Sunday, March 1, 2009

Free stuff

Everybody loves free stuff

Tapi, muka saya memang penerima barang-barang percuma. Tapi saya takda kisah. Sebab dari yang tersayang. Kita kena terima. Dia bagi batu jalan pun saya ambil tahu. Free stuff yang saya selalu dapat pun memang berguna sangat. Free stuff ni tak termasuk hadiah-hadiah hari jadi atau anniversary atau belas ikhsan. Tapi dia memang saja-saja nak bagi. Kekasih saya kan seorang yang pemurah dan pemarah. Peramah…kurang la. Dia berat mulut macam ada berlian only. Tapi, kalau dengan orang-orang tua, memang sangat ringan mulut. Terlebih ramah kau. (that’s why I love an angle instead)Tak kira lelaki atau perempuan, mak cik tengah sapu sampah, mop lantai, (aik?? Makcik hari tu la) makcik berniaga. Semua dia ajak sembang. Makcik-makcik saja. Anak dara yang kemban-kemban tengah sidai kain sambil bernyayi-nyanyi cannot ok! tak termasuk. Dia pernah bersembang dengan pak cik jiran sebelah sampai saya ingat dia dah kena culik. Menangis-nangis like crazy woman only. Call dah berjuta-juta kali. Habis semua kawan-kawan dia jadi mangsa (sorry guys!) mesej dah berpukal-pukal. Tapi, takda balas. Dah sejam lebih, lepas kecewa remuk redam baru dia call cakap bersembang dengan Pakcik Jas masa tengah buang sampah. U see. Buang sampah pun sempat beramah. Memang calon menantu pilihan ramai (termasuk Wak Leha) ececeh..

Free stuff 1st yang saya dapat last year la. Masa belikan hadiah mama dekat CS. Dak Yang belikan mama beg telekung brand Fila. Cantik la (agaknya, sebab saya takda Nampak) jadi, dapat la free stuff dia beg juga tapi dari kain. Murah la sikit dari mama punya. Murah ape? Free la.. kah kah. Jadi, yang beg kain tu saya la yang punya. Takkan bagi mama yang beg kain. Saya pun guna beg tu jadi beg telekung. Muat sejadah, towel, bedak baby. Saya bawa where ever I go. Baru la dia Nampak dihargai sikit.

Free stuff yang baru dapat ni pula sangat comel. Saya sangat terjatuh-jatuh cinta dengan that stuff. Memang sangat tepat dengan taste saya. Jeng jeng jeng..suspen la sikit. Saya dapat…. Mouse. Kah kah. Mouse untuk notebook saya. Mestila korang takda heran dengan mouse. Tapi, mouse saya sangat comel. Paling penting warna pink. Tapi, saya tak puas hati sebab Dak Yang dapat mouse ni bila dia beli jam baru. Ciss!! Dia dah tukar jam. Saya tahu, saya punya bakal menyusul. Masa dia hantar pergi sekolah hari tu, Nampak tangan dia sangat berseri-seri. Saya terpendang sesuatu yang macam sangat menarik perhatian. Jam dia dah lain!! Tapi saya taknak tegur dulu sebab mana tahu dia Cuma pinjam jam abah. Bila dah sudah makan semua, masuk kereta dia bagi kotak yang dia kata hadiah untuk saya.

Al kisahnya (saya nak flashback anda jangan pening)

Semalam hari Dak Yang dah berjanji nak jemput dari sekolah. Macam biasa la, bersiap tahap tak ingat. Sampai-sampai aje ada kakak dah tegur, comelnya anak dara ni. U see, kalau Dak Yang balik je baru orang tegur comel. Mungkin selalunya memang saya comot la kot. Tapi, saya takda kisah. Hati dah penuh bunga-bunga cinta. Tengok jam aje kerja saya semalam. Pukul 2 lebih Dak Yang mesej. Dia kata pergi OU the whole family. Saya dah Tanya sempat tak nak jemput. Dia kata sempat. Saya pun takda masalah la. Dah pukul 6 handphone takda bunyi. Mestila saya susah hati. Call takda angkat pun. Mungkin dia nak buat surprise. Pukul 6.20 lagi 10 minit nak balik, dia kata tak boleh ambil. Wah!! Muka saya dah takda rupa muka manusia lagi. Mungkin dah jadi serigala atau naga yang nak terkam mangsa. Nak menangis, malu la. tercalar maruah sebagai guru yang garang. Yang jadi mangsa budak-budak. Saya takda bagi mereka balik. Kejam tak? Kah kah. Muka dah habis ketat, sampai takda ruang nak menegang lagi. Sedih sangat hati. Sampai rumah baru la. Menangis seorang diri. Ada pula Hamba Allah ni pandai pujuk. Dalam hati melonjak riang, tapi takda tunjuk. Nanti dia tahu kelemahan saya. Masih lagi buat suara garang dan sedih, biar dia rasa bersalah buat saya devastated.

Macam mana kalau kejap lagi nak kahwin, abang ada hal macam ni?? (dalam sedu dan esak-esak)

Mana ada benda lagi penting daripada kahwin dengan Gurl. (wow!! Ayat tak ingat. Tak boleh cair, tak boleh cair)

Kalau Dr. suruh pergi kerja macam mana? (tak pasal kaitkan Dr. dalam cerita ni)

Ala, Dr. pun faham. Dia pun pernah kahwin (kah kah saya dah takda modal sebenarnya)

Esok pagi kita jumpa, abang ada belikan Gurl hadiah.

Mati hidup balik saya memang excited tak sabar nak tunggu hadiah … hurmm, sekali dengan jumpa u la Yang. Gurl memang excited nak jumpa u dari hadiah. Kah kah. Alih-alih bila tarik keluar je hadiah mouse tu tengok brand Swatch. Saya tahu!! Saya tahu!! Bukan memang cari hadiah untuk saya sebab saya sangat kenal dengan kekasih hati. Sebenarnya free gift dia beli jam. Ceh!! Pentipu sungguh. Tapi, takpa. Saya sangat gembira ada mouse brand Swatch pink yang ada love love. (tanda menghargai, nanti ada orang kecik hati pula). Saya akan gunakan dengan penuh kasih dan sayang. Walaupun saya sangat geram sebab u ada jam baru. Tapi saya pun tahu, tunggu saja bulan 12 nanti. Pasti dapat sebuah. Kah kah tak malu!!

Tapi, sepanjang 8 tahun ni jam kami mesti sepasang. Masa zaman belajar dekat matriks, saya punya jam BUM warna kuning. Dia punya hitam. Dia kata, pink dah habis stok. BUM pun takpa saya sangat menghargai. Masa dekat buat degree dekat UTM, dia beli jam Swatch yang plastic tu warna hitam. Saya punya menyusul masa bulan 12 warna pink. Still use it till now, walau dah patah 3 kali. (saya pun tension. Tiap-tiap kali patah, saya yang kena tuduh pengganas dan tak tahu jaga barang. Sedihnya…) see, jadi saya dah tahu taktik u Yang. kali ni dia beli leather Swatch dan pasti ada warna pink untuk saya nanti.. tunggu Yati dengan penuh kesabaran. Sangat perasan lah!! Kita doa sama-sama ya…



sangat comel kan mouse ni. saya tak pernah jatuh cinta dengan mouse macam ni. sebab memenuhi ciri-ciri idaman. sayangnya dekat mouse (sama macam sayang dekat u Yang)

P/S: saya akan jaga mouse ni dengan penuh kasih sayang macam mana u dengan penuh kasih dan sayang bagi dekat saya. dia sangat cantik dalam gelap. macam cinta kita bercahaya dalam gelap...alalala, tak larat.

0 feedback: