Friday, July 17, 2009

BTN-Kem Platih Batu 13, Muar


SEMANGAT!!SEMANGAT!!SEMANGAT!!
Kelas Pemulihan Tahun 1 Jaya
HAHA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
13 - 17 Jun 09

ehem, petang (muka serius siket)

bila penulis dah terkurang modal cerita, maka terjadilah aktiviti korek-korek cerita lama. well, sekarang status penulis ialah penganggur terhormat, so jangan segan dan silu-silu nak ajak penulis melakukan sebarang aktiviti. tapi yang berfaedah saja. HAHA. (boleh ke Yaty neh di ajak keluar?) well, anda dah tahu jawapannya: memang tak boleh!! HAHA. saya cuma berangan di petang hari saja tadi. apa lagi kerjaan yang penganggur boleh buat selain dari day dreaming. ok, perenggan neh memang lah dia. NEXT!


nak tukarlah term 'penulis' kepada 'penganggur'. ok, dah. sebelum penganggur tamat pengajian hari tu memang banyak aktiviti kena dilakukan supaya penganggur dapat grad dengan sempurna. HAHA. eh, apsal HAHA. takda yang kelakar pon. ok memang saja nak bagi perenggan panjang sikit. ingat tak yang cerita baju segunung dan mengharapkan Ginnie turun dari langit ke apa bagi bantuan kecemasan. kalau 911 nak terima panggilan kecemasan sebab baju kotor dah menggunung, memang nak try ah. tapi, memang takda T___T. Thanks God My Guardian Angel turun dari Skudai dan mentolong bidadari pemalas beliau.KAHKAH. Thanx sebab lipatkan baju I molek-molek. You memang ah, Profesor serba boleh.(eceh, nak jugak tabur ayat-ayat pujian barang sebaris, dua). baju I wangi sampai sekarang, You memang pandai ah pilih sabun. Sabun Cosway yang You nak try tu wangi tak?? oke, hal sabun takyah cerita dalam blog sangat. tu hal peribadi. nanti orang @$%&*^@


Kem BTN yang saya memang sangat vintage. I mean usang. Kelas LDK dia masih papan-papan. macam kem zaman Jepun ke apa tah. memang tak fun langsung. mandi air kolah tahu T__T. sengsara? tak boleh cerita. kadang-kadang sedih mengenangkan nasib diri. kenapa kena main kemban-kemban dan cedok air dari perigi pastu kena gali perigi dulu sebelum mandi. eh eh, kenapa cerita ni macam tipu sangat? takda kena gali perigi pun. tapi yang bestnya, kalau nak mula jirus je air mesti terasa macam tengah berlakon PGL masa scene yang Tiara mandi dalam sungai pastu Hang Tuah tunggu kat tepi. ingat tak? jadi, setiap kali nak mandi mesti ada sound effect Jika ini hakikatnya, aku serahkan jiwa dan ragaku, menantimu walau sesaat, jika ini ketentuannya. HAHA memang fun ah. setiap kali tu jugak la mesti ada yang tanya, Mana Hang Tuahnya? Bila Hang Tuah nak sampai. well, memang lah Hang Tuah tak sampai-sampai sebab laki tidak dibenarkan masuk. tapi lelaki boleh. KAH KAH.

ada yang menggeletek jiwa saya sikit. eceh menggeletek okek means kelakar sangat lah tu. setiap kali nak masuk dormroom dekat tembok dia ada tulis rules and regulation yang kena dipatuhi. ala, macam kalau tak patuh pun bukan ada orang yang nak tangkap ke apa. so, antara rules dia ialah:


Perkara yang di larang
  • Arak dan dadah
  • Judi
  • laki
  • BERGURAU
KAHKAHKAH. memang lah rules dia pun boleh buat orang gelak tak terhenti. so, everytime nak masuk je lalu jalan depan, kitorang akan patah balik dan ikut jalan belakang sebab nanti tak boleh bergurau. KAHKAH. dah la bilik kami ialah bilik yang paling kuat bergurau dan paling suka bawak lelaki. ehem, bawak cerita pasal lelaki. bukan bawak masuk lelaki ke apa. saya pun macam tak sangka dapat kumpulan JQAF yang fun sungguh. JQAF ni adalah ustazah-ustazah yang pulang dari Mesir atau Negara Arab Bersatu (ah, pandai-pandai je, Yaty memang pandai). jadi, imagine lah ustazah tersebut tersangat fun dah tak semacam ustazah lagi. kerja kami takda lain, gelak 24 jam. kalau bilik tu senyap je, maknanya kami sebilik tidur tak ingat dunia. kami pernah kena denda beramai-ramai sebab 1 bilik bantai tidur lepas kuliah Subuh dan terlajak sampai waktu senaman pagi.


jadual memang padat tak ingat, bayangkan macam ikan sardin dalam tin sardin yang disumbat padat atau macam orang pergi kerja naik bas mini pun boleh jugak. oke tak payah bayang lah sebab macam makin keliru je kalau main bayang-bayang neh. benci ah Yaty. HAHA thanx sebab kata benci Yaty.

pernah berlaku dalam sehari tak sempat nak melabuhkan punggung walau untuk seminit pun. masa tu memang rasa nak menangis sangat. sebab rasa tertekan tau. semua kena rushing-rushing. anda bayangkan..ok takyah. baju-baju saya hanya terletak dalam beg sahaja. tak sempat masuk almari. memang cari baju dalam beg je la. baju kotor berterabur entah kat mana-mana. ye la semua baju sama putih, kain sama hitam tapi hati lain-lain. yeah!! cikgu berjaya cipta pepatah akhirnya. HAHAHA. lepas pakai, campak. cari baju lain. nak membasuh pun takda masa. jadi, kalau anda kena pergi BTN baik pakai baju dalam. jadi, baju diluar takkan kotor dan berbau. kalau mak anda datang bawak sabun ZIP macam iklan PLKN tu, memang takda masa pun untuk anda nak berlakon iklan dengan emak pastu nak ngadu dengan emak, yang sabun tu memang terbukti berkesan. takyah mimpi. sebab pelawat memang tak dibenarkan pun dalam masa 4 hari tu. HAHA
dalam banyak-banyak aktiviti, LDK la paling lama. sekarang saya memang ada simpan falsafah dalam hati. eh, apsal si Yaty main falsafah-falsafah neh. Aristotle kah beliau? no? yang ada dalam fikiran saya ialah semua fasilitator BTN memang ada penyakit miang keladi(maaf, kalau ada pembaca yang kerja jadi fasilitator) saya tak maksudkan semua. tapi a few lah. yang dah bertunang pun nak dikacau. watdehell?? eh eh, apsal marah sangat neh? sebab Yaty tak kena kacaukah jadi cemburu? mind you, sebab saya sudah terkena lah saya macam nyampah sikit. macam tak ingat anak dan isteri di rumah. nampak perempuan cantik-cantik sikit. sikit je cantik dah mata nak terkeluar. belum tengok yang cantik banyak lagi. tapi, bukan saya yang dah bertunang tu. orang lain. HAHA. saya masih single. anyone?? (eceh, macam ada chance nak kena backhand je kalau Dak Yang baca entry neh kemudian hari) ok ok. AM NOT SINGLE. still, anyone? KAHKAH

Sayang, I Love you (ceh, nak apa pulak Yaty neh tabur kasih sayang dalam entry) *iklan*

jadi, tu la dia cerita BTN saya. aktiviti-aktiviti lain macam lari 2KM dekat ladang nenas, ujian kecergasan, jungle tracking dalam kebun kelapa sawit,dan peperiksaan di dewan. bila malam penutup tu macam ada la tersemat semangat cintakan negara. semangat patriotisme yang tinggi. apa taknya, setiap kali kuliah subuh ditayangkan cerita 1957: Hati Malaya. sampai sekarang tak faham sebab tengok awal dan akhir. tengah-tengah dah masuk alam mimpi. kalau menghayati dengan mendalam memang boleh nangis. tapi, mengantuk yang tak boleh ditahan, tak sempat lah nak main nangis-nangis neh. HAHA

dan macam biasa, saya memang ada masalah dalam penutupan cerita. kira dah habis dah entry neh. err, habis.

8 feedback:

cottoncandy said...

2 je??
sng sgt nk knl yaty
hehehe

po+yaty said...

tggu cud. ade sambungan.

mane satu yaty??cube teka

eh, da tau ye. haha

DaKoSue said...

bila lah yaty nih nak n3 blog short story smua long story d morie penat nak tunggu ending mata pun rase nak kena tambah lagi power nih dah berpinau-pinau bace n3 nih huhu

cIk pEnNa said...

ohh g kursus btn ye..

;)

Masy said...

leceh arr xleh nk bergurau. kene gi surau ke klu camtu hahaha

cottoncandy said...

mmg mke yaty mcm sdare cud la...

Binjaie said...

mantap...

po+yaty said...

k.su: da try pendekkan. jadi jugak panjang

K. masy: sbb tu kitorg slalu lalu pintu blkg. nnt xleh gurau. HAHA

cik penna: aah, g BTN la kite. HEHE

cud: ye ke muka sama? hehehe

binjaie:lame awak ilang ye??