Tuesday, February 10, 2009

mengekor~~

Err…Saya bukan bomoh ekor taw..

“aku pelik betul la, laki dia nak pergi kerja pun nak ikut ke? Tak boleh berdikari langsung. Tak percaya dengan bf sendiri? Tak rimas ke bf dia?

(Petikan dari filem: Hati Saya)

Dialog tu adalah dialog saya dulu-dulu. Masa zaman cinta monyet. (eheh, I tak cakap u ye Yang). Tapi, memang dulu saya pandang serong dekat perempuan yang suka mengekor bf/suami dia pergi mana-mana. (no offense) bagi saya, bagi mereka masa dan ruang. Bukan ke nanti mereka rimas dengan keberadaan kita di merata-rata tempat. Dia orang nk sembang hal lelaki pun tak boleh. (Macam NH cerita perempuan lain depan AB) Dia orang nak buat hobi dia orang pun tak senang sebab bukan semua tempat mereka kita boleh masuk contohnya, Strippers Club (wahh, bold sungguh kau Yaty) ataupun tempat snookers atau masa dia orang nak tengok football match (ehhemmm!!) tak kira la dekat kedai mamak atau dekat stadium (ehhemm ehhemm) apsal kau berdehem-dehem, pergi cari Fisherman’s friend. Saya rasa janggal tengok ada perempuan dekat situ. Sebab tu saya tak pernah ikut pergi main snooker atau teman dia tengok bola (ehh..mm tak jadi, penat berdehem nanti hati luka).

TAPI SEKARANG TIDAK LAGI!!

Ayat-ayat di atas adalah kata hati saya yang dulu. Masa saya jadi GF mithali dan berfikiran terbuka. Sekarang, tidak lagi (macam iklan TV tu). Saya dah buang jauh-jauh. Sekarang saya ada new leaf. Ikut BF anda walau kemana jua.(kecuali tandas dan rumah bujang, niaya kau kalau ikut!) rantai mereka sekarang sebelum terlambat. Pergi belikan rantai basikal yang stainless steel tu dan sauh. Pastu ikat dekat kaki mereka. Wahh!! Bersemangat macam orang berkempen (undilah saya sebagai menteri wanita, saya akan lindungi hak anda dan BF anda dari dirembat oleh B**a) jawapan: bola= dirembat bola. Apsal kau nak terasa? Ok ok tak payah semangat sangat sebenarnya jiwa merana.

Sebenar ceritanya, saya ikut Dak Yang pergi kerja hari tu. Daripada saya melangut memikirkan masa depan, baik saya bergerak ke hadapan. Malu juga la. Sebab mana tau ada orang yang berfikiran macam saya dekat atas tadi. Mesti ada..wah, saya dah kena kutuk balik. Hambik kau telan ayat sendiri.

1st time masuk office, orang tak ramai lagi. Jadi, takda la bopeng sangat. Saya diletakkan dibilik terpencil. Sebelah bilik mesyuarat tempat Dak Yang bekerja. Saya keluarkan alatan saya seperti tukul, gerudi, paku payung.. ehh..ehh macam nak pecah office orang je? Tak la, saya bawa laptop Ucu, kerja dan botol air. Datang bawa kerja takda la Nampak sangat nak jual muka mengendeng dan mengekor BF pergi kerja. (saya ada excuse supaya tidak dikutuk dengan teruk). Ada seorang, dua kawan yang datang jenguk dan Tanya “GF kau ke?” habis takkan la dia nak bawa jiran atau perempuan simpanan pergi kerja? Apa akallah..(boleh jadi juga kan? Ehem..dehem sikit sebab tak sure pernah ke tak) dalam bilik tu saya pun mula buat asymen saya. Tapi sebab baru install game, saya lebih kepada try game baru. Ye la, game baru masuk. Asymen dah berzaman, bagi can lah game keluar dekat skrin, asik kau je asymen. (dialog game dan asymen bergaduh) kita perlu berinovasi kadang-kadang kan. Ha ha. Tapi, bila dengar tapak kaki, saya cepat-cepat tukar chanel asymen. Kalau orang lain tahu, malula. Main game Monopoly sorang-sorang. Ha ha. Bila dah 3, 4 kali tertipu sebab bukan nak jenguk saya, saya teruskan lah bermain monopoly. Saya VS entrepreneur kau. Hebat tak hebat la. Alih-alih..Terdengar satu suara, memanggil.. terus nyanyi Mawi.”kalau main game je, bila kerja nak siap!” Eh..eh, bila masuk ni? Macam magik je tak dengar tapak kaki pun..

Lepas dari tu saya buat kerja sampai siap. Bila Dr. dia sampai lagi saya kecut perut. Takut plus minus malu. Sekali Dr. bersuara, bergetar jantung ku. Bukan jatuh cinta, tapi garangnya, Ya Ampun. Saya yang dekat sebelah pun boleh rasa aura tu. Hebatnya Dr. u Yang. Saya pun mengecilkan diri macam hamster (boleh ke?) sebab takut dan malu. Kalau boleh taknak bergerak walau seinci. Tapi yang buat spoilnya.. asymen contoh tertinggal dalam kereta. Nak, taknak kena keluar la. Bila saya masuk balik…

Awek sapa tu?

(kau!! bergetar jantung saya, memang tinggal lagi sebenang nak luluh)

Awek kau ke?

(saya memang dah takda muka nak toleh-toleh sambil tersenyum macam Miss Malaysia dah)

Sapa kerja dengan saya tak boleh kahwin!!

(saya dah pengsan depan pintu dengan takda muka sebab malu tahap dewa. Kalau garang macam tu, tak kahwin dengan student dia pun takpa la. Saya cari lain (tipu je)

Muka saya memang panas sangat. Saya tak pernah rasa muka saya panas macam mentari. Boleh masak ikan keli dekat muka ni cicah dengan air asam. Kecur liur. Ok. Tapi saya memang malu. Saya dah kemas dan angkat beg nak balik. Tak sanggup nak jual muka lagi sebab dah takda muka nak jual. Tapi, bila saya pikir nak melangkah keluar lagi seksa. Saya terus duduk situ sampai kerja siap. Impaknya, saya boleh ingat suara Dr. sampai sekarang kau tahu. Sampai termimpi-mimpi. (tipunya). Tp, bila jumpa Dr. dekat luar, dia senyum je dengan saya. Kalau dia tak balas senyuman saya, saya nak buat betul-betul pengsan. Sebab malu saya dah tahap dewa kayanagan. 1st experience ikut BF pergi kerja tak sweet la. Tak boleh dikenang nanti boleh mengundang malu secara total. Jadi, kalau dah kahwin, saya taknak pun ikut pergi kerja (sebab dulu pernah bercita-cita) tinggalkan lah saya di shopping mall bersama duit sekepuk, pasti saya tak malu nak menghabiskan duit tu.

Esoknya hari (saya ikut pergi kerja two days in a row. Baik aku kerja situ sekali) saya hanya duduk depan pintu office bersama makcik cleaner. Makcik tu tengah mengemop. Kami sembang-sembang tentang kesan tapak kasut yang tak mahu tanggal. Makcik tu Tanya saya, “kasut apa diaorang pakai ni?” apa akallah saya nak Tanya setiap seorang kau pakai kasut apa? Makcik cleaner tu penat nak mop lantai sebab susah nak tanggal tau.kalau Po dia pakai Scholl makcik. Masa tengah sembang-sembang dengan makcik tu, sorang kawan Dak Yang masuk. Kami sama-sama pandang kasut dia. Dalam hati kami rasa nak tackle je orang tu pastu tanggal kan kasut dia dan brainwash dia sikit. Kau main jalan ikut sedap, kau tak pikir makcik mop lantai sampai sakit-sakit pinggang. Lain kali pakailah kasut ASADI. Boleh pakai untuk lantai basah. (ape ada iklan ni?) makcik, pakailah Mr. Muscle, boleh menanggalkan kotoran degil dengan mudah. Ha ha.

Walaupun, saya ikut pergi kerja, kami takda berkepit macam orang bercinta. Dia macam tak kenal saya je. Saya bayangkan kami duduk sebelah-sebelah, buat kerja sambil bergurau senda, ketawa-ketawa, Tanya pendapat saya, minta saya taipkan ke..(datang Dak Yang, dia panah awan mimpi saya..in your dream!!) ha ha. Saya kenal sangat. Dak Yang terlalu serius waktu bekerja. We like stranger. Kami declare semula time lunch. (boleh ek?) So, saya rasa tak payah la nak jadi awek gedik nak ikut BF pergi kerja lagi. Saya rasa new leaf tak boleh pakai sangat. Baik teruskan hidup masing-masing macam biasa. Nanti kat rumah kan jumpa juga. Apa nak heran dengan a few hours if u can have him till death do us apart? Hallamak… betul ke aku ni?


Ni la tempat Dak Yang keje


Saya la muka jaga pintu

2 feedback:

bulan darling said...

muke yg jage pintu tu ade iras2 muke makcik cleaner tu tak ty?

hidayati said...

hampeh la kau tet!!