Sunday, March 1, 2009

Terima Kasih Dr.

Terima kasih Dr. kerana,
Dr. benarkan Dak Yang balik pada hari Khamis sebab mama masuk DEMC. (Get well soon ma!!)
Terima kasih Dr. sebab
Bila Dak Yang balik, kami akan dating. kali ni dating secara high profile. Saya dapat makan BR hari Sabtu hari tu. Tu pu setelah bermasam muka depan pizza hut. Nak tahu kenapa? Dia dah taknak layan saya like princess only. Saya macam rasa nak pergi buang lessen kereta dengan kereta-kereta sekali, biar dia jemput saya dekat rumah. Hilang nilai estetika berdating bila kena drive sendiri tahu. Nasib baik dapat makan banana split. Dah lama mengidam. Makan banana split ni seronoknya dengan Dak Yang je. Sebab boleh gaduh-gaduh flavor siapa paling banyak, orang tu yang kena bayar. Chewahh. Dulu saya suka pentingkan diri dan ambil flavor bercirikan masam dan cheese. Dak Yang sangat tak gemar, jadi saya yang lantakkan semua flavor tu tetap dia yang bayar. Kah kah. Kali ni, cedok semua flavor Dak Yang, biar dia puas hati, sebab dia bayar.
Terima kasih Dr. sebab
Saya dapat breakfast dengan Dak Yang dekat OTWC secara tenang dan aman. Dah tak masam muka lagi, sebab jemput betul-betul depan pagar. Tapi, sebelum jemput saya, dia saja-saja pergi beli nasi lemak dekat Wak Leha untuk mama. (Alasan je.) Yang sebenarnya, dia nak pergi usha anak Wak Leha yang nurse tu (Ciss!!) shift pagi ke shift malam. Kah kah. Dak Yang kata anak Wak Leha cantik pakai seragam nurse. Kejap lagi, saya pergi sekolah pakai la seragam nurse tu. Meleleh la air liur u Yang. Lepastu, semua orang ingat saya nurse nak check gigi. (merepeknya aku). Masa breakfast ni, saya order set paling mahal chicken chop with rice and fresh lemon tea. Mak aih, ni heavy punya breakfast. Macam orang kerja buruh je. Dak Yang pilih Mee curry dengan black coffee. Konon-konon hebat la kekasih saya ni makan pakai chopstick, sekali kari dia meletik masuk mata, saya la yang jadi nurse neon neon selamatkan mata dia. (Mana anak Wak Leha u Yang?)Kalau jadi Kasim Selamat, siapa nak belanja saya breakfast lagi. Kah kah. (no no, I still love u whatever happen).
Terima Kasih Dr. sebab
Bila Dr. takda call, dia pun takda sibuk nak balik JB cepat-cepat. Saya tahu both of u sangat bonding dan tak boleh dipisahkan kagi. Bagai irama dan lagu. Dr. takda boleh buat kajian tanpa melihat muka Dak Yang. (eh, macam poyo betul ni). Kah kah. Sebenarnya, bila Dr. call nanti, dia akan teringat kerja yang banyak dekat sana. Jadi, biar dia takda ingat kerja, hanya ingatkan saya. Nanti, boleh la saya dan dia makan pasir bersama-sama sebab dah takda kerja. Aik?? Takkan nak makan pasir sama-sama.
Terima kasih Dr. sebab
Bila Dr. balik Perak, Dak Yang dapat sambung cuti sampai hujung minggu lagi. Yahoo… apsal u tak sambung je cuti sampai habis bulan 3. Ataupun, sampai akhir tahun je. (nak tangan kiri ke tangan kanan) jawapan Dak Yang. Kah kah. Dia nak lempang muka awek dia. Takpa, u pergi la kerja. U kan menjana pendapatan untuk kita sekeluarga nanti, sebab Gurl memang fikir nak pencen awal dan nak tidur je dekat rumah. Berwawasan sungguh gf u ni Yang. Tak sia-sia u pilih wanita ini.
Jadi, saya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk memanafaatkan peluang ini nak dating secara tak ingat dunia, tapi ingat akhirat pula. Macam nak jumpa hari-hari. Rindu je rasa hati walaupun baru dua saat dia hantar depan rumah. Macam nak lari kejar kereta dia atau guling-guling kat jalan macam Hindustan tu.. ok. Cut the crap. Cerita panjang takda guna, sebab baik saya mesej dia dan Tanya apa plan untuk esok pula. Jap, Tanya tekak. Dia rasa nak makan apa ye??...hurmm….
P/s; Dr.
Saya dah bagitahu Farhan, betapa saya sayangkan Dr. sebab bagi Farhan spend masa lebih-lebih lama dengan saya.

2 feedback:

bulan darling said...

ko lar gf paling tak senonoh aku pernah jumpe.
sebaik aku pompuan.

poyaty said...

apsal apsal
nanti menyesal ke dot aku tet??