Friday, April 3, 2009

Klang, Johor.

Malam ni sepi dan kosong. Cececeh.. mula dah nak mengkaratkan entry.

Takda takda. Hanya nak kasi gegarrrr sikit (tag line Aizat, dia pun dah kurus sekarang. Anda bila lagi?err, maksudnya sayalah)

Tadi, saya temankan kesayangan saya makan malam. Ah? Bila pula si Yaty sampai JB neh? Oh, bukan bukan. Hanya temankan dalam telefon. Dia keseorangan malam neh. Paper? Tido. Amid? Dating. Popo? Handsome. Ah, tak kait. Yang selalu teman dia makan malam Amin.(mereka berdua tubuhkan Persatuan Anak-Anak Bongsu. Lagi sorang ahli dia, Jele) Amin pun dah balik kampong. Jadi, saya sebagai perempuan~yang~ dijadikan~dari~tulang~rusuk~sebelah~kanannya (dibaca secara senafas) pun mengambil alih tanggungjawab temankan dia makan. (kalau tak nanti ada pula yang gatal-gatal nak temankan dia makan) Dari rumah kami bersembang-sembang sampai lah kedai makan pertama. TUTUP. Ala, kasihan dia. Dah la lapar baru pulang dari ber-golf-ing di driving range.

Destinasi seterusnya, Kangkar Pulai. (dah macam program Warung Kita pulak)

Jangan memandu sambil mentelefon. adalah dilarang sama sekali. Jangan tiru.

'Abang nak makan burung puyuh la'. Eiii, saja nak buat saliva saya meleleh-leleh sampai jadi selautan tasik. Yerkk! 'Gurl makan apa malam neh?' hurmm.. saya diet. Ringkas dan penuh pengertian jawapan neh. Padahal, jap lagi nak turun masak meggi Hao Liao. SEDAP. 'eh, Abang ada duit tak nak makan ni. tadi dah pergi driving range kena bayar RM++'. KAHKAH. Macam nak berlagak sangat buat saya terliur-liur nak makan burung puyuh, tapi duit takde. Dia terus tukar menu. Dia takkan berselera makan burung puyuh sorang-sorang. Makan burung puyuh jadi super duper sedap bila dengan saya je. Sebab saya akan jadi excited macam kera dapat bunga kalau dapat makan burung puyuh. Jadi, pepatah tu boleh tukar kepada macam Yaty dapat Burung Puyuh. Tolong tahu yang saya die hard fans burung puyuh. Jadi, jangan segan nak jemput saya makan burung puyuh. 15 ekor pun saya boleh habiskan. (tak tanya pon)

Dah sampai Kangkar Pulai, dia baru teringat yang tiap-tiap malam Jumaat kedai tu akan tutup. Mungkin tokey dia pergi baca Yassin kat surau ke apa. tapi, masa kami pergi tahun lepas, kedai tu bukan hari Khamis pun memang tak buka. Saya memang ingat dia dah bankrupt ke, malas nak masak ke atau pergi pikat burung puyuh agaknya. Tapi, dia kata dari jauh dah Nampak lampu. Ok. Confirm buka. Dia dah pergi duduk semua kemudian dengar suara perempuan. Eh eh, cam suspen je. Rupanya… Nak makan apa? Kehkeh, dengan kakak ambil order pun nak jeles. Apa akallah kau ni Yaty.

Sotong goreng tepung untuk sorang, sup ekor dengan air sirap

Eh Abang, Gurl nak burung puyuh goreng kunyit. Gurl nak…

    Jangan sibuklah!!    

Ambik kau. Kahkah. Moral dia: Dun mess with hunger people.

Sambil tunggu order kami berbincang tentang masa depan. Ceceh. Mentang-mentang dah dapat green light. 1st time tahu cerita secara serius macam neh. Alahai, tak nak lah cerita lagi, buat sendiri tak sabar je. (aik? Gatal?) No no. nanti orang muntah hijau pula asik baca cerita karat. Macam biasa, bila order dah sampai, saya pun di campak ke tepi, itulah nasib saya sebagai peneman dalam telefon. Eh, dah macam karangan aku sebuah telefon je. Apabila saya sudah rosak tuan saya membuang saya ke sungai. Tamatlah riwayat saya sebagai sebuah telefon.
SEKIAN.

6 feedback:

reen said...

ap tjuk n3 ni benony?..eden x phm le..klang?..johor?..klang johor?mane ad?..hisy!!leh kna sawan nih...

Cik Angah said...

cik yaty..hehe..enjoy reading tiap entry cik yaty ;p keep it up :)

Binjaie said...

kesayanganku :)

poyaty said...

K.reen -> nak tunjuk betapa dekatnya klang dan johor neh. kalau pelik, simpan dalam hati je.

Cik Angah -> tq angah. saya sgt bersemangat baca komen cik angah (ah,poyo!)

Binjaie -> eh eh, sape kesayangan awak tu? nk tgk gak

kueh bakar said...

sedap ker burung puyuh?
tak lalu makan..
macam baby ayam jer...

poyaty said...

sedapa la kueh..

sangat delicious