Friday, April 17, 2009

twins

Err.. hari ni kepala agak serabut. Rasa macam kepala nak terpisah dari badan. Badan nak bercerai dari kaki, tangan nak pecah terbelah-belah. macam ngeri sebab nak gambarkan yang konon-konon hidup sangat miserable, busy to death dan masih sempat nak memblog. Jadi, apa kaitannya? Entahlah.. my brain cannot function normally

I

2005. Tahun pertama jadi GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) sekarang tengah berlatih jadi guru yang tak bersandarkan pada kenangan(?) Mengajar kelas ke 10/12. Bayangkan bayangkan. Tengah marah budak nama Ashraf. Pung pang pung pang mengamuk tak tentu hala. dah nak dekat waktu balik. Satu kelas senyap. Saya pun duduk tempat sebab dah penat menjerit macam tarzan tak cukup nafas.

KRINGGG!!!

Saya takda bagi budak-budak balik. Biar mereka tahu, kemarahan cikgu dia dah sampai peringkat amarah. Kau balik la lambat, sapa suruh buat cikgu marah? Lepastu, kawan-kawan se-geng ni dah tunggu depan pintu sebab nak balik beli jajan sama-sama atau ajak main kejar-kejar dekat tiang letrik pastu kejap lagi rambut jadi tegak-tegak kena letrik nak salahkan sekolah. Padahal, mereka takda tahu yang anak mereka ni agak inovatif memilih alat-alat permainan seperti tiang letrik, longkang, salur air besar. Ntah pape ntah lagi. Jadi saya pun diam je……………….

Tetiba toleh dekat pintu, saya Nampak si Asyraf ni tadi dah berdiri dekat luar bawak beg dengan muka tersengih-sengih kerang busuk. Saya pun naik sawan la histeria bagai nak gila sebab dah rasa tercabar la neh anak murid tak dengar kata, ASYRAFFFFF!!! APA AWAK BUAT KAT LUAR TU? SAPA BAGI AWAK BALIK? MASUKKKK SEKARANG. Suara macam halilintar membelah bumi, sampai budak-budak lain tunggu geng pun blah. Ada pulak satu suara tu berani menjawab, 'Cikgu, itu Asyrafi, Asyraf dalam kelas'. Sekali saya toleh. Ok sekarang rasa nak buat-buat pitam sebab dah histeria tak tentu hala plus malu tak ingat dunia. Ahh, I wish I never be born. THEY ARE TWINS


Since that, kalau nak marah dekat luar akan tanya secara malu dan sopan santun terlebih dahulu, Ni Ashraf ke Ashrafi? Kalau Ashraf baru marah like crazy woman only.


II

Every year, mesti ada student faveret. ciri-ciri paling penting, sangat comel, sangat pembersih dan sangat kemas. Tak pandai, takpe. Cikgu takkan marah sebab dia comel. HAHAHAHA.Saya sangat suka budak comel. I love cute kids in other language means. Kalau saya rasa memenuhi kriteria, akan terpilih jadi ketua kelas. Jadi, hati gembira sebab hari-hari akan berurusan dengan cute kids. Oke nampak macam pervert. Salahkah kalau suka budak comel? Takda dalam undang-undang sekolah pun.


Budak comel pilihan saya pada tahun ini jatuh kepada *drum roll*


Amirul Siddiq


Bila dia blurr je nak jawab Math saya takkan sanggup nak marah muka comel tersebut. Kalau murid lain, rotan dah naik kaki tangan semua. (tipu). Cikgu lain pun tahu saya sangat suka dengan Amirul tersebut. 1 day, tengah mengajar di tingkat 2 tiba-tiba, Amirul tersebut lalu. Kelas Si Amirul tersebut di tingkat 1 dan tandas lelaki di ground floor. Jadi… saya dalam hati dah syok sendiri. Budak ni pun suka aku….HAHAHAHACIKGUGATAL.

Saya takda tanya langsung dengan Amirul tersebut kenapa tersesat sampai tingkat 2. Saya assume saja dia pun suka dengan saya. Ahhh, mengalahkan cinta budak sekolah. Malu siket dengan budak kecik. Kalau kelas Math je darah nak naik setinggi langit dan jadi histeria sampai blok A pun boleh dengar suara high pitch.. SIAPKAN!!, teacher pergi solat, nanti teacher naik, teacher tahu dah siap!!! Saya pun turun lah ke surau. Kau tahu apa mata ni nampak?? Si Amirul tengah tanggal kasut stoking nak sembahyang juga!!! Saya berfikiran waras, jangan aku nak mengamuk tak tentu pasal dekat surau. Jaga maruah, jaga maruah. Saya fikir logik akal. Si Amirul tadi ada dalam kelas tengah buat latihan, takkan dia bela hantu raya tiba-tiba magic dah sampai surau. Jadi, dapat jawapan tak? Ok sekarang ada dua budak comel. Bila cerita dengan guru kelas dia pun, kakak tu tak tahu. Patut la akak Nampak hari tu si Amirul dari atas. Akak pelik juga kenapa dia naik sedangkan kantin dah tentu kat bawah. Akak tak tego la. Nasib baik akak tak tegur kalau tak akan mendapat malu secara total.


Dalam semua-semua kembar tu semua nampak bonding la like rehat sama, balik sama. Tapi Amirul Siddiq and his twin memang tak pernah nampak bersama-sama. Sebab tu ramai cikgu tak tahu mereka kembar. Mereka macam bawa haluan masing-masing. Tapi Amirul Hakimi pandai banyak. Amirul Siddiq pandai sikit je. Agaknya sebab tu mereka tak geng kot. KAHKAHKAH.


Almost every year juga mengajar budak yang boleh buat trick ~berada~di~dua~tempat~dalam~satu~masa.


Ashraf & Ashrafi


Hafizan & Hamizan


Najehan & Najehah


Si kembar comel ; Amirul Siddiq dan Amirul Hakimi


6 feedback:

Cik Angah said...

mak ai..cutenya kembar 2..huhu..

sabarlah ye yaty..mengajar dak sekolah rendah byk dugaan..

sabar ye..

zaradgreat said...

kenapa mereka sangat super duper cute??

hehhehe
kem salam dieorg.
nak no dieorg bleh??
heheheh

I N D A H said...

poyaty, IPG mane?
batch mane?
sem 5 ke?

poyaty said...

angah ->cute kan angah. yaty sgt jatuh chenta

zara -> aik, awak pn da jd pervert. ske bdk bawh umo mcm sy. blame us not

mrk mmg sgt comel. haha
no ayah dia nak?

indah -> yaty bkn bdk full time. yaty kdc da sem akhir. tgh praktikum fasa 2 skrg. IPG KTHO, Batu pahat

cudbutterfly~ said...

klakau gle nk mati..,,
xabes bc lg nih..,,
tga glak gulen2..,,
nk anta komen dlu br nk smbg bc blek
hihihi

poyaty said...

cud -> awak neh wat kite malu

hahahaha

guling ati2 k