Thursday, August 13, 2009

sarapan di mana?

pagi neh memang indah ah. apa tak indahnya, surat tawaran yang ditunggu-tunggu dah tiba. kenapa beriya-iya sangat tunggu surat neh. sebab, bila adanya surat neh, maka adanya gaji untuk saya. yehaaa!!! (ALhamdulillah lah. ingat Allah sikit)

pagi tadi sekeluarga yang terdiri dari emak, babah dan saya (ehem) pergi ke JPN, Shah Alam. beriya-iya ajak babah sebab babah yang ambilkan surat tu dari Unit Sekoleh Rendah. jangan harap sangat nak tayang muka tak siap neh. dah malu dah. hari-hari telefon tanya. ada surat? ada surat? sampai kalau orang JPN tu tau saya yang call sumpah dia takkan angkat. KAHKAH. annoying sungguh perbuatan tersebut.

bila dah dapat surat tu, baru terasa lapar yang teramat. excited yang tak terkira sampai tak ingat dah makan ke belum. dah mandi ke belum heh tadi? HAHA. tapi, emak dan babah berpuasa hari ni. habis, kenapa anak dia tak berpuasa? sebab anak dia memanglah, bukan anak yang mithali sangat. mintak babah berhenti dekat Restoran Hakim Sek 7.

"Pergilah sarapan sorang, mak dengan abah nak pergi tasik. nanti dah sudah call"

"TAKNAK!!TAKNAK!!. (macam loser je makan sorang diri. tu la, tak puasa lagi)

emak kata "Bungkuslah"


HAHAHA

lepas order meggi goreng dengan teh O ais limau, kami pun bergerak pergi tasik Sek 7 tu. sementara mak dan babah bercinta berdua. anak dia yang tak puasa tu pun melantak tak toleh kiri kanan lagi dah. punya la kejam anak tersebut, makan belakang mak abah dia yang puasa sampai emak teringin meggi goreng untuk buka nanti. memang ah anak dia neh pandai goda emak dengan meggi goreng mamak. HAHA.
emak dengan babah tak habis-habis cerita pasal burung bangau. pasal habitat lah, dia datang dari mana lah. dah macam tengok animal planet dah. HAHA. well, memang moment terindah lah dengan mak abah. nanti dah kahwin, tak dapat dah nak berjalan bersama tengok burung bangau. eh, bila pulak lah si Yaty nak kahwin neh. saya kata nanti okek. mind you. HAHA. memang sekarang kemana-mana pun berteman mak abah. habis dah memang tinggal bertiga je dekat rumah. takkan nak ajak jiran tetangga sekali.
esok pasti sibuk menguruskan hal-hal dunia. duit punya pasal, pasti sangguplah. dan saya juga yakin, kalau orang yang jauh tu tahu saya akan jadi ribuan muda, pasti pulanglah dia ke pangkuan GF dia neh. tak caya tengok nanti. HAHA (you nak balik tak Yang? I akan rich soon)

5 feedback:

suezensuzanna said...

wahh kaye....biler nk balnje???dan dan

cIk pEnNa said...

udah dapat gaji ye?
sile le banje!

hehehe
;)

asna cute said...

haa haaa dah kaya sikit terus lupekan asna yea huhuhu =(( sampi hati youu.. I nk majuk nie.. cept anta mcd kat office I tau.. hehe

Wahh bercinta bertiga di tasik yea~ mane gmbr megi gorg yea?? hehe =))

Anonymous said...

Sorry to interrupt. I noticed you following his blog, En.Azizan4444 from tinsusu87.blogspot.com. I reckon you interested to know something about him.

http://www.akubetul.com/2009/08/aku-jadi-mangsa-plagiarism-lagi.html

Fina said...

eid mubarak sayang! :)