Wednesday, April 22, 2009

Kenapa mesti jadi cikgu?

dah tamat tempoh berkurung dan menangis. sekarang masa gembira. babah dah sihat. dah keluar dari hospital. hati pun dah kurang bimbang. thanx to Saudara Atif yang menghantar babah ke hospital, dan menjenguk babah, dan balas-membalas SMS emak yang dah tersalah hantar dekat dia. HAHAHA thanx kepada kawan-kawan atas doanya juga.

(Atif; saudara-mara my sis-in-law- yang duduk di Mekah tapi masih belajar di UIA. uuuhh, berminat? sebab nanti boleh ala-ala ayat-ayat cinta. duduk tepi Sungai Nil, mentulis diari lepastu berdating-puisi. Mesir dan Sg Nil itu jodoh. oke, apa kaitan Sg Nil dengan Mekah?)

nak buka entry hari ini dengan tajuk 'Kenapa Mesti Jadi Cikgu?'

kenapa mesti jadi cikgu 1;


Kalau lori Milo, Vico, Nestle dan macam-macam lagi lori yang boleh produce minuman yang sangat pekat-likat dan sejuk dan rasanya sangat delicious gila, kau boleh minum tanpa had. maksudnya, bukan setakat cup kecik yang di sediakan je, tapi kau boleh isi dalam tong air kau yang berukuran 2 liter tu. tak cukup lagi? kau boleh potong que kalau rasa dah tak tahan tengok kepekatan milo tu.

Kenapa mesti jadi cikgu 2;

Kau tak payah berebut untuk mendapatkan bekalan Honey Star yang kau sangat idam-idamkan tu. sebab dia akan hantar ke depan mata kau bersama bekas comel dan sudu serta susu berkotak-kotak untuk engkau makan tak berapa ingat murid-murid. HAHA. tak suka Honey Star? Milo yang bulat-bulat tu pun ada. tak cukup makan dekat situ, engkau boleh ambil satu kotak besar secara percuma. Pastikan tak ada kaki mengadu yang nampak. nanti, dia akan simpan semua dan orang lain pun tak dapat makan.

kenapa mesti jadi cikgu 3;



Dulu, kalau kita masuk bilik guru, tengok cikgu tengah buat jamuan. meleleh-leleh la saliva kau berbaldi-baldi belum tentu cikgu akan jemput engkau makan. sekarang, kau boleh masuk bilik guru tanpa rasa segan dan silu untuk menghabiskan semua makanan yang ada atas meja tanpa pedulikan rakan-rakan taulan lain sebab sekarang aku kan cikgu. HAHAHA. murid yang nampak jamuan, akan rasa macam anda dulu-dulu dan akan belajar rajin-rajin untuk jadi cikgu macam anda juga supaya boleh makan jamuan macam anda juga. motivasi neh motivasi. salin salin.

Kenapa mesti jadi cikgu 4;



kau boleh belagak Diva dengan murid-murid. sebab remember, murid-murid sangat adore cikgu mereka. lagi-lagi kalau cikgu dia cantik. dia akan pandang tepat dekat muka kau tanpa berkelip walau sesaat. sampai kau akan terasa malu yang teramat. pastu, kalau ada sebiji jerawat dekat muka kau pun dia boleh perasan. kau pakai lah baju yang dah buat lap kereta pun, dia tetap cakap cikgu cantik hari ni. see, budak-budak sangat jujur dalam menilai dan kuat bodek.HAHAHAHA

Kenapa mesti jadi cikgu 5;

boleh pergi audition AF bila cukup 10 tahun mengajar sebab vokal kau memang dah terasah dengan baik. semua high pitch, low pitch, head tone, chest tone semua kita boleh buat. Cikgu Siti Hajar tak penat nak ajar kita vokal. selama 10 tahun dah menjerit, melaung, melalak dekat budak-budak, jadi kemahiran kita memang hebat. kadang-kadang sampai hilang suara. kalau nak buat announcement pun tak payah pakai mic. jerit saja pasti berkesan. sangat hebat. jadi, dah tentu-tentu kita boleh jadi juara AF punya.

kenapa mesti jadi cikgu 6;

kau boleh belagak like king only. how?
kau nak makan tapi malas pergi kantin?
jalan depan sikit cari mangsa, suruh dia pergi belikan kuih dekat kantin.
kau nak pergi kelas tapi malas nak bawa buku berat?
kau pergi masuk kelas, lenggang kangkung pastu pergi suruh budak ambil semua buku-buku.
kau panas?
suruh budak kipas.
semua tunjuk-tunjuk je, insyaallah semua budak buat kerana mereka takut nak melawan sebab aku kan cikgu.

kenapa mesti jadi cikgu 7;


kau boleh meraikan Hari Guru. dan nyanyi lagu kami guru Malaysia yang sedap sangat tu. dan boleh berlagak la sikit-sikit dengan doktor dan peguam sebab mereka takda Hari Peguam atau Hari Doktor. dan mereka takda lagu sedap untuk dinyanyi bersama-sama. see, cikgu sangat bonding kan.

kenapa mesti jadi cikgu 8;

kau boleh belagak macam pandai sangat dengan budak-budak even the truth is kita sebenarnya sangat clueless. tapi kita tak boleh tunjuk kita tak pandai. jangan tunjuk. sangat mencalarkan maruah diri sendiri. paling-paling tak tahu pun, kita boleh marah dia balik sebab bagi soalan yang bukan-bukan. hahahaha.

kenapa mesti jadi cikgu 9;

macam biasalah, kau boleh kerja setengah hari dan cuti berbulan-bulan. benda tu normal. semua pun tahu. petang boleh jaga anak kalau kau dah ada anaklah. kalau tak, kau boleh pergi berjalan tak tentu hala sebab kau takda rumah tangga nak di jaga dan takda hala tuju. HAHAHA. kau pun boleh tengok Jelita atau Upik, Laura dan Abu tiap-tiap petang tanpa miss.

kenapa mesti jadi cikgu 10;

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang di tauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Dimana-mana dia berdiri di muka muridnya
Disebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
budi yang di apungkan di dulang ilmu
panggilan keramat "cikgu" tetap terpahat
menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang

siap akhirnya entry ilmiah kita pada hari ini. oke, sebab yang sepatutnya yang no 10 la. yang lain tu hanya joke yang tak berkait pun. saya takda buat semua kat atas tu. HAHAHA.

kalau belum ada kerja
fikir-fikirkanlah.
HAHA

22 feedback:

suezensuzanna said...

kenape sy suke rumah sy.....sebab rumah sy besarrrrrrrr...weeeee

bujanglanai said...

kenapa saya nak jd cikgu....sebab saya memang nak jd cikgulah.......... cepat2 beli banyak2 ikan...ti ujung minggu nak datang makan kat umah..huhuhu

I N D A H said...

nak copy ni boleh?
mcm sgt seronok

poyaty said...

sue

nape ada cite rumah?

nk kena wat krgn rumah ye?

hehe

poyaty said...

bujanglanai

betul ke nak dtg neh

memaen la

kang reject kang jd family members

hahaha org kan pengugut

poyaty said...

indah

nk copy yg mana?

sajak tu bole je

sila2

Fadhlah said...

cikgu 6:jaht nyer dera budak2..tak sesuai..

I N D A H said...

hehe tenqiu

hidayah said...

xde skill la yaty mau jadi cikgu..

tHEoNLYbONG said...

ha3.
tglak2 mmbaca nye.
hu3.

smua doakn sy ye
sy bru lpas check untuk tmuduga mktb.
alhamdulillah dpt p tmuduga.
doakn kejayaan sy ye.
ngeee...

Binjaie said...

Knp sy nk jd cikgu? Sebab saya lahir untuk jadi guru...mati pun masih org panggil guru...

azzahhusna said...

kenapa saya nak bagi komen, sebab saya nak bagi komen sambil kelip2 mata kat encik bujang lanai..

by the way macam kenal lah akak2 yang kat dlm gambar2 tuh... lagi2 yg gambar bertiga itu..ehemmmmm..

asna cute said...

Wah wah wah pnjg betul knpe hebat jdi cikgu yea. Lagi 1 kan jadi cikgu boleh dpt byh pahala kan kan hehehe

poyaty said...

fadhlah ->

tu sume joke taw

bukan siyes lah. hehe

poyaty said...

Indah -> welcome

poyaty said...

the only bong ->

hurm.. saya doakan awak dpt

nnt leh wat entry cam saya

oke?

poyaty said...

binjaei ->

ye lah, tapi muka say x cam cikgu

nnt mati derang pggl saya makcik

hahaha

poyaty said...

husna ->

ko boleh klua tak dr blog aku

jgn buat onarrrr!!

nk becinta g jejaoh

poyaty said...

asna ->

mmg dpt byk pahala keje ape pun

yg penting ikhlas kan..

tggu buku sis smpai ke tgn awk k

tHEoNLYbONG said...

k.
thnx.

azzahhusna said...

kenapa mesti jadi cikgu, nanti boleh mengorat anak guru besar yang jadi cikgu ganti kat sekolah kita tuh...btol tak yati???

Miss 01 said...

kak, tak baik and tak patut marah bila budak2 bagi soalan..

Question is infite
Answer is definite

Bila seseorg suka bertanya, dia boleh merasa dekat dgn Tuhan...


PS: Kecuali soalan mereka main2. But questions are never wrong, only answers.