Friday, March 20, 2009

Sunway Lagoon

yay, yay, yay, yahooo

seronok juga pergi jalan-jalan without planning ni. bangun pagi, auntie datang drop anak-anak dia suruh kami bawa mereka pergi Sunway Lagoon. semua perbelanjaan? owh, ditanggung beres. memula saya malas nak pergi lah. sebab saya tengah gembira bermalas-malas di atas katil lagi. nak bergolek-golek dan bergulung-gulung lagi macam ulat beluncas.

turun bawah, semua paksa suruh pergi juga.emak, abah, kakak, budak-budak tu sekali. saya MALASLAH!!! saya bagi alasan, tiket mahal. tak cukup duit tu. kah kah. mereka yang keras kepala tu sanggup buka internet nak tengok harga tiket. ciss!!. saya terus malas-malas lagi. saya kata saya lapar dan nak sarapan dulu. mereka tunggu juga. akhirnya, saya dah habis idea nak menolak. ughh!! saya malas lah nak pergi mandi jauh-jauh. dekat rumah kan ada air boleh mandi juga. tak faham aku!! saya mengaku kalah lah. 5 lawan 1. macam mana nak menang???

saya dah siap-siap pakai seluar tight n tshirt with tudung untuk mandi. malas nak tukar-tukar baju dekat tandas awam. saya begitu allergic dengan tandas awam. sangat penggeli. yekk!!

punya la ramai umat dekat Sunway tu tengah beratur beli tiket. satu lagi kebencian. berada ditengah-tengah orang ramai. kalau duduk bilik je tadi, tak ramai orang macam ni kan?? dah la tu, nak masuk bawa makanan tak boleh. dia suruh masuk dalam loker. harga loker pula mak datuk! RM5. jahanam betullah makan duit orang je. dah la harga tiket tu pun mahal nak mampus. last-last, saya dan kakak punya brilliant idea datang. ting!! keluar mentol dan tanduk sekali. kami balut makanan tersebut dalam plastik dan tinggal dekat sinki dalam tandas. lantak situ. kalau nak buang, buang lah. setakat nak simpan Twiesties sampai RM5 boleh dapat berpukal lagi Twiesties tersebut.

bila dah masuk, roh dah kena rasuk semangat lain. saya lah yang jadi paling excited main semua game. mengalahkan budak berdua tu. kah kah. apa akallah yang dewasa pula yang lebih-lebih. memang enjoylah. tak payah pergi jauh pun kalau nak tengok awek-awek salleh berbikini. (orang putih lah). orang Malaysia pun ada juga yang pakai two pieces. tapi, tak kisahlah tu. masing-masing punya hal.

masa main Slide Mat tu sedikit fobia lah. sebab last time naik tu, siku saya injured sebab terseret dekat tepi slide tu. jadi, masa slide ramai-ramai dengan Abang-Abang Salleh tu, ada 5 slide kesemuanya, saya yang last sekali turun. sebab saya meniarap dengan penuh sopan dan santun. kah kah.

bila main tak ingat dunia, my auntie siap call berpuluh-puluh kali suruh balik. kah kah. nak pergi bukan main liat. pastu taknak balik. ambik kau. belagak sangat tadi taknak pergi. sebab ada kegelian tahap melampau. saya balik dengan baju basah-basah tadi. geli la nak tukar baju dalam public toilet dia. busuk sangat. lepastu campur dengan semua-semua. sangat geli. yekk..yekk

ada satu insiden kelakar masa dalam lift Sunway Pyramid nak pergi parking tuh. masa tunggu lift, kami berempat pastu ada secouple ni sekali. kami masuk lif sama-sama. sebab kami semua basah, saya nak suruh my cousin ni ke tepi. biar orang lain nanti masuk tak kena basah. alih-alih saya nak pergi tarik BF orang tu. nasib baik awek dia tak nampak. kalau tak mahu saya ni makan penampar sebab main tarik-tarik Bf orang. kah kah. malu gila!!! saya asik tergelak je. BF orang tu pun tergelak sama. ciss!!cis!! tercalar maruah diri dalam lift.

apa jadi dengan twiesties kami yang dalam tandas tadi. mereka sangat survive. kami bersorak gembira YAY!!! sebab twiesties selamat. jadi kenduri ramai-ramai makan twiesties dari toilet. yekkk!! saya tak makan...

3 feedback:

suezensuzanna said...

dh lame x g sunway lagoon;)

asna cute said...

Lorr mane gmbr yea?? hehe best ar pegi sunway lagoon time xde org. Nie time cuti sek mmg ramai ar kan xyah ckp ar psl toilet dia smua time nie mmg tettt hehe. Asna pegi tahun lepas bestt xramai org n bleh main sesuka hati ats lantai xde air pun kitorg berenang gak haha
=)~

poyaty said...

SUE: saya pun. dah bertahun lebih. baru la pergi semalam.

ASNA: gambar x sempat. sebab nak pergi swimming lagi tadi. haha. nnti kot. mmg dlu x ramai. smlm, nauzubillah. nak je swimming dah exciden dgn pelampung. hehe~