Wednesday, August 12, 2009

Sekolah Yang Muram

selalunya cikgu dia yang pergi sekolah dengan muka muram. sekarang muka sekolah yang muram. sekolah ada muka kah? KAHKAH.
ni metaforalah. maksudnya, suasana dekat sekolah memang tengah muram walaupun budak-budak ni buat bising macam dekat fun fair ke apa tah. tapi kemuraman dapat dilihat dari hati cikgu-cikgu yang very close dengan arwah...
dekat mana-mana tempat pun sekarang memang asik bercerita about arwah. semua masih tak percaya lagi. masa hari Isnin tu ada lah beberapa orang yang menitiskan air mata (termasuklah yang tengah menulis neh) suddenly, rasa sebak sangat masa Ustaz Azman buat announcement. masa tu saya kat dalam kelas. lepas baca AL-FAtihah terus touching tak ingat. meleleh-leleh air mata macam hujan. ok, tu tipu. tapi, memang sedih sampai tak boleh cakap.
luckily, student saya sangat memahami hati cikgu dia yang nipis macam kulit bawang neh. mereka senyap je buat kerja masing-masing. saya macam masih teringat ayat-ayat saya pada arwah
"K. Ira dah kurus la sekarang dari Yaty, tak boleh jadi neh. nanti lepas bersalin, mesti badan K. Ira naik balik. nak tengok K. Ira gemuk lepas bersalin"
sampai bila-bila pun saya takkan nampak arwah gemuk lagi, sebab arwah dah takda. Isnin lepas dah di adakan majlis bacaan tahlil untuk arwah. miss her damn much!!
H1N1 pun dah mula dekat sekolah neh. sebab tu la cakap sekolah muram. lepas satu-satu bencana. muka penulis dah macam Mask Rider atau The Mask. KAHKAH. mula-mula berdegil taknak pakai sebab takut hilang kejelitaan di sebalik topeng (sumpah, ayat geli).
tapi, dah ramai sangat asik nak main batuk-batuk depan cikgu dia neh. saya pun bergegas dapatkan Topeng muka. kau jangan ingat aku pakai topeng spiderman ke apa. HAHA. susah jugak nak cakap dalam topeng neh. kena la main jerit-jerit dekat budak. SENYAP!! SENYAP!! Cikgu, CIkgu cakap apa? perghh, dah menjerit separuh nafas, boleh dia tanya cikgu cakap apa?? rasa cam nak gulai je budak-budak neh.
semalam, sedang asik mengajar Read time, tiba-tiba penyelia petang masuk buat pencerapan. dah la Lesson Plan tinggal dekat bilik guru, ABM takda. selalu tu rajin je heret jam besar bumi bawak dalam kelas, bila time nak kena observe, time tu la yang tak bawaknya. nampak sangatlah memang hari-hari nak kena bawak. baru je tamat belajar dah naik tocang heh?? nak jadi apa neh? belum lagi disahkan jawatan dah pandai dah dia. memang nak kena lah dia neh. HAHA
BTW...surat tawaran sudah tiba. yahooooooo!!!. dapat la gaji bulan 9 ni. kalau tak, hari raya neh saya pakai guni sebagai persalinan di hari raya yang mulia. kalau jumpa wanita mempakai guni di hari raya, jangan segan nak tanya "Yaty ye?" HAHAHA

6 feedback:

cottoncandy said...

yatyyyyyyyyyyyyyyyyyy
hek2

asna cute said...

wah wah wah hehehee =))

haaa dah dpt gaji boley la asna mintk duit raya nti kan hehehe =))

MisZ PinKy said...

nk duit rayeeeeeeeeeee!

hihi

;p

po+yaty said...

all: HIHI nak duit raya ek?? kena dtg umah ye asna dan pinky

cud: haiii cuddd!!!

po+yaty said...
This comment has been removed by the author.
cIk pEnNa said...

yati,
cikgu tetap ke sandaran?