Tuesday, November 10, 2009

Semua Cikgu Jadi Monster

Waktu kejadian : semalam.

Setengah hari suntuk (sebab tak boleh cakap satu hari suntuk) ok ok we get it, kau kerja setengah hari. Hmpp. Kami Guru Malaysia, berikrar dan berjanji. *Nyanyian sebagai iklan. Saya dan rakan-rakan guru lain duduk dalam kelas men-settle-kan hal-hal Skim Pinjaman buku Teks (SPBT). Ni bukan skim cepat kaya ke skim gores dan menang WTH

Kami pun. Ok mungkin tak sesuai kami kot. Mungkin saya seorang je yang melalak macam tarzan tak cukup makan. Saya pun dah macam Ah Long. Kami bukan Along, kami cuma nak tolong. Sebab bagi pinjam buku dekat budak-budak. Tapi bila pulangkan buku tak cukup memang siap ah dia. Siapa duduk tingkat atas tu yang tak dengar suara nan gemersik ni menjerit mendayu-dayu. oooOOO000OOO

"DAH PESAN DARI MINGGU LEPAS KAN. MACAM MANA BOLEH LUPA!?"
"APSAL BUKU HILANG? TAK BERTANGGUNGJAWAB YE!?"
"SIAPA BISING CIKGU TAK BAGI BUKU TAHUN DEPAN!!"
* semua dalam nada High Pitch Ziana Zain berserta ugutan

Semalam memang sangat lelah. Panjat tangga untuk ke kelas yang berada di puncak dunia. Ceh, yang berada di puncak kejayaan. Kemudian turun bawa budak sekali dan panjat tangga lagi untuk ambil buku di Tahun 3 yang berada di puncak kejayaan yang lain. Kemudian turun dan naik kembali ke kelas. Kemudian turun balik untuk makan~solat~rehat. Panjat balik tangga untuk kira buku baru. Perghh, naik semua otot kaki. Kalau betis I tak langsing, tak tahu la.

Pukul 5.30 semua urusan selesai dan tak sabar-sabar nak angkat kaki *lagu dangdut Shida. Masa ni hujan Masya Allah. Lebat sangat. Sebelum angkat betis langsing, pekik-pekik bagi pesan siap-siap, lawan bunyi hujan. nak tercabut anak tekak. "Jangan sesiapa keluar, main-main kat luar. Nanti kalau kena kilat petir, sakit wooo. Nak kencing pun tahan." Hebat tak, hebat tak. Cikgu memang kena pandai Psikologi budak. Kalau tak pesan, baru selangkah kita keluar, ada dah yang basah lencun main hujan.

Semalam, bump je dengan semua guru kelas, muka memang tempe basi ah. Semua stok bercakap dalam nada High Pitch Ziana Zain. Pastu semua nak jadi monster dan makan budak. Tangan memang ringan je, seringan kekabu. Siap bagi perbandingan. HAHA. Buat perangai annoying je, memang kena la dengan tamparan wanita. Memang sangat melembikkan hari semalam. Muka ketat dan hilang senyuman kemesraan, keibuan, kewanitaan. Semua takda. Yang tinggal muka kau~nak~kena~telan~dengan~aku~hidup~hidup~kalau~kau~cari~pasal. HAHAHA. Eh, saya memang serius.

Sambung semula kerjaan di Bilik Guru dengan mengisi report card. Siapa kata jadi cikgu senang? Meh sini meh nak piat telinga dia sambil cakap, takda kerja yang senang I tell You. Semuanya perlu komitmen yang tinggi. Bukan boleh duduk goyang-goyang kaki sambil gossip sana sini. Saya pun tak sempat nak angkat muka nak saksikan panorama alam dekat sekolah ke apa. HAHA memang tak punya masa.

Ok galeri foto sebagai penutup.

Ni Work station ke Workshop?
Siap dengan coklat zaman bila tah

Nak cakap dengan orang seberang kena jerit sikit
Sebab I bina Tembok Cina kat tengah-tengah.
HAHA
Jangan simpan muka Gemuk ni dalam hati
nanti ada yang jatuh hati
*pantun 2 kerat
Kalau dia bagi I space Guru Besar tu,
lagi panjang signature artis neh.

Sekian.
Tiba masa anda pula bekerja
Saya nak tidur.

3 feedback:

zaradgreat said...

hhohooh
berdedikasi sungguh!
hehehehhee

coklat tuh student bagi ke?
hehehe

cottoncandy said...

adeh
nt cud pn mst cm gk kn...
hurmm

poyaty said...

dedikasi lah dah nk akhir thn ni. haha. zara coklat tah sapa pny tah

cud: klau da name cikgu same je kerjanya. haha