Thursday, February 19, 2009

Golfing

Bosan..bosan.. dalam banyak jenis sukan yang saya pergi temankan Dak Yang, golf boleh buat saya menguap macam mulut buaya.

Dah banyak kali juga teman dia pergi driving range ni. Dak Yang pergi yang dekat Bukit Jelutong, Sek 2 ataupun dekat Bukit Raja. Yang tempat lain-lain tanpa saya ikut, saya takda tahu la. Dia pergi dengan abah dia.(ye kan Yang??) ehem..ehem juga lah.

Selalunya kalau dah tak sempat nak pergi dating jauh-jauh ataupun dating secara low profile, (konon kaya tapi taknak membazir) we just meet dekat driving range je. Dak Yang akan tapaukan makanan dari McD berdekatan dan kami akan berpiknik secara senyap dekat situ. Sangat tenang kau tahu. Ye la, mana ada orang sorak-sorak pemain yang sedang nak pukul bola golf atau nak jerit-jerit goalllll!!! Macam kena sawan sebab bola masuk lubang. Semua orang concentrate gila. Jadi, saya duduk dekat bench yang tersedia untuk pengescort dan makan bekalan saja. Macam-macam gaya boleh Nampak. Yang paling kelakar kalau dia pukul bola takda pergi jauh terus tukar kayu, konon-konon nak Nampak yang kayu tu salah la sebab takda sesuai sangat. Kah kah.. (I tak kata u Yang, orang lain, orang lain) ataupun angkat kayu macam nak pukul orang sebelah, swing bukan main macam nak tercabut tangan, tapi bola tetap juga atas karpet hijau tu, takda jalan mana-mana pun? Aik? Sangat magic, lepastu buat macam tu banyak-banyak kali, konon-konon dia tengah practice swing.. kah..kah gelak..gelak.

Saya takda gelak kuat-kuat sebab takut saya pula yang kena hayun dengan kayu golf tu. Saya takda le expert sangat, tapi pernah la temankan Dak Yang cari kasut golf. Nasib baik dia pilih kasut berciri remaja. Kalau dia pilih yang berkilat-kilat sampai boleh cermin muka sendiri, saya tinggalkan dia di situ juga, ecehh..takda..takda. saya suka semua pilihan u. yang saya perasan, kasut golf mesti warna putih dan hitam. Habis kalau perempuan macam saya nak main memang tak boleh la. Sebab saya hanya boleh bekerja dengan warna merah jambu sahaja. (alasannya…)

Beg golf tu pula ada semacam berpuluh-puluh kayu dekat situ, ada nombor-nombor, ada yang tebal, nipis, yang kena balut dalam bulu-bulu. Saya assume yang kena balut tu yang paling disayang tuan punya beg golf kot, kalau takda bulu-bulu tu boleh guna untuk hentam orang lain. Agaknya la. Kah kah.. lepas tu, mesti kena pakai glove Micheal Jackson sebelum main. Baru Nampak ada style lah.. kah kah. Takda, glove tu untuk mengelak dari kulit tangan melecet. Pakai Cuma yang sebelah kiri sahaja sebab Dak Yang saya dah hebat, pukul pakai sebelah tangan wa cakap lu.. Tiger Wood boleh la retired sekarang dan jadi caddy buah hati saya saja.

Saya sebagai penonton dan penyokong buah hati, duduk kat bench tu sangat seronok, dengan menikmati makan McD tadi dengan pemandangan kehijauan yang indah. Semacam berpiknik kau tahu. Saya Cuma jalan berlenggang-lenggang macam Mak Enon nak pergi pasar saja, tapi Dak Yang separuh nyawa nak bawa beg golf yang berat dengan kasut lagi. Fakta yang saya dapat, beg golf tu lebih berat dari tuan yang bawa tu kau tahu. Sampai senget bahu dia. Pernah juga saya minta nak bawa konon-konon yang berat sama dipikul, tapi Dak Yang Cuma bagi jelingan je. Saya faham, saya faham. Hilangla kegagahan Dak Yang kalau biar perempuan yang bawa.

Masa saya pergi teman tu, saya Nampak ada juga ayah yang bawa anak dara 2 orang main golf. Budak-budak lagi. Sangat cute tengok mereka pukul bola walau tak sejauh mana. Ada juga wife yang temankan husband dia. Saya dah dapat bayangkan nanti, teman Dak Yang pergi golfing masa hujung minggu bersama anak-anak dara yang cute. (Dak Yang datang panah awan mimpi saya) duduk rumah, masak, mengemas, membasuh. Biar abang pergi dengan anak-anak. Oh tidak!! Jangan harap saya akan benarkan. Biar lapar sama-sama, jangan harap saya nak duduk rumah sorang-sorang. Kah kah. Nanti dia bawa anak-anak jumpa mami baru pula. Ooppp ooppp, tinggi sungguh imaginasi saya bukan. Tak perlu la saya nak berangan tinggi-tinggi lagi. Sebab, sekarang masa untuk mandi. Boleh sambung angan-angan dalam bilik air nanti..


0 feedback: