Friday, April 10, 2009

Siapa yang menipu??

Hadirin sekalian. Harap maklum, isi entry hari ini tiada oyyeh, oyyeh atau hooray, hooray. Ehem,ehem pun takda. Ambil serius sikit. Entry kali ini sedikit ilmiah supaya anda beroleh sedikit kebaikan dari membaca blog saya neh. Semoga saya juga mendapat lesson juga (alamak, lesson plan belum buat lagi neh. Hey,hey. Tolong serius)

.

.

Buat muka suci, sesuci lebaran sebab nak bagi tazkirah.

APRIL FoOL's DAY.

Siapa yang menipu?? Siapa yang TERtipu???

Mesti ada antara anda pernah buat kerja ni kan? Pergi sorok baju kawan, nila muka kawan, bubuh kapur kasut, ni semua kerja masa zaman takda kerja dulu, sekarang dah ada kerja, tak buat dah kerja tak berfaedah ni. nak tahu apa di sebalik April Fool ni? saya pun sedikit insaf juga lepas membaca dan nak bagi kawan-kawan insaf sama. Mari, mari insafkan diri. Kalau tak insaf, kau boleh pergi sekarang!

Perbezaan pendapat tentang sejarah kejadian perayaan ini:

Sebahagian mengatakan bahawa inovasi ini muncul di Perancis pada tahun 1563, setelah kalendar baru diperkenalkan, terdapat seseorang yang telah menolak penerimaan kalendar ini telah menjadi mangsa kepada beberapa orang yang telah memalukan dan mempermainkan beliau sehingga beliau menjadi bahan gelak orang ramai… (hey, apa neh. Tak baik main-mainkan orang tahu)

Sebahagian pula berkata bahawa inovasi ini muncul dari zaman purba kala, terdapat perayaan bagi penyembah berhala yang berkaitan dengan tarikh ini, maka perayaan ini merupakan sisa dari perayaan penyembah berhala.

Inilah di antara asal-usul sambutan ini.

Ramai di antara kita yang menyambut hari ini, tetapi berapa ramaikah dari kita yang mengetahui rahsia di sebalik hari ini???? (kau tahu?)

Sewaktu kaum Muslimin menguasai Sepanyol lebih kurang 1000 tahun yang lalu, mereka merupakan satu pasukan yang tidak mampu dikalahkan. Orang-orang Kristian sewaktu itu menaruh harapan besar agar dapat melenyapkan Islam dari muka bumi sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja (Jahat orang Kristian neh)

Mereka telah cuba beberapa kali untuk menyekat dakwah Islam di Sepanyol tetapi tidak Berjaya.

Setelah itu, orang-orang kafir telah menghantar perisik-perisik mereka untuk belajar dan mencari rahsia di sebalik kekuatan kaum Muslimin yang tidak mampu dikalahkan. Mereka dapati bahawa berpegang teguh kepada ALLAH dan bertaqwa merupakan penyebabnya.

Apabila orang Kristian mengetahui rahsia disebalik kekuatan mereka ini, mereka mula memikirkan tentang strategi untuk mengalahkan kekuatan ini, jadi mereka telah mengirimkan arak dan rokok ke Sepanyol secara percuma (ATTN:Someone please notice this line)

Taktik ini makin menjadi, iman kaum Muslimin semakin lemah, lagi-lagi dikalangan pemuda-pemudi Islam di Sepanyol. Natijahnya, kaum Kristian Katholik telah mengalahkan kaum Muslimin yang telah memerintah Sepanyol lebih dari 800 tahun. Kaum Muslimin telah cuba sedaya upaya bertahan di Grenada, tetapi telah ditumpaskan pada 1 APRIL..

Dengan itu, mereka (orang-orang kafir) telah menggelarkan ia, Tipu Daya April (Trick of April)

Sejak dari itu, mereka menyambut hari ini dan menganggap kaum Muslimin sebagai orang-orang bodoh…

Apatah lagi jika kita bersama-sama mereka menyambut hari ini…

Kata-kata Ulama' berkenaan dengan penipuan…

Syaikh Muhammad Salleh Al Munajjid (salah seorang pensyarah terkenal di Saudi Arabia) berkata:

Menurut hukum syariah, menipu tidak dibenarkan kecuali pada beberapa keadaan yang tidak mengakibatkan kehilangan hak, menumpahkan darah, menjatuhkan maruah dan lain-lain. (tipu orang tersayang jangan. SANGAT MEAN)

Menipu hanya dibenarkan demi menyelamatkan nyawa, memperbaiki hubungan di antara manusia atau menyelamatkan hubungan cinta suami isteri.

Tidak ada suatu hari atau sesaat pun yang syariah menghalalkan manusia untuk menipu atau mengatakan sesuatu berdasarkan kebohongan.

Salah satu hal yang telah berleluasa di kalangan masyarakat umum adalah hari yang disebut 'April Fool's Day' di mana mereka mengaku bahawa hari pertama pada bulan April merupakan hari yang dibenarkan untuk berdusta tanpa batasan syari'e.

Banyak perkara buruk yang boleh terjadi akibat daripada menipu…

Pesanan penaja: jadi hadirin sekalian. Janganlah kita menyambut hari-hari yang mempunyai makna lain dan menghina umat Islam sendiri. Macam contoh lain, Valentine's Day. Ehemm, saya tak pernah sambut hari tersebut oke. Jadi, mungkin akan sama-sama dapat manafaat dari tazkirah tersebut. AMIN.

Sumber: Persatuan Mahasiswa Kolej Hafiz

    www.hafiz.edu.my

    http://www.islamqa.com/en/ref/books/99

3 feedback:

asna cute said...

Sis nti bg mail kat chat box asna ek.. nk pinjam ar novel tu~.
pleaseee~...
duit poss nti asna byr sendri k.

Binjaie said...

Benar tu banyak sambutan barat di sambut oleh orang islam, i mean melayu tanpa usul periksa... teruskan berblog sambil menyumbang kepada mummah dan masyarakat...

poyaty said...

asna -> i will dear

binjaei -> insyaallah.. sumbang sket2 je