Saturday, April 25, 2009

Bangun Pagi

ehem ehem (betul tekak siket)

kepulangan dari Kem Bestari Solat yang sangat di rahmati dan di berkati. (walaupun datang lambat lepastu mintak pergi makan dulu still, niat baik dah ada tetap di rahmati. mudah-mudahan. Amin) lepas balik KBS entry haruslah berciri muslimah sejati. walaupun masa nak pergi tadi ada seorang KAKAK neh boleh tanya "Kau nak pergi Kem Solat ke nak pergi tengok Bohsia?" saya ampunkan je mulut dia. nak mengajar solat hati kena bersih, kena saling memaafkan.(ih, GF sapa yang sangat berhati mulia neh?) ada sapa-sapa nak cari pasal hari ni? saya sangat dalam mood hari raya. lagi 5 minit belum tentu. HAHA

macam nak bagi tazkirah sikit neh

kawan-kawan kena rasa sangat bersyukur dan beruntung bila dari kecil dah belajar solat dengan sempurna. hati pun terang, senang saja nak hafal bacaan-bacaan solat. (ehem, da Zohor belum? kalau belum solat sana dulu. baca blog tak dapat pahala pun)haha. tadi, masa mengajar budak-budak 1J baca niat sahaja. Niat ok. niat solat subuh pun tak boleh lagi. sangat simpati. emak tak ajar kah di rumah? mana emak dia neh, nak piat sikit telinga. kenapa tak ajar anak solat? bukanlah tanggungjawab guru semata-mata. ibubapa pun sepatutnya kena bantu siket. baca niat yang bahasa melayu merangkak-rangkak macam bas mini habis minyak. saya punya rahang dah naik cramp menyebut berulang kali. kesian sangat. sepatutnya habis pukul 12.30. tapi pukul 12 lagi kami dah suruh budak baris pergi balik. penat lah nak ajar lagi (oke, cikgu give-up) bukan, rahang cikgu dah cramp. malas cakap banyak.

dah cramp rahang, baru tengok HP, ada missed call nombor Madinah lah. Hooorayy, Babah call walaupun tak dapat angkat HAHAHA mesti babah dapat 'rasa' neh anak dia mengaja budak sembahyang sampai cramp mulut. saya pun bergembira hati call babah semula.

Saya: assalamualaikum bah, call ye tadi? tak dengar

Babah: waalaikumussalam. buat apa? BELUM BANGUN TIDUR LAGI KE?

saya: HA?? orang dah nak balik sekolah dah. mengaja budak sembahyang tadi (nak mention)

babah: ingat tidur lagi

saya: '_________'

ingat babah rasa sejuk hati ke apa. rupanya dia ingat saya tengah tidur lagi. ceh, dah lama saya tinggalkan tabiat buruk tu. sejak 2 minggu yang lalu. HAHA sejak babah pergi umrah, tiap-tiap lepas subuh tak dapat nak tidur dah. mungkin babah doakan lah ni kat sana biar saya jangan tidur sampai tengahari lagi. '_____________'

nak g metrojaya sale lah jap. nanti balik sambung update lagi. sambil tu

SAKSIKANLAH LAYOUT BARU DENGAN PENUH KETERUjAAN

SAYA KEMBALI
METROJAYA SALE

gila ramai umat manusia dekat Stadium Malawati tadi. sampai suffocate sebab terlampau ramai. mana datang orang ramai-ramai neh? pantang dengar sale. yang dari pelusuk hutan pun boleh datang kan. betapa magicnya perkataan sale pada telinga human being neh.

damn ramai orang,
damn cantek-cantek baju,
damn tak boleh nak pilih
damn sebab laga-laga buntut sesama insan,
damn takda duit.

yang akhir tu damn damn damn. mana lah mereka semua neh dapat duit banyak-banyak. macam duit tu turun dari langit ke apa. diorang tadah pakai baldi pastu bawa pegi shopping sale Metrojaya. saya pun harap juga turun lah duit kat depan pintu masuk tu, biar dapat shopping sakan. paling gila sale bedsheet dan comforter. tak dapat nak snap pape pun. dengan sesak, dengan orang yang macam semut [?] dengan panas macam dah mendidih kepala dengan otak neh. sangat panas. tapi gagahkan juga diri sebab dah bulat hati dan nekad akan menjumpai sehelai baju idaman. jeng je jeng. poyo ah!

sebelum masuk, dia ikat handbag dalam plastik. simbolik dia ialah, Kau jangan nak shopping menggila tak ingat dunia sebab kau bukan ada duit pun. HAHA. tak kelakar oke kutuk orang takda duit. sungguh tak. tapi lepas tu dia bagi kita beg besar guni untuk masukkan semua barang kita dalam tu. periuk belanga semua boleh masuk. abang cashier tu pun kalau belagak sangat kau boleh masukkan dia dalam beg guni tersebut. oke sangat tipu sebab mana ada Metrojaya jual periuk belanga cap buaya putih atau toto narita macam kat Langkawi.

dari East India membawa diri tak berduit neh ke Sommerset Bay, seterusnya ke Hush Puppies, Goggles, Triumph, Wacoal eh, ehem ehem yang ni terlalu ehem ehem tak boleh cerita lebih ehem. HAHA mana yang berkenan sumbat dalam beg guni. sebelum orang lain rampas. betul-betul macam Shopaholic dah. semua cam suka tapi bukan yang di cari-cari..

tiba-tiba.... *drum roll* ah, tak payah nak drum roll sangat

dari celah-celah kesibukan orang ramai, ada sesuatu menggamit aku untuk menghampirinya. ha, kan dah poyo.. hatiku berdetak lebih kencang...

tarra rum pum (ni cite hindustan lah)
baju yang sangat di cari dan di idam. material memang menepati cita rasa, corak, warna, design. sangat cinta dengan baju ni. sangat sayang, sangat semua.harga sebenar, harga sale, jenama adalah rahsia. kalau tak nanti kan macam riak. bukankah pagi tadi dah menghadiri KBS. jadi, hati kena menghindar sifat mazmumah. istighfar, istighfar.

jadi, mood sangat baik hari ni, sangat berbunga-bunga. Dak Yang buat-buat sibuk pun saya tak ambil hati. sebab dah dapat baju baru, layout pun dah baru. baru beberapa jam tukar dah ada yang menghamburkan pujian. terima kasih banyak-banyak. saya pun rasa layout ni comel sikit dari pompuan seksi tu. HAHA. puji lah lagi pujilah. manusia memang suka kan pujian. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAH

pengakhiran yang indah; tunggu Yazid keluar malam nanti oke. kita doa sama-sama.




11 feedback:

cudbutterfly~ said...

haha
mmg awl2 da noticed
lg2 npk butterfly kt ats 2.
ngeh3

mira said...

xsbr nk tgk layout br.. layout br kite pon de btterfly jgk..hehe

po+yaty said...

syud

mmg fanatik btul dgn butterfly eh

haha

tq2

po+yaty said...

mira

kite da tgk da layout awk

saje ltk butterfly

Binjaie said...

Mantappppp...layout br ni

azzahhusna said...

ehemmmmm...cantik baju. beli hasil duit kilang coklat ke???

po+yaty said...

hehehe

sib bek bijaie da gtau awl2

layout yg mantap

kalau tak...

Cik Angah said...

i2 ke baju baru beli meh? sangat sesuai meh.. bile nak pakai meh?
xkan sangkut aje meh?

bape byk meh la..


hak3...

po+yaty said...

aah, baju baru beli

utk ambik babah la angah

hahahamehhh

hakhakhak

hidayah said...

yaty..cikgu apa ?

hehe... babah tau tabiat lama anak dia ni..hoho..kantoi lak~

wwweeeeee!!

nice dress dear..

po+yaty said...

cikgu BM M3 PJ

hehehe

ye ke? thanx yaya