Saturday, July 11, 2009

Dari JB ke BP alone

Monday 29 Jun 2009

kan semalam pergi tengok Chong Wei main. remember. bila dah berguru dengan Chong Wei, takkan la Dak Yang nak duduk diam je dekat rumah. pagi-pagi dah menjemput saya pergi tengok dia main badminton lah. bawa raket mahal, shining-shining yang di beli di kedai di mana tokey nya adalah tukang betulkan tali raket Chong Wei. at least, tokey tu ada bau-bau bacang dengan Cong Wei pun jadilah. HAHA.

walaupun Pusat Sukan UTM tutup. semangat Dak Yang memang takkan luntur macam peluntur Clorox. takkan. dia berusaha jugak cari tempat nak main badminton. tak kira la kat mana pun. dekat taman permainan kanak-kanak pun jadi. HAHA. taklah. dia jumpa jugak tempat nak main badminton. semangat sukan yang tinggi, tapi, kalah jugak. HAHA. malu ah Yang, kata dah dapat absorb semangat Chong Wei semalam.

saya? saya takda la nak jadi cheerleader ke apa. kang malu di tempat kejadian. dah la BF pun tak terer. saya cuma nak makan nasi lemak rendang yang sangat enak. nyum nyum. sedap sungguh nasi lemak tersebut. no wonderlah Dak Yang semakin underweight sebab rajin bersukan dan GF beliau overweight sebab rajin makan nasi lemak. KAHKAH. memang sedap sangatlah. sampai sekarang masih teringat-ingat. kan poyo dah Yaty neh. malas layan.

sepanjang berulang-alik ke JB selama beberapa tahun neh. saya tak pernah masuk the famous Plaza Angsana. tak pernah walau sekali. teringin jugak masuk dan nak jumpa pelukis handalan yang dapat draw muka I sama dengan muka *****. eh eh. cerita lama jangan diungkit. nanti sentap sampai berdarah-darah hati. ayyook, sapa nak tolong tampal gauze dekat wound yang hampir heal tersebut?? menggunakan term-term medic yang tak boleh blah. taklah. saya nak tengok je apa ada kat dalam Angsana neh. Dak Yang pun menjadi tourist guide dan bawa la GF dia pelancong dari Hulu Klang neh masuk Angsana. Not bad lah. saya pun membeli-belah bekalan makanan untuk di bawa balik Batu Pahat.

well, yang sedihnya, saya akan balik ke Batu Pahat seorang diri. Mr. Shyang tak dapat nak hantar atas beberapa sebab. jadi, bawak lah diri bersama kereta ke Batu Pahat. 1st time lah nak drive jauh-jauh seorang diri. sedih jugak. sebab selalu dihantar-hantar. kali ni kena pulak menghantar diri sendiri. so sad.

dengan lafaz Bismillah saya pun memulakan perjalanan ke Batu Pahat
sepanjang jalan hanya duduk di lane kanan. i repeat lane kanan. memang super duper belagak taknak kalah. kelajuan tak penah kurang dari 100-130. HAHA. dan dalam masa beberapa minit tak sampai sejam saya sudah tiba di TolAyer Hitam. hebat? no?. saya hanya akan slowdown bila rasa akan kena saman kalau polis nampak. lepastu tak ingat dah. HAHA. sorry Yang if you dapat saman. sampai bilik, berkemas-kemas dan tidur. penat lah tak pernah drive jauh seorang diri.

habis dah percutian 3 hari 2 malam. sekarang kembali bersendiri lah. makan sendiri, sarapan sendiri, tidur sendiri. aik?? ayat memang mengundang kontroversi neh. HAHA. jadi, memang rasa sunyi sangat. tapi, lama-lama biasa lah nanti. anda tengok ah muka pemandu yang hebat dan taknak kalah serta tak takut kena saman. HAHA


**rindunya those moment with you**

0 feedback: