Wednesday, February 18, 2009

Minum petang

Eleh..macam la orang lain tak pernah minum petang. Memang la. Tapi, minum petang saya sangat special. Sebab ada buah jantung tercinta sebagai penjamu mata..kah.kah gelak..gelak.

Hari itu masa cuti Chinese new year.. (kiranya ni cerita lama la, baru saja di buat entry) Dak Yang balik dengan penuh tipu muslihat dan surprise yang membuatkan saya takda berhenti senyum (dah macam tiga suku je? Ok dah tak payah senyum lagi). Jadi, masa hari Jumaat, sempatlah kami minum petang bersama-sama. (hallamakk..sweet seh, dengan angin sepoi-sepoi bahasa, cuaca redup, hati berdebar-debar keriangan ribena..ok..ok) tapi, yang tak jadi sweetnya dah takda cerita kena jemput dengan putera raja. Kau drive la sendiri pergi tempat minum petang (potong betul)

Saya pun mestilah pilih tempat paling dekat dengan rumah. Takda siapa sanggup nak meredah kesesakan lalu lintas petang-petang tu. Kalau dia sayang saya, biar dia yang meredah jammed tu. Nasib baik dia datang. (kalau tak, nangis secara bertemapayan lah saya disitu) walaupun lambat sebab Dak Yang tersalah lokasi. Kah..kah (masa dalam fon yakin sangat tahu tempat). Bila nak dating, macam biasa penyakit saya iaitu takkan makan secara sehari sebab rasa kenyang sangat bila dapat news nak dating. dapat news je dah kenyang, u bagi news je la hari-hari biar saya kurus sikit tak payah makan.

Jadi, bila dekat sekolah dah tak macam orang dah. Berdebar lain macam. Buat kerja pun secara flashman. Laju je. Asyik-asyik toleh jam, sampai jam jadi muak sebab asyik kena pandang dengan saya. Tak sabar-sabar nak tunggu 6.30 ni.. tapi, yang saya sangat perasan kalau saya nak pergi dating dari tempat kerja mesti kawan-kawan akan tegur “cantik semacam je, mesti nak pergi dating ni” ataupun “patutla cantik-cantik, nak pergi dating rupanya” Nampak sangat saya sangat tak cantik kalau tak pergi dating. huduhnya saya selama ni. ‘_______________’

Sebab, saya sampai dulu, saya order la dulu. Bila perut lapar, nafsu jadi tamak gila kau. Macam nak oder semua yang ada dalam buku menu. Tapi, sebab tahu kekasih hati takda duit, saya order secara low profile saja. Konon-konon kaya tapi taknak membazir. Kah kah. Saya punya mee udang dan lime juice. Sebab saya lapar kan. Saya orderkan Dak Yang roti bakar dengan kopi panas sebab dia kan dah tua. Minum petang pun semacam lelaki berumur la.

Bila dia sampai, saya dah habiskan separuh mangkuk mee udang sebab saya tahu, bila dia dah sampai, automatic perut jadi sangat kenyang macam dah makan nasi seperiuk. Sangat magic bila bercinta ni. (alah, poyonya..) dia kata nak kongsi dengan saya roti bakar tu.. borak punya borak, dah tinggal sekeping je. Tahu pun sedap.. pilihan saya selalu tak salah.. ni lah dating pertama dalam sesi 2009. Nak buat macam mana. Pilih yang jauh. Kau nak dating hari-hari pilihlah orang lain. Tapi, akhirnya saya akan muntah pula nak dating hari-hari. Sebab saya sangat cepat bosan. Eloklah dapat yang jauh-jauh. Duit pun takda kena pau selalu.. kah kah

****rindu sama kamu****


0 feedback: