Saturday, August 8, 2009

Tenanglah kau di sana


AL-FATIHAH
buat
ALLAHYARHAMAH SITI HUMAIRA BT. ABD AFIF
(baju coklat sebelah kiri)

sangat tersentak saya waktu menerima berita ini dari K. Intan pada pukul 5 tadi. so speechless. saya memang berharap sangat K. Ira sembuh dan sihat macam biasa semula. saya berharap saya dapat tengok muka cantik dia lagi. tapi, Allah lebih sayangkan K. Ira. dia pergi pada usia 26 tahun.

saya bukanlah kawan yang sangat rapat dengan K. Ira. masa mula-mula masuk sekolah tahun 2005 dulu, saya terserempak dengan K. Ira dekat bilik guru saya semacam terpegun sangatlah dengan kecantikan dia. K. Ira memang cantik. lepastu, dia pandai mekap. jadi, dia jadi cantik. saya ni pulak yang paling tak cantik. HAHA. (gelak sikit je) dengan tak mekap langsung, dengan tak bergaya langsung. jadi, memang malu lah nak tegur dia. i thought dia seorang yang sombong.

bila dia dah pindah rumah sewa, barulah ada tegur-tegur dia sikit. sangat tak sangka. dia tak sombong pun. saya rasa orang cantik selalunya sombong. kadang-kadang yang tak cantik pun tapi perasan cantik nak ikut sombong. eh, ayat pusaran ke apa neh.

masa mula-mula saya jadi rapat bila mintak tolong dia mekapkan saya. masa tu kan nak jadi bridesmaid K. Intan. saya neh mana pandai mekap. tapi, bila nak jadi bridesmaid tau pulak nak cantik sikit. HAHA. so, dia pun setuju jadi mak andam saya. pengapit pun nak berandam macam overlah bukan. well, what to do?? dia memang tak sombong ah. sikit pun tak kedekut ilmu mekap.

K. Ira (baju putih) tengah mekapkan saya
masa jadi pengapit K. Intan

lepas dari rumah K. Intan tu kitorang macam tegur-tegur biasa je. nak jadikan cerita, kami kongsi musuh yang sama. HAHA jeng je jeng. so, kalau ada cerita kelakar je, mesti kitorang share. kadang-kadang kitorang siap berganding bahu pergi menyakat Pn. Musuh tersebut. actually, kami tak anggap pun dia musuh. tapi, bila dia nampak je kitorang macam apa tah nak benci-benci. tapi, like I care lah. K. Ira pun pernah jugak cerita pasal skandal dia. Omaigod, I miss her so much.

bila kawan baik yang kedua nak kahwin, again, K. Ira jadi mak andam saya. dia tak pernah kisah. dia cuma bergurau bila mintak belanja KFC dan saya dah tunaikan pun (Alhamdulillah, nasib baik sempat) dan selalu kalau jumpa kitorang suka tanya hal berat badan. tapi, masa dia pregnant hari tu memang dia terlalu kurus sebab dah mula sakit.

hasil mekap K. Ira

K. Ira kahwin tahun lepas. 08.08.08. and so bad saya tak dapat menghadirkan diri. tapi sempat juga bagi hadiah. masa dia nikah, baju yang dia nak guna tu terbakar kena iron, jadi, dia pakai baju yang bukan pilihanlah. jodohnya juga bukan pilihan keluarga dia if am not mistaken tapi, finally dapat juga dia kahwin dan family bagi restu.

dia menghidap penyakit jantung berlubang. supposed dapat nasihat doktor baru boleh pregnant. sumhow, rezeki Allah nak bagi, dia mengandung dulu. so, dalam tempoh 9 bulan tu memang suffer sangat tengok dia. memang dia tak sihat. badan dia makin susut dan pernah stay dekat hospital selama sebulan. dia memang sedih sangat. sebab tak dapat bahagiakan suami dia. kalau tengok dia naik tangga. memanglah kesian. memang lambat dan tak larat.

bila dia deliver baby masa bulan 6 hari tu, saya dah congrate and tanya kesihatan dia. dia kata, dia dan baby sihat. and am so happy sebab saya ingat penderitaan dia dah habis. rupanya, lepas 5 hari bersalin dia demam akibat cuaca. so, dia pergi pasang aircond dalam bilik. dan sepuluh hari sebelum masuk sekolah (dia sepatutnya mula mengajar pada 3.8.09) dia demam panas. bila dia masuk hospital, dia kena tahan dekat wad sebab jantungnya bengkak dan paru-paru berair.

hari Selasa atas nasihat doktor, jantung K. Ira perlu direhatkan sebab berdegup terlalu laju. so, dia bergantung kepada life support machine dan duduk dalam ICU. dia dipengsankan. since that dia tak pernah sedar sampai ke hari terakhirnya. rupanya, buah pinggangnya juga bermasalah akibat dari ubat yang diambil. akhirnya, penderitaan K. Ira berakhir pada 08.08.09. dia menghembuskan nafas terakhir pada 4.15 petang. hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan yang pertama. bayi perempuan beliau Suaibah Syakirah yang baru berumur 2 bulan sudah kehilangan ibu.

saya memang harap sangat K. Ira sihat dan datang semula sekolah. saya nak tengok dia sihat. even saya tak terlalu rapat, tapi baru pertama kali dalam hidup saya kehilangan seorang sahabat yang saya kenal, dan hari-hari berjumpa. hari Khamis hari tu, saya pegang RPH K.Ira dan tengok satu-satu tulisan dia. sebab memang saya dapat rasa kehilangan dia. rupanya firasat saya tak tipu.

K. Ira, semoga akak tenang di sana.
~ AL-FATIHAH~
K. Ira (baju coklat depan sekali)

14 feedback:

zaradgreat said...

Al-fatihah.
Allah lagi menyayangi beliau.
semoga dicucuri rahmatnya.

MisZ PinKy said...

sedih baca entri ni..walaupun x kenal arwah, tp airmata tetap jatuh..

alfatihah..

po+yaty said...

zara: tu la. saya redha

pinky: sgt sedihkan??? even saya tak menangis scr nyata. tap, dlm hati mmg rasa sedeh sgt

tuantanah said...

Salam.

Thanks for the entry, saya senior Arwah masa di sekolah. Dapat tau berita Arwah meninggal daripada mesej Facebook kakak Arwah.

Al-Fatihah untuk Humaira. Insya Allah, Allah tempatkan Arwah di tempat orang-orang yang soleh.

flip said...

semoga rohnya dicucuri rahmat

po+yaty said...

tuan tanah: most welcome. saya mmg t'sgt sedeh coz arwah da takde. mmg terasa sgt kehilangan dia

flip: amin

Fiza's said...

al fatihah

cottoncandy said...

yaty...
cud cday gk...,,
klo bleh xmo rs ny kehilangan....,,
tc k yaty
rindu kamu jg
lme tol x upd8...
ngapain ya??

Uncle Lee said...

Hello Chegu, my bahasa is very jurassic and if were to comment might get mistaken for a marriage proposal, ha ha.
But I enjoy reading posts like yours to bring me up to speed with my long lost Malay words.

Love the beautiful pics here. Very colorful.
You all look fabulous.
Have a pleasant week and keep a song in your heart, Lee.

ymn said...

al fatihah

ainayin said...

yaty..sgt sedih..tp kite kene redha dgn pemergian dia..k.ira sgt lawa..mesti baby dia sgt chumel..mcm mana la keadaan husband dia erk..adoi..sedihnye..takziah utk family allahyarhamah k.ira..semoga roh nya di tempatkan dikalangan yang dikasihi Allah S.W.T..

p/s: Yaty..sila la tinggalkan alamat umah yer..dah tak sabar nak pos kad ni..heheheheh

asna cute said...

sedih yea asna bace~

po+yaty said...

all: thanx sbb mendoakan

k.ain: ni add umah yaty

no 16, jln labis 104, tmn hj ismail kaw 19, 41400 klang, selangor.. nak kawen ye

Binjaie said...

Salam,

Inna lillah wa inna ilaihi raaji un.