Monday, November 30, 2009

Khatam Sudah


Cerita pasal konvo sambung kemudian hari sebab Lappy ni dah nak kena campak dalam longkang. Ughh!! Tension sungguh bila kita ngamuk-ngamuk, dia buat muka stone je. tak bersalah. Lembab gila. Teruskanlah, teruskanlah... tiba-tiba jadi Agnes Monica. Dia tak tahu tuan dia dah keluar taring semua. Eceh, sejak-sejak duduk dalam dunia Vampire ni semua nak main taring je.

Of course lah saya sayangkan Lappy neh. Pemberian babah yang akan dihargai terus. Tapi, kalau lawan lumba lari dengan kura-kura pun dah tentu kura-kura menang, hati mana yang boleh cool saja dengan keadaan itu?!! Bosan lah cerita kura-kura.



Macam biasa, bila saya menghilang tanpa khabar. Macam ada yang tanya khabar je. Saya pasti tengah dalam zon yang tak mahu gangguan. Zon bebas cukai kah? kahkahkah. Bukanlah. Sedang dalam episod terakhir dunia Vampire. Sedang struggle menghabiskan 754 muka surat Breaking Dawn.

Masa tengok New Moon hari tu, for the 1st time in my life lah tengok movie sorang diri. ALONE. Loser gila heh. Tapi, what to do, sangat desperate nak tengok juga-juga. Tak boleh dah nak tunggu kawan-kawan free. Nasib baik orang sebelah I pun sorang diri juga. Jadi, taklah rasa teruk sangat. Actually, pergi dengan my siblings, tapi sebab manusia punya selera yang berbea-beza. I sanggup duduk sorang diri. Yang lain pergi tengok Senario The movie. WTH?!

Semua like haaaa?!! or alaaa?! bila ending dia macam tu. hahaha. Nak berlagak sombonglah ni konon dah tahu what happen next. hahaha walaupun kadang-kadang macam tak sabar juga nak habiskan bacaan, terus je flip the last page pastu batalkan niat sebab nanti tak suspen lah. Elemen suspen tu kan penting. Ceh, ceh. Kami dah lama tahu apa ending dia Yaty. Ok, dah tahu duduk diam-diam. Orang yang lambat macam siput kan selalu tertinggal cerita best dan hero hendsome.

**Love story**

Kena la selit sikit-sikit.

Semalam pergi cari hadiah kahwin untuk one of my best friend. Sebab sayang nak spend duit sendiri, kena la ajak orang yang banyak duit. haha. So, kami membawa diri ke kedai elektrik di Klang Parade. Tengah pilih-pilih tu, promoter tu suggestkan lah a few things yang baik untuk kehidupan bersama. Ceh ceh, nak kena dia tu. Ingat kami dah kahwin ke apa. Cepat-cepat bagitau dia, nak hadiah dekat orang. hahaha.

Acara makan-makan berlangsung dekat Secret Recipe. Malas nak amik gamba sebab tahu dah menu apa yang kami makan. Sama je sampai bila-bila. Dak Yang tak makan Rona Roni Makaroni atau yang ber cheese-cheese ni. Dia kata dia orang kampung. Fine, baby fine.

Ok, siap dah entry ni tanpa muka yang tak siap.
Khatam sudah.

3 feedback:

Cik Angah said...

yaty....tahniah taw..sbb dah konvo..

bilelah angah dapat jumpe yaty kan..

bukannye jauh sgt pun...


hurmmm

zaradgreat said...

fuiyooooooooo
congrats2!!
dah convo
heeeeeeee
bestnye

doakan turn kita pulak sem depan.

azzah husna said...

angah: nnt kite arrange masa. i bosan tahap gaban da ni. haha

zara: amin. kite doakan awak