Sunday, November 22, 2009

New Moon Fever

Betul-betul hari pertama cuti sekolah, saya terus collapse with running nose, cough and fever.

Mungkin terlalu kuat bekerja for the past few weeks. Mungkinlah. Mungkin juga sebab hari-hari kena hujan. Dari bilik guru nak ke kelas memang jauh i tell you. Kalau nak main teduh-teduh bawah bumbung akan jalan lagi jauh. Anda mungkin tahu I lazy. Mungkinlah. haha. Jadi, jalan malas yang tak selamat sangat ialah redah hujan. Ingatkan saya punya pasukan antibodi yang kuat yang boleh lawan hujan. Mungkin tidak. Saya kena tajamkan skill pasukan antibodi saya biar dia boleh lawan ribut taufan sekalipun lepas ni. OK. Orang demam memang suka fikir sejauh mungkin. Mungkinlah.

Owh, tahukah anda apa yang saya lakukan for the past few days sampai blog terbiar macam rumah kosong? haha

Saya sedang berada di dunia VAMPIRE oh, not again Yaty. Yes again. Saya berada di fasa kedua sekarang. Menghayati dunia vampire sebenar. Malas baca blog dia neh. haha. Habis je baca Twilight, saya terus berlari ke MPH berdekatan untuk dapatkan New Moon. I lari betul tahu. Bukan takat lari-lari anak lagi dah. Bayangkan, bayangkan.

I bagi semua bintang yang ada dekat langit
(Sengaja fokus muka kesayangan saya)
Tertunduk malu
Dia ni asik-asik main bintang
Pffrtt

Saya juga rupanya sedang dilanda The Twilight Saga: New Moon Fever

Can't wait!!!!

Tahun ni boleh di bilang dengan jari sebelah tangan berapa kali saya pergi menonton wayang. Yang paling nak tengok sangat kalau tak akan menyesal sepanjang musim sebab tak pergi tengok pun cuma Confession of a Shopaholic & Harry Potter. And now saya sampai demam-demam nak tunggu sequel Twilight. Oh, tahukah anda, celik mata saja saya terus Play Twilight di Real Player. Dalam sehari tengok Twilight berapa kali pun tak ingat dah. hahahaakumabuk.

Hopefully sangat dapat sihat sebelum konvokesyen. Yay, saya sudah mahu konvo. Sangat excited. Sesiapa yang dekat dengan Putrajaya, do come. Jangan lupa sejambak mawar merah. HAHAHA.

4 feedback:

zaradgreat said...

haahhaha.
tau xpeee
tak sabar new moon kuar.
haish!

cottoncandy said...

convo ktne 2 yaty?

suezensuzanna said...

poyaty...sila jaga ksihatan anda yer..huhuhu....jgn kuat keje sgt:)....

poyaty said...

zara: me too. owh, over excited

cud: convo di PICC. dtg lah.

SUe: i will, skang sedang cuti rehat. yahooo