Sunday, May 10, 2009

Journey to Hungry

title macam nak gempak. sebab cerita dah naik basi simpan dalam hati. jadi, kena bagi suntikan ayat poyo baru jalan cerita kelas A. ah, banyak cerita..

entry kali ini memang nak bagi panjang berjela. jadi anda dinasihatkan jangan baca sampai habis. kalau boleh satu hari baca satu ayat. kalau nak lagi thrill, satu hari satu perkataan. so, anda takkan sempat bosan mentengok blog title yang sama dari 4 hari yang lalu. HAHA

cerita date tak habis lagi. (ah, bosan si Yaty tak habis-habis cerita dating. blah ar.) hey, hey. cerita dating saya once in a blue moon. so, plis. jangan nak bosan.jaga hati penulis dan tolong baca dengan penuh passion konon-konon cerita neh cerita cinta terhebat. Kalah Bohsia. tak kait.

Ahad yang lalu, konon histeria nak tengok Wolverine tercinta. (i love you Hugh Jackman) bersama kesayangan tercinta (i love you Yang) tapi semuanya hanya dalam mimpi tercinta ( i love you dream). HAHA. semua nak letak i love, i love. entry dating kan. mestila penuh dengan kasih sayang. (i love you blog). bluek

"Jom beli tiket bas, pastu beli lauk tengahari untuk rumah" (macam dah duduk under 1 roof)
"tu je?" (sebab tertunggu bila nak ajak tengok wolverine neh)
"tu je la buat masa neh" '________'

hurmm, sebab dah hampa, malas nak dress up sangat lah. setakat pergi stesen bas dekat Sek 17 sapa yang nak tengok. bukan nak jumpa Wolverine pun. paling-paling ulat tiket tak pun pakcik teksi. ulat bulu tak mungkin. sebab takkan ada orang nak mengorat dekat stesen bas. apa akallah.

tapi, selepas ditimbang kati dan pukal, kalau pakai cantik-cantik pun tak salah jugaklah. nak jumpa yang tersayang jugak. kau belum kahwin dah malas nak bercantik-cantik. nanti dah kahwin pakai baju kelawar dengan tepek bedak sejuk semuka seinci. pastu rambut sanggul tinggi macam mak nenek only. pastu laki kau pergi cari lain. KAHKAH ambik kau. ( eh, laki nak cari orang lain boleh kahkah pulak)

perjalanan dari Klang ke Shah Alam yang sepatutnya 15 minit je dah bertukar jadi 15 jam. (oke, ingat Klang - Kelantan kah?) konon nak mengelak jammed di fly over, membawa kami melalui Bandar Klang yang saya dah berkurun tak jejak. construction here and there, sangat sesak dan sangat jammed lagi teruk dari kat flyover. sampai lah keluar peribahasa "keluar mulut naga, masuk mulut harimau" HAHA bukan dari mulut cikgu oke dari bakal pengganti Chong Wei. bukan main you berperibahasa bagai.

oyya, nak tahu ayat pertama dia cakap dekat precious GF dia neh. Macam Circus. see, saya memang mendapat kesayangan yang mulut memang takda insurans walau satu sen. tahu tadi, pakai je baju kelawar dengan bedak sejuk. HAHA. sampai Sek 17, saya dah beriya-iya tarik handbag dari belakang nak turun. dia kata, nak buat apa ikut. tensen sungguh!! tinggal la terbosan-bosan dalam kereta. HUH!bukan lama pun. saja melebih-lebih
dah settle urusan jual beli tiket semua, kami pun bergerak cari makan. dari pagi saya tak makan sebab ingat nak pergi dating lah dengan Wolverine. eh, silap dengan Dak Yang. masa tu dah pukul 1.30 oke. tolong tahu yang perut saya dah bernyanyi keroncong, asli, seloka semua. memang lapar gila!! tetapi.. jeng je jeng

dia drive masuk Highway Lebuhraya Persekutuan

Yang, kata nak beli lauk tadi
nak pergi beli lauk la ni
kenapa masuk Highway pulak?
kata nak makan Nasi Padang

memang ada menyatakan isi hati couple of months ago nak makan Nasi Padang. Nasi Padang yang sedap sangat tu terletak dekat Kampung Pandan ke, Desa Pandan ke, Pandan Indah. entah, dah tak ingat. err, bukan dekat padang sekolah. sebab dah lama sangat. yang saya ingat Pandan, Pandan lah. Restoran Resepi Bunda kalau tak silap jugaklah. eh,apsal bagi semua info silap neh. faktor masa dan usia lah neh. macam tua sangatlah bukan. HAHA. Nasi Padang memang sangat sedap oke. saya tak tipu.tak percaya cuba try tengok. kalau sedap, cari Yaty cakap memang sedap lah Yaty, kau memang takda tipu. kalau tak sedap, simpan je dalam hati. mungkin kadang-kadang Yaty pun tersilap. KAHKAH. ye lah bukan taste kita semua sama. kan?kan?kan?

tapi hari tersebut, kami tak pergi ke Pandan, Pandan lah. sebab kalau kami ke Pandan juga, saya boleh pengsan. imagine tak menjamah apa pun dari pagi. kami pergi ke restoran baru di jeng je jeng..
semua nak jeng je jeng. macam best sangat. Restoran Sari Ratu terletak di Kelana Jaya. kau bayangkan dengan perut yang lapar tu, cari makan sampai Kelana Jaya. kepala memang dah pening jugak. dah masuk angin. di pendekkan cerita yang tak panjang sangat neh, saya dah memilih menu kegemaran saya. jeng je jeng....(nyampah!)
lagi dua lauk yang tak masuk dalam blog (jangan kecik hati) ialah gulai kambing dan paru goreng. saya memang tak makan kambing. sebab Dak Yang dah pilihkan, saya dengan segala kudrat dan usaha mentelan jugak secebis kambing tersebut. malangnya, lepas tu saya pening terus tumbang (tidur maksud dia, dah kenyang selalu tidurlah saja guna kambing sebagai alasan) HAHA poor kambing. Yang, lepas neh janganlah belikan i lauk rusa ke landak ke, katak ke err.. walaupun tak makan tapi kalau you dah beli, i kena makan jugak. kang sentap ingat tak sayang ke apa.

paru goreng tu saya dah ambil gambar jugak. tapi rupanya buruk sangatlah. maaf paru dah cuba edit bagi cantik pun, tetap tak mau. memang dah fitrahnya buruk, tetaplah buruk. kalau saya letak jugak, takut-takut ada yang dah taknak makan paru goreng lepas neh. HAHA kesian paru diperkotak-katikkan rupanya. tapi rasanya sangat enak oke.

hurmm..lepas selesai urusan jual beli, balik la apa lagi tunggu. ingat Dak Yang nak bawak jumpa Wolverine ke apa. jangan mimpi sangat. lagipun orang-orang di dua buah rumah dah kebulur tunggu lauk dari Kelana Jaya. lepas makan, saya memang tidur sebab kepala sakit. lapar sangat tak pun sebab kambing. nak jugak salahkan kambing. Dak Yang pulak lepas makan kambing, muntah-muntah. dia kata perut dah masuk angin dah kot. balik pukul 3. mana tak masuk angin. nasib baik dia tak ajak pergi Padang, Indonesia terus beli lauk kat sana. baru thrill, tak sempat sampai rumah, dah pengsan. HAHA

info taknak tahu: saya telah mengorbankan 2jam waktu belajar untuk buat entry neh. tolong baca. HAHAHANAKEXAMDAH!!!!

19 feedback:

Fadhlah said...

hahaha..saya dah habis kan masa 5 minit saya beca berulang kali baru paham!(paham tak ayat nie)-ini mungkin terjadi kerana terlampau lama membaca n3 ini..kah..kah..kah...
1.takkan tak tau jln Jam kat klang tu...2 tahun baikot jgn masuk KLaNg ok?
2.itu kereta mers c200kan?tak pon 190
3.kenapa jauh sangat makan nasi padang tu?dekat port klang tukan ader...try tanya la org kat situ..bangunan lama2 sket..sedap ooo..dia jual nasi kejap jerk..kul 11 buka..kul 1-2 dah habis..
4.kenapa tak amik lagi award padlah bagi?
5.kan ble masak sendiri dia nyer sambal padang tu?senang bahhh...cili merah+cili kering sket.bawang kecik,gula,garam.
memula,blander cili merah ngan cili kering tu(nak tunjuk rajin,tumbuk ngan lesung)bersama2 ngan bawang kecik tu.kemudian tumis bahan yang dibelender tu..dah tu..masuk gula kemudian masuk sikit garam...bahan2 slalu saya buat cili merah 10,cili kering 2-3 tangkai,bawang kecik 6-7 bijik.garam tu 2 sudu besar(ikut suka)garam secubit.
dah siap..try la..saya amik respi nie masa pe indon dulu..hahaha.

po+yaty said...

ya ampun fadlah...

jap g yaty amek lah.

psl merc tuh x tau. yaty hanya penyeri di sebelah. haha

pasal resepi tuh, yaty mmg x rajin

err, n3 yaty ssh dibaca kah?

zaradgreat said...

hohohoh...ayam penyet penah makan?nasi padang tak penah makan aaa.mcam sedap je bce entri nih
gaggaga

anywy,,gudluck exam!!~
haiyaa...dah bis exam..tp esk practical..aaaaa!!
malasnye!!!!!

cudbutterfly~ said...

hehe
yaty..,,
gdluck xm k..,,
cud pn da abeskn ms 3min std bc n3 yaty
tp xksh pn k..,,
njoy j~
std kuat2 tw
(eceh...cud ckp org..pdhl ni tga golek2 j nih)

kueh bakar said...

i lap u too

kua kua kua

cIk pEnNa said...

Yaty,
cuba yaty nengok web nih..http://www.ratubidadari.com/

ada jual tudung ct gak tau..

;)

hidayah said...

wa..best ye date..
ya nak date gak..
tapi date sorang jela..
ngeehh? dipanggil date jugak ke ?..

mmg bc smp habes..
punya pasal gila rindu kat yaty gaban tahap..
smp tak reti nk susun ayat da..
hoho~

bulan bintang capricorn said...

yaty xley mkn kambing sbb de drh tinggi ke??
hehe..

best lo0rhh nasi padang..
tbe2 rs lapa lak pagi2 buta nie pas bc n3 yaty nie..
huhu

Jard The Great said...

singgah jap.. hehe..

MisZ PinKy said...

uwaaaaaaaa ngh lapa nih!

Fadhlah said...

cik zaradgreat tu org serawak ker?ayam penyet tu mmg sedap!pepagi lagi org dah beratur belikan?ah...rindu ayam penyet la..

po+yaty said...

thanx u zara..

ayam penyet belum pernah makan lah

nnt nak cuba gak

po+yaty said...

cud...
thanx u..

gudlak to u

nnt yaty sggh blog kamu eh

po+yaty said...

kueh..

aik??

lap lap

po+yaty said...

thanx cik penna

nnt saya tgk

po+yaty said...

yaya..

alolo

yaty pun rindu yaya

nnt dah abes kekalutan

kita berkasih sayang semula oke

haha

po+yaty said...

bbc

yaty x suka kambing lah

bau dia sgt x tahan lah

po+yaty said...

misz pinky

yuk makan yuk

po+yaty said...

jard

time kasih sggah

nnt yaty sggh blog kamu

blog kamu pun best jgk