Tuesday, November 3, 2009

Malas Benar

Kenapa dah lama tak memblog?
Kenapa dah lama tak buka blog?
Kenapa dah lama tak berkunjung ke blog kawan-kawan?

Jawapan: Saya bukan lah malas sangat. Tapi lazy sedikit.

Saya sangat malas nak membuka lappy dan melayari internet. jadi, blog sedikit terbengkalai. HAHA. dah lama tak pergi baca blog kawan-kawan. kawan-kawan pun macam benci sebab kejap ada, kejap hilang. well, sangat magiclah bukan? bila malas datang bertandang, sumpah semua mood pun melayang tah pergi mana. bayangkan eh, bayangkan dah pegang losyen dengan niat nak melosyenkan kaki dan tangan macam rutin harian, tapi sebab malas punya hal, aku letak balik dan pergi tidur. HAHAHAKUMALAS

saya malas pun ber-reason:

1- Kerja terlalu banyak. bila dah nak akhir tahun, tu kan perkara biasa. budak nak pindah kelas tahun depan. fail semua nak kena asingkan. almost 5 years dah bergelumang dengan kerja-kerja neh. bila akhir tahun je semua cikgu jadi curser sejati. budak terlanggar lopak air terpercik dekat cikgu dia, memang kena lah dia. well, jangan main-main dengan golongan cikgu bila tahun nak berakhir. HAHA

2- Bila kerja dah banyak, saya pun mulalah dah tak ingat dunia. khusyuk pandang bawah je. tak toleh dah kiri kanan. memang tertinggal dengan gosip-gosip hangat (Hal dinner memang tengah hangat sekarang) itu pun saya tak tahu. kalau orang tak kecoh-kecoh. memang sumpah ah katak bawah meja. satu benda pun tak ambik tau. semua sibuk cari baju dinner, tudung, kasut. saya relax jah. siap pakai baju recycle je nanti. tunggu 7 November 09

3- Bila khusyuk kerja di siang hari akan jadi penat di malam hari. malam pulak saya dah susun jadual rancangan TV. jadi mula dari 8.35 sampai pukul 11.00 nanti dah spend masa depan TiVo. dah nak dekat pukul 11, mata pun dah nyawa-nyawa ikan, badan dah letih beneran. naik atas je, KABoooM atas katil. tak peduli dah hal-hal lain. Hp pun kadang-kadang saya switch off sebab taknak gangguan. saya sangat perlukan rehat itu. eceh, mengalahkan pekerja ladang je. teruk betul. kau pergi jadi cikgu ke cabut rumput kat padang neh? HAHA

4- esok pagi akan ulang rutin yang sama. dari 1 - 3. sebab tu tak sabar nak habiskan 15 hari je lagi sesi bersekolah. lepastu sesi bercuti sakan. YAHOOOO!!! dah lama tak main yahoo yahoo dalam blog. kalau dah stress kerja takkan kau nak beryahoo, yahoo pulak kan. cepat lah cuti. cepat.

kalau kerjaan saya tak selesai pada targetnya, saya dah takda masa lain lagi. tinggal 15 hari saja. sabar deh. blog pun sabar. nanti sepanjang 2 bulan cuti, hari-hari akan tercongok depan blog tunggu anda-anda semua update pulak. HAHAHA. pastu akan tinggalkan komen panjang-panjang sampai anda semua tak hingin nak baca. pastu anda semua akan get annoyed dengan saya. Prrffftt.

ok, sekian macam bosan!!

4 feedback:

Jard The Great said...

hehe.. at least terhapdet jugak

po+yaty said...

hehehe..akhirnya

zaradgreat said...

hehehhehehehe
tape yaty,,
i still menunggu u update blog u
cewahhhhh


hahahahaha

po+yaty said...

thanx zara sbb sudi menunggu depan blog i. ceh. hahaha