Thursday, December 31, 2009

Back To School

Start meeting 8.00
.
.
.
Habis meeting 1.00


Bayangkan-bayangkan. Betapa lumpuhnya kena duduk selama berjam-jam (pergi toilet sengaja-sengaja 2 kali, sekali cuak sebab takda tempat duduk, sekali lagi sebab tudung dah bersepai. Punya tak boleh duduk diam sampai kakak belakang jerit, "Yaty, tudung dah jatuh!!!". Macam mana aku pakai tudung sampai boleh jatuh?)


Bila dah sebulan lebih tak jumpa, habis lah semua cerita yang dah dijilidkan dalam beberapa jilid nak di muntahkan semua. Ambik kau, sampai cramp-cramp mulut cerita. Bila dah penat, berenti jap, fikir bab seterusnya. HAHA. Yang dengar pun naik muntah sama. End up tak tau siapa nak dengar siapa cerita. Ah, bosanlah cerita meeting bosan.


Tahun depan dapat ajar kelas hujung. gembira tak terkata T___T TSK TSK speechless!!. Semua perasaan bergabung, MELETUP!! Kelas ke 11 out of 14. Nak kena siapkan, rotan, pembaris, pisau, tukul, apit G semua. HAHA. Ni Mafia ke Cikgu tah ni. Salah, salah. Nak kena siapkan banyak BBM (bahan bantu mengajar) biar senang faham apa yang cikgu merepek ni. haha


Yang buat tak best sebab kena mengajar SENI. Owhhh, Subjek yang paling di benci lah ni. Dulu masa sekolah, bila seni je, siap lukis mesti konyok dan simpan bawah meja. SAYA TAK TAHU MELUKIS. SAYA TAK SUKA SENI.( nasib tak dapat muzik, kalau tak ajar budak nyanyi lagu Lady Gaga) Sanggup lagi berpanas dan berhujan (lagi suka) untuk ajar Jasmani. Cikgu kena siapkan contoh, senang budak nak tiru. Masalah yang timbul bilamana lukisan budak lagi cantik dari cikgu punya. Cikgu akan tambah malu bila, budak tak faham apa cikgu lukis. Eh, barulah seni nama dia. Lepastu boleh jual dekat Balai Seni Lukis. UGhhh, Tertekan.


Cikgu rasa nak pencen awal. T____T (gediklah cikgu neh)


Esok ada gotong-royong. Jadi, ambil keputusan nak decorate kelas dengan Tema "PINK IS SWEET" lagi gedik macam ni. Kitorang nak ubah kelas "OVEN" (panas sebab ada kipas 2 je) jadi macam rumah dalam 'Laman Seri". Biar murid ada semangat nak belajar ditambah dengan cikgu yang "sweet" jugak. Hmmpss


Esok dah masuk tahun 2010, Ok semua pun tahu. Azam simpan dalam hati, kumpul dalam diari. Azam yang sama jugaklah. Cerita azam esok-esok.


Letih otak, nak tidur zzzZZZzzz


Selamat Tahun baru
2010



2 feedback:

MisZ DeAnNa said...

slmat kembali ke skolah yee cekgu..

hihi

Poyaty said...

thanx deanna hihi