Sunday, June 7, 2009

EXAM

apakah yang dimaksudkan dengan exam??

boleh buat seorang wanita hilang kehidupan dan arah tuju serta matlamat hidup. eh, tak boleh panjang-panjang intro sebab takut lappy akan di rampas oleh diktator. HAHA. Yang, I tengah take 5 kejap neh sebab rasa sleepy sangat. dari 3.30 belum tidur-tidur. mandi-mandi sudah. ah, orang taknak tahu kau dah mandi ke belum. no one cares!! HAHA

exam juga boleh buat seorang perempuan hilang selera makan, dan selera dengan diri sendiri sebab dah tak macam orang. bersosial dari bilik ke bilik pun dah kurang, sebab sibuk nak duduk dekat kerusi biru sambil conteng-conteng nota dengan highlighter pink tanpa arah tuju jugak. smeua perlakuan sekarang memang tak bertujuan kecuali untuk peperiksaan ARGhhhhh. watde%#!$&(^^$#. kalau tak periksa boleh tak. ataupun, kalau periksa cincai-cincai tapi markah nak gempak boleh tak? HAHAHA, malas layan Yaty neh. perangai tak ubah macam manusia tak bertamadun. rambling rubbish..exam juga buat perempuan comel berusia 23++ neh nampak macam profesor yang nak habiskan PHD pada umur 69 tahun. KAHKAH. kenapa tak bagi soalan macam soalan periksa darjah dua je?? kan senang nak jawab. sambil pejam pon boleh betul semua. siap boleh kirim je jawapan suruh kawan buatkan.

Kebencian
saya paling benci kalau masa periksa duduk sebelah orang Psycho. bukan Psycho apa tahu. dia pergi angkat tangan mintak kertas banyak-banyak. sedangkan kertas saya semuka setengah pun tak habis. gila psycho dan annoying ah. yang paling annoying bila tangan kanan tengah sibuk menulis tapi tangan kiri dah sibuk angkat nak mintak kertas. pastu siap toleh-toleh dekat kita yang tak mintak kertas. macam ejek-ejek kita. sumpah rasa nak lempang dia masa tu.

bila orang tu tak datang, tertoleh-toleh dengan muka gelisah macam idea-idea dah membuak-buak dan akan explode dan melimpah bila-bila masa. sumpah benci. saya akan mensumpah seranah dalam hati sebab buat saya takut like hell. rasa macam bodohnya aku neh, kenapa aku tak perlukan kertas yang banyak neh. jawapan aku salah ke sebab kertas tak habis guna. kalau nak sedapkan hati, saya angkat juga minta kertas. tapi untuk buat roket. KAHKAH. tapi, bila result keluar, Alhamdulillah masih menyebelahi saya. ah kau, apa jadi dengan kertas kau yang berkoyan-koyan tu? HAHA tak baik riak. Istighfar, istighfar. tapi, memang sumpah sakit hati kalau duduk sebelah Psycho neh. buat orang tak senang duduk.

hope exam kali ni tak jumpa that psycho again. hope dapat ketenangan. hope dapat stop dari rambling dan mulakan hidup baru. eh eh. KAHKAH. sambung balik pengajian yang terhenti tadi ....

guys, pray for me!!

ILMU PENDIDIKAN -> 10 Jun 2009

PENGAJIAN MELAYU -> 11 Jun 2009

ENJOY -> FOREVER (can't wait)

sumhow, i miss my home!!!home sweet home

3 feedback:

::::LAdY FAFA:::: said...

ok wisk u best of luck!

hidayah said...

betul2
benci gak bila duk sebelah org yg psiko.. kalu bole time exam nak duduk plg depan sekali biar x nmpk sapa2 pon

po+yaty said...

ye la yaya..

kali ni dapat paling depan sekali sampai ngadap muka lecturer x jemu