Tuesday, December 29, 2009

Bridesmaid's Diary

Sebelum Majlis


Bayangkan bayangkan, anak dara manis pujaan gadis-gadis. Ewah. Kenapa anak gadis pulak yang gilakan kau? Sebab takda anak teruna yang nak gilakan dia ni. Blerghh. Ok ok. I yang takda experience langsung dalam hal kahwin mahwin boleh pergi bagi pertolongan dekat seorang kawan yang nak berkahwin. Very bad idea. Tapi, I bukanlah tolong dia set up berapa ramai yang datang, katering, khemah semua. Bukan bukan. Gila apa, nanti I order makan untuk 2 orang je sebab bukan I tau sangat berapa ramai tetamu yang datang. Lagipun, I bukan wedding planner. Pertolongan yang dimaksudkan dekat sini ialah dari segi benda yang I suka buat dan tengok bila datang kenduri kahwin. Apa gedik ber I-I sekarang. Ni nama dia entry nak cepat. Sebelum tu tatap dulu wajah bridesmaid bawah ni. Benciii, jeritan hati anda. HAHAHA



Ok, dah? Sambung balik cerita. Sebelum tu nak cerita pasal baju yang dipakai tu. Saya sengaja tumpang gantung baju dalam almari pengantin. Well, orang-orang kan suka jengah dalam almari nak tengok baju pengantin kan. Semua bajet baju saya tu pengantin punya untuk malam berinai. haha. Esok hari, masa saya bersiap dekat bilik sebelah, ramai makcik-makcik selak langsir pastu cakap, "nak tengok pengantin, nak tengok pengantin". Ok makcik, takkan pengantin yang bersiap sendiri, mekap sendiri, pakai tudung benget-benget sendiri. Bukan saya makcik pengantin itu. Sengaja buat selingan.




Benda-benda yang saya lakukan untuk pengantin sebelum majlis

1- Booked kan juru mekap
2- Tempahkan Muffin untuk door gift
3- Tempahkan kek Foundan double storey. kehkeh
4- Bawa pengantin cari baju batik, cari kedai emas untuk hantaran yang end up dia dapat set make up Estee Lauder untuk diri sendiri. %^##$!$%&
5- Bagi idea sikit-sikit untuk baju bersanding. Oh, now am a fashion designer too.
6-Carikan anak tudung Ariani untuk majlis nikah & sanding. That was my idea too.

MAJLIS AKAD NIKAH



Terhegeh-hegeh dari Klang bawa kek besar gila bersama lebihan muffin yang tak muat kereta semalamnya. Pengantin pesan suruh carikan inai sekali. Pheww. Berpeluh jantan betina semua keluar sebab nak tolong pengantin punya pasal. Nampak tak, bukan I datang terhegeh-hegeh bawa muka manis nak sidai tepi pengantin. No no. Banyak kerja pengapit ni sebenarnya, tapi takda lah sampai kalahkan kerja mak pengantin. Kalau macamtu baik I je yang bersalam kaut dengan tetamu semua. Ok, memang tak kelakar.

Majlis akad nikah saya dah cerita dekat entry yang ini


Lepas majlis akad nikah, sesi outdoor Photoshoot. Lokasi dekat, eh, dekat mana heh? Dah lupa. Al-maklumlah majlis dah lama. I simpan konon-konon cerita ni boleh jual 4 juta dollar ke apa tah. HAHA. Sepanjang sesi-sesi bergambar, banyak kali lah I kena pindah tempat sebab tempat yang pilih nak landing punggung mesti tempat terbaik untuk bergambar. Pheew, leceh jadi pengantin neh. Macam tak sanggup nak lalui je. Poyo tak? Padahal dalam hati, bila la aku dapat kahwin neh. HAHAHA



Malam Berinai


Kerja bridesmaid ialah gosokkan baju pengantin. Kesian pengantin tak dapat rehat langsung. Mekap pun secara tidur dah. Kesian sangat I tengok. Memang tak dapat rehat. Untuk malam berinai, I tak ambil job jadi pengapit. I duduk tepi sebagai penonton. Memang mata dah kuyu je. Ngantuk seh. Tapi, takkan lah I nak pergi tidur dulu. Tak manis bukan pergi rasmikan katil pengantin. But, I did it. HAHA.

Masa Makcik tu panggil siapa lagi nak tepung tawar, I was like excited habis dengan Sara nak pergi tepung tawar neh. Tapi rupanya ada sesi interview pulak dengan soalan lazim "Dah kahwin ke belum?" Of course la belum makcik. And makcik tu pun cakap anda gagal, sila cuba lain kali. HAHA. Mana boleh anak dara pergi tepung tawar. Beliau kata tak manis. Ok, lepastu kitorang give up dan pergi tengok Anugerah Skrin. HAHA. kempunan betul.



Me, Kema & Sara (pengapit malam berinai)


MAJLIS PERSANDINGAN

Me, bangun pagi (sebab malu kat rumah orang nak bangun lewat. Pengantin takpa, ni rumah dia. Suka hati dia kalau dia taknak bangun sekalipun) Keluar rumah,

1)Buat bunga manggar, cucuk-cucuk dekat span. Suka hati aku je nak design macam mana. Bajet yang tu paling cantiklah. Bukan mereka kisah pun. Mereka nak tengok pengantin.

2) Tolong angkat Arch dan letak di depan pagar rumah. Dengan gagahnya saya angkat bersama kakak ipar pengantin siap nak tumbang-tumbang, lepastu apa lagi jerit gedik-gedik lah. HAHA

3)Tolong urut-urut kan kepala pengantin (beliau makan lambat, lepastu angin dah naik satu badan. Pening dan muntah pun menyusul lah) Kesian sangat dengan beliau, jadi saya picit-picit kan la kepala, badan dia semua. (Kemudian saya dapat mesej terharu dari pengantin sebab urutkan beliau) HAHA aku kan kawan terbaik.

4) Tolong pakai kan baju. Sebab nak jaga sanggul rambut. Ughh seksa betul.

5) Sendukkan nasi pengantin, lauk semua sampai I makan pun tak kenyang (sebab lauk jauh) Tapi, ada la orang tu kata I makan penuh bersemangat. Tension gila. Padahal ada lagi orang lain yang makan sepeha ayam tau. (masih tak puas hati) haha

6) Layankan rakan-rakan pengantin sebab pengantin tak sempat nak layan semua tetamu. Jadi, nampak jugalah I sibuk kehulur kehilir bersenang-senang kemudian, Ok tak kait pun. Bagi door gift semua.

Jadi, boleh jadi tips untuk mereka-mereka yang nak jadi bridesmaid. Bukan datang cantik-cantik tayang muka atas pelamin. Cannot. Kita kena bantu penganti yang alam kesusahan. Macam Wonderpets. I reach my limit (kot, sebab my beloved kezen kata, boleh jadi pengapit 3 kali je) Oh, I still wanna be your bridesmaid Kez!!. U promise. AHAHAHA.

Tamat dah. sebab dah laparrrr!!!

2 feedback:

Jard The Great said...

ehehe.. panjang entri

asna cute said...

ha ha ha~ yg pengapit tu biler lg nie?