid pula untuk solat Jumaat (?)

Sebenarnya adalah hari Pernikahan Kawan Baik Saya. (Tajuk karangan hari ni)

Sebenarnya itulah dia. Kawan baik dah kahwin. Hep, jangan tanya, Yaty bila lagi? Jangan. Sebab dalam hati dah tak tahu nak jawab macam mana. Ok Ok. Ni bukan cerita pasal kau lah.

Kawan baik atau nama dalam IC dia Nurul Akmar dah nikah dah dengan pilihan hati dia, bukan hati saya yang bernama Mohd Azmir. Muka mereka sangat seiras, saling tak tumpah. Kahkah. Dan saya lagi sekali tak malu rasa nak semua attention yang ada pakai nak sedondon dengan pengantin. Mengada si Yaty, jangan jemput dia kalau kau kahwin. Nanti dia pakai songket sama. haha. Shut up.

Pak Imam macam benci gila bila tanya "mana satu pengantin dia?" Aik, takkan la pengantin yang bawak muka tak siap, tak pakai cincin, takda bunga tangan (nak jugak?) ni. Mesti lah yang ada bulu mata palsu tu. hahaha.

Perasaan masa tu, eh eh ada orang tanya kah perasaan anda? haha Saja gedik nak cerita perasaan sendiri yang sangat tersentuh bila dengar khutbah nikah semua. Kemudian, bila dengar akad dilafazkan syahdu sangat. Lepastu macam biasa pengantin perempuan akan rasa terlalu gembira sampai menangis. Aneh bukan? Tapi, belum cuba belum tahu. Nak cubakah apa perasaan sewaktu bernikah? Nanti je. Hampir gugur juga air mata tapi tahan dalam hati nanti Pak Imam musykil lagi, siapa pengantin? yang dia nangis lebih-lebih kenapa? hahaha. Tapi, hati sebak sangat. Betul lah orang kata dalam majlis perkahwinan yang patut di hadiri ialah acara pernikahan. Touching habis.

Lepas selamat nikah terus pergi outdoor photo shoot. Nama pun foto. Tengok saja tayangan gambar di bawah. Lately sangat generous nak bagi entry beserta gambar. Esok-esok malas, satu titik pun tak nampak dah. ok Yaty ok.

Ok, Saya bukan .....
HAHAHA






Waktu yang penuh dengan debaran
jeng je jeng
Sekali lafaz je. Tahniah!

Am so proud of u Darling
Finally, u've become a wife to your husband
be a good wife

Pengapit & Pengantin
Lovely
HAHA

Nurul Akmar Sang Pengantin
Beliau sangat wow!!


TAHNIAH AKMAR & AZMIR
SEMOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA

6 feedback:

zaradgreat said...

memang wow!
tapi memang lah yaty
kalau tak tengok 2 kali mesti konpius mana satu sang pengantinnya..
hehhehe..

btw,,
congrats kepada mereka!

Jard The Great said...

wow.. serba putih gituu.. ehehe.. tahniah buat mereka!

suezensuzanna said...

pengapit x makeup ke nih?? muke pucat je cik pengapit nih~_~

Binjaie said...

Salam,

wow yaty ble lg?

EyEdA said...

kak kema da kawen
akk biler lg??

azri_na jaid said...

yati jgn selalu sgt jd pengapit nnt awak x kawin..org cakap xleh lebih 3 kali...:)