Tuesday, June 30, 2009

Wonderful Journey

di kala senja melabuhkan tirai aik?
selepas menikmati sebungkus burger daging special RM2.50

gendang gendut tali kecapi;
kenyang perut suka hati.

bila hati dah suka baru boleh menteruskan journey berbentuk blog.

owh, saya masih dalam mood berbunga. dalam hati memang penuh dengan bunga-bunga cinta
ada sekebun cinta nan berbunga. tapi, ada sayu jugaklah bila dah berjauhan. ni yang paling tak suka, bila tak jumpa rindu. dah jumpa, rasa taknak balik. bila kena balik juga,eh, apsal paksa orang balik neh??orang taknak balik ah (sambil tarik-tarik tiang) dah sedih~sayu~dalam~hati. T________T

walaupun dapat bawak pulang secebis kenangan, eh secebis apa. sebijik kereta di bawa pulang ke Batu Pahat sebagai tanda kenangan. eh, apsal Yaty dah masuk cerita ending neh. bosan betul. HAHA. belum pergi tiba-tiba dah balik. ni namanya entry tiba-tiba.

oleh kerana banyak sangat cerita. kita bahagi-bahagi tugas lah. hari ni saya cerita, yang lainnya anda sambungkan. HAHAHA. sumpah annoying. saya akan cerita ikut bab-bab. sekarang neh anda dalam bab pendahuluan atau abstrak.

isi-isi penting~~

pukul 12 lagi saya dah send mesej berpukal-pukal sebab taknak beliau lambat. saya nak, keluar-keluar dewan je muka beliau saya nampak dulu. mestila rindu, dah 2 hari tak jumpa. #@^&%%@. Dak Yang kata OTW. heeee, dah tersenyum-senyum sendiri. dalam dewan pulak dah panas punggung. tak sabar nak meninggalkan dewan. walaupun dewan tu sejuk macam peti sejuk, punggung tetap panas. biasalah, orang yang sedang ingin bercinta selalu buat perlakuan yang annoying.

tapi, macam hampa jugak ah sebab tengok tempat Dak Yang selalu parking kereta. kosong, sepi dan sendiri, aku benci, aku mahu hingar.... tiba-tiba pulak bersajak. kan annoying tu. HAHA. takkan cerita nak straight je. mood orang bercinta neh memang swinging tak kena tempat. lagipun nanti ada yang dah landing kepala sebab kebosanan sambil hantuk-hantuk kepala dekat keyboard. sebab benci baca entry tegak kalah pembaris. HAHA. ok ok sambung, sambung cerita. kemudian, saya terus bergegas masuk bilik, pergi bersih-bersih diri dan ambil wudhuk. better solat dulu, nanti sampai JB dah lambat.

bila tengok HP dalam bag ada 1 missed call ~dr. **~
YAY!!! beliau dah tiba..
call balik, call balik.

Yang, dah sampai ke? penuh keceriaan dan kegembiraan
Cepat la!! berapa lama nak tunggu. kata habis pukul 1!!
!#$^**%&^%#$@
di pendekkan cerita dia memang dah sampai pukul 1 tapi parking tersorok sikit dekat sebelah kiri. saya memang tak toleh kiri langsung.

kan dah tersedih kena marah. selalu jadi macam tu. saya dengan sepantas kilat bertukar jadi flashman. siap, siap angkat barang dan lariiiii!!! banyak yang saya tinggal. termasuk charger HP sendiri. bila sampai dekat kereta tengok-tengok hud terbuka, tapi orangnya tak wujud. aik?? kena culik alien kah?? saya terus lah landing kan beg-beg macam Bangla jual karpet tersebut dekat bonet sebab ingat nak lari ambik charger. tiba-tiba.. jeng je jeng. ok ok tak main-main lagi. HAHA Dak Yang keluar dari toilet berdekatan bawak air. muka dah la super serius. terus kecut, tak jadi turun. KAHKAH punya lah gerun dengan BF sendiri. masuk kereta, bersama barang-barang jualan. nak try market kat Batu Pahat.

kami terus menuju ke Marikh..tettt, mestilah salah. kami terus pergi makan dekat asam pedas paling marveles dekat Batu Pahat neh. dia bersebelahan dengan Post Office dan berhadapan dengan BP Walk. Dak Yang memang suka sangat makan dekat sini. saya tahu dia akan minta nasi tambah punya. walaupun kurus, jangan di sangka sangat selera makan Dak Yang neh. walaupun beliau sudah di label underweight yang melampau dan GF beliau overweight yang tak melampau sangat. but still, beliau yang tetap makan banyak dari saya. saya cepat-cepat mintakkan nasi tambah. nak ambil hati balik. KAHKAH. memang kaki bodek.

tapi tapi tapi taktik tersebut tak berhasillah. T____T. eh, apsal sedih pulak tetiba neh. sepanjang jalan dari Batu Pahat ke JB kami diam je. hurmm... beliau bawak lalu jalan dalam. lalu Rengit, dan keluar Highway Pontian. masa lalu jalan dalam, biasalah. jalan kecil. so, nak buat aksi Tokyo Drift ke apa memang payah la. paling-paling pun boleh buat KL Drift je. lagi-lagi kalau follow lori. memang tahan hati je lah. Dak Yang yang saya kenali bukan lah terkenal dengan sifat sabar. lagi-lagi kat jalan raya. ada satu kali neh yang saya tak tahan nak~gelak~tapi~takut, kami follow lori udang. perghhh, air udang dia meleleh-leleh dekat jalan. kalau setakat kat jalan takpe, ni sampai percik-percik kat cermin kereta. bau dia, super-duper wangi ah. saya memang nampak muka ketat Dak Yang. saya pulak rasa kelakar sangatlah. sebab bau busuk gila dah. macam melekat kat baju je. tapi, sapa berani gelaklah kan. HAHAHA. sekarang boleh gelak dah. Yang muka you kelakar sangat. sumpahsampai JB pukul 4 lebih. dah settle tempat tinggal untuk 3 hari, saya di tinggal alone. Dak Yang ada hal nak diuruskan. saya dah terbosan-bosan lah seorang diri. nak ikut, tak bagi. ceh! kedekut ah you. dah la biarkan GF terkontang-kanting seorang diri. masa tu baru pukul 5 lebih. dia janji akan ambil lepas Maghrib untuk dinner. waaaa..lama lagi. kemudian, TING!! mentol di kepala dah bercahaya sangat bright. se~bright idea yang muncul. saya pun bersiap-siap macam lipas kudung masa tu dah pukul 6.30. ni memang antara hidup dan mati. ceh, gila serius. Gf sapa yang poyo neh.

saya bergegas membawa diri ke JJ Tmn U di seberang jelan. ek eleh, ingatkan jauh sangat. poyo ah hidup dan mati konon. tapi, memang cekal dan tabah hati ah. ingat senang dan mudah nak tengok si Yaty neh berjalan sejauh tu seorang diri. kepit handbag kuat-kuat macam bawak beribu-ribu ringgit ke apa. ribu rupiah pun belum tentu ada. lepastu jalan laju-laju sambil toleh-toleh belakang macam ada orang kejar konon. biasalah, Drama Queen. panjat jejantas pun laju-laju. walhal, takda apa yang nak ditakutkan. takut sendirilah. sampai JJ baru lega sikit. tu pun masih jalan laju-laju. amoi promote barang pun saya tepis. hiiiarghht, saya nak cepat neh. HAHA. pergi ATM keluarkan duit dulu, kemudian saya pun mulakan pencarian. cari apakah si Yaty neh?? cari KEK. hari berikutnya tu adalah hari Jadi yang tersayang. tapi, tu cerita kemudian ah. takkan nak main skip-skip pulak. ingat nak beli Secret Recipe 1 slice je. memandangakn company ramai malam nanti, beli lah kek yang sedap dipandang tapi tak berapa sedap dimakan. entah, saya pun tak tahu sebab saya tak makan pun. tu pun cerita kemudian ah. as for me, kalau kek coklat tu buruk dan hina macam mana pun pun asalkan kek coklat, tu lah yang terbaik. cheese cake? owh, saya ada nightmare pasal cheese kek, tapi yang tu pun takkan diceritakan lah. bila-bila pun takkan cerita. sebab menyayat hati T__________T. ah, tetiba pulak cerita pasal kek lepastu nak menangis-nangis. eh, tadi tengah cerita apa ha??

di pendekkan cerita yang dah masuk lapan perenggan neh. HAHA. saya pun balik membawa beg berplastik-plastik. ada kek, roti dan kad. kad je? hoi, hoi orang yang tak berpendapatan neh mana mampu nak bagi hadiah lumayan. hanya kad pengganti diri. KAHKAH. nak tulis pun takda pen. jumpa pensil dalam beg beliau. apa lagi, rembat ah. sorry Yang, dah guna pensil baru you.

malam tu kami dinner secara beramai-ramai di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Gelang Patah. ka hari tu dah craving kan seafood. jadi, dapatlah ber-seafood malam tu. rakan-rakan beliau yang terlibat ialah ceceh, buat pengenalan apa neh. HAHA. Amid, Amin, Eri, Paper, Popo dan Yaty. gambar? memang takda. sebabnya saya akan jadi super duper pemalu bila dah ada rakan-rakan baliau padahal bukan saya guna kamera curik ke apa. eh, kalau pakai kamera curi pun bukan mereka tau. HAHA. tapi saya memang jadi pemalu. nak bercakap pun main bisik-bisik je. nak ambil lauk pun malu. apa akallah, padahal BF sendiri yang belanja. bukan mintak makan dengan orang lain pun. nak ambik gambar PTP yang berlampu-lampu tu pun malu. dah ah. nak tulis blog neh pun malu #@^**^$%@#

lauk malam tu Dak Yang pilih ikan siakap dengan ikan apa ek Yang? sotong goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar, udang goreng butter ni pilihan saya. perghhh, dah meleleh-leleh saliva kalau ingat. memang sedap jugak lah dan harga berpatutan. eh, macam ada join venture je nak tolong promote neh. HAHA. makan atas laut. memang perfect. tapi sedih takda gambar. kenapalah jadi pemalu tak tentu hala. kan dah rugi. takpa, every moment akan di kenang dalam hati je.

tu baru kisah hari pertama. tu pun setengah hari HAHA. dah nak muntah-muntah baca. kisah hari esok, sambung esok hari ah. nak makan dulu. laparrr

To Mr. Shyang

HAPPY BIRTHDAY
semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki
dipermudahkan urusan jodoh kita.
stay the way you are

to be continued...

8 feedback:

Jard The Great said...

peh.. pnjgnya entri neh... kaya gak ko ek gi shopping.. erkk.. ko gi johor sbb balik kpg ke?

asna cute said...

Cepat2 kawin ek hehehe
usia dah mencemburui kita la.. hehehe

panjang nyea tulis hehe rasa nak makan po corn jer sambil membace hehehe

Xsabar nk tgu nxt n3 nie heheh ada lg 2 stegh hari hehee

hidayah said...

banyak nk type sampai x type2 yaty..

punyala pjg kisah entry yaty hari ni..

smp udang pon masuk gak..hoho~

btw, happy birthday...doa kowang bgia dunia akhrat~

zaradgreat said...

yaty,,,aku terasa sedang membaca buku citer...panjang2..

gagagaga

(baca sambil tampar nyamuk kat muka sendri dgn kuat)

virusatu said...

yaty..lama k.ain tak jenguk blog ko..sibuk memanjang aku ni..mcm la keje pangkat PM..hehehheh..oit yaty..essay ko panjang benor..jenuh k.ain guling2 depan pc sbb nak perabihkan essay ko..hahahaha.. jenguk2 ler blog huduh ku itu yer..heheheheh

MisZ PinKy said...

waaaa nmpk sdap la kek tuuuuu..

;p

Anonymous said...

comment sape yg gurl delete 2?

po+yaty said...

k. Jard :
mana ada shopping. 3 beg plastik je. dekat Johor sbb blaja. kg dkt Klang nun. HAHA

asna :
ala, asna kawen dulu la rasenye. usia memang cemburu. sib bek sis awet muda. kahkah

yaya :
thanx ya. mmg saja buat pnjg2 bia puas hati nk baca. baru ikhlas.

zara :
kemain lagi sampai tampa2 nyamuk. HAHA. jap g nak wat buku cite gak.

k.ain :
lama x dgr cite. jgn la smpai guling2. baca pelan2. lame2 abes kang. HAHA

mizz pinky:
kek tu tak sedap lah. HAHA.

Mr. Shyang:
bukan Gurl yang delete la. org yg tulis tu. x yah gsaw lah. takda yg rasie pon..