Saturday, April 18, 2009

~~MAAF~~

maaf, kesibukan membataskan idea dan isi-isi penting. saya kena mintak di jauhkan dari blog. selagi blog depan mata, selagi tu takkan ingat dunia tengah bergoncang, kesibukan tengah mengejar. ahh, sudah. tak perlu poyoitis punya ayat. nak bluek...

maaf andai saya tak sempat membuat lawatan sosial ke blog kawan-kawan semua. err, ramai ke kawan-kawan neh? angkat tangan siket??ok.ok saya nampak. saya kesibukan dan masa memang mencemburui saya. tak boleh tengok orang senang sikit. ada je kerja nak jatuh dari langit, bedebuk atas muka. sound efek sangat poyo dan tak boleh diterima akal.

maaf jika tag-tag anda masih tergantung di blog anda dan tak sampai-sampai ke blog saya. cuba bagi tag anda kasut roda, bia dia jalan sendiri ke blog saya dan jawab diri dia sendiri. jadi, saya takkan rasa susah mati err, susah hati sebab tak jawab blog kawan-kawan dan takut kawan-kawan ada yang sentap dan makan hati ingat saya tak hargai tag kawan-kawan ke apa. bukan. saya hanya insan biasa yang ada dua tangan. kalau ada lebih tangan nanti, Insyaallah, saya boleh updet every minit walaupun dalam hati anda kata, macam ada orang nak baca. HAHA.

maaf kalau entry seterusnya takda lagi muka-muka comel menghias skrin lappy atau PC anda lagi. takda lagi muka Yaty cantek berhias dan terpampang di sana. entry akan sangat kosong dan hitam pekat bagai malam, ahh..sudah. takda lagi ayat-ayat menyampah keudara di telinga anda selepas ini, tin-tin kosong bergolek ke kaki.

maaf kalau anda rasa saya busuk(?) siyes, hari ni panas sangat. sampai berpeluh dan terpeluh-peluh saya buat entry. panas gila. sampai entry pun dah keluar ayat-ayat panas. bila dah panas sendiri akan rasa macam kambing bandot. kau tahu kambing bandot? KAHKAH. aku busuklahhhh.apsal busuk sangat neh?

sebab kenapa yang konon sibuk to death;

  1. PPD nak dokumentasi bercerita Isnin
  2. lecturer nak observe 2 days in a row start from Monday
  3. ada meeting AJK Kerja Perpustakaan on Monday also (saya own the PSS. tapi tak tahu apa nak buat)
  4. Selasa ada Kursus Sains Perpustakaan from 10.00-1.00 (pastu, terus ngaja petang. tak rasa nak kiok ke?)
  5. guru besar nak buku rampaian math budak the whole class (mintak je la 5 ke)
  6. study belum bermula pon (berazam dari akhir tahun lepas, bln 4 dah nak abes da)
  7. arrange kan a few stuff for my Kez yang nak bertunang bln 8 neh, coz dia di Russia
  8. soalan ujian 3 belum buat.
  9. jurnal saya yang terakhir pada minggu ke-4 (sekarang da masuk minggu 9)
  10. belum buat ujian lisan untuk budak, sedangkan dah nak mid year exam
  11. buku ADAB belum bulat-bulatkan
  12. sekarang rasa nak pengsan bila tengok list sendiri. bluek bluek
sekolah tengah hot gila....dia punya darjah kepanasan sama dengan suhu air didih. ramai yang nak isi borang pindah sebab..eh, hal-hal sekolah tak boleh bawak masuk dalam blog. sangat tragis kalau ada yang tahu. nanti saya tak lulus praktikum HAHAHA.

i have to put an end here. tak bisa lagi mengadap blog secara suka-suka tak ingat dunia. pergi sana kau muntah hijau siapkan kerja yang berlambak macam muntah hijau kau. yerkkk!!

macam biasa pengakhiran yang indah..

Qhaud tersingkir akhirnya... tu la pengakhiran yang indah

7 feedback:

zaradgreat said...

ohooo
macam gila busy~~

selamat busy!~

silalah doakan ku exam isnin ini..
huhuhu..
macam seksa~~

poyaty said...

amin zara

semoga berjaya

MisZ PinKy said...

mak oi..

bz nyee dier..

owh..yerlaaa tersingkir jgk dier kan..

ingt kn yazid tuuu..

poyaty said...

pinky

kite pun tgh tggu nak kick out yazid

semak AF semak mate

hahaha

Binjaie said...

slam..br abis kem motivasi

poyaty said...

tahniah

meti motivasi tinggi menggunung neh

Fadhlah said...

amin...