Thursday, April 2, 2009

Am The Lucky One

Di mulakan dengan Bismillah…

Hai kawan-kawan!

Sudah readykah anda mendengar good news yang ingin disampaikan neh? (poyo gila, sedangkan takda sapa pon tertunggu-tunggu news saya. Apa ingat kau ni Siti Nurhaliza kah?) Ok. Nevermind. Saya hanya ingin berkongsi sedikit rasa gembira yang saya sedang rasakan sekarang neh.

Ma beliau dah APPROVE I ok.
(kalau boleh pop-up kan words ni keluar dari notebook saya dengan berbesar hati nak buat tahu)

Alhamdulillah. (bersyukur dulu sebelum nak oyyeh, oyyeh sakan)

Sekarang ready?

1

2

3

Oyyeh, oyyeh. Sangat gembira dalam hati. Gembira sangat. Macam ada sekebun cinta nan berbunga. Happy, yippy, hooray.

Ehem ehem. Switch mood, tolong serius sikit dengar pengakuan ikhlas dari hati neh. Jangan nak oyyeh, oyyeh lagi. Mungkin orang lain rasa no big deal. Tapi, tu masing-masing lah. For me, this is really something. Saya bukan lah nak menjaja cerita percintaan
(motif: warning,jangan nak mengutuk di belakang blog)yang tak seberapa neh. Hanya berkongsi dengan rakan-rakan baru. ha, andalah yang tengah terbuntang mata tengok page yang kaler-kaler pink pastu ada figure pompuan seksi kat tepi dia (saya wannabe) pastu ada banyak tulisan neh. Terima kasih sebab sudi membaca cerita saya.

Almost 8 years (motif: nak exaggerate) usia percintaan saya neh. Baru je lagi. Bak kata orang masih hijau.(motif: saja nak bagi colorful sikit) Err, nasib baik hijau. Kalau biru ke kuning ke dah niaya. Kehkeh (tak kelakar langsung). Memang lah orang kata masa bercinta memang manis, but, I tell you percintaan saya sangatlah pahit dan sengsara.(motif: again, exaggerate n mentipu anda motif mentipu: tidak diketahui) Halangan, dugaan, pengorbanan (thanx Yang bayarkan bil saya 5++) see, pengorbanan tu sebab dapat GF yang sangat suka membazir. Semua kami dah melalui dengan tabahnya. Tabah tak tabah tetap makan hati ke lubuk yang paling dalam lah. (kutukan sebagai selingan biar anda tak terbosan-bosan nak membaca kisah cinta yang tah pape neh). Halangan dan dugaan bukan saja dari dia-orang KETIGA. (motif: ehem, ehem nanti sentap) Tetapi, dari orang yang kami sayang juga.

Orang Cuma Nampak kami bergembira dan beroyyeh-oyyeh bila berdua-dua dan bercinta, eh, memang kami gembira pon. HAHAHA, but still, kami pecah tempurung kepala, otak, hati dan perasaan fikir jalan terbaik untuk make this relation works. Alhamdulillah, semuanya dah beres setakat stage ni. err, ni dah stage berapa ye? Berbaloi juga menunggu 8 tahun ni. penantian tu satu penyeksaan tapi rewards dia sangat-sangat worth it
(motif: penatlah bagi motif. Takda motif dah) wa cakap lu. Kegembiraan yang tidak terhingga. So far, Abah, Mama, Along, Nenek, Ucu dan tak lupa kepada 3 little girls ni, mereka yang sangat excited nak jumpa dengan saya, yang sangat sporting dan menerima saya seadanya. Tapi, ada orang tu tak boleh terima kenyataan saya di puji. Eh Yang, Nenek dan adik-adik you yang kata 'GF Abang An cantik'. Bukan I yang kata 'GF Abang An memang cantik'. bukan.
HAHAHAHA.

Relation mana yang takda dugaan dan tidak teruji. Bohonglah. Mungkin dugaan yang kita lalui berlainan. Dugaan paling besar yang melanda relation kami hingga membawa kepada bencana Tsunami baru saja berlalu 2 years ago. Sekarang tinggal sisa-sisa luka. Tipu lah kata dah baik terus, bullet proof ke apa. Badang pun lepas putus cinta masih tertonggeng-tonggeng frust lagi walaupun dia kebal selepas memakan muntah ikan kau tahu? Kau tahu tak dia bercinta dengan sapa? Ok. Jangan jawab. Tapi, Alhamdulillah, selepas menghadapi proses baik pulih atau healing ritual kami sedang membina trust dan kasih dan sayang dan cinta berlandaskan keretapi tettt! Salah, berlandaskan kepercayaan dan kejujuran. Kerna sekali cinta, aku tetap cinta.

Saya Cuma berdoa dan berharap agar jangan ada lagi ujian yang terbesar melanda kami lagi. Setakat sikit-sikit biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit. Ambik kau bermadah pujangga bagai dalam blog ni. ingat pertandingan puisi ke apa? macam karat sangatlah entry kali ni. takpa sesekali masuk dalam dunia karat. Layan juga kan? Kalau selalu, boleh muntah hijau jugalah nak tulis macam neh.

Pesanan untuk Milo cantik, Nescafe huduh dan yang bakal mendatang, pergi main jauh-jauh!!

Doakan ye kawan-kawan. Amin.

Sekian saja. Tu je good news nya. Kenapa kau kecewa? Kau ingat aku nak bagi hadiah trip melancong ke Bali bersama apple iphone free ke apa? Kalau betul ada pun mestilah saya yang punya. KAHKAHKAH.

Disudahi dengan Alhamdulillah.

Eeehhh! Tak sudah lagi. Nak tunjuk gambar sekeping:


Gambaran hati saya yang dah berbunga setaman

5 feedback:

MisZ PinKy said...

waaaaaa...

8 yrs??!!

kagom2..

bler dh approve tuu, cpt2 la ehem2..

;p

asna cute said...

Huoooo
8 tahun kot tanam padi pun dah berapa kali dah boleh g shopping sakan wooo~ =)

poyaty said...

pinky: hekhek.. tgguuu.saya sendiri pon x sabar.

asna:ye la.kalau kawen dah bercucu. ahaks. tipu sangat

Cik Angah said...

8thn?lama 2 cik yaty..bile nk mkn nsk mnyak ni...hehe...cik angah x sbr ni... ;p

poyaty said...

wee~~~yaty pon x sabar gak

cik angah masakkan nasi minyak untuk yaty k