Monday, April 6, 2009

1# movie in 2009

Confession of a Shopaholic

Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, siap tambah berpinggan-pinggan (aik?), sepit kuku tak kena mula la tu, bosan. Semua kata kerja yang dilakukan, tak kena. Semuanya sebab kesayangan saya? Ah, tak kait dah. Love story out of season. Semua sebab Rebecca Bloomwood. Sebab, Confession of a Shopaholic. Sebab hero dia. Eh,eh

Saya sawan baca Shopaholic series ni dari 2006. Start from Shopaholic and Sisters (baca lompat-lompat macam lompat kijang) kemudian The Secret Dreamworld of a Shopaholic a.k.a Confession of a Shopaholic (kesayangan saya belikan), Shopaholic Takes Manhattan, Shopaholic Ties The Knot, Shopaholic and Baby. Memang addicted membaca novel neh. Anda akan rasa diri tiba-tiba dah transform jadi Becky Bloomwood. Terus jadi shopping-maniac. Terasa roh Becky tu dah meresap dalam badan. Macam ada cerita hantu je? Kalau dah tershopping sakan tu jangan tegur dan jangan tegah nanti boleh jadi histeria dan tersawan sakan. Kan betul ni entry cerita hantu. That’s the reason why my BF stop belikan buku tersebut, sebab memberi kesan negatif kepada poket beliau.

Buku-buku Sophie Kinsella yang lain pun saya layan juga such as Can You Keep A Secret dan Remember Me? Oleh sebab saya ni terlalu lah bookworm plus sawan addicted nya, saya ambil masa paling lama 2 hari nak habiskan novel-novel. Macam hysteria kalau dapat buku. Semua dah tak layan dah, makan-out, minum-out, tidur-out, TV-out, mandi-out, BF-ou..err, in sikit-sikit je bila diperlukan. Contohnya, nak pergi Thomas & Guys tapi takda duit. Contohlah.

Babah saya pun peminat novel ni juga. jangan pandang sebelah mata. Saya dapat gen suka baca buku dari babah rupanya. Once babah pernah cakap, kau tahu Yaty, orang dalam buku neh sebijik macam kau. Including kelembapan, ke-blur-an, ke-bimbo-an, ke-spending-an dan innocentnya Becky neh. See, babah saya suka kutuk anak sendiri. Cehh!!

Synopsis?- Pergi Google sana, mesti jumpa
Film Review – Tak adillah, dah saya suka, cerita ni jahanam macam mana pon saya tetap bagi berjuta-juta bintang di langit. So, whats the point. Saya bukan Mansor Puteh
Saya tak pernah lah histeria nak tengok movie lain macam nak tengok Shopaholic neh. Hanya histeria kalau Harry Potter, LOTR & James Bond. Saya dan K. Mizah memang sama-sama maniac. Kami selalu tukar-tukar novel. So, bila dah jadi movie we all jadi tak tentu hala. Memandangkan saya ni tak mempunyai ramai sangat kawan berdekatan. Macam pathetic gila bila fikir-fikir nak tengok wayang, tapi, nak tengok dengan sapa ye? See.. poor Yaty. Takkan lah nak pergi tengok wayang sorang-sorang. Lagi la rasa macam semua orang kat panggung wayang tu pandang serong. kakak penjual tiket dan abang penjual popcorn tak ketinggalan abang yang kerja koyak tiket dan makcik pencuci tandas. eii..kesian dia beli tiket wayang satu je, pastu beli popcorn regular combo. GF sapa la tu. Tak pun, eii kesian dia, masuk tandas sorang-sorang. Aik? makcik, ada orang masuk tandas ramai-ramaikah? Tolong jawab siket…

Sabtu disaster, selepas menghadirkan diri for some Perkembangan Staf yang disaster dekat sekolah yang disaster juga. sangat menyeksa jiwa dan soul dari pukul 7.45 – 1.00. saya dah macam cacing kepanasan. Memang dah fikir nak ca alif but. Tapi, kalau tak tanda tangan slot ke-3 tak dapat sijil disaster. Watdehell?? Macamlah aku kisah sangat dengan sijil tu. Pastu ada seorang Hamba Allah lagi hell disaster neh tak cukup mata nak pandang aku. Tak kisahlah kalau orang nak kata aku perasan ke. Tapi, memang aku perasan dia pandang aku. Kalau tak,takkan kakak sebelah aku tu pun cakap benda yang sama. Hah? Nampak tak? He still can get over me. Pastu nak mencanang satu sekolah, aku frust gila dengan dia. Pastu perempuan tu pun jadi dumb juga keluarkan statement, Yaty pergi sekolah cantik-cantik sebab nak mengorat tunang dia. Watde@(@&^%^#$!)(!*#^%? Ingat tunang dia Dr. Sheikh Muszaphar ke, Anuar Zain ke, Dr. Popo ke apa aku nak pergi gila-gilakan like crazy woman? Ah, lantak kau lah. Apa akallah aku nak memberatkan jiwa nak pikir pasal orang. Kau nak pandang? pandanglah! Lihatlah! Tiru macam saya. Aku takda rugi pon. Bukan boleh dapat pudarkan kecantikan semulajadi neh(perasan +riak? Istighfar, istighfar)

Ok. Cerita happy. FYI, K.Mizah bukanlah anak dara seperti yang anda semua bayangkan, 36, 24, 36. Bukan, bukan. K.Mizah sedang berbadan dua dan sudah mempunyai 2 orang anak dan semua like thinking why on earth Mak Buyung dan anak dara keluar pergi tengok wayang berdua. KAHKAH still, I don’t care. Semua kakak kat sekolah cakap, mak buyung ni bawak-bawak la pergi surau. Hey,hey takkan lah sebab dah membuyung tak boleh tangok wayang pula? Ada larangan ke dekat depan pintu wayang tu kata ibu mengandung cannot watch this movie? Takda kan? Ada ke sign macam figure pompuan pregnant pastu kena pangkah kat situ. Takda kan? So, ibu mengandung pun nak having fun juga. Kenapa saya sangat emosional membela perempuan mengandung neh? Why Yaty? Why? Sebab mungkin satu hari nanti saya pun akan mengandung juga kan? *blushing*

Selepas selesai men-disaster-kan diri. Saya pun men-driving macam Kimmi Raikonen yang sedang makan aiskrim dekat garage di Litar Lumba Sepang. Jangan layan. Sebab kena collect booking tiket pukul 1.45, kami sampai tepat-tepat 1.44. parking dan terus lari-lari anak pergi tempat wayang yang terletak entah tak tahu kat mana. Macam Amazing Race jugalah nak cari tempat dia. Apa akallah dekat Bukit Raja dah takda cerita neh. Terpaksa meredah jammed ke Bukit Tinggi. Masa beratur collect tiket tu, kebanyakannya couple yang sedang mabuk cinta beratur bersama-sama dan berdua-dua.(jeles? No?) Suddenly my feeling been touch. Saya belum pernah tengok movie bersama-sama kesayangan saya lagi eh. *sigh*pengorbanan untuk sebuah kejayaan. Saya perlu faham yang dia sentiasa sibuk membina kerjaya untuk masa depan serta untuk Jazz@Murano@Swift@Myvi SE pun boleh. Mana-mana pun I terima dengan tangan terbuka, keep on dreaming Yaty!

Solat, beratur for pop corn (saya tak beli regular combo ok!) and there you go, the film I’ve ever waiting. Tengah syok-syok layan movie suddenly orang yang duduk sebelah kami tu gelak macam Pontianak tercekik darah ke apa. bloody hell. Mungkin sebelah kami tu memang Pontianak betul. Maknanya, Mataku Nampak Hantu? Ya Allah dah jadi entry cerita hantu betul neh. Makan hati sungguh. Scene tak kelakar pun nak gelak macam kena sawan. Dengar suara dia je KEKEKEKEK dalam tu. Ikut hati nak je pergi paku tengkuk dia ke kerat lidah dia or staple mulut dia ke apa. Tapi, fikir-fikir balik, buat apa nak pergi layan ponti anak remaja tu. Biarlah dia syok sendiri. Mungkin emak ponti baru bagi izin dia keluar waktu siang kot. Sapa tahu kan? Seremmmm!!!
HAHAHAHA











8 feedback:

Binjaie said...

Ahahaha "kesan negatif kepada poket beliau", punch line tuh!

Cik Angah said...

adeh..cik yaty kaki shophalic rupenya..hehe..

MisZ PinKy said...

sayer sukeeee novel2 tu jgk!

beshhhhhhhh!

poyaty said...

binjaei -> mmg kesan negatif sangat kehkeh. bole jadi botak nnt

cik Angah -> ye la cik angah. lyn abes

Misz Pinky -> ye..memang sangat2 besh

asna cute said...

Sis Yaty~~~~
Kot asna nak pinjm novel shopaholic tu boleh tak????

poyaty said...

sila lah cik asna..

mentang-mentang da abes exam ek

azzahhusna said...

akak pon nak pinjam gak novel tu boleh ke? akak suka gak membaca nih, lagi2 kalau novel pinjam...uhukss

asna cute said...

meh bg mail sis kat chat box asna ek.. kita email2 lak tau~.. nak pinjammm~