Wednesday, April 8, 2009

LiTTLe WiTcH

Hai kawan-kawan.

Dah lama tak update blog. Dah menggelupur tak tentu arah memikirkan nasib blog sendiri. Ecehhh. Apakah masih bernyawa atau sudah mati. huh…

Terkebelakang waktu ni sedang sibuk di kejar Mr. B. (you tak payah jadi tak tentu hala oke? I tak cintakan dia pun. Dia je yang sibuk kejar-kejar I) jeng jeng jeng. Yaty ada secret admire? Berapa ramaikah secret admire Yaty tersebut. Sebenarnya ada err.. 1, 3, 0.. takda sapa pun admirekan saya neh. Am just B…Z. kehkeh. Kalau ada pun takkan saya tahu. Nama pun SECRET kannnn???

Oyya, sebelum bercerita lebih panjang. Saya nak buat ucapan pendek boleh ka? Bingkisan hati Si Perindu. Wallaweh.. baca ye.

Dear Mr. Yang, ih, tak macho langsung.

******SAYA RINDU KAMU*******

Tu je. Buat ucapan panjang-panjang pun, orang lain yang baca. Dia takda peduli pun. Kalau dah makan, minum, tidur pun tak ingat? Apatah lagi insan kerdil bernama Yaty. Langsung hilang dari ingatan dia. Yaty? Who? Huwaaaa… meraung tujuh hari lapan malam lah saya siap berguling-guling terjun bangunan. Ingat Allah, ingat Allah. Silap-silap jadi Kassim Selamat versi Millennium. Tapi, Kasim Selamat main saksofon kan? Saya tahu main trumpet dengan recorder je? Kira boleh laaa..

Saya ada nak cerita sikit tentang hal rumahtangga.. wah.. semangat kau. tettt!! salah. Pasal budak sekolah. Belum pernah lagi cerita pasal budak-budak kat sekolah tu. Macam-macam peel dia. Hari ni for the 1st time selepas 4 bulan saya kena relief kelas tahun 1. Sebelum ni tak pernah lagi masuk tahun 1.

Saya, iaitu Cikgu Hidayati memang sangat terkenal dengan muka singa lapar dan suara tarzan ooo0000OOOO000ooo nya. (sikit pengenalan. Kot-kot ada yang tak kenal) nak tahu macam mana garangnya? Kalau saya berdiri hujung koridor sini, berlari lintang-pukang budak yang tengah berkeliaran dekat koridor sana masuk kelas balik. Siap ada yang terjatuh-jatuh lagi. Err, rasa tak garang lagi? Ok, takpa takpa. bukti seterusnya, kalau saya lalu depan kelas yang tengah bising dan budak tengah gembira main tendang-tendang dan pusing satu kelas dengan batang penyapu nak pergi bantai kawan dia, saya hanya berdiri di luar dan pandang dengan tajam. Tak payah buka mulut langsung. Simpan je suara. Senyap sunyi terus kelas yang macam kapal nak pecah ke apa. See, garang tak Cikgu Hidayati tersebut?

Tapi yang benci, kalau tengah mengajar ada budak datang bawak nama murid bising. Nyampahlah nak layan. Dah macam cikgu disiplin dah ha. Tapi, segarang-garang saya, belum pernah lagi tapak tangan yang selembut sutera ni menampar anak orang. Belum pernah. Saya memang ada niat. Niat ok. Niat. Berniat nak tampar tak dosa kan?kan?kan? Tapi, bila tangan ni dah naik setinggi langit ketujuh, automatic dia jadi slow bila nak landing kat pipi. Tak sampai hati lah. Nama pun budak-budak. Paling-paling saya cubit pipi budak sampai herot. Tu la paling berat. Lain takda, saya pakai mata saya. Senjata paling tajam neh. Nak try? Meh sini meh.

Ok, back to the story. Bila masuk tahun 1 Intelek. Saya pun suruh budak-budak buat revision Sains sebab lepas rehat nak ujian Sains. Ada yang tak bawa buku, biasalah. Nama pun tahun 1. Ha, kongsi-kongsi. Baca sama-sama. Siapa bising, cikgu tak bagi rehat. Ugutan tu perlu. Kalau tak kau orang ingat mereka nak diam free-free? Keep on dreaminglah. Saya pun balik tempat dan tanda kertas. Depan tempat saya tu ada budak chubby sikit. Dengan mata sepet dia. Sangat comel. Dia pun membaca lah buku sains tu ada tajuk part of my body. Mereka baca part ‘tongue’. Saya pun biarlah mereka membaca dan mengulangkaji. Tiba-tiba saya dengar. ‘Aku nak makan ni lah. Sedap. Yang ni, ni, ni. sedapnya!!!’. Ya Allah. Dia pergi cerita pasal gambar makanan yang ada dalam buku teks tu. Memang padanlah dengan badan dia yang chubby tu.

geram tak. macam nak kunyah je tangan dia. ngap ngap

“simpan semua barang dalam beg, masukkan kerusi dalam meja, baca doa makan”

Ada budak tu tak simpan pencil box dalam beg

“masukkan pencil box dalam beg. Nanti ada orang jahat lalu, dia Nampak pastu dia curi pencil box kamu. Macam mana?”

“dekat sekolah kita ada orang jahat ke?” alahai, naifnya lah budak neh. Sangat suci dan putih bersih macam guna sabun pencuci Daia. Dia tak tahukah yang orang jahat tu mungkin tengah baca blog neh dan berniat nak curi pencil box transformer dia tu. Aik?

“mestilah ada. Kita tak tahu sapa. Kita kenalah hati-hati”

“ye la, nanti takda duit nak beli pensil baru”

“haaa, tahu pun”


Nama pun budak

Paling saya suka kelas Tasmik pukul 6. Tiap-tiap hari Rabu dan Khamis saya jadi ustazah. Mengajar budak mengaji. Dapat kelas agak hujung juga. Yang saya suka….

“bangunnnnn!!!” (nak tahu ketua kelas dia neh nama Jufri Farhan. Pakai tali leher betul-betul dekat leher sampai tercekik. Masa 1st Nampak dia, saya dah macam kena sawan gelak dan histeria, baru saya betulkan. Kau bayangkanlah pakai dekat batang leher. Baru betul nama dia tali leher. Bukan tali kolar. Ye tak?)

“Assalamualaikum Cikgu Lisdawati” dengan penuh konfidennya.

“assalamualaikum Cikgu Lisdawati” yang lain pun ikut

KAHKAHKAH.betullah yang kau baca tu. Selalu saya mengamuk budak sebut nama salah. Kali ni saya maafkan. Sebab saya pun suka. Padahal name tag dah besar papan tanda jalan raya. Tapi, takpa. Panggilah Cikgu Lisdawati. Cikgu memang suka. Esok kalau jadi apa-apa orang Tanya, siapa cikgu Tasmik kamu? Cikgu Lisdawati. Mati kerat jari, tak jumpa lah kau cikgu Lisdawati tersebut.

Terima kasih.

8 feedback:

MisZ PinKy said...

alalalala...

cekgu upenye dier nih..

hik3..

cekgu lisdawati lak tuuu..

hek2..

;p

poyaty said...

tuh la. dapat nama baru tau.

glemer

Cik Angah said...

oh cikgu rupenya cik yaty ni...wah ..sangat enjoy baca entry kamu ni meh..hehe..psst..psst..yaty..nama yaty sebenar siapa?mcm mn leh smpi ank murid call LISDAWATI?mak ai..pelik...konfius ni..hehe

goodmorningteacher said...

hek..hek..hek.. sgt cute! geget pipi dier tuh karang baru dia tau!

azzahhusna said...

nama sebenar dak nih, halimatussa'adiah a.k.a pempuan baik2 saja..hahahha

poyaty said...

angah-> nama saya ehem ehem, Hidayati . tuh budak2 smpai pggl lisdawati.kahkah

poyaty said...

k.lynn ->geram kan tgk pipi die tuh. jom kita kerjakan dia hahaha

poyaty said...

kakngah-> kau jgn terhegeh-hegeh kat sini. bagi kang