Monday, April 13, 2009

Anak Harapan Bangsa

Attention..Attention..
(jangan ingat sebab dia Drama Queen dia bukan harapan bangsa. tolong siket)
Drama Queen n K. Adah

Dia adalah anak harapan bangsa yang dipuja-puja oleh ramai lelaki di luar sana. ingin di jadikan menantu oleh semua ibu bapa di muka dunia... err.. see, memang ada bakat terpendam merapu tak ingat dunia. syabas!!

hari ini saya tak sekolah. oke. nak oyeh jap ye. jap je.

HOOORAYYYY, OYYEH OYYYEH, YAAAAHHHOOOO.


terima kasih sebab sabar dengan perangai tak masuk akal ni. maafkan je la si Yaty ni dalam hati. takda apa lagi yang anda boleh lakukan untuk selamatkan dia.


hari ini 13 April 2009.
Babah berangkat mengerjakan umrah selama 14 hari. Emak dan saya tak ikut. dah tentulah saya tak ikut, kalau tak siapa pula yang mengerjakan blog sampai jahanam neh? kerja si Yaty anak harapan bangsa la tu. emak pun tak dapat ikut atas sebab-sebab tertentu. kalau tak kau bayangkanlah.. si Yaty jadi Putri yang terbuang lagi. dah la tinggal dekat rumah dengan emak dan Babah saja, lepastu emak dan babah pun pergi tinggalkan dia terkontang-kanting sorang dekat rumah besar tu. kau bayangkan, kau bayangkan..

sebagai anak harapan bangsa tadi, saya sanggup berkorban takda pergi kerja sebab nak hantar babah pergi KLIA. (padahal dalam hati sedang berdansa dan bersamba. kalau ada jiran sebelah ke, jiran jauh ke nak pergi KLIA pun sanggup hantarkan. asalkan tak payah pergi sekolah. HAHAHA) ye la, adik beradik lain semua tak jadi harapan dah. esok kalau surat wasiat semua atas nama aku, kau orang jangan makan hati. kan, tak memasal si Yaty neh masukkan hal keluarga dalam blog.

actually; my bro exam di IPBA, KL. My Sista di IPTB, Penang and My Adik final exam di Matriks Melaka. gudlak everybody


ok. di fast forwardkan cerita. cam lambat sangatlah>>>>>
dari rumah pukul 10.30. sebab bini no 2 Kimmi Raikonen yang bawa kereta, biasalah. pukul 11. 15 dah sampai. tapi tolong tahulah yang dalam kereta semua macam speaker radio bagi warning. jangan laju sangat!!, jangan rapat sangat!! dah 140 tu..kat sini 110 je. Ya Ampunnn. mereka takda tahukah. Bini no 2 Kimmi Raikonen ni sangat pantang ada kereta di hadapan. macam pandangan jadi tak luas ke apa. jadi, saya mesti kena potong kereta depan tu. tu je. bukan nak berlagak suka bawa laju atau terer sangat drift kat highway tak memasal. BUKAN.

sebagai anak harapan bangsa, saya kena la patuh arahan ibu bapa bukan? or else saya akan ditendang keluar dari kereta tersebut. hiargghhh.. kau tak payah bawak pun takpa, kalau bawa ada niat nak membunuh. KAHKAH. dah parking, angkat beg semua. kami naik lif secara bersama-sama. dah tiba floor terminal, kami berkhayal pastu lupa nak turun. apa akallah. babah cepat-cepat tekan butang lif nak buka pintu, tapi babah pergi tekan butang loceng. KRINGGGGGG!!! babah kata larii!!!!.. HAHAHA. sangat kelakar babah saya oke

masa lalu dekat escalaor rata tu... 'kalau letak camni dekat sekolah pun best jugak. tak payah nak penat-penat jalan kaki kan K.Adah?' my sis in law pun layankan je la adik ipar dia yang berfikiran inovatif tersebut. 'aah, berdiri je dah sampai kelas, tapi kena turun 10 minit awal la. sebab benda ni lambat' ok. Muhyidin Yassin tolong ambil serius cadangan kami neh.
emak, k.adah n luggage
escalator ni la yang kami nak

lepas salam peluk cium babah, minta doa terang hati sikit dan jodoh cepat-cepat datang rumah (you cepat datang, babah dah doakan kita tu) kami pun pulang. hurmm.. belum sampai rumah pun dah rindukan babah.

Babah: semoga selamat sampai dan khusyuk-khusyuk buat ibadah. doakan kita sekeluarga bahagia selalu. semoga babah sihat selalu dekat sana. jangan lupa beli jubah banyak-banyak, inai, gelang emak.

Husna: kalau BuJaL dapat surat saman, bukan aku yang bawak. Emak ok. mintak emak duit bayar saman. aku tido dekat belakang *innocent*

7 feedback:

Cik Angah said...

babah menunaikan umrah ya? slmt ya..smga semuanya baik2 belaka di sana =) amin..

zaradgreat said...

wah
best nye!
hehehe.
nak pesan kurma sket??
huhuhuh

poyaty said...

cik angah -> amin, amin ya rabb al amin

zara -> hehehe, nanti yaty belikan kat pasar ramadhan oke? hehehe

Binjaie said...

Dia adalah anak harapan bangsa yang dipuja-puja oleh ramai lelaki di luar sana. ingin di jadikan menantu oleh semua ibu bapa di muka dunia... err..

Hahaha ayattttt...cikgu BM ke?

poyaty said...

binjaei -> mana tau neh saya cikgu BM? hahaha

virusatu said...

Hi..salam kenal..oo..hantar parent gi umrah eh..moga semuanye slamat..jom kite tukar2 link..hehehe

Binjaie said...

terimalah anugerah yang tak seberapa ni untuk ayat power tu copy di post sye and paste cam biasa kat html gadget