Friday, August 28, 2009

Qariah-to-be

tatap dulu wajah ini. kemudian teruskan membaca
KAHKAH Annoying

bila bulan puasa mesti buat tajuk mulia-mulia. supaya takda sapa dapat dosa dan kurang pahala puasa bila baca entry neh. takkan nak main curse-curse orang di bulan puasa neh. no no. tak baik tahu. perangai pun kena mulia di bulan puasa. everything pun kena mulia. jadi kalau siapa-siapa yang berhati mulia nak belikan saya baju Songket Idaman Aidilfitri (pandai heh bagi nama untuk baju). memang lah dia mulia hati, baik budi bahasa dan semua yang baik-baik memang untuk dia punya lah. dah tak puji orang lain
ehem ehem. (perhatian untuk Encik yang naik bas pukul 12 tengahari menuju ke Shah Alam)

ok. tahniah sebab berjaya buat opening entry dengan meminta-minta pada yang ada. KAHKAH. tajuk bukan main mulia. perangai, kurang mulia. pagi ni menjalani Tadarus bersama ibu bapa tanpa konsentrasi yang penuh. sebab saya sakit perut. ughh, bulan puasa memang menguji perut yang sangat sensitif neh. tak boleh makan pedas langsung. padahal kalau bulan tak puasa, sayalah King of Chili okek. kunyah cili macam kunyah stoberi i tell u. tapi, masuk je bulan puasa, sentuh sos pun tak bisa. akibatnya akan merana keseleruhan hari. babah kata, Tuhan dah tarik balik nikmat. *insaf* jadi, bacaan sangat tak menentu. banyak sangat pembetulan hari ni.

sebenarnya macam nak cerita sesuatu yang mulia.

dalam family, saya satu-satunya yang tak bersekolah agama. bukan yang darjah 1-6 tu. tapi Sek Men Agama. kalau sekolah rendah agama, saya lah heroin. sekolah sebelah dengan rumah. tiap kali nak pergi tandas, saya akan balik rumah. HAHAHEBAT. siapa berani tahan. siap la dia saya boikot nanti. nampak sangat dah lari dari cerita kan. ok ok.

jadi Abang saya adalah ex- SAMT Batu 38, Sabak Bernam along with my sister in law. Kakak saya pula SAM Seri Desa Tg Karang and my lil brother SMKA Kuala Selangor. so, nampak tak the different dari segala segi. I am the one from SMK Convent, Klang. see, saya bukan saja tak bersekolah agama, tapi terus masuk sekolah Mubaligh Kristian. HEHE.

masa zaman sekolah dulu selalu kena ejek sebab sekolah kristian. lepastu, perangai yang sedikit degil membuatkan all my family think ni sebab tak sekolah agama lah ni. so, dari situ saya mula berfikir, mungkin saya lah the ugly duckling in my family. ye la kan selalu dalam satu family mesti ada seorang yang pelik and that was me.

luckily yang saya di waktu kecil ini sudah di asuh dengan didikan agama yang baik. saya lah satu-satunya jugak dalam family yang di hantar masuk pertandingan tilawah, hafazan dan nasyid. dulu kecik-kecik selalu menangis sebab abang dengan kakak pergi mengaji naik basikal pergi rumah orang dengan sepupu dan kawan-kawan. kebetulan yang ajar mengaji tu bapa kepada kawan saya. saya satu-satunya yang tak di bagi pergi. setiap kali maghrib je mesti nak menangis. tengok orang lain gembira naik basikal. saya pula tinggal dekat rumah dengan linangan air mata T_T

pernah kan satu hari dah nekad nak pergi curi-curi. saya dah siap-siap pakai baju kurung lepastu pergi salin sampai ayat mana saya dah baca kemudian sorok kertas tu dalam baju. ish, ish macam nak pergi belajar ilmu hitam ke apa tah kena curi-curi pergi. unfortunately, babah saya dapat hidu keganjilan tu. HAHA. saya tetap tak dapat pergi. apa lagi, drama air mata dari dalam bilik tengok kanak-kanak lain gembira pergi ngaji. saya rasa pergi mengaji sangat fun waktu itu. saya lah kanak-kanak dalam tempurung sebab tak dapat ngaji.

dekat rumah, babah suruh saya hafal ayat-ayat pendek dalam Muqadam. waktu itu baru darjah berapa entah. yang paling sengsara nak hafal ayat Lam ya ku nillazi yang panjang tu dengan ayat Iqra' Bismirab bikallazi holaq. yang long version. memang waktu tu zaman kecil lagi. belum masuk darjah 6 pun. tapi, ye la, hati masih cerah lagi. hafaz apa pun senang dapat. HAHA. sekarang hati sudah gelap kah? sudah ada black hole dalam hati. saya ikut pertandingan sampai umur 12 tahun. tilawah, hafazan, pergi qiamullail dan motivasi 3 hari 2 malam. semuanya saya. mana ada babah hantar anak-anak lain.

bila naik sekolah menengah, masih lagi masuk pertandingan. peringkat Asrama saya dapat naib johan hafazan. waktu ni kena hafaz Surah As-Sajadah. kemudian dekat sekolah saya menang juga untuk Tilawah Al-Quran tapi tak ingat tempat ke berapa.

bila di maktab ada subjek Agama, saya cool saja. Ustazah Sharifah Mastura memang garang dan suka tanya tajwid. Alhamdulillah, saya menjadi sumber rujukan kawan-kawan waktu dalam kelas. walaupun ramai kawan kelas budak Johor yang memang ada sekolah agama sampai darjah khas, still mereka merujuk kepada saya. saya bantu mana yang tahu. waktu ujian Tilawah Al- Quran Ustazah once puji saya baca Al-Quran sangat baik dan dia tanya saya belajar di mana. Alhamdulillah dan honestly, saya sangat jarang mengaji. kalau emak dah tegur, Mr. Shyang dah mesej 3, 4 kali ingatkan baru lah saya mengaji. tapi, ilmu Allah kan takkan hilang dari hati kita. bacaan saya masih baik.

babah pernah cakap, saya pandai mengaji. kalau anda mengenali babah, dia bukanlah makhluk yang kaya dengan pujian. babah garang. bila dia puji, betul la tu. dia suruh saya masuk Mari Bertaranum dekat TV 9 tu. saya memang ada niat nak belajar lagu. bukan nak pergi masuk kelas vokal ke apa. tapi nak belajar lagu untuk mengaji. tapi tak tahu dekat mana. InsyaAllah nanti akan teruskan niat kalau ada peluang.

walaupun penampilan saya tak mencerminkan siapa saya sebenarnya. well, don't judge the book by it's cover. HAHA. barulah boleh guna pepatah ni dengan berkesan. mulut saya yang riuh, selalu cakap takda hala tuju tapi kadang-kadang bila saya keluarkan ayat-ayat yang bernas nanti serumah akan cakap. tau pulak Yaty ni. macam ustazah. ingatkan dia tak tahu. saya masih tahu haram halal, saya tahu dosa pahala dan adanya syurga neraka. tapi, saya juga manusia biasa. kadang-kadang suka menuju the different way to show that i am different from others. tapi different itu yang berpatutan dan masih ada limitnya.

dah siap Tazkirah Subuh saya hari ini. phew. berpeluh. sekarang nak pergi Bukit Tinggi. shopping time. nanti petang fetch my Beloved Shyang and shopping baju raya pula. harap-harap dapat Songket Idaman Aidilfitri yang berharga 780MYR (bloody H***) not nice Yaty pergi curse baju idaman. apsal mahal sangat heh? kau jual RM 78 aku beli 5 helai. HAHA. dia tenun tangan dik. eleh, bukan orang tanya pun nanti sapa yang tenun kan?? HUHU. harap-harap saya datang hari ni, dia dah turunkan harga mendadak. harap-harap.

err, kita nak buka kat mana neh Yang?? Kelab Shah Alam or Kelab Golf SAAS????

9 feedback:

Jard The Great said...

=)

salam ramadhan

hidayah said...

1= pakain + tudung sangat lawa. best !!

oh alhamdulillah suke dgr

qariah to be = amin

nk tgu yaty masuk mari tranum tv9 nih cepat faster !

hidayah said...

eh lupa lak nak type.

pakaian di atas tu ada makna kah ?

zaradgreat said...

alhamdulillah.
sejuk perut mak
hehehe.

cepat2 yaty!
masuk2 tv!!hehehe

asna cute said...

asna pun xpenah sek agama gak hehe =)

po+yaty said...

k. jard: salam ramadhan

yaya: thanx..nak tau ade makna ke tak. tungguuuuu the next entry. hehe

zara: nnt nmpk yaty dlm tv jgn lupa afundi ye. HAHA

asna: same la kite ye asna.hehe

cIk pEnNa said...

tudung hajaba kah ini?

hmm..ariani mmg mahal sket..tp mmg la amat2 berbaloi..
kire mcm puas ati la..

;)

myza said...

HAHAAHA..nice posts.tergelak and tersengih2 plak baca blog u ni.I got ur blog from ..sape eh.oh LImn HER Voice.

p/s:it seems like u have ying&yang-the good and bad inside u..huhaha

po+yaty said...

thanx myza..hehe

i byk bad dr good neh.