Sunday, March 1, 2009

Hati tengah bersedih

Sedih

-

-

-

-

Sedih

‘_______________________________________________________________________’

Sangat speechless. Hati sangat sedih. Sangat terluka (eh, cam over je). Terluka takda. Sedih je. Maaf kalau blog kali ni berciri sedih dan sensitive. Tapi, memang tengah sedih. Bukan sebab hati ni dilukai. Atau, sebab ada perempuan lain bergelar b**a interframe (bola ok) saya takkan menggunakan word yang biadab dalam blog saya. Kan berdosa apabila kita melaknat sesama manusia. Sangat tak sopan kalau anak murid baca. Nanti hati mereka sedih. Kenapa cikgu saya cakap tak sopan. See, mereka pun akan sedih macam hati saya sekarang.

Baru aje berbincang tentang kecekalan hati apabila akan berkahwin kelak. Pesanan seorang kakak “ko nanti dah kahwin Yati, hati kena cekal. Tak boleh asik merajuk je.” Ya Ampun, muka saya ni sangat teruk sebab tak boleh nak lindung emosi sendiri. Tercalar maruah sebab orang tahu saya sangat kuat merajuk. Walaupun bukan dengan kekasih hati sendiri. Sampai satu sekolah tahu kau. Anak-anak murid pun tahu, saya kuat menangis. Bila mereka Tanya, saya jawab la dengan jawapan lapuk. Cikgu selsema. Tapi, budak sekarang kan terlebih pandai. Kalau kita dulu, takda nak berani Tanya. Mata cikgu merah macam naga pun, kita buat tak Nampak. Apalagi kalau mata cikgu dah menyala macam Maya Karin. Sama ada, dia marah atau dia bukan cikgu kita. Baik saya angkat kaki daripada nak beramah mesra. Tapi, anak murid saya akan kata, kenapa, mata dengan hidung cikgu merah? Suara cikgu pun lain. Jawapan paling mudah…saya tak sihat. Kalau terangkan pun macam la kau faham.

Insiden sebab merajuk #1

Kami sangat suka mengorder makanan dari luar. Sebab makanan dekat kantin sangat sedap. Sampai tinggal tray je. Licin hingga menjilat tray. (faham-faham aje). Jadi, ada yang tukang order, ada yang tukang call Mak Limah. Warung dia la ada makanan yang sangat sedap. Delivery percuma sampai depan pintu surau. Takda bayar pun. Jadi, hari berkenaan saya jadi tukang call, yang ambil order dari kawan-kawan lain ialah kakak A. jadi, kecoh la dalam bilik guru. Tanya sapa yang nak order. Saya dah pun order rojak ayam. Sebab saya takda makan dari rumah. Memang sangat lapar. Sebab tu saya offer diri jadi tukang call. Lepas saya order, En. A pn order menu yang sama pada Pn. A ni. Saya takda masalah la, yang saya tahu, saya nak makan sangat. Dah kebulur tak terkira.

Lepas di timbang kati dan di jilidkan order tadi, saya pun call dan sebut betul-betul, biar saya punya makanan takda tertinggal. Di pendekkan cerita. Order pun sampai. Saya berlari ke surau dan geledah plastic bungkusan. Macam hantu raya tak cukup makan, takpun macam orang yang duduk tepi jalan tak dapat makan. Memang lapar. Bila dah menjerit-jerit like Tarzan only, lagi la bertambah lapar. Semua bungkusan dah tulis nama. Kau tahu nama siapa yang takda? Nama saya takda langsung pada setiap bungkusan. Padahal, saya dah macam harimau menerkam mangsa. Saya pun Tanya kot-kot tersorok ke saya punya. Nak tahu jawapan Pn A? ingat Yati kongsi dengan En A. watdehell???!!! Selama saya mengorder makanan ni, pernah ke saya makan dengan En A apatah lagi berkongsi makanan?

Dengan hati yang remuk redam, saya keluar dari surau bawa kuah kacang En. A td. Air mata meleleh-leleh tak boleh tahan. Saya terlalu sebak. Bukan saja-saja nak nangis. Sedih sangat hati bila perut lapar. Tersedu-sedan saya menangis. Nak nangis dekat surau malu kau. Budak ramai tengah sembahyang. Saya duduk je tempat saya dengan hati lapar dan perut sedih..eh eh.. bila dah sampai atas, saya serahkan la kuah kacang yang sangat tinggi valuenya pada saya. Dia sangat pelik tengok saya menangis. Aik..Macam nak serahkan emas berkodi-kodi je gayanya. Padahal kuah kacang je. Saya hanya tersenyum je la bila di Tanya. Takkan saya nak mengadu hal-hal kuah kacang pada dia. Sebab kuah kacang sampai menumpahkan air mata. Tapi, mungkin dia faham hati kanak-kanak yang lembut bila takda dapat makan kuah kacang. Dia bagi saya rojak dia tadi. Walaupun saya dah tolak, tapi dalam hati dah berdoa penuh khusyuk harap-harap dia tak ambil balik betul-betul. Merana saya.

Esok hari, kakak tu pergi order kan saya rojak ayam siap ABC lagi kau. Dia kata’kitorg tahu kau nangis semalam. Dah takyah merajuk-merajuk dengan akak lagi. Nah makan rojak ni sampai muntah (yang last tu tipu). Saya sangat tersipu-sipu. Sejak insiden tu, order saya diutamakan dan takda silap-silap lagi. Mereka taknak tengok airmata saya mengalir akibat kuah kacang. Kah kah. Bila difikir balik malu (eh, tengah sedih pun boleh kah kah juga) saya dah besar. Dah dewasa. Tahun lepas umur saya 23. Ha, ye la. Kawan-kawan dah ramai yang kahwin, tapi, saya masih lagi menangis sebab kuah kacang. Agaknya, sebab tu saya takda kahwin-kahwin sampai sekarang. Nanti suami lupa nak beli yang saya order, saya menangis sampai tak jadi masak. Sedangkan barang tersebut tak jejaskan masakan pun. Macam mana la..

‘________________________________’ dah lupa cerita kelakar, sedih balik.

Insiden sebab merajuk #2

Malas nak cerita, sebab baru je terjadi. Emak pun sampai tahu saya kuat merajuk di sekolah. Macam mana jadi cikgu, hal kecil pun merajuk? Saya tak boleh. Hati senipis kulit bawang, bila, dah merajuk, muka ketat tak dapat sembunyi lagi. Kali ni balasan sebab merajuk, dapat asam manis. Kah kah. Tiap kali merajuk mesti ada habuan. Tapi kau fikir, umur saya dah 24. Macam mana saya nak berhenti merajuk ni? Kawan baik pun dah nak kahwin, tapi merajuk saya tak hilang-hilang. Aik, apa kena mengena pula?. Bila saya nak jadi dewasa secara kuat dan sihat bagaikan johan ni? Merajuk ni taknak pergi jauh. Dah macam best friend pula. Kalau dengan Dak Yang tak payah cerita kau. Dia pun dah faham sangat. Tak kira saya salah ke, dia salah ke. Tetap saya yang merajuk.

Sebab tu saya tengah sedih.

Tadi kami bergurau-gurau, saya terus buat muka ketat sampai menangis. Sebab, dia kata dia nak cari bakal isteri yang nak basuh berak anak dan bersihkan muntah anak. Saya tahu, saya takda boleh buat. Saya tak layak jadi isteri dia. Semua orang kata “dia bergurau”. Saya tahu je. Sebab memang dah tulis kat atas, kami bergurau-gurau. Kau takda baca ke? Tapi, hati saya tak sependapat dengan otak. Tu sebab mata pergi keluarkan air. Ciss!! Tadi, baru cerita nak cekalkan hati, baru kena uji sikit, dah menangis. Perempuan mana tak menangis bila kekasih dia nak cari perempuan lain??? Tell me, tell me

Yang,

Sorry hati kurang cekal

0 feedback: