Wednesday, February 18, 2009

Wake me up when May end

Marilah nyanyi lagu ni bersama-sama saya dengan jiwa yang sengsara. Sebab the journey just begin and will end in May. Jadi, bila saya bangun, saya nak tahu praktikum saya A je. Boleh ke? (pensyarah datang panah awan mimpi saya lagi in your dream!!) kenapa semua orang nak panah awan mimpi saya ni? Biarlah saya nak mimpi yang indah-indah je..

Realitinya

Saya dan kawan-kawan kelas Pengajian Melayu ambilan Disember 2005 (siap mention lagi) sedang menghadapi kesengsaraan berpraktikum fasa ke 2 selama 14 minggu (haiyyoh!!) dari 16 Feb – 28 Mei 2009. Itu sebab saya nak bangun after May aje. Sebab tak sanggup nak sengsara jiwa raga. Baru seminggu mula praktikum, ramai dah msg saya cakap mereka mengalami penderitaan mental dan fizikal. Wow..menakutkan. kenapa saya macam tak terdera aje? Sebab saya takda mula lagi tulis RPH yang panjang berela-ela. Buku saya kosong lagi. Yang ada Cuma gambar dekat butir-butir diri guru pelatih. Tiap-tiap hari saya buka buku tu dan tatap gambar sendiri. Sangat perasan diri ni jelita. Wakakaka…

Tahun ni lecturer datang dari IPG sendiri. Jadi, sangat jauh bukan Batu Pahat – Klang itu? Mesti dia takda sanggup nak datang sampai 5 kali. Baru hari ni saya sangat bersyukur dapat IPG yang jauh dari kediaman. Selalu, bila nak kena balik IPG saya mesti dah merungut-rungut dan bersungut-sungut sebab kena bertolak jam 7 pagi kau tahu. Muncung ni boleh digunakan untuk sangkut baju saya yang sudah iron. Orang lain kalau dengar pun mesti nak respon “jauhnya maktab”, “larat ye tiap-tiap cuti balik maktab jauh”. Sekarang saya nak beritahu dengan bangga. Takpa maktab jauh, sangat senang hati. Dapat Sarawak, Sabah, London pun hati lagi senang. Kebaikan maktab jauh macam ni la. Walau takda dapat balik tiap-tiap minggu, saya takda kisah pun asalkan hati senang masa waktu sengsara macam ni. Lecturer saya pun takda berani nak jadi Nas Ahmad untuk segmen terjah. Apa jadi kalau dia terjah, sekolah tengah cuti sukan ke? Kan sendiri dapat penat. Kah kah..gelak..gelak. (belum kena observe takpa nak gelak terbahak-bahak, esok da kena menangis bertempayan la kau).

Tapi, kalau bangun lepas May end pula, saya kena hadapi exam pula? Owh no!! jadi saya kena nyanyi sekarang wake me up when June end. Jadi saya boleh bangun, cuci muka dan pergi konvo terus. Boleh ka? Owh, sangat tak boleh..tak boleh (geleng-geleng sampai nak tercabut leher) sebab birthday Dak Yang in June. Sapa nak celebrate birthday dia nanti? Saya tak sanggup tengok orang lain pergi celebrate birthday dia sebab saya takda bangun lagi. Jadi, wake me up two days before June end. Boleh la tu.

Tahun ni takda present ye Yang(bisik-bisik kat telinga dengan lembut supaya hati tak tercalar tak dapat hadiah) sebab saya tak bergaji selama 3 bulan. Wah..ni lagi sangat sengsara dari praktikum. Takda gaji, takda makan, takda baju baru, tak boleh bayar bil, takda pergi wayang dan pergi dating pun secara low profile konon-konon kaya tapi taknak membazir. Saya belum boleh bangun lagi!!belum boleh!! saya rasa wake me up when September end. Baru la tepat-tepat. Laahh, dia memang nak tajuk lagu yang sebenar rupanya, baru everything takda sengsara. Kalau bangun awal banyak penderitaan pada jiwa n soul. Kah kah. Rupanya, lagu ni dah dibuat betul-betul ikut jadual hidup saya. Bila dah bangun, duit pun dah ada, boleh pergi shopping raya, beli hadiah untuk yang tersayang, dah lepas exam, dah habis praktikum, dah jadi sebenar guru.. indahnya hidup ni.

Pang..Pang (kena lempang diri sendiri supaya sedar terus.)

Pergi siapkan RPH kau tu sebelum En. Zakaria datang dan lempang kau sendiri dengan tangan dia. Takda kah reality yang indah sikit? (‘_______________’)

Kawan-kawan IPTHO KDPM-LPBS-DIS 05, PM1 & PM2

Good luck and do your best for our last time sake.




0 feedback: